Tuesday, September 25, 2012

Ababil dan Petunjuk Yang Ribuan Tahun Hilang

Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Penulisan ini merupakan sambungan kepada penulisan bertajuk Muhammad dan Sahabah di dalam Bible bhg. 6. (Klik sini untuk membacanya)


Ayat 4 Isaiah Fasal 9 : Saat Hidayah dan Kelahiran Nabi Akhir Itu Hampir.

For thou hast broken the yoke of his burden, and the staff of his shoulder, the rod of his oppressor, as in the day of Midian.

Ayat 4 dari Isaiah fasal 9 ini sebenarnya merujuk kelegaan kepada hati dan perasaan suku-suku Arab tersebut yang diberikan hidayah. Seolah bebanan serta ketidakadilan yang selama ini ditimpakan ke atas mereka oleh golongan Bani Israel yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah di dalam beragama, akan diangkat. Mereka akan kembali dimuliakan oleh Tuhan dengan hidayah yang diberikan.

Sesuatu yang tidak pernah dijelaskan sehingga kini sejak ribuan tahun lamanya ialah, kenapakah ayat 4 ini merujuk perasaan lega tersebut datang kepada mereka. Kegembiraan itu  seolah-olah sama seperti kegembiraan yang pernah berlaku kepada umat pilihan Tuhan di hari-hari kemenangan di Midian (Madyan) suatu ketika dahulu.

Pertama, untuk memahami ayat ini dan apa yang dimaksudkan sebagai hari-hari kemenangan di Midian, kita perlu meneliti tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada manusia-manusia pilihan Tuhan di Midian?

Peperangan Bani Israel Menentang Midian

Kisah ini diceritakan di dalam kitab Judges fasal 7. Berkenaan tentera Bani Israel yang dipimpin Gideon. Dia mempunyai pasukan tentera yang sangat besar bagi menghadapi pasukan Midian. Dijumlahkan pada awalnya, pasukan mereka mempunyai 32,ooo orang tentera. Tetapi apabila Tuhan melihatkan keadaan mereka yang tidak mempunyai kekuatan hati dan perasaan, Tuhan mengarahkan Gideon untuk membuat tawaran kepada Bani Israel. Tawaran yang diberikan ialah supaya sesiapa yang berasa sangsi dan takut, mereka boleh kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Adat bangsa penakut dan bacul, 22,000 orang daripada mereka meninggalkan medan sebelum sampai ke destinasi perjuangan.

Maka tinggallah baki 10,000 orang yang mahu meneruskan perjuangan bersama Gideon. Tetapi, Tuhan lebih mengetahui bahawa jumlah sedemikian banyak itu akan memudaratkan perjuangan pasukan Gideon. Lalu, Gideon diarahkan Tuhan supaya membawa pasukannya ke sebatang sungai. Ia bagi menguji mereka samada mereka yang berbaki ini merupakan manusia-manusia yang sanggup menahan diri demi mengikuti perintah Tuhan. Mereka dilarang untuk minum dengan cara menjilat secara langsung air tersebut sepertimana anjing meminum air dan mereka hanya dibenarkan untuk mencangkung sambil mangambil dengan tangan air tersebut untuk diminum.

Hasilnya, daripada 10,000 orang tersebut, hanya 300 orang yang mengikuti arahan Tuhan. Berikutan dengan ini, hanya 300 orang pejuang tersebut dibawa Gideon untuk berjuang bersama-sama dengannya untuk menentang Midian. Walaupun jumlahnya kecil, ia tidak pernah menjadi satu alasan bagi mereka untuk tidak berjuang dan takut kepada kekalahan. Ini kerana mereka tahu bahawa, bukanlah usaha mereka yang membolehkan kemenangan itu dicapai. Tetapi, segala bantuan yang datang dari Tuhan itulah yang akan menjaminkan kemenangan berpihak kepada mereka. Mereka memenangi perjuangan tersebut biarpun jumlah mereka hanya 300 orang.

Membaca kisah yang disebut di dalam Judges fasal 7 ini, mereka yang biasa dengan al Qur’an akan segera menangkap bagaimana penyusun  kitab Judges ini telah secara keliru mensabitkan peristiwa 300 orang perajurit yang ditapis oleh Tuhan bagi menyertai perjuangan menentang Midian itu kepada peristiwa yang berlaku kepada pasukan Gideon.

