Monday, September 3, 2012

False Flag Kepala Babi & Selipar Di Masjid

Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Ini merupakan penulisan yang sebelum ini saya muatkan di dalam akaun Facebook saya. Dikongsi kembali di sini untuk liputan yang lebih luas.

Bismillahir Rahmanir Raheem.

Mossad jika melakukan False Flag, mereka tidak memakai pakaian seragam, t-shirt bertulis MOSSAD dibelakang baju mereka, lencana MOSSAD dan sebagainya. MOSSAD modus operandi dia mudah.. kill 2 birds with one stone.. mereka akan menghantar orang-orang yang memakai pakaian seragam atau t-shirt bertulis nama salah satu dari dua kumpulan yang mereka mahu lagakan dan kemudian cetuskan provokasi. Lalu bergaduhlah dua kumpulan muslim yang jarang menggunakan akal kerana tertipu dengan agen provokator upahan ini.



IDF, MOSSAD dan CIA tahu, Muslim amat jarang menggunakan akal. Itu satu rencah mudah yang boleh digunakan mereka untuk agenda-agenda yang telah dirangka mereka. Untuk memastikan dunia di bawah genggaman mereka. Mereka akan menyokong orang-orang Islam yang mahu bersujud kepada agenda Israel dan New World Order. Setiap negara di dunia telah ditembus mereka termasuk Malaysia. Sebelum ini saya pernah menulis tentang trend insiden melemparkan kepala babi ke masjid untuk mencetuskan kegelisahan serta kemarahan umat Islam bagi membangkitkan huru hara di Malaysia. Sangat mudah untuk menghidu siapa menjadi dalang disebalik setiap perkara yang berlaku. Fokus hanya perlu diberikan kepada pihak yang mendapat keuntungan maksimum disebalik semua huru-hara, kerosakan serta kehancuran yang berlaku. Pihak yang mendapat keuntungan maksimum sekiranya huru-hara serta pergaduhan yang tercetus akibat insiden kepala babi di masjid satu ketika dulu, boleh sahaja dikenalpasti sebagai dalang kepada kejadian seumpama itu. Syukur kepada Allah, orang-orang Islam di Malaysia yang berakal fikiran rasional masih membentuk majoriti penduduk Islam di sini. Jika tidak, tentu sahaja perkara-perkara yang tidak diingini telah berlaku.

False flag digunakan mereka untuk melemahkan persaudaraan muslim dan membantu agen gerakan mereka mendapatkan kuasa. Lihat sahaja apa yang mereka lakukan dengan kepala babi yang dilemparkan masuk ke masjid-masjid Turki sebelum Turki Uthmaniyyah diruntuhkan. Mereka menyuburkan fitnah di kalangan umat Islam yang malas menggunakan akal. Sudahlah malas menggunakan akal, perintah Allah menyuruh mereka memeriksa terlebih dahulu setiap cerita dan berita yang disiarkan, tidak dipatuhi mereka.

Perhatikan bagaimana agen-agen provokator yang telah diarahkan untuk memakai pakaian Ahlus Sunnah dan membuat perbuatan melampau dengan mengebom, menghina serta mencemar dengan melontar selipar, najis dan segala yang dianggap buruk di masjid-masjid dan tempat yang dianggap suci oleh Syiah di Iraq.  Ia dibuat oleh agen upahan MOSSAD,CIA,IDF ISrael bagi mencetuskan kemarahan puak syiah kepada golongan sunnah.
Lalu puak syiah yg tidak menggunakan akal ini, kemudian bertindak balas kepada golongan sunnah. Begitu juga sebaliknya. Maka motif Kill two birds with one stone mereka berjaya. Lalu bergaduhlah puak-puak yang tertipu ini dengan provokasi yang disengajakan bagi memastikan proksi yang menyokong dan mesra kepada Israel diangkat memegang tampuk pemerintahan Iraq, Iran, Afghanistan, Libya, Syria dan tidak terkecuali Malaysia.

Perhatikan bagaimana penembak tepat pengganas IDF Israel (gambar) mempotretkan apa yang telah diajarkan kepada mereka dengan motif One Shot Two Kills. Seorang ibu Muslim yang tidak berdosa dan anak yang tidak berdosa dikandung ibu tersebut dijadikan sasaran. Ini menunjukkan mereka telah diajar untuk tidak bersimpati dengan siapa sahaja musuh mereka dan setiap satu gerakan mereka harus menghapuskan dua musuh dengan satu tindakan.Hanya orang yang tidak mempunyai akal yang sempurna percaya seorang yang mahu cetuskan pergaduhan dan menghina rumah-rumah Allah memakai pakaian yang melambangkan kumpulan yang disokongnya semasa melakukan provokasi. Otak dan akal diberikan oleh bukan hanya digunakan untuk menyumbat perut dengan makanan. Otak dan akal yang diberikan Allah itu ialah untuk digunakan supaya kita tidak menjadi hamba serta dimanipulasikan oleh orang lain untuk kepentingan mereka. Jika perkara yang mudah seperti ini pun tidak mampu dibuat, entah apa masa depan yang terhidang untuk anak cucu kita di sini. Benar seluruh dunia akan dimasuki Dajjal dan pasukannya kecuali Mekah dan Madinah, tetapi kita semua telah diingatkan supaya berhati-hati. Jika seorang pengkhianat kepada agama Allah sanggup menjual nama Allah untuk digunakan secara sewenang-wenangnya oleh golongan Kristian bagi menggambarkan Tuhan itu diberanak dan diperanakkan, tidak perlu hairan dengan tindakan-tindakan penghinaan yang mampu dilakukannya bagi mencetuskan kemarahan umat Islam dengan menghasut mereka bergaduh sesama sendiri demi nafsu politiknya. Muslim, jangan jadi bodoh. Berpeganglah dengan perintah Allah berikut di dalam al Qur'an jika benar-benar menjiwai apa yang sentiasa dislogankan sebagai umat yang berpegang teguh kepada al Qur'an dan sunnah. 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” ( al-Hujurat [49]:6)

Jika telah diketahui melalui perbuatan, lisan dan kecenderungan seseorang itu yang telah kelihatan seperti orang-orang yang fasiq, maka periksalah setiap khabar berita yang dibawakan oleh dirinya dan agen-agen provokatornya. Orang mukmin apabila mereka mendengar ayat-ayat Allah mereka segera mematuhinya. Terpulanglah.. di akhirat nanti setiap butir bicara, perkataan, shares dan like di facebook akan dipersembahkan ke dalam sebuah buku yang tidak meninggalkan hatta butiran terkecil perlakuan. Kembali berpegang dengan al Qur'an dan sunnah. Itu jalan paling selamat.
© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.


Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email