Sunday, November 22, 2009

Pendukung Gerakan Feminisme kelas bawahan..

4
Oleh : M.I.A.

Sarah Palin baru-baru ini dilaporkan naik angin di dalam laman Facebooknya disebabkan oleh tindakan sebuah majalah berita menggunakan gambarnya yang dirasakannya tidak sesuai. Dia marah kerana gambar dirinya di dalam pakaian sukan dijadikan muka depan bagi membicarakan masa depan kerjayanya dengan kandungan laporan yang mahu mereka sampaikan. Di sebalik puluhan pilihan gambar Sarah Palin yang ada, gambar itu dipilih majalah berita tersebut demi memenuhi agenda mereka tersendiri. Bagi Sarah Palin, jika mahu membicarakan tentang masa depan kerjayanya, gambar yang dipaparkan haruslah bersesuaian. Lalu tindakan majalah berita tersebut disifatkannya sebagai satu bentuk diskriminasi ke atas dirinya sebagai seorang wanita. Sebagai wanita yang mempunyai cita-cita di dalam bekerjaya, tentu sahaja dia mahukan yang terbaik bagi dirinya. Tindakannya meluahkan kemarahan di dalam Facebook adalah sangat wajar. Dalam meluahkan kemarahan terhadap diskriminasi tersebut, Sarah Palin mendapat sokongan dari pihak-pihak yang bersimpati dengan dirinya. Beruntung Sarah Palin kerana dia mendapat sokongan gerakan feminis barat bagi mendapatkan sokongan di dalam tindakannya tersebut.

Tetapi.. malang seribu kali malang bagi mana-mana wanita yang bekerjaya di Malaysia. Hak-hak mereka sebagai wanita sentiasa diperkotak-katikkan oleh pihak-pihak yang menggajikan mereka. Dalam semua wanita yang bekerjaya di Malaysia, kedudukan seorang pramugari di dalam memberikan khidmat professional dalam kerjaya, sering ditongsampahkan oleh majikan. Mereka dijadikan objek tawaran seks oleh pihak-pihak yang menggajikan mereka. Mereka juga turut ‘diperbolehkan’ oleh majikan-majikan mereka untuk diganggu secara seksual sesuka hati oleh mana-mana penumpang yang menjadi pelanggan. Majikan mereka menjadikan aset tubuh mereka sebagai komoditi yang mahu ditawarkan. Pelanggan boleh mengambil gambar punggung pramugari yang digajikan mereka dengan sesuka hati sepertimana yang pernah diiklankan di dalam sebuah iklan syarikat penerbangan yang menjalankan perniagaan di Malaysia. Kini sebuah lagi syarikat penerbangan yang menjalankan perniagaan yang sama di Malaysia, menuruti 'sunnah' pengiklanan syarikat sebelum ini dengan menggunakan aset tubuh pramugari mereka sebagai aset yang ditawarkan kepada jamuan mata pelanggan mereka. Aset tubuh pramugari mereka adalah untuk tatapan semua. Tak perlu tahu siapa dan bagaimana wajah mereka, cukup sekadar punggung menjadi tatapan. Bukankah ini satu bentuk penghinaan yang besar kepada wanita yang memilih kerjaya ssebagai pramugari? Tidak layakkah wajah mereka untuk dipaparkan sebagai daya tarikan? tidak layakkah bagi pramugari-pramugari ini untuk mempunyai personaliti dan identiti untuk dipaparkan?


Pentingnya identiti dan personaliti bagi mereka-mereka yang bekerjaya sehingga memaksakan pemegang watak utama di dalam filem Ninja Assassin seperti di dalam poster di bawah, membuka topengnya bagi memberitahukan kepada penonton siapa dan apa yang ada kualiti di sebalik pendukung watak utama pembunuh yang memulakan kerjaya pembunuhnya dikalangan puak Ninja.