Peristiwa sebenar dan konteks sebenar peristiwa itu sebenarnya berlaku kepada pasukan Bani Israel yang dipimpinThalut (Saul) yang menentang pasukan Jalud (Goliath). Al Qur’an menjelaskan perkara ini di dalam surah al Baqarah ayat 242 hingga ayat 252. Bukan Gideon dan pasukannya yang diuji Allah ditepi sungai tersebut, tetapi Thalut (Saul) dan pasukannya yang sebenarnya diuji.

Kitab Judges Yang Bercelaru
Saya boleh menulis satu posting panjang berkenaan kecelaruan kitab Judges. Diizinkan Allah melalui kelapangan masa, kesihatan serta ekonomi, saya boleh tunjukkan bagaimana al Qur’an sebagai al Furqan bukan hanya setakat boleh mengesahkan ayat-ayat Allah yang masihada di dalam Bible serta menafikan ayat-ayat yang dimasukkan oleh ahli-ahli kitab, malah Al Qur’an sebagai al Furqan itu sendiri boleh digunakan bagi mengenalpasti konteks peristiwa serta latar belakang zaman kepada peristiwa tersebut berlaku. Contoh mudah ialah di dalam kisah peperangan pasukan Gideon dan Midian di atas. Kisah ujian di sungai tersebut seharusnya merupakan kisah yang disabitkan dengan perjuangan Thalut(Saul) menentang Jalud (Goliath) dan bukan Gideon menentang Midian.

Ada beberapa lagi kisah yang dimasukkan ke dalam penceritaan kitab Judges ini yang dimuatkan luar dari konteks peristiwa dan zaman sebenarnya. Semua itu diketahui apabila al Qur'an menjelaskan konteks zaman kepada beberapa peristiwa yang berlaku dan disebut di dalam beberapa tempat di dalam Bible terutamanya kitab Judges ini. Oleh kerana saya tidak mahu memanjangkan penulisan ini, InsyaAllah, mungkin nanti ada kesempatan yang lain, saya akan menjelaskan serba sedikit kepincangan konteks zaman di dalam Kitab Judges yang kembali dapat diperbetulkan dengan membuat rujukan kepada al Qur'an.

Berbalik kepada konteks pemahaman ayat 4 Kitab Isaiah fasal 9. Apabila Tuhan menyatakan bahawa beban yang ditanggung oleh ketidakadilan yang ditimpakan selama ini kepada suku-suku jahiliah tersebut akan diangkat sama sepertimana hari kemenangan yang diperolehi seratus peratus atas bantuan Tuhan suatu ketika dahulu di Midian, ayat tersebut sebenarnya memberitahu kepada Bani Israel bahawa saat dan ketika hidayah yang dijanjikan itu akan diberikan kepada suku Arab ialah apabila mereka melihat bantuan Tuhan datang membantu mereka dengan cara yang luar biasa dan tidak terduga.

Ayat 4 kitab Isaiah fasal 9 bukan hanya memberitahu apa perasaan yang bakal dirasai oleh suku Arab yang diberikan hidayah, tetapi ayat tersebut juga memberitahu kepada hali kitab apa bentuk petanda serta saat yang tepat tentang hampirnya datang hidayah kepada suku Arab.

Hidayah itu akan datang bersama seorang Putera Kedamaian (Sar Shalom). Saat datangnya Putera Kedamaian tersebut, ditandai dengan berlakunya satu peristiwa yang menghampiri peristiwa kemenangan agama yang diredhai Tuhan atas bantuan Tuhan itu sendiri. Sepertimana Tuhan membantu Gideon (seperti yang disebut di dalam Bible mereka) dengan bantuan kemenangan. Begitu jugalah dengan suku-suku Arab yang bakal mendapat hidayah nanti.

Jika tuan-tuan menjangkakan peristiwa perang Badar itu yang menjadi rujukan serta petanda suku-suku Arab menepati kriteria ayat 4 kitab Isaiah fasal 9, pendapat itu adalah tidak tepat samasekali.

