Oleh M.I.A.
Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini bersungut bahawa usaha untuk meningkatkan serta memperbaiki kadar penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus disokong oleh semua kaum. Suka saya memetik kenyatannya di dalam keratan akhbar bertarikh 28 October 2009 di bawah (the Sun) :
“It was decided by the cabinet (at a meeting on Oct 7) that the national language is the only element that can enhance the 1Malaysia plan. This duty has subsidiary matters, one being to ensure that the non-Malay communities champion matters relating to the national language, so it is not seen that only Malays were doing so,” (Kabinet telah menetapkan (dalam sebuah mesyuarat yang diadakan pada 7 Oktober) bahawa bahasa kebangsaan merupakan elemen tunggal yang mampu memperkembangkan rancangan 1Malaysia. Tetapi tugasan sebegini mempunyai kepelbagaian cabang, salah satu daripadanya ialah untuk memastikan komuniti bukan Melayu menjuarai perkara-perkara berkenaan dengan bahasa kebangsaan,ini supaya tidak kelihatan hanya orang-orang Melayu sahaja yang melakukannya.”).
Di dalam kabinet Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim saya rasakan antara yang layak untuk memikul tanggungjawab mengenai Bahasa Melayu ini. Tetapi, dia seharusnya memerhatikan dan menyeru rakan-rakan kabinetnya untuk berubah terlebih dahulu sebelum mengajak rakyat yang lain untuk mengikuti sunnah mereka. Sebagai contoh, perhatikan gambar di bawah ini.
Jika tiada arahan baru, jelas kempen M-YES ini tidak selari dengan kehendak kabinet. Bagaimana mungkin untuk mengajak orang-orang bukan Melayu menggunakan bahasa Melayu sepertimana dikatakan Datuk Seri Dr. Rais Yatim, sedangkan pemimpin bukan Melayu di dalam barisan kabinet itu sendiri melakukan tindakan yang tidak selari dengan apa yang telah diputuskan.
Perhatian juga harus diberikan kepada orang-orang Melayu sendiri supaya menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Gambar di atas diambil di sebuah pasar malam di kawasan Seberang Prai, Pulau Pinang. Papan harga yang ditulis oleh peniaga Melayu ini juga ditulis mengikut hukum sesuka hati. Jadi, semua pihak harus bekerja keras ke arah itu. Peringatan ini juga harus saya tujukan kepada diri saya sendiri untuk memperbaiki isikandungan blog ini di dalam Bahasa Melayu yang lebih baik.
Berkenaan dengan menteri kabinet di dalam gambar tersebut, masih belum terlambat untuk kementeriannya membuat pembetulan dan mengaku kesilapan telah berlaku. Jika keadaan berterusan begini, setiap ungkapan kata dan cita-cita kabinet untuk memperkasakan bahasa Melayu boleh saja kita anggap sebagai retorik. Persoalannya.. apakah mereka benar-benar ikhlas mahu memperkasakan bahasa Melayu? Kita nilaikan pada bentuk tindakan mereka nanti. Sehingga itu, kita jadi pemerhati. Wallahua’lam.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.