Saturday, July 6, 2013

Tsunami Atau Sekadar Percikan Air Longkang?

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Bermula dari pengangkatan mantan pemerintah Tanah Melayu yang lemah sebelum ini, Islam dan Melayu menjadi objek sasaran serangan golongan bukan Islam di dalam pelbagai sudut dan hal. Pemerintah sebelum ini, cuba menunjukkan dasar-dasar terbuka tanpa berfikir panjang. Lantas, dengan pantas dia ditunjukkan pintu keluar oleh parti yang mendukungnya naik ke atas. Sekurang-kurangnya mereka berani membuat perubahan hatta melibatkan pemimpin tertinggi parti mereka.



Kemudian beliau diganti oleh pakar pemain gendang tarian naga. Seorang yang cuba melunturkan elemen bangsanya supaya dia dilihat mesra supaya mudah mengemis sokongan. Seorang yang masih mencuba mempotretkan diri dengan dasar lebih mesra dan terbuka kepada semua. Ini tidak salah. Cuma sekadar mengingatkan, Mikhail Gorbachev juga pernah bereksperimen dengan dasar Perestroika (keterbukaan). 
USSR kemudiannya hancur tidak lama sesudah itu. 

Pemerintah harus diingatkan akan apa keutamaan dan siapa yang perlu diutamakan di dalam Tanah Melayu. Setelah puas terhibur dan bersorak sorai gembira dihiburkan pemerintah pengganti tadi dengan persembahan pukulan gendang tarian naga, selepas PRU 13, dia bersama gendangnya dicampak ke longkang. Setelah bertahun-tahun cuba menjadi jester penghibur kepada cucu cicit bekas immigran, mereka menghukumnya dengan tindakan yang mengecewakan harapannya.

Mujur orang-orang Islam mengutipnya semula dari lemas dalam longkang kehinaan. Kekal dia menjadi pemerintah. Samada dia mahu sedar atau terus mahu mencuba nasib bermain Bolang Gu pula selepas ini bagi menghiburkan hati mereka-mereka yang telah melongkangkannya, kita sama-sama saksikan nanti. 



Satu perkara yang mesti pemerintah ini tahu, orang-orang Islam, tidak akan akan membiarkan diri mereka dipatuk ular dari satu lubang dua kali. Pemerintah Islam tidak harus dipatuk dua kali, begitu juga dengan orang-orang Islam yang menyelamatkan maruahnya juga tidak akan membiarkan diri mereka dipatuk dua kali. Saya menulis, dari perspektif saya sebagai muslim non-partisan.

Igauan kecewa kerana dibuang setelah bertahun cuba menghiburkan mereka, membuatkannya meracau beberapa kali. Pada malam pertama terkeciwa, dia menyebut tentang Tsunami. Lalu berbaris manusia pembodek turut sama menyanyikan baris korus yang sama. Seolah-olah mereka ini telah diprogramkan untuk mengiakan sahaja tanpa memberikan suntikan penenang kepada nakhoda mereka.

Tuan pemerintah, jika benar Tsunami berlaku, tentu sahaja tuan bersama keseluruhan jentera kerajaan tuan, sudah lama tumbang dan hancur berderai meninggalkan tulang-tulang berserakan. Tetapi ini tidak berlaku. Walaupun lebih 90% dari mereka tidak bersama tuan, kerajaan tuan tidak tumbang dan dalam masa yang sama ia membuktikan, di dalam keadaan orang-orang Islam berpecah sekalipun, kekuatan orang Islam sukar digugat. Bayangkan keadaannya jika orang-orang Islam bersatu.

Dengan kekuatan politik, serta kekuatan ekonomi orang-orang Islam yang semakin mencarah pecahan kek milik mereka, mereka kini menjadi semakin panik. Mereka sedar destini mereka ialah ke arah kehilangan. Peniaga-peniaga melayu kini mula perlahan-lahan menguasai perniagan kain, baju, kosmetik, runcit, kejuruteraan dan beberapa bidang yang lain. Semua itu merupakan sektor perniagaan yang selama ini dikuasai mereka. 

Mereka melihat semua ini sebagai satu vektor yang sedang bergerak semakin laju dengan daya dan magnitud yang berkemungkinan menyebabkan mereka akan ketinggalan di dalam tempoh satu atau dua dekad tidak lama lagi. Tanpa kuasa politik, semua ini tidak dapat dihentikan. Kita melihat bagaimana trajektori daya dan magnitud vektor ini cuba diperlahankan di dalam negeri-negeri yang dikuasai mereka. Mereka selindungkan perlakuan ini dengan statistik-statistik tidak jujur. Untung mereka, kita punyai lebai kaduk yang cukup ramai untuk mudah terdelusi.