Rujukan kepada peristiwa Badar hanya benar di dalam konteks masa yang berlaku selepas mereka-mereka ini (suku-suku Arab ini) beriman kepada nabi terakhir. Setelah beriman kepada Sar Shalom, mereka  akan mempunyai semangat serta ketulusan perjuangan yang memungkinkan mereka di dalam jumlah sedikit dapat mengalahkan pasukan tentera yang lebih besar. Ia terbukti, apabila orang-orang Arab ini yang menerima hidayah daripada Allah dan memeluk Islam, memenangi Perang Badar dengan jumlah pasukan yang hampir sama dengan pasukan Thalut@Saul (dalam Judges ianya disabitkan secara salah kepada watak Gideon). Dengan 313 orang pejuang dan kelengkapan peperangan yang jauh sekali daripada boleh dianggap sebagai pasukan perang yang benar-benar bersedia, medan Badar dimenangi dengan bantuan daripada Allah. Sama seperti apa yang berlaku semasa Thalut berjuang menentang pasukan Jalud (Goliath).

Tetapi petanda kemenangan atas bantuan Tuhan seperti yang disebut di dalam ayat 4 Kitab Isaiah fasal 9 di atas sebenarnya merujuk kepada satu peristiwa kemenangan agama Tuhan sebelum Sar Shalom yang merujuk kepada tidak lain dan tidak bukan, Muhammad s.a.w. dilahirkan.

Jika Badar al Kubra bukan peristiwa yang dirujuk di dalam ayat 4, jadi apakah peristiwa yang dijadikan sebagai petanda bahawa waktu untuk kelahiran nabi dan rasul terakhir sudah hampir?

Untuk itu, kita perlu mengkaji serta memahami konteks ayat 5 kitab Isaiah  fasal 9.

Ayat 5 Kitab Isaiah fasal 9 : Muhammad s.a.w. akan lahir tidak lama selepas Abrahah dikalahkan Tentera-Tentera Ababil Allah s.w.t.

For every battle of the warrior is with confused noise, and garments rolled in blood; but this shall be with burning and fuel of fire.

Jika di dalam perang serta kemenangan di Midian, perjuangan itu menyaksikan hiruk pikuk peperangan serta pertumpahan darah yang sangat hebat, tetapi peristiwa yang bakal menandai dekatnya hari kelahiran nabi dan rasul akhir zaman itu merupakan sebuah perang yang berbeza dengan perang-perang yang lain.

Ayat ini tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada peristiwa serangan tentera bergajah Abrahah, seorang Kristian dari Yaman yang mahu menghancurkan Kaabah. Maka bertempiaran larilah semua orang-orang Arab di Mekah apabila pasukan Abrahah datang dengan ketumbukan tentera yang tidak terlawan.

Berkatalah Abdul Mutalib, datuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. “Rumah Allah, Allah lah yang akan pertahankan,” Yakin beliau kepada Allah tidak goyah. Dia hanya mahu menyelamatkan apa yang menjadi miliknya. Kaabah bukan miliknya, ia milik Tuhan yang menciptakan serta mentadbir seluruh alam. Kalau Dia berkehendakkan rumahNya itu runtuh, maka akan dibiarkanNya dihancurkan Abrahah. Tetapi apabila Dia mahu mempertahankan rumah tersebut untuk menyatukan kiblat dan hati umat Islam yang bakal menjadi hamba-hambaNYa selepas kelahiran Muhammad, maka apabila Dia mempertahankannya, tiada satu kuasa yang jika segalanya bergabung untuk menentangNya dapat berbuat demikian. Allah mengingatkan kembali kepada kita  di dalam al Qur’an surah al Fiil ayat 1 hingga 5.


Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Lalu hancurlah Abrahah al Ashram bersama pasukannya dikerjakan serangan udara yang sunnahnya tidak pernah mahu dipelajari oleh orang-orang Islam. Hancurnya Abrahah membawa satu petanda kepada golongan ahli kitab. Mereka tahu saat kelahiran nabi dan rasul terakhir sudah terlalu hampir.

Lalu mereka berpusu-pusu bergerak semakin dekat ke Madinah. Persoalannya pula, bagaimana mereka tahu bahawa Rasul tersebut akan menjadikan Madinah tempat bermastautin nabi tersebut?

Kenapa Yahudi Berkumpul di Yathrib dan Kawasan Utara Yathrib, Tetapi Tidak di Mekah?

