Monday, November 23, 2009

Meatless Day... Kenapa mesti menyambutnya dengan biadab?

0
Oleh : M.I.A. 

Dua tahun lepas, saya memotong satu keratan akhbar berkenaan dengan sebuah program yang dinamakan ‘Meatless Day’ yang akan disambut pada setiap 25 November setiap tahun. Memahami bahawa sistem kalendar Hijrah mempunyai bilangan 11 hari yang kurang daripada sistem kalendar Gregorian, maka bulan-bulan di dalam kalendar Hijrah akan mengalami satu pusingan pergerakan yang berubah-ubah dan tidak akan selari dengan sistem kalendar Gregorian. 

Mengetahui mengenai perkara ini, perkara pertama yang saya nampak ialah satu bentuk polemik sedang dirangka untuk ditimbulkan pada ketika Meatless Day ini jatuh berselisih atau bersamaan dengan Hari Raya Aidil Adha. Menerusi pengiraan, maka polemik dijangkakan saya akan dimulakan bermula pada tahun ini (2009). Ini kerana Aidil Adha pada tahun ini dijangka jatuh pada 27hb November 2009. Ianya berselang dua hari selepas sambutan Meatless Day yang baru setahun jagung disambut untuk tujuan-tujuan tertentu.


Saya sudah bersedia dan menyediakan perlengkapan kerana mengetahui bahawa pada tahun ini, satu dua polemik pada skala kecil akan ditimbulkan terlebih dahulu menerusi media-media yang dikawal tangan-tangan asing dan kemudian akan disusuli dengan adegan sambut menyambut di dalam ruangan surat pembaca. Maka, penumpuan saya kepada berita-berita di akhbar, memfokuskan secara spesifik kepada perkara sebegini.

Sepertimana yang telah dijangkakan. Sebuah artikel berkenaan Meatless Day ini ditulis di dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris. Akhbar ini yang sering mendabik dada menyatakan bahawa mereka pejuang kebebasan bersuara dan sering bangga diri dengan cuba mendidik pembacanya dengan retorik kehidupan berhemah dan bertoleransi, dengan sengaja menerbitkan sebuah artikel yang saya kira sebagai satu penghinaan kepada umat Islam.

Mereka bukanlah terlalu bodoh untuk mengetahui bahawa Hari Raya AidilAdha bakal disambut pada 27 November 2009. Tetapi akhbar yang masih kekal tegar dengan agenda antiIslam mereka yang tersendiri ini yang telah didukung lama oleh mereka, sama ada dengan sengaja atau pun ‘tidak sengaja’ menerbitkan artikel di bawah ini. 


Artikel yang ditulisnya menyatakan bahawa semua pemakan daging yang mengorbankan binatang ternakan untuk mendapatkan dagingnya merupakan manusia yang tergolong dalam kumpulan pembunuh besar-besaran.  Penulis itu menggelarkan orang-orang yang mengorbankan haiwan ternakan sebagai ‘Perpetrator of Holocaust’ . Dengan menggunakan perkataan holocaust, samada dia sedar atau pun ‘tidak sedar’, tindakannya itu menyamakan mereka yang mengorbankan haiwan ternakan sebagai sama seperti Nazi di Jerman yang membunuh ramai orang Yahudi tanpa peri kemanusiaan. Tersinggung dengan penulisan tersebut, saya menghantar sebuah email protes kepada penyunting dan pembantu penyunting akhbar terbabit untuk disiarkan di dalam bahagian surat pembaca. 


Seperti kebiasaan, peratusan untuk kandungan email itu disiarkan adalah 5% peluang. Ia berdasarkan semua surat yang biasa saya hantarkan kepada mereka sebagai protes terhadap penulisan mereka yang kadang-kadang dilihat biadab dan menghina Islam. Biarpun tahu ianya tidak akan disiarkan, saya tetap meneruskan kegiatan biasa saya semenjak dahulu, iaitu jika kamu mengatakan sesuatu tentang Islam dengan cara tidak betul, saya harus menyatakan secara terus kepada kamu dengan apa cara yang boleh supaya kamu tidak lagi mudah memperkotak katikkan Islam dengan cara tidak berhemah. 

Sepertimana 95% email saya yang sentiasa ditolak mereka kerana ia menampakkan penyunting, pengarang dan akhbar mereka di dalam gambaran yang mereka tidak mahu orang lain tahu mengenainya, biar pun saya mahu menyampaikan kebenaran. Begitu jugalah dengan email kali ini. Ia ibarat meludah ke langit jatuh ke muka mereka sendiri apabila saya menjelaskan kepada mereka bahawa artikel yang ditulis oleh penulis artikel tersebut adalah sangat bertentangan dengan konsep ‘acculturation’ yang cuba diberikan publisiti di dalam sebuah interview lain di dalam akhbar yang sama pada hari yang sama. Projek KITA yang cuba dipromosikan di dalam akhbar tersebut bagi mencari titik pertemuan bagi kesatuan bangsa Malaysia suatu hari nanti dibunuh pada hari ia dipromosikan oleh akhbar yang sama dengan artikel biadab tersebut. Jelas konsep hormat menghormati hanya berlaku jika mereka mahu kita hormatkan hak mereka tetapi ia tidak berlaku secara timbal balik. Jadi selepas ini, jika akhbar ini mahu memperjuangkan kebebasan bersuara, kesedaran hormat menghormati, prinsip-prinsip rukun negara dan sebagainya, bolehlah kita mengembalikan ‘ludahan’ mereka ini kembali ke wajah mereka yang tidak tahu malu dan ‘tidak bertulang belakang’ di dalam mengikuti etika kewartawanan dan menjadi warga yang bertanggungjawab.


Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: