Monday, November 30, 2009

Agen Anti-Islam di dalam akhbar Inggeris tempatan..

13
oleh M.I.A.

 Bismillahir Rahmanir Raheem... Saya telah lama memantau dengan rapat penulisan beberapa wartawan akhbar bahasa Inggeris tempatan. Di antara mereka, wujud sekumpulan wartawan yang agenda utama penulisan ialah bagi menggerakkan rasa benci dan menghasut permusuhan terhadap agama Islam di dalam setiap penulisan mereka.

Beberapa nama yang sinonim dengan gerakan ini masih melakukan hasutan mereka secara berleluasa. Golongan ini antara agenda perjuangan mereka ialah bagi mengembalikan Artikel 121 di dalam Perlembagaan Persekutuan kepada bentuk sebagaimana ia dinyatakan sebelum tahun 1988. Mereka berusaha dengan segala daya dan upaya mereka untuk membolehkan agama Islam di negara ini tinggal hanya pada nama dan tidak pada perlaksanaannya. Tetapi keutamaan agenda mereka ialah untuk membolehkan umat Islam dimurtadkan dengan cara paling bebas.Wartawan di dalam petikan di bawah merupakan wartawan yang sama seperti yang dicatatkan saya di dalam posting lepas (Meatless Day... mengapa mesti menyambutnya dengan biadap?.. klik sini untuk membacanya..)



Terdapat pelbagai faktor penghalang yang memastikan semua usaha memurtadkan orang-orang Islam terutamanya orang-orang Melayu yang menjadi sasaran mereka untuk dilemahkan. Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Artikel 3 (1) hingga (5) Perlembagaan Persekutuan, Artikel 160 (2) Tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Bahagian 20 Seksyen 498 Kanun Keseksaan (AKTA 574) dan pelbagai akta lain sedang diremehkan mereka serta dihentam dan dijadikan sasaran supaya dapat dilemahkan agar agenda yang menjadi sasaran mereka dapat di capai.

Kesemua peruntukan undang-undang di atas dan beberapa lagi yang tidak disebutkan merupakan batu penghalang yang perlu dilemahkan untuk memastikan cita-cita mereka tidak terhalang. Muslim jangan pula terlupa, mereka tidak bergerak di dalam satu arah. Mereka, agen-agen anti-Islam ini bergerak di dalam semua arah dan perkara yang boleh ditunggangi mereka agar cita-cita mereka akan tercapai. Oleh kerana peratusan pertambahan penduduk Malaysia ini menunjukkan bahawa umat Islam mengatasi lain-lain penganut agama di dalam peratusan pertumbuhan penduduk melalui kadar kelahiran dan pemelukan agama ini dari agama lain, maka faktor ini juga telah dimasukkan mereka sebagai salah satu dari faktor penghalang yang boleh menggagalkan cita-cita mereka untuk menguasai Malaysia melalui peruntukan undang-undang. Apa sahaja yang mahu diubah oleh Parlimen berkenaan dengan Perlembagaan Persekutuan, memerlukan 2/3 majoriti sokongan ahli Parlimen. Oleh kerana penduduk Malaysia sudah hampir 70% merupakan penganut Islam, maka sesuatu harus dilakukan oleh mereka supaya menghalang sebarang gerakan untuk Pengislaman semula negara ini sebagaimana ianya ditadbir dahulu sebelum kedatangan pengganas-pengganas Kristian Eropah pada kurun ke lima belas.

Jadi untuk menghalang sebarang pertumbuhan positif penduduk Islam di negara ini, perkara-perkara berikut juga sedang diusahakan pihak mereka untuk dipastikannya menjadi kenyataan. Salah satu daripadanya ialah konsep berikut, 'Jika kami tidak dapat memurtadkan anda, maka kami akan menghalang orang lain dari menganut agama Islam dengan pelbagai halangan dan ancaman ketakutan'. Maka, setiap apa isu kecil yang boleh dijadikan mereka tunggangan bagi mencapai objektif ini akan mereka tunggangi secara maksimum dan diulang-ulang ungkit di dalam pelabagai penerbitan dan media yang dikuasai mereka supaya orang-orang bukan Islam menjadi takut dengan agama Islam. Mereka sedang menyebarkan ketakutan kepada semua bukan Islam dengan agama Islam dan penganutnya. Dan saya telah mengelaskan beberapa wartawan akhbar bahasa Inggeris sebagai agen-agen pelaksana matlamat ini menerusi pemerhatian yang saya lakukan sejak 2005 lagi. Saya menyimpan hampir keseluruhan penulisan mereka untuk dilakukan penelitian.