Untuk persoalan tersebut, kita merujuk pula wahyu yang diberikan kepada seorang lagi nabi yang sepertimana yang dicatatkan di dalam Bible. Namanya Habakkuk. Dia sejak kurun ke 7 Sebelum Masihi telah memberitahu kepada Bani Israel, bahawa nabi dan rasul terakhir tersebut akan datang dari kawasan Pergunungan di Paran dan akan datang dari selatan (Teyman).

Habakkuk Fasal 3
God came from Teman, and the Holy One from mount Paran. Selah. His glory covered the heavens, and the earth was full of his praise.
And his brightness was as the light; he had horns coming out of his hand: and there was the hiding of his power.
Before him went the pestilence, and burning coals went forth at his feet.
He stood, and measured the earth: he beheld, and drove asunder the nations; and the everlasting mountains were scattered, the perpetual hills did bow: his ways are everlasting.

Sedikit penjelasan tentang Habakkuk. Beliau merupakan salah seorang di antara nabi-nabi yang diutus kepada Bani Israel mengikut apa yang diimani mereka. Dia dikatakan menetap di dalam Kerajaan Judah. Ada yang menyatakan dia berketurunan Levi (Lawi) yang berkhidmat sebagai pemain muzik di rumah ibadat. Tetapi penelitian yang dibuat ke atas teks di dalam fasal ketiga kitabnya yang dibuat para sarjana Bible, dakwaan bahawa beliau berketurunan Levi adalah ditolak. 2


Teyman (ditulis Teman) (תימן) di dalam ayat 3, merupakan perkataan Hebrew yang membawa maksud ‘selatan’. Hampir semua terjemahan Bible moden secara sengaja tidak menterjemahkan perkataan Teyman itu kepada ‘selatan’. Seolah-olah perkataan Teyman itu digunakan mereka sebagai kata nama khas yang merujuk nama sesuatu tempat. Sedangkan Bible di dalam terjemahan yang lebih tua seperti Duoay-Rheimes yang digunakan golongan Katolik, mentafsirkan ayat tersebut seperti berikut:

Douay-Rheims Bible
God will come from the south, and the holy one from mount Pharan: His glory covered the heavens, and the earth is full of his praise.

Dari sini difahami dengan jelas, bahawa Habakkuk juga menyatakan bahawa nabi yang dijanjikan sebagai penyelamat yang bakal muncul nanti, lokasinya ialah dari selatan kepada lokasi tempat Habakkuk bermastautin.

Dengan jelas Habakkuk menyatakan bahawa nabi atau penyelamat yang bakal datang dari selatan (Teyman) itu pula, dia berasal dari Gunung Paran.  

Tidak perlu berhujah panjang untuk menentukan lokasi di mana Pergunungan Paran serta Gurun Paran berada. Cukup dengan membentangkan ayat 17 hingga 21 dari Kitab Genesis fasal 21, semua orang Islam tahu bahawa kawasan Gurun Paran dan Pergunungan Paran itu merujuk kepada Semenanjung Tanah Arab secara umum dan lembah Mekah yang diapit gunung ganang secara khusus. Genesis fasal 21 ayat 17 hingga 21 memberikan ultimatum mudah kepada yang beriman dengan al Qur’an.

17 God heard the boy crying, and the angel of God called to Hagar from heaven and said to her, “What is the matter, Hagar? Do not be afraid; God has heard the boy crying as he lies there. 18 Lift the boy up and take him by the hand, for I will make him into a great nation.”

19 Then God opened her eyes and she saw a well of water. So she went and filled the skin with water and gave the boy a drink.

20 God was with the boy as he grew up. He lived in the desert and became an archer. 21 While he was living in the Desert of Paran, his mother got a wife for him from Egypt.

Semua orang Islam beriman dengan fakta bahawa Nabi Ismail a.s. dan keturunannya tinggal di sebuah lembah yang dikenali sebagai Mekah. Sebuah lembah yang diapit oleh pergunungan dan gurun/ padang pasir yang luas. Apabila Genesis fasal 21 menyebut bahawa Ishmael dan keluarganya menetap di Gurun Paran, maka sangat jelas dan tidak dapat disangkal lagi, bahawa Paran itu turut meliputi daerah dan lembah yang dinamakan sebagai Mekah. Ini sudah cukup. Boleh sahaja menghujahkan perkara mengenai lokasi Paran ini dengan panjang lebar menggunakan lain-lain ayat yang boleh dirujuk di dalam Bible, tetapi ianya memakan ruang dan masa. Jika terdapat keperluan bagi menjelaskannya secara terperinci, InsyaAllah saya akan melakukannya. Tetapi, saya melihat tiada keperluan untuk berbuat demikian oleh kerana ayat 17 hingga 21 di dalam Genesis fasal 21 ini sudah cukup untuk menguatkan hujah bahawa nabi terakhir yang ditunggu-tunggu Habakkuk itu ialah Muhammad s.a.w., yang akan berhijrah dari selatan kepada arah lokasi Kerajaan Judah di utara dan berasal dari kawasan Pergunungan Paran.

