Monday, July 9, 2012

Muhammad dan Sahabat Di Dalam Bible, Bhg. 1

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Hampir semua ayat-ayat yang jelas mengenai kemunculan Muhammad s.a.w. di dalam kitab-kitab samawi telah dipadamkan serta diubah maksudnya sebaik Muhammad s.a.w. dilantik sebagai nabi dan kemudian rasul selepas baginda berusia  40 tahun. Ahli-ahli kitab dikalangan bangsa Yahudi dan penganut Nasrani menafikan baginda-lah insan yang telah dijanjikan kepada mereka sejak sekian lama.

Berita kemunculan Muhammad s.a.w. sebagai penutup serta pelengkap kenabian bukan hanya disebut di dalam kitab-kitab samawi seperti Taurat, Zabur dan Injil, malah ia terdapat di dalam kitab-kitab Sruti yang merangkumi empat Veda. Berita kemunculan Muhammad s.a.w. juga disebutkan dengan jelas di dalam sebahagian dari 18 kitab Smriti, dalam sebahagian kitab-kitab Itahasas (Ramayana, Yogavashista, Mahabharata dan Harivamsa), kitab-kitab Purana serta  atau Dharma Shastras Hindu. 

Dalam kitab-kitab ini, Muhammad dikenali sebagai Kalki Avatar, Antim Rishi, Narashangsa, Eelit, Mamaha, Ahamidhi dan malah disebut dengan jelas di dalam beberapa Veda, Muhammad dirujuk sebagai Ahmad. Nama Ahmad ini disebut di dalam Rigveda (8: 6 :10), Atharva Veda (20:115:1), Sama Veda (ayat 150 dan 1500) dan Bhavishwa Purana, Penciptaan bahagian 3 Fasal 4. Dr. Ved Prakash Upphadday menjelaskan mengenai perkara ini di dalam bukunya, "Muhammad In The Hindu Scripture" (M.I.A. - Buku milik saudara Rizal Hass dari Islam1st.org yang telah diarkibkan di dalam perpustakaan peribadi saya. Terima kasih tuan, nanti saya kembalikan.).


Malah Tripitaka yang disabitkan dengan Buddha juga menjelaskan mengenai berita tentang bakalnya muncul seorang penghulu segala nabi yang dikenali melalui pelbagai gelaran. Antaranya Muhammad dikenali sebagai Maitreya Buddha dan  Antim Buddha. 



Hanya ahli kitab yang takut serta mementingkan penguasaan harta serta kuasa politik menafikan yang Muhammad merupakan insan yang telah dirancangkan Allah untuk dilahirkan pada kurun ke 5 Masihi dan bakal dilantik secara rasmi menjadi Nabi dan Rasul ketika usianya 40 tahun. Muhammad sejak ribuan tahun lamanya merupakan insan istimewa yang ditunggu-tunggu oleh manusia-manusia yang mendekatkan diri kepada Tuhan. Muhammad bukanlah seperti mat-mat kampung yang hanya dikesan bakatnya oleh Allah ketika baginda berusia 40 tahun. Malang sekali, perkara yang berlaku kepada ahli kitab yang menghinakan kehebatan serta kesucian nabi dan rasul agung ini, berlaku kepada umat Islam yang sentiasa didewa-dewakan pengikutnya. Lebih malang lagi apabila perkara yang menghinakan Muhammad s.a.w., disebut atas dasar untuk menyucikan dosa Josef yang mahu kewujudan umat Islam di Pulau Pinang disimpan serta disembunyikan di dalam kotak. Muhammad s.a.w. dirujuk sebagai mat-mat kampung hanya kerana mahu menyucikan perbuatan diskriminasi si Josef yang diangkat setaraf Umar bin Abd Aziz. Taksubnya mereka dengan puncak kuasa sehinggakan sanggup menghinakan Rasulullah s.a.w.. Dari manusia yang hebat dihinakan sebagai budak-budak kampung yang biasa. Entah kenapa mereka membiarkan sahaja si dewa itu berterusan didewa-dewakan. Malah yang empunya diri juga senang menghirup pendewaan dirinya tanpa mahu memberikan teguran.

Menafikan Muhammad semenjak sebelum lahir lagi telah diberikan kedudukan istimewa berbanding manusia biasa dan hanya dikesan bakatnya untuk sesuai dijadikan nabi selepas usianya 40 tahun, samalah juga dengan menafikan ayat 6 di dalam surah as Saf sebagai ayat yang benar. Hina perkataanya sehingga menggambarkan seolah-olah, Allah itu tidak tahu apa yang Dia rancangkan sehingga memerlukan Allah bertindak sepertimana si pencari bakat bagi mengisi jawatan pelengkap segala nabi dan rasul.