Segalanya yang diperlukan mereka, telah diusahakan serta diberikan kepada mereka oleh parti politik kanan mereka yang tidur sebantal dengan tuan pemerintah. Dari dasar pemisahan aparteid pilihan mereka yang memisahkan diri dan memulaukan diri sendiri dari khalayak umum melalui tidak bercampurnya mereka di dalam sekolah, aktiviti sukan dan pekerjaan, kemudian kepada pelonggaran segala yang menunjukkan melayu sebagai tuan dimuka bumi bertuah ini, sehingga kepada semua tuntutan pemberian biasiswa, liberasi ekonomi, bantuan kewangan kepada sekolah yang melanggar tuntutan Perlembagaan Persekutuan dan sebagainya, parti yang telah berjasa besar kepada mereka ini kemudiannya telah ditongsampahkan. 

Semuanya kerana Politburo tempatan yang menjadi rujukan mereka menyatakan bahawa semua madu dari parti tersebut sudah habis disedut dan yang tinggal hanya sepah. Oleh kerana parti tersebut tidak mampu untuk memberikan mereka puncak kuasa, maka dengan sepah yang tinggal, Politburo mengarahkan mereka untuk turut melongkangkan parti ini.

Rekonsiliasi nasional tidak akan berlaku tanpa keberanian menyentuh dasar pendidikan satu sekolah. Tanpa menyentuh perkara ini, ia hanya menerbitkan rasa dugal kepada mereka-mereka yang memerhati tindakan ini. Ia tidak lain dari satu tindakan yang hanya mahu mengambil hati. Tiada antiemetik akan dapat memadamkan rasa dugal ini. Bukanlah bijak untuk terus memberikan hati ketika mereka membiarkan tuan meratah tulang. Inilah rekonsiliasi racau dan nyinyir!

Tidak perlu menunggu armada galeon, brederode dan anjiman untuk meruntuhkan kerajaan tuan, cukup sekadar mengangkat secara silap sekumpulan pancalongok sebagai penasihat. Bromocorah yang berkiblat kepada orgasma kelamin dan isi perut. Bandit peliwat harapan bangsa ketika bangsa ini bersusah mengutip tuan dari longkang buangan. Kaum perewa yang memakai pakaian penasihat ini melihat ketidaktegasan tuan sebagai satu isyarat untuk terus melakukan pembulian. Pancalongok dikeliling harus diwaspadai. Jala mereka dan pandui mereka ke pintu keluar. Pacul keluar mereka dari busung supaya tidak sempat jauh mengampul.

Tuan harus berhenti meracau. Ini bukan tsunami. Jika tsunami, tuan sudah lama tumbang. Ia sekadar percikan air longkang. Percikan air longkang hanyir golongan tersebut. Jika sebelum ini, semua hitungan tindakan politik bermula dengan congakan ‘Bagaimana jika mereka memilih untuk tidak menyokong kita?’. Persoalan ‘bagaimana’ itu telah pun terjawab dengan 90% daripada mereka tidak menyokong tuan. Semua antisipasi telah terjawab. Tiada kesan yang terlalu besar yang boleh menggugat. Jadi kenapa masih lagi takut-takut? Apakah ada bagasi silam yang menjadikan setiap langkah itu longlai dan teragak-agak?

Tuan harus kembali memandang kepada sejarah. Bagaimana mantan pemerintah terdahulu dibuang umat Melayu kerana tidak tertahan dengan dasar-dasar dan polisi ala Perestroika dan Glasnost hasil cernaan kumpulan pancalongok yang berkeliling kepadanya. Dengan nasionalisme terkikis, mereka menghakis percaya rakyat kepada pemerintah. Mereka bercakap mengenai sasaran global bagai layang-layang yang mahu diterbangkan. Tetapi mereka memutuskan Teraju lelayang itu dari tiga benang kawalannya. Islam, Melayu dan Tanahair.




Tuan, Hang Tuah harus berkeris dan bukan bergendang. Sepertimana yang telah diungkapkan sebelum ini, jika berterusan memberikan mereka yang menyelamatkan tuan dengan ratahan tulang, maka tunggulah jentikan domino pertama.

Jika mereka terus membuat bising, ketahuilah tuan bahawa air yang beriak itu tandanya tidak dalam. Ia telah terbukti di dalam pemilihan lepas. Tetapi, berhati-hatilah dengan air yang sentiasa menunjukkan pergerakan tenang. Dalam dasarnya tidak terduga. Lemas jadinya bila ketenangan itu diambil mudah. 