Berasal dari Pergunungan Paran bukanlah bermaksud berasal dari tempat di atas gunung, tetapi ia membawa maksud berasal dari tempat di mana pergunungan dengan nama tersebut dikenali. Sama juga situasinya dengan penduduk Bukit Mertajam di tempat saya. 99.99 peratus penduduk Bukit Mertajam di sini, tidak tinggal di atas bukit tersebut. Tetapi mereka tetap dirujuk sebagai penduduk Bukit Mertajam. Apabila ditanyakan kepada mereka dari mana mereka berasal, tentu sahaja jawapan yang menunjukkan mereka berasal dari Bukit Mertajam diberikan. Begitu juga dengan saya, apabila ditanyakan saya berasal dari mana, jawapan biasa yang saya berikan ialah, saya berasal dari Tanjung.  Jawapan berasal dari Tanjung itu diberikan kerana generasi datuk, nenek serta ibu bapa saya merujuk Georgetown sebagai Tanjung. Adat negeri yang dijajah, nama tempatnya ditukar sesuka hati. Jangan Georgetown bertukar pula menjadi Zhang Zhou Ha Shalom pula selepas ini, Nauzubillahi min Dzaalik.

Ayat 3 Kitab Habakkuk fasal 3 di atas telah menjelaskan perjalanan yang akan ditempuh oleh lelaki mulia tersebut (Muhammad s.a.w.) selepas baginda dilantik sebagai Nabi dan Rasul. Baginda akan memulakan perjalanan dari Mekah menuju ke arah utara. Tidak cukup dengan itu, saat di mana Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. akan berlaku juga telah dijelaskan.

Isra’ & Mikraj : Petanda Hijrah Baginda Semakin Hampir

Ayat 3 Kitab Habakkuk fasal 3 menjelaskan perkara berikut :
God came from Teman, and the Holy One from mount Paran. Selah. His glory covered the heavens, and the earth was full of his praise.

Jika di dalam bahagian di atas, sudah dihujahkan lokasi dari mana manusia mulai ini akan memulai perjalanan dan arah destinasinya, untuk bahagian ini, saya akan menjelaskan saat hijrah itu akan berlaku.

Apabila pada bahagian kedua ayat 3 tersebut, telah disebutkan bahawa nama manusia mulia itu harum pada penduduk langit dan bumi. Sebenarnya di dalam konteks asal yang tersebut itu, ia membawa maksud bahawa nabi akhir zaman tersebut, akan diberikan Tuhan akan kemuliaan yang meliputi langit dan bumi.

Kemuliaan meliputi langit dan bumi secara jelas merujuk kepada bagaimana Rasulullah s.a.w. dimuliakan Allah dengan menjemputnya melalui satu perjalanan terhebat meliputi daerah-daerah di bumi sehingga sampai ke Baitulmaqdis dan kemudian diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah di Sidratul Muntaha. Hanya makhluk yang mendapat kemuliaan dilangit dan dibumi diberikan kesempatan untuk bertemu Allah di dalam perjalanan yang amat hebat itu. Bukankah Rasulullah s.a.w. juga disebut dan dirujuk sebagai Rahmat untuk sekelian alam di dalam surah al Anbiya' ayat 107?

Kembalinya baginda ke setelah selesai Israk dan Mikraj, baginda dan umatnya dipersiapkan Allah untuk berhijrah. Sebagaimana di dalam penulisan di dalam bahagian sebelum ini, saya menceritakan bagaimana tentera Gideon (sebenarnya merujuk kepada peristiwa Thalut lawan Jalud) dikurangkan Tuhan melalui ujian sebatang sungai. Daripada lebih 10,000 perajurit, hanya tinggal 300 sahaja yang dipilih Tuhan setelah gagal di dalam ujian menurut perintah Tuhan supaya jangan meminum air di sungai tersebut.