Kali ini, mereka cuba menimbulkan satu isu yang mana matlamat akhirnya ialah bagi mengikat tangan organisasi Islam supaya tidak dapat berfungsi dan berupaya di dalam kerja-kerja dakwah mereka. Rekod sejarah menunjukkan bahawa kumpulan mubaligh Kristian menembusi China menerusi rumah anak-anak yatim. Begitu juga dengan India, Indonesia dan sebagainya. Conversion mudah ini dengan convert yang boleh bertutur dengan bahasa asal penduduk, hidup dengan cara hidup penduduk asal serta berwajah dan beradat sama dengan adat penduduk asal merupakan suatu langkah positif di dalam gerakan mubaligh mereka di dalam memperkembangkan agama. Jadi, rumah anak-anak yatim merupakan salah satu dari pemangkin pertumbuhan bilangan penganut-penganut Kristian di mana-mana termasuk di sini.

Apa yang selama ini mereka nikmati, mereka cemburuinya apabila perkara sedemikian juga berlaku di sesetengah rumah anak yatim milik orang Islam. Jadi untuk menghalang jumlah umat Islam semakin meningkat melalui peratusan convert melalui kaedah ini, maka satu halangan undang-undang akan mereka usahakan supaya perkara ini dapat 'dimandulkan'. Isu ini cuba dibangkitkan seminggu dua ini oleh sebuah akhbar yang sudah jelas motif dan agenda utama mereka. Kes seorang kanak-kanak beragama lain yang dikatakan dipaksa masuk ke dalam agama Islam oleh Rumah Kebajikan yang menjaganya cuba dijadikan isu. Mereka cuba menjadikannya sebagai satu larangan bagi mana-mana rumah kebajikan dan anak-anak yatim Islam untuk menukar status agama penghuninya kepada Islam.

Tetapi, dinyatakan dengan jelas di dalam Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang seperti berikut:
(4) bagi maksud fasal (d), ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.
Dalam artikel yang sama, dinyatakan juga pada perkara (3) seperti berikut :
(3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa -apa upaca agama atau sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.

Jadi, di dalam masalah yang ditimbulkan ini, kedua-dua perkara di dalam Artikel 12 di atas adalah berkait rapat. Pihak rumah kebajikan tersebut mempunyai hak untuk memberikan pelajaran dan latihan berkaitan agama Islam sekiranya terbukti kanak-kanak tersebut sudah pun memeluk agama Islam sebelum memasuki pusat tersebut. Dan sebagai penjaganya, pihak mereka juga berhak menentukan apa agama yang dianuti oleh individu terbabit berdasarkan Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Sekiranya, keadaan sebenar memenuhi kriteria di dalam contoh di atas, maka boleh-kah pihak-pihak yang cuba membangkitkan isu ini, termasuk parti politik berkurap yang cuba menyebarkan dakyah jahat untuk memburuk Islam dan badan-badan Islam di Malaysia ini dicap dan dituduh sebagai menghina Perlembagaan Malaysia? Badan-badan, parti-parti, NGO-NGO dan jabatan-jabatan dan segala yang menggunakan nama Islam di dalam pertubuhan dan badan masing-masing,  kenapa masih berpeluk tubuh dan diam? Mana dia suara dalam satu jemaah yang teguh dan kuat bentengnya dalam menyuarakan bantahan?


M.I.A. : update terbaru 9 Disember 2009. Berita yang dipetik dari Berita Harian Online menjelaskan bahawa wanita di dalam artikel ini, memang sudah sedia Islam sebelum memasuki rumah kebajikan tersebut. Maka, apakah mereka mahu melepaskan begitu saja orang-orang ini yang secara jelas menghina peruntukan Artikel 11 (4), Artikel 12 (3) & (4) Perlembagaan Persekutuan? baca laporannya di sini. Klik.
 

© 2007 - 2009 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

13 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

Salam..
Saudara telah membuka mata saya berkenaan isu yang tak pernah saya fikirkan sebelum ini.
Mungkin selepas ini saya perlu juga membaca akhbar tersebut untuk gambaran jelas.
Semoga hasrat mereka2 dapat dihalang..

Anonymous said...

Salam,sebenarnya banyak lagi anasir-anasir jahat dari pihak tertentu dalam memecah belahkan Umat Islam amnya, Lihat sahaja dalam arena sistem telekomunikasi dan sistem siaran semasa. Propagandanya cukup halus. Terima kasih kerana mengutarakan isu-isu sedemikian, bagi membuka ruang untuk mereka-mereka yang selalu "berfikir". Semoga Istiqomah.