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibn Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"  (as Saff ayat 6)


Antara ayat yang dekat dengan butir penyampaian berita oleh Nabi Isa a.s. mengenai bakalnya muncul Muhammad s.a.w. ialah ayat yang terdapat di dalam John fasal 14 ayat 16. Paraclete yang disebut di dalam teks Greek kitab tersebut ialah sebuah perkataan yang disebut dengan perkataan Manahma di dalam bahasa asal Isa a.s. iaitu bahasa Aramaik. Ia membawa maksud seorang ‘Yang Terpuji’ dan bukan ‘Si penolong’ sebagaimana yang telah diterjemahkan di dalam Injil Bahasa Melayu dan Indonesia seperti di bawah:

14:16 Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu Penolong lain, yang akan tinggal bersama kalian untuk selama-lamanya.


Ia telah dikelabukan bagi menyembunyikan identiti penghulu segala nabi yang bakal muncul selepas zaman Isa a.s. Manahma sangat dekat dengan maksud kepada Ahmad yang ditafsirkan sebagai Yang Terpuji. Sangat pelik apabila nama khusus bagi manusia diterjemahkan dalam usaha penterjemahan. Boleh jadi ia satu kesilapan ataupun satu kesilapan yang disengajakan.

Kelahiran Muhammad s.a.w. ke dunia ini, bukan sahaja sesuatu yang dinanti-nantikan sejak ribuan tahun lamanya, malah hari kelahiran baginda merupakan kemuncak kepada segala hari dan masa yang pernah wujud di alam dunia di dalam kesedaran manusia ini. Jika hari yang sedemikian hebat dan ditunggu-tunggu boleh diperlekehkan begitu sahaja, tentu sahaja ada sesuatu yang tidak kena dengan kiblat pemikiran orang-orang yang sanggup menghinakan manusia mulia ini hanya kerana keuntungan dunia yang sedikit. Yang nyata, Josef yang disamakan dirinya dengan Umar bin Abd. Aziz, tidak perlu bersusah payah ke Vatican untuk pengampunan dosanya.

Yang jelas, Allah s.w.t. telah menjelaskan mengenai perancanganNya dan telah secara jelas juga memberitahukan perancanganNya untuk mengutus Muhammad s.a.w. sejak ribuan tahun lamanya. Mengetahui kemunculan Muhammad tidak menguntungkan hala tuju penguasaan politik dan ketaksuban yang mereka nikmati selama ini, maka berita-berita serta ayat-ayat di dalam Taurat dan Injil yang menyebut tentang ciri-ciri dan sifat Muhammad dengan jelas, telah dipadamkan, dihilangkan serta ditukar ayat-ayat tersebut supaya ia tidak menggambarkan kemuliaan Muhammad sebagai nabi dan rasul terakhir.

Maka kecelakaan besar bagi orang-orang menulis Alkitab dengan tangan mereka sendiri, lalu mereka katakan : “Ini dari Allah” dengan maksud untuk memperdagangkannya dengan harga yang murah. Maka seksaan beratlah bagi mereka kerana apa yang ditulis oleh tangan mereka dan seksaan beratlah bagi mereka disebabkan apa yang mereka kerjakan.( Al Baqarah ayat 79)


Dalam Tafsir Jalallain, telah dimuatkan Asbabun Nuzul (sebab turun ayat) ayat tersebut yang dipetik dari riwayat Nasa’ie dan Ibnu Abu Hatim. Ia dipetik seperti berikut :


Diketengahkan oleh Nasaie, dari Ibnu Abbas, katanya: “Ayat ini diturunkan mengenai Ahli Kitab.”
Diketengahkan oleh Ibnu Abu Hatim, dari jalur Ikrimah, dari Ibnu Abbas, katanya : Ayat ini turun mengenai pendita-pendita Yahudi. Mereka menemukan sifat-sifat Nabi s.a.w. tercantum di dalam Taurat sebagai berikut: “Biji-biji matanya hitam, tinggi badannya sedang, rambutnya kerinting dan wajahnya rupawan.” Kerana dengki dan irihati, lukisan ini mereka hapus lalu mereka ganti menjadi : “Kami temui tanda-tandanya sebagai seorang yang tinggi, biru matanya serta berambut lurus.”