Begitu juga dengan Nabi Muhammad s.a.w., apabila baginda menceritakan pengalaman perjalanan baginda kepada umat Islam pada ketika  itu, ramai diantara mereka kemudiannya murtad lantas tidak percaya kepada apa yang disampaikan Rasulullah s.a.w.. Mereka kemudian bertemu Abu Bakar r.a. mengadu perihal kisah Rasulullah s.a.w.. Abu Bakar lantas menyatakan bahawa jika Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan baginda naik ke langit di dalam masa satu saat dan kembali pun, dia tetap akan membenarkan pernyataan Rasulullah s.a.w. itu. Bermula dari situ, Abu Bakar r.a. dikenali dengan gelaran As Siddiq iaitu yang membenarkan.

Jumlah umat Islam yang masih beriman kepada Rasulullah s.a.w. menjadi kecil. Tetapi itulah perancangan Allah yang mahu menapis umat Islam yang bakal berhijrah nanti, merupakan kelompok manusia-manusia terbaik. Apabila mereka berhijrah, dan kemudian mereka bergabung dengan orang-orang Ansar, tidak lama sesudah itu, mereka terlibat dengan perang Badar al Kubra yang menyaksikan jumlah mereka yang berjuang di jalan Allah itu, sama kekuatannya dengan pasukan pimpinan Gideon (sebenarnya Thalut/Saul) seperti yang dikisahkan di dalam kitab Judges fasal 7 yang diceritakan di dalam bahagian sebelum ini.

Maka, apabila sahaja peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku, maka, ahli-ahli kitab dikalangan Yahudi dan Nasrani, mengetahui bahawa saat Nabi tersebut Hijrah sudah semakin hampir. 18 bulan sesudah peristiwa Israk & Mikraj, Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Satu perjalanan yang bermula dari Mekah (termasuk di dalam Gurun Paran) dan menuju ke Utara.

Ahli-ahli kitab tahu dengan perkara ini. Tidak hairanlah kebanyakan penempatan mereka pada zaman Rasulullah s.a.w. bertumpu di daerah-daerah sekitar Madinah yang berada di bahagian utara Mekah.

Setelah Peristiwa Serangan Dan Kekalahan Abrahah yang menandakan hampir datangnya waktu kelahiran nabi agung tersebut, dan peristiwa Israk Mikraj yang menandakan betapa hampirnya perjalanan yang Hijrah yang bakal dibuat oleh Rasulullah s.a.w., saya akan jelaskan pula petunjuk yang diberitahukan oleh Uskup al Amuriyyah kepada Salman al Farisi, iaitu nabi tersebut, mempunyai cap kuasa kenabian pada bahagian belakang bahunya.

Cap Kenabian Pada Belakang Tubuh Rasulullah s.a.w.
Kita berbalik kepada ayat 6 dan 7 Isaiah fasal 9 yang masih belum disentuh. Ayat yang secara jelas menyimpulkan semua yang dihujahkan di dalam bahagian-bahagian penulisan ini yang menunjukkan bahawa Muhammad s.a.w. merupakan nabi serta rasul terakhir yang ditunggu-tunggu ahli kitab.

For unto us a child is born, unto us a son is given: and the government shall be upon his shoulder: and his name shall be called Wonderful, Counsellor, The mighty God, The everlasting Father, The Prince of Peace.

Of the increase of his government and peace there shall be no end, upon the throne of David, and upon his kingdom, to order it, and to establish it with judgment and with justice from henceforth even for ever. The zeal of the Lord of hosts will perform this.

Peristiwa kehancuran pasukan Abrahah sepertimana yang telah saya jelaskan ketika menghuraikan ayat 4 dan 5 untuk Kitab Isaiah fasal 9 sebelum ini, digunakan sebagai petunjuk dan petanda bahawa saat kelahiran nabi dan Rasul terakhir sudah terlalu hampir.

Hujah saya yang menyatakan bahawa ayat 4 dan 5 Kitab Isaiah fasal 9 tersebut merujuk kepada peristiwa tentera Abrahah dihancurkan Allah iaitu dengan lemparan batu-batu berapi yang dibawakan burung-burung yang menyebabkan mereka mati dalam keadaan seolah terkena penyakit dengan bisul-bisul yang membesar dan pecah, dikuatkan lagi melalui ayat 5 di dalam Habakkuk fasal 3 seperti di bawah.