Anonymous said...

Salam,sebenarnya banyak lagi anasir-anasir jahat dari pihak tertentu dalam memecah belahkan Umat Islam amnya, Lihat sahaja dalam arena sistem telekomunikasi dan sistem siaran semasa. Propagandanya cukup halus. Bilalah orang kita hendak bangun dari 'lena'?. Terima kasih kerana mengutarakan isu-isu sedemikian, bagi membuka ruang untuk mereka-mereka yang selalu "berfikir". Semoga Istiqomah.

leya said...

saya tahu post ini tiada kena-mengena dengan entry ini. namun saya yakin saudara akan menolong saya dan saya berasakan saudara berpenegtahuan tinggi dalam hal-hal sebegini. soalannya: saya berasa was-was mengenai hal ini. ketika saya sedang dalam rakaat pertama umtuk solat asar, saya berasakan bahawa ada beberapa helai rambut yang terkeluar dari telekung saya dan saya dapat merasakan yang ia menyentuh kulit muka saya. saya berasa tidak pasti lalu membiarkan sahaja kerana mungkin itu adalah benang telekung pada sangkaan saya. apabila sudah habis solat, saya memeriksa di cermin dan mendapati bahawa helaian tersebut adalah rambut saya. soal nya di sini adakah solat saya terbatal ?

zool said...

Assalamulaikum saudara...
saya tidak tahu sama ada tepat atau tidak soaln ini dikemukakan pada saudara...saya sering terfikirkan penulisan saudara tentang antara percaya dan yakin...bagaimana kita hendak meyakinkan diri yg sentiasa alpa khususnya saya sendiri dan bagaimana utk istiqamah dalam melakukan ibadah khususnya solat.percubaan sya sebelum ini selalu gagal dan masih gagal hingga hari ini.saya juga ada terbaca jika ibadah kita tidak diterima oleh Allah maka makin jauh lah kita dari Allah.Banyak lagi yg ada di dalam kepala ini menjadi kemuskilan.Minta bantuan dan bimbingan dari saudara.terima kasih

satuhala said...

Anonymous, TQ.. benar anasir-anasir jahat ini ada di mana-mana. IA wujud di sekeliling kita dalam pelbagai rupa dan bentuk. Kita semua seharusnya sedar dan menyedarkan yang lain tentang kewujudan ancaman sebegini supaya ia tidak membawa kemudaratan yang lanjut. Mari kita sama-sama berusaha ke arah itu. TQ atas komen..

satuhala said...

Assalamu’alaikum Leya,
Pertama satu teguran, saya tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam apa jua bidang, saya seperti saudari masih lagi belajar di dalam perjalanan hidup kita yang singkat ini. Kedua, saya tidak berniat untuk menjadikan blog ini medan soal jawab fikah kerana saya bukan ahli dan orang yang sesuai untuk mengendalikannya. Tetapi untuk memenuhi pertanyaan saudari, saya jelaskan kemusykilan saudari sebagai memenuhi permintaan. Menurut maklumat yang terkandung di dalam komen saudari Leya, secara jelas solat saudari telah pun dikategorikan sebagai batal dan perlu dilakukan semula. Sekiranya pada awal saudari menyedari rambut terdedah kerana tiupan angin dan sebagainya dan memperbetulkannya dan menutupnya dengan segera, maka solat itu masih dikira sebagai sah.Tetapi memandangkan ianya diabaikan kerana salah hitungan, maka solat saudari perlu dilakukan kembali. Memahami apa yang sedang saudari lalui, berikut saya jelaskan sedikit maklumat mengenai syarat sah solat dan contoh perkara atau hal-hal yang membatalkan solat: Saudari, Syarat sah solat seperti berikut. 1) Islam. 2) Berakal sempurna/waras 3).Suci dari hadas kecil dan besar. 4) Bersih badan, pakaian dan tempat solat dari najis. 5) Menutup Aurat. 6) Yakin Sudah masuk waktu. 5) Menghadap kiblat. Antara perkara-perkara yang membatalkan solat adalah seperti berikut. 1) Berhadas kecil atau pun besar. 2)Terkena najis yang tidak boleh dimaafkan. 3) Berkata-kata dengan sengaja selain bacaan solat, walaupun satu perkataan atau huruf. 4) Sengaja meninggalkan rukun atau/dan syarat sah solat tanpa uzur. 5) Ketawa terbahak-bahak. 6). Bergerak 3 kali berturut-turut. 7) Menambah rukun fi’li (perbuatan) dengan sengaja 8) Terbuka aurat 9) Murtad dan beberapa perkara lagi. Saudari,kita semua selalu memerhatikan kelibat orang-orang yang sedang hangat dilamun cinta yang sentiasa mencipta pelbagai alasan agar dapat mereka bertemu kekasih hati bagi melepaskan kerinduan. Mereka ini tidak kenal jemu, penat dan lelah asalkan dapat mereka temui insan yang mereka cintai biarpun terkadang kelihatan alasan yang digunakan mereka untuk bertemu kekasih hati diluar jangkaun akal kita berfikir. Ada yang menggunakan alasan tertinggal beg, handphone, kunci dan sebagainya sebagai alasan untuk kembali segera bertemu yang dirindukan biarpun baru sebentar tadi mereka bertemu dan berpisah. Alangkah indahnya jika cinta kita sedemikian rupa wujud bentuknya kepada Allah. Walaupun tidak sengaja membatalkan solat, bukankah ini satu lagi peluang yang diberikan Allah kepada saudari untuk bertemu dengan Allah yang saudari cintai… Allah mencintai makhluk-makhlukNya melebihi segala bentuk kasih sayang yang boleh digambarkan… dan Allah membalas kasih sayang hamba-hambaNya menurut sikap yang ditunjukkan dan disungguhi hamba-hambaNya terhadapNya.. Jadi untuk kembali bertemu dengan Kekasih setelah baru sahaja bertemu, bukanlah satu masalah bagi yang sedang dilamun cinta bukan..? Mari kita bersama-sama berebut dan berlumba mencintai Allah.. ...Wallahua'lam