Ninja sebagai mana yang semua orang ketahui, memakai pakaian yang menutup keseluruhan tubuh termasuk muka kecuali bahagian mata. Tetapi filem ini menampilkan Ninja yang berbeza. Berbeza iklan dan promo filem ini dengan iklan syarikat penerbangan yang mendiskriminasikan pekerja wanitanya, poster filem dan filem ini, membuang topeng dan pakaian tradisional ninja bagi memberikan penghormatan kepada pendukung wataknya untuk mempunyai identiti dan personaliti. Jadi setiap penonton tahu siapa personaliti di sebalik watak utama Razio ini. Rain sangat beruntung jika dibandingkan dengan nasib wanita-wanita yang telah dinafikan hak untuk mempunyai identiti dan personaliti di dalam iklan seperti di atas. Malang bagi pramugari di dalam iklan di atas, kerana mereka telah dinafikan segala hak untuk wujud. Kasihan mereka kerana hanya punggung dan bahagian belakang tubuh mereka dipaparkan. Ini satu bentuk penghinaan dan diskriminasi ke atas wanita oleh dunia komersil dan pengiklanan.

Mereka dihinakan lebih hina dari 'kupu-kupu malam'. Sekurang-kurangnya pelanggan yang mahu melanggan kupu-kupu malamitu diberikan pilihan menilaikan wajah-wajah mereka yang bakal dilanggan. Tetapi tidak dalam kes pramugari-pramugari ini. Mereka-mereka ini dinafikan hak untuk mempunyai identiti. Mereka dilacurkan majikan mereka dengan cara paling hina. Hanya punggung mereka ditayangkan. Personaliti disebalik pemilik tubuh itu harus ditongsampahkan ke lubang kumbahan. Hinanya penghinaan ke atas sehingga ke tahap mereka hanya dibenarkan menarik pelanggan dengan memotretkan aset tubuh mereka tanpa perlu wajah mereka dikenali. Pelanggan tidak perlu untuk mempedulikan tentang personaliti mereka. Pelanggan tidak perlu tahu apa etika professionalisme di dalam mereka melakukan kerja. Pelanggan tidak perlu tahu betapa ramah dan bagaimana sikap hospitaliti mereka kerana itu semua tidak penting. Apa yang perlu pelanggan tahu ialah tiket murah dengan jamuan mata disediakan di dalam penerbangan nanti. Jika Sarah Palin mengamuk kerana dia dipotretkan di dalam majalah tersebut, pramugari-pramugari ini seharusnya lebih mengamuk kerana diperlakukan demikian rupa. Persetankan mana-mana CEO boroi yang tidak tahu menghormati anda sebagai wanita bekerjaya. Seharusnya mereka bangkit mempertahankan maruah dan integriti.

Kepada perempuan berbaju kurung di dalam gerakan feminisme kelas bawahan yang selektif pekak dan jarang mengorek telinga.. kenapa diam!!!!!?



Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

4 comments:

shamsadis said...

Sudah banyak teguran dilakukan tapi pihak yang terlibat masih melakukan perkara yang sama, agaknya...perlukah kita boikot? ermm...

satuhala said...

Tak perlu boikot tetapi nyatakan rasa tidak puas hati.. lebih ramai bercakap mengenainya, lebih cepat mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan ini sangat bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat timur terutamanya Islam.. malah secara jelas ia satu penghinaan kepada prinsip kelima Rukun Negara 'Kesopanan dan Kesusilaan'. TQ atas komen..

Acinetobaxter said...

Pramugari adalah kerjaya peragaan tubuh, kecantikan dan layanan. Wanita yang memilih untuk berkerjaya dgn profesion ini mmg wanita yg sudah bersedia untuk memperagakan apa yang ada pada dirinya.

manakala wanita sejati yang suci lagi mulia adalah wanita yang kecantikan, bentuk tubuh dan layanannya hanya dilihat dan diperuntukkan untuk suami. Lagi sedikit mata lelaki menyantap tubuh dan kecantikan seseorang wanita itu, lagi sucilah dia dari kerosakan rohani lantaran, objektif hidup seorang wanita mukminah adalah ALLAH dan suaminya.

Anonymous said...

Salam... Tuan Sheikh... al-hamdulillah Tuan amat prihatin terhadap apa yang berlaku... tentang identiti... bagaimana pula dengan identiti Tuan??? maaf jika menghina atau tidak berpuas hati... :)