Before him went the pestilence, and burning coals went forth at his feet.

Bahawa telah dijelaskan sebelum ini, nabi dan Rasul yang terakhir tersebut sebelum peristiwa hijrahnya dan sebelum kemunculannya ke dunia, telah berlaku satu bentuk wabak yang memusnahkan. Ibnu Ishaq menjelaskan di dalam Sirah An Nabawiyyahnya menceritakan keadaan yang menimpa pasukan Abrahah dan Abrahah itu sendiri yang mana apabila terkena sahaja batu yang dilemparkan burung-burung tersebut, tubuhnya mulai mengeluarkan nanah dan darah dan bahagian tubunya gugur satu persatu sehingga mati.

Sebelum kemunculan nabi ini, manusia-manusia yang biadab dengan Tuhan mereka telah dimusnahkan seolah mereka ditimpakan dengan penyakit-penyakit maut. Dengan menolak nabi ini pula selepas kemunculannya, maka mereka akan menempah kedudukan yang mempunyai kesudahan yang buruk di akhirat nanti kerana menolak kebenaran yang dibawa bersamanya. Jelas Habakkuk dan Isaiah merujuk nabi dan peristiwa-peristiwa yang hampir sama bakal berlaku sebagai tanda-tanda tentang bakal munculnya nabi tersebut dan saat baginda akan berhijrah.

Berbalik kepada ayat mengenai cap kenabian pada bahagian belakang tubuh Rasulullah s.a.w.. Ayat 6 di dalam Isaiah fasal 6 menyatakan perkara berikut :
For unto us a child is born, unto us a son is given: and the government shall be upon his shoulder: and his name shall be called Wonderful, Counsellor, The mighty God, The everlasting Father, The Prince of Peace.

Begitu juga Habakkuk fasal 3 ayat 4 berikut :
And his brightness was as the light; he had horns coming out of his hand: and there was the hiding of his power.

KJV mentafsirkan Qarnayim Mi-Yado (קַרְנַיִם מִיָּדוֹ) sebagai tanduk pada lengannya di dalam ayat 4 fasal Habakkuk fasal 3 di atas. Tetapi, terjemahan sebegini dibuat, adalah bagi mengelabui maksud serta konteks sebenar ayat. Ayat 4 Habakkuk fasal 3 di atas seharusnya berbunyi:

Dan sinar pada dirinya bagaikan cahaya, simbol kuasanya pada lengannya, di mana (simbol) kuasanya  itu  tidak kelihatan (terlindung).

Qarnayim terjemahan yang tepat di dalam konteks ayat ini ialah Kuasa. Tanduk sentiasa dikaitkan dengan simbol kuasa di dalam teks-teks serta kepercayaan Hebrew. Ia berakar kuat di dalam sentimen bangsa semitik yang sentiasa mengaitkan Tanduk dengan simbol kuasa. Ingat Zul Qarnain, seorang pemimpin agung yang disebut namanya di dalam al Qur’an? Nama yang dirujuk kepadanya sendiri merupakan nama yang membawa maksud Dua Tanduk. Dua Tanduk ini ditafsirkan sebagai betapa hebatnya penguasaan pemimpin ini yang wilayah penguasaannya meliputi timur dan barat. Apabila tanduk dirujuk kepada sifat manusia di dalam tradisi semitik, ianya membawa maksud kuasa.

Jadi Qarnayim Mi-Yado di dalam ayat 4 kitab Habakkuk fasal 3, secara jelas menunjukkan bahawa simbol kuasa terdapat pada lengannya dan simbol itu terlindung dari pandangan. Terlindung dari pandangan ialah kerana bahagian lengan atau tangan dimana simbol kenabian itu ada, merupakan bahagian tangan yang tidak terdedah kepada pandangan. Bahu dan bahagian belakang bahu merupakan bahagian yang jarang terdedah kepada penglihatan. Oleh kerana itu, jika kita lihat dan telitikan pada kisah Salman al Farisi yang dimuatkan di dalam bahagian 6 sebelum ini, beliau (Salman) cuba untuk melihat ke bahagian belakang tubuh Rasulullah s.a.w. bagi mendapatkan kepastian tentang simbol tersebut. Rasulullah s.a.w. yang tahu akan niat Salman itu, kemudiannya melepaskan kain yang menutupi bahagian bahu baginda untuk memperlihatkan dengan jelas simbol kenabian yang ada pada bahagian bahu Rasulullah s.a.w.