satuhala said...

Wa’alaikumsalam Zool,
Apabila kita meliha kelibat orang-orang sedang sedang hangat dilamun cinta dan kemaruk terbuai di alam penuh wangian dan bebunga itu,kita akan berasa takjub dan hairan dengan keupayaan semua insan tersebut. Mereka mempunyai kudrat yang luar biasa dengan berkemampuan bergayut berjam-jam di telefon tanpa jemu hanya untuk melepaskan rindu. Sentiasa sahaja mereka memberikan serta menciptakan pelbagai alasan untuk membolehkan mereka bertemu melepaskan rindu tidak kira masa dan ketika. Cinta bagi mereka seumpama candu yang perlu dikecapi bagi mengubat ketagihannya. Setiap kali kerinduan terdetik di dalam hati terhadap yang dicintai, segera itulah akal mencari jalan bagi membolehkan dua hati yang bertaut dapat berjumpa dengan kadar segera. Begitu indahnya saat bertemu sampaikan sanggup menunggu di tempat pertemuan biar pun waktu yang dijanjikan itu masih berjarak sejam lamanya. Alangkah indahnya jika cinta kita dengan Allah juga dalam bentuk sedemikian rupa. Zool, kita menyatakan bahawa kita cintakan Allah melebihi segalanya. Kita sering mendakwa bahawa Allah itu keutamaan kita. Betapa indahnya cinta kita kepada Allah jika keasyikan rindu itu melebihi tahap kerinduan kita kepada kekasih hati dan orang-orang yang disayangi. Kita harus berusaha sedaya upaya mengotakan cinta agung ini kepada Allah supaya ianya bukan hanya sangkaan, percaya dan mainan bibir sahaja. Yakinkan diri bahawa kita mencintai Allah. Jika awal perkenalan kita dengan orang yang kita cintai, kita berusaha keras untuk mengenali dirinya dengan mendapatkan maklumat sebanyak mungkin dan mengambil berat mengenai perkara yang disukai dan tidak disukainya, supaya kita dapat memastikan hubungan kita dengan dirinya tidak terjejas kerana kesilapan-kesilapan yang tidak mahu kita sengajakan, maka begitulah juga di dalam cinta kita kepada Allah. Awaluddin Makrifatullah.. awal agama itu ialah dengan mengenal Allah. Kenali Allah yang mahu kita cintai melalui perkhabaran-perkhabaran tentang diriNya, apa yang disukaiNya, apa yang dibenciNya sepertimana Dia menggambarkan diriNya di dalam al Qur’an dan berita perkhabaran dari Rasulullah s.a.w. Untuk berjihad mendapatkan istiqamah, kita perlu berdoa meminta kepada Allah terlebih dahulu dan kemudian kita perlu bermuhasabah dan menilai keupayaan diri, halangan-halangan yang wujud terhadap pelaksanaan cita-cita tersebut dan apa perkara yang dapat memotivasikan diri kita ke arah melaksanakan cita-cita tersebut agar kita berjaya di dalam cinta kita kepada Allah. Antara rintangan yang paling biasa menghalang hamba-hamba Allah dari dapat beristiqamah mendekatkan diri kita kepada Allh ialah sumber rezeki dan bahan-bahan yang menjadi makanan kita. Elakkan makan benda-benda yang syubhah, jika biasa melepak dan makan di kedai bukan Islam berlogo halal, hentikan segera perbuatan itu. Jaga mulut supaya tidak menilai orang tanpa hak dan rajin-rajinkan diri membaca al Qur’an (baca dan fahami maksudnya) dan belajar serta rajinkan diri ke kuliah agama. Tetapi pilihlah guru yang bertauliah dan tiada kecenderungan politik, perniagaan, yang berkepentingan sendiri. Zool doakan saya agar saya juga dapat beristiqamah, dan saya turut mendoakan Zool mencapai cinta agung kepada Allah. Mari kita berlumba Zool dengan keupayaan sendiri mencapai cinta agung ini. TQ atas komen.. selalulah ke sini. Wallahu’alam.