Berikan mereka hati dan terus berikan kami tulang, ujilah kesabaran kami dengan polisi digarisi kaum perewa berpakaian Tuan Penasihat Kassim Patalan. Kami bukanlah jamadat yang kaku dan kejur yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya tanpa menerbitkan rasa untuk melancarkan retaliasi. Ingat kami, kami ingat pada tuan. Lupa kami, kami akan padamkan nama tuan dari segala rekod bits dan baits memori. 

Bukanlah kami meminta semua sehingga menindas hak yang lain sebagai manusia dan rakyat pura ini. Apa yang patut mereka nikmati sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan, maka berikanlah kepada mereka walaupun wujudnya mereka tidak disebut dengan nama di dalam kitab perlembagaan tersebut. Yang kami mahu ialah pemerintah tahu apa itu keutamaan, mengikut dasar-dasar Perlembagaan dan memperbaiki kelemahannya serta membuang segala tindakan yang selama ini menggugat dasar pembentukan sebuah negara Malaysia yang ditadbir jaya, stabil dan harmoni.

Biar nada penulisan di dalam masa terhimpit ini ditulis dalam nada terkadang keras dan terkadangnya melankoli. Ia supaya rondo nyanyiannya disuatu hari nanti berubah menjadi rapsodi gembira supaya anak cucu kita dapat nikmati. Itu sahaja untuk kali ini.



 © 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

8 comments:

Benar bagai dicoret wahai tuan hamba.
kita ni makin lama makin tidak tahu ingin menyokong siapa

harapkan pagar pagar tak boleh harap.

mahu robohkan pagar .. tak sanggup pula rasanya

hehehe
 
Salam tuan, macam baca karya Faisal Tehrani pulak, penuh satira....
 
Ahmad,
mana papan pagar yg patah, kita ganti baru biar kukuh..

Mana warna papan pagar yg luntur, kita cat semula supaya lebih sedap dipandang mata...

meruntuhkan pagar ialah perbuatan gembala yg tidak cerdik.
 
Wa'alaikumsalam w.b.t. Adilla Alim..

Terkadang ia perlu ditulis dlm bentuk separa satira utk menyedarkan tanpa terlalu dalam melukakan..
 
Spoil Bangsawan. Nak buat macam mana. Tun M. Working class berdarah bangsawan. Tahu apa akar umbi mahu. Bergelumang dengan akar umbi.
Yang ada ni, spoil brat. Makan kat luar pun dah nampak canggung. Ingat bagus la main gendang cina. Tup-tup kena boo! Dah tu kena buang pula tu. Orang dah takmau, tapi dia dok terhegeh-hegeh lagi.
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Puak-puak cina ni Tun M dah ada blueprint. Ikut sajala. Ingat pakai baju depa, depa nak sokong ka? Tu pun ada yang kata hina depa sebab pakai baju manchu. Sapa la rasputin yang bagi nasihat suruh pakai baju tu. Memang sabotaj kut?!
The last time we had a spoil bangsawan, we lost a pulau, now it seems we might lose a country!
Harimau tu bukan saja takdak gigi tapi patutnya dipakaikan bunga sekali, baru kena gaya!
 
Maaf abg.. saya sepatutnya serius dalam membaca karya sastera abg ni tapi entah kenapa hati rasa tergeletek. Mulut pula terkahkah. Sememangnya saya faham dan mengerti apa yg abg maksudkan. Teringat pulak karya Shit garapan Shanon Ahmad.
 
Rizal Hass,

Dia kena sedar.. dia dibuli luar dan dalam.. tergelak aku dgn Rasputin.. tp mgkin ada rasional disebalik pakaian manchu cadangan Rasputin.. mgkin mahu emulate apa yg dibuat Dinasti Ching dgn taktik pecah perintah antara Muslim dan Cina di China satu masa dulu.. tak hairanlah, klu sentimen membenci org Islam menjadi2 lepas Manchu Melayu memalu gendang.. sama dgn apa yg dilakukan Manchu dlm Dinasti Ching.. Dia harus sedar, dia sedang menghantar mesej yg salah kepada kedua2 belah pihak..

Pakaikan bunga pd harimau x bergigi..? Haahaha.. hati belum sampai lg.. tp klu terus lembik, bukan setakat bunga, lipstik & varnish kuku pun boleh letak nanti..
 
PEMIKIR..

Tak jadi masalah kalau tersenyum dan faham mesej.. yg jadi masalah ialahyg terus tersenyum tak faham mesej.. itu lebih memudaratkan..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email