Jadi, sangat jelas bahawa Isaiah dan Habakkuk telah memberitahu kepada Bani Israel tentang kedatangan seorang nabi dan rasuk terakhir, yang mana tanda-tanda kemunculan dirinya yang semakin dekat dijelaskan mereka di dalam kitab-kitab yang diwahyukan Tuhan kepada mereka. Kedua-dua mereka juga secara bersama, walaupun hidup di dalam zaman yang berbeza-beza, menyatakan bahawa kerajaan serta penguasaan dan pengaruh nabi terakhir ini akan terus berkembang dan akan terus dibantu oleh Tuhan. Ia disimpulkan di dalam ayat-ayat berikut:

Isaiah fasal 9
Of the increase of his government and peace there shall be no end, upon the throne of David, and upon his kingdom, to order it, and to establish it with judgment and with justice from henceforth even for ever. The zeal of the Lord of hosts will perform this.

Habakkuk fasal 3
He stood, and measured the earth: he beheld, and drove asunder the nations; and the everlasting mountains were scattered, the perpetual hills did bow: his ways are everlasting.

Jika melihat kepada ayat 6 kitab Isaiah fasal 9 bilamana disebut nama nabi terakhir tersebut sebagai Wonderful,  Counsellor, The mighty God, The everlasting Father, The Prince of Peace, (Pele-joez-el-gibbor-Abi-ad-sar-shalom;) kita tidak perlu menjadi sepandai saintis roket untuk mengetahui bahawa nama-nama tersebut merupakan sifat-sifat yang disabitkan kepada Muhammad s.a.w. yang telah pun diubah. Mereka berusaha mengubah yang tersurat dan jelas sepertimana nama baginda dan bentuk rupa fizikal baginda yang diterangkan, tetapi perancangan Allah yang Maha Hebat menyebabkan mereka seolahnya buta bilamana tidak menyedari sifat serta maklumat-maklumat mengenai Muhammad s.a.w. yang boleh didapatu secara tersirat masih tersimpan kukuh di dalam kitab-kitab mereka. Ia hanya menunggu masa untuk dibongkarkan. Apa yang dicatatkan di sini hanya sebahagian yang telah dikenalpasti serta diyakini tafsiran-tafsiran yang boleh disandarkan kepada Muhammad s.a.w.

Maka dengan terbongkarnya rahsia yang tersimpan sejak ribuan tahun lamanya berkenaan berita serta maklumat-maklumat mengenai Rasulullah s.a.w . yang telah diberitakan kepada ahli kitab, bukankah Allah s.w.t. telah menyatakan dengan benar akan ayat berikut:

(Al-Anaam ayat 20)
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.

Tahukah tuan-tuan bahawa bulan kelahiran Muhammad s.a.w., apa yang bakal berlaku kepadanya semasa kecil, semasa dewasa,peristiwa-peristiwa yang bakal menjadi tanda-tanda sebelum baginda dilantik sebagai nabi dan Rasul dan pelbagai perkara lagi tentang Muhammad s.a.w. semuanya ada disebut di dalam Bible? Walaupun ahli kitab cuba menyembunyikannya, dengan usaha keras, perkara-perkara yang tersimpan kemas sejak ribuan tahun lamanya dapat dibongkar. InsyaAllah, satu persatu akan saya muatkan dalam bentuk penulisan sebaik saya yakin dan dapat mengesahkan kesahihan maklumat-maklumat yang didapati melalui kajian saya.

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda. 


4 comments:

aku suka baca sejarah...teruskan bro...
 
teruskan usaha...sgt respek pada bro!! fell in love with this blog long time ago...so detailss
 
kenapa tak terjemah dlm bahsa orang putih. baru le deme dapat baca. tajuk blog pun kena tukar pada perkataan inggeris.
 
InsyaAllah Sham & Tanpa Nama September 26, 2012 5:37 PM(Mungkin Azlan kot ni..), selagiada kudrat, hayat, kekuatan dan kesempatan, saya akan teruskan selagi Allah mengizinkan..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email