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Noor Afzan, surat khabar tersebut sudah lama memainkan peranan tersebut dan saya mengumpul banyak bukti mengenai niat serta hala tuju mereka. Jika ada kesempatan sedikit demi sedikit akan saya muatkan di sini. TQ atas kunjungan dan komen..

J.HADI said...

Kalau sahabat ada banyak bukti, pihak akbar akbar inggeris Anti-Islam kenapa tidak di serahkan kepada pihak berkuasa...?

satuhala said...

Assalamu'alaikum J-Hadi-Protoss, TQ atas kunjungan sahabat.. benar apa yang saudara katakan tersebut.. cuma masalahnya setiap artikel mereka telah disulam ke dalam bentuk yang boleh menghalang sebarang tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka.. kebiasaannya mereka tidak secara terus dan langsung menghentam Islam, tetapi mereka keniasaannya berlegar-legar mengelilingi dan menyentuh isu yang bakal memberi impak jangka panjang terhadap kedudukan agama Islam di sini.. insyaAllah akan saya jelaskan nanti bagaimana mereka berselindung dan membaling batu sambil sembunyi tangan dan sesetengah isu yang diutarakan mereka memerlukan penelitian dan kefahaman tentang hala tuju motif yang mereka mahu sampaikan.. perkara-perkara sebeginilah yang membuatkan niat sebenar mereka dikelabukan dengan isu-isu hak, kebebasan bersuara, perjuangan-perjuangan hak asasi sedangkan motif utama mereka bagi yang faham menuju kepada niat untuk menjatuhkan kedudukan dan menghina Islam di negara ini. Sebagai contoh saudara boleh membaca artikel berkenaan dengan meatless day yang saya muatkan sebelum ini.. cuba sahabat carikan artikel asal dan nilaikan, nescaya sahabat akan tidak perasankan niat wartawan tersebut mahu menghina Islam dengan sekali baca.. tetapi dengan menilaikan serta membandingkan semua yang pernah ditulisnya sebelum ini, satu kesimpulan dapat dibuat bahawa artikel tersebut ditulis bagi memberi gamabaran negatif kepada ibadah korban yang dilakukan Muslim.. cuba saudara carikan artikel asal.. saya emailkan artikel asal tersebut ke alamat sahabat kerana sahabat pernah berhubung dengan saya berkenaan ebook syahadah.. baca dan nilaikan dalam email sahabat nanti.. TQ atas komen .. selalulah ke sini seperti yang biasa saudara lakukan..

J.HADI said...

Apa yang shabat katakan mmg benar...saya bukan org yang pandai dalam hal hal sebegini, pengetahuan saya seperti perkara begini tidak sehebat sahabat...mungkin kerana kita dalam keadaan dikelilingi olh mereka yang telah menguasai surat khabar, ekonomi walaupun ada org kita dalam akbar tersebut pun terpaksa tutup mata sebelah dan dalam hati berkata " it's just a story" atau kita ini terlalu takut pada bayang bayang sendiri?....tahniah org seperti sahabat ini harap harap bertambah ramai lagi....amin

satuhala said...

Assalamu'alaikum J Hadi Protoss.. tq atas komen, email dan doa sahabat.. kita sama sahaja diberikan Allah kelebihan dalam bidang masing-masing.. sokongan sahabat membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus menulis di sini biarpun ia terkadangnya sangat meletihkan.. Semoga Allah memberi kita semua kekuatan dan marilah kita bersatu di dalam satu jemaah dan menjadikan umat dan jemaah kita ini maju dan menjadi bangsa manusia terunggul dihadapan manusia dan Allah.. Amin.