Wednesday, July 31, 2013

Pamer Tubuh & Pemikiran Kasta Rendah.

Oleh : Imran Haaz

Di dalam sistem kasta yang diamalkan di nusantara dan termasuk benua India dahulu, perempuan dari kasta rendah tidak dibenarkan menutup dada. Hanya wanita dari kasta yang lebih tinggi seperti Brahmin serta Ksatriya dibenarkan menutup dada sebagai lambang status yang tinggi di dalam masyarakat.

Jadi kenapakah kini ada manusia Melayu Islam boleh berbangga memperagakan fesyen dari manusia berkasta rendah di dalam anugerah-anugerah industri hiburan, peragaan serta pertandingan ratu negara? Apakah memang mereka berkasta rendah atau pemikiran mereka tergolong di dalam kategori manusia dengan pemikiran kasta rendah? Tidak cukup dengan itu, bersungguh-sungguh pula mereka mahu mencabar hukum-hukum yang sediada di dalam agama mengenai batasan penutupan aurat seorang wanita. Kita tahu, jika mereka bersendirian, mereka tidak akan seberani ini mencabar undang-undang secara berhadapan. 


Ada tangan-tangan terlindung yang menyokong dari belakang. Tetapi, beban kesalahan ini juga harus ditanggung oleh pihak berkuasa yang selama ini tidak pro-aktif menjalankan penguatkuasaan menyeluruh. Selektif tidak bertempat di dalam menjalankan penguatkuasaan serta terlalu banyak syok sendiri merasakan bahawa tiada siapa akan berani mencabar mereka sebagai pihak berkuasa. Ini isu yang malang yang seharusnya boleh dielakkan dari awal.


Isu ini tidak terhad kepada kes-kes individu dan kumpulan-kumpulan tertentu. Banyak juga yang tidak kena dengan media yang menggalakkan perkara itu terus berkembang dan berlaku di dalam masyarakat. Terdapat satu kecenderungan kumpulan wartawan dan jurugambar hiburan di Malaysia yang berebut-rebut mengambil gambar dan menyiarkan gambar-gambar manusia berpakaian dan berpemikiran kasta rendah di dalam penerbitan media mereka. Apakah wartawan, jurugambar dan penerbitan tersebut juga cuba menunjukkan kepada dunia aras akal fikir mereka yang tidak mungkin dapat keluar dari hanyir lopak manusia berkasta rendah? Mungkin hanya Tuhan dan mereka sahaja tahu jawapannya. Wallahua’lam.

Pernah berlaku revolusi di India, pada suatu ketika, sekumpulan wanita dari Kerajaan Travancore menuntut hak untuk berpakaian menutup dada. Mereka ini dari kasta rendah. Mereka dilarang untuk menutup dada mereka hatta di luar rumah. Kemudian mereka melancarkan revolusi menuntut hak untuk menutup bahagian dada. Revolusi yang dilancarkan bertukar menjadi penindasan ganas oleh golongan kasta yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, revolusi yang dilancarkan itu reda bilamana Gabenor Madras mengarahkan Raja Travancore untuk membenarkan kaum wanita Nadar untuk berpakaian menutup dada. Tetapi, pakaian mereka disyaratkan supaya tidak meniru pakaian yang dipakai wanita dari kasta yang lebih tinggi. 1

Wanita di Tarvancore berjuang menuntut hak untuk tidak dieksploitasi. Tetapi malangnya wanita kita di sini pada hari ini, bersungguh-sungguh berjuang supaya mereka boleh dieksploitasi. Inilah pemikiran manusia dari kasta rendah.

Berubahlah. Pakaian serta batas pergaulan yang menjadi amali sehari-harian mencerminkan siapa diri kita. Tiada salah untuk seksi jika di dalam rumah sendiri jika keseksian itu tidak sampai kepada mata-mata yang tidak dibenarkan memandangnya. Begitu juga seksi yang dipamerkan kepada suami yang telah halal dinikahi. Islam tidak mengurung umatnya di dalam satu tadbir hukum yang rigid dan keras. Semuanya bertempat di dalam Islam. Ada tempat boleh seksi dan ada tempat yang tidak boleh.   

Semuanya terpulang kepada kehendak diri sendiri. Terutamanya kepada mereka yang menjadi perhatian dan rujukan masyarakat awam. Apa yang dilakukan akan diikuti. Pastikan legasi yang ditinggalkan melalui hasil kerja yang dilakukan memberikan sumbangan pahala dan kebaikan kepada masyarakat dan diri sendiri.

Jika merasakan puluhan ribu ringgit yang dibayar untuk memperagakan pakaian dari golongan kasta rendah sedemikian rupa dapat mengganti nikmat-nikmat indah di syurga nanti, teruskan sahaja berpakaian sedemikian. Kubur masing-masing. Itu klise kata-kata mereka. Sekurang-kurangnya mereka meyakini destinasi akhir mereka di dunia akan berakhir di dalam lubang kubur.


Cuma, bukankah tidak masuk akal jika mahu berjalan ke destinasi jauh, ’beg perjalanan’ dibiarkan kosong?
© 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

4 comments:

saya suka dengan kata2 dr sahabat FB yang mengatakan "harga ayam makin naik tapi harga diri makin jatuh.. tak malu ke dengan ayam tu..!!" penuh klise. Hanya bukan manusia je tak kan mengerti maksud itu.. yang menyokong agenda tersebut nampak sgt harga diri dia lebih rendah dari ayam.. tapi dalam isu ini, yang sepatutnya menegah peserta tsbt dari bertanding sepatutnya adalah ibu bapa mereka.. yang peliknya knp mereka menggalakkan anak2 mrk masuk ptandingan tsbt?? ini la tjadi apabila pemikiran sekular yang ditanam dlm pmikiran mrk untuk mengejar dunia yang sementara ini. moga kelak anak bangsa kita akan berjaya di dunia dan akhirat kelak.. amin..!!!
 
Hasanah..

Quote yang baik. Saya juga suka. Mohon izin untuk guna di lain penulisan.

Sebab ibu bapalah mrk berfikiran mcm tu. Gagal mencorak kain putih sedari awal untuk diwarnakan dengan warna-warna indah. Inilah jadinya.

Kita semua kena berusaha memperbetulkan keadaan ini bermula dgn diri kita, keluarga kita dan masyarakat.. InsyaAllah boleh berjaya.. yg penting istiqamah.
 
sangat setuju dgn penulis bahawa mereka tidak bersendirian..mst ada agenda dan seseorang/kumpulan yg mjadi dalang dlm situasi ini.
 
Pamer tubuh bagi saya hanyalah mengikuti gaya pelacur!
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email