Malah orang-orang Yahudi yang menempatkan diri mereka di Madinah sebelum dari kemunculan Muhammad s.a.w. , telah mewar-warkan kepada penduduk Madinah bahawa masanya untuk Nabi terakhir dihantar ke dunia sudah hampir. Mereka menceritakan kepada penduduk-penduduk Madinah tentang sifat-sifat serta perwatakan nabi tersebut. Penduduk Madinah tahu tentang perkara itu. Orang-orang Yahudi menceritakannya kerana mereka mahu berbangga-bangga atas kemuliaan sifat dan diri mereka yang mereka rasakan sebagai satu umat yang dipilih Tuhan. Mereka merasakan diri mereka itu terlalu mulia jika dibandingkan dengan orang-orang Arab jahilliah pada ketika itu. Malang sekali apabila Muhammad s.a.w. dilantik sebagai nabi dan rasul, mereka menolaknya dan mengubah ayat-ayat di dalam kitab-kitab di dalam tangan mereka supaya Muhammad s.a.w. tidak kelihatan seperti nabi dan rasul terakhir yang telah dijanjikan.

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (iaitu Muhammad), menjelaskan kepada kamu ketika terputusnya pengiriman rasul-rasul (selepas Isa a.s.) agar (tidak) kamu katakan : “Tidak ada datang kepada kami pembawa berita gembira dan tidak pula pembawa peringatan”, kerana sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira maupun pembawa peringatan itu. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (al Maidah ayat 19)


Asbabun Nuzul ayat ini menurut kitab Tafsir Jalallain, ialah berkenaan penafian golongan Ahli Kitab (Yahudi) yang menetap di Madinah akan perihal sifat-sifat Muhammad yang selama ini mereka ceritakan kepada penduduk Madinah. Mereka menafikan Muhammad sebagai nabi dan rasul terakhir yang dijanjikan. Walaubagaimanapun penipuan mereka ini dibantah oleh penduduk-penduduk Islam di Madinah. Asbabun Nuzul dipetik seperti berikut :
Ibnu Ishaq telah meriwayatkan pula, bahawa Rasulullah s.a.w. mengajak orang-orang Yahudi untuk masuk Islam tetapi mereka menolak. Kemudian Muadz bin Jabal dan Sa’ad ibnu Ubadah berkata kepada mereka : “Hai orang-orang Yahudi, bertakwalah kamu kepada Allah, demi Allah sesungguhnya kamu mengetahui bahawa dia (Nabi s.a.w.) adalah Rasul Allah. Sesungguhnya kamu sendirilah yang telah menceritakan kepada kami sebelum ia diutus dan kamu juga yang menceritakan  tentang ciri-ciri khasnya kepada kami.” Lalu Rafi’ ibnu Huraimalah dan Wahb ibnu Yahudza menjawab : “Kami tidak pernah mengatakan hal itu kepada kamu. Allah tidak menurunkan Alkitab sesudah Nabi Musa dan tidak akan mengutus seorang pembawa berita gembira dan seorang pembawa peringatan sesudahnya.” Kemudian Allah menurunkan untuk ditujukan kepada Ahli Kitab. “Telah datang kepadamu utusan Kami untuk menjelaskan kepadamu .... (Surah al Maidah ayat 15 hingga 32).
Rafi’ ibnu Huraimalah dan Wahb ibnu Yahudza nyata berbohong apabila berkata, selepas Musa a.s., tidak akan ada lagi nabi dan rasul yang akan diutus membawa kitab yang lebih sempurna. Kalangan ahli kitab cuba menjalankan tipu daya dengan  segera memadamkan serta menyembunyi segala ayat yang dilihat mereka dapat menyokong keterangan bahawa Muhammad s.a.w. merupakan nabi dan rasul yang terakhir yang akan dikirimkan kepada umat manusia.

Malah yang lebih menarik mengenai kerja-kerja pembohongan yang cuba dilakukan mereka dengan penuh teliti, mereka masih tidak dapat memadamkan sepenuhnya ciri-ciri tentang kemunculan Muhammad s.a.w. yang dilindung Allah dari perhatian mata mereka dan perbuatan mereka.

Apa yang lebih menarik lagi, jika ditelitikan di dalam kitab-kitab mereka pada hari ini, bagaimana perancangan Allah yang Maha Hebat telah menyebabkan mereka terlepas pandang akan banyak ayat-ayat lain yang menceritakan tentang perihal kedatangan Muhammad s.a.w. secara tidak langsung. Ia hanya dapat difahami dengan displin ilmu yang pelbagai serta melalui ilham yang diberikan oleh Allah. Tidak sedikit para ilmuan Islam telah berjaya menggali ayat-ayat tersebut dan berhasil menjumpainya.

Malah pembohongan Rafi’ dan Wahb sepertimana di dalam asbabun nuzul ayat 15 hingga 32 surah al Maidah itu juga, bukan setakat ditegur oleh Allah, malah Allah s.w.t. sendiri memberikan petunjuk kepada umat Islam di mana di dalam kitab yang berada ditangan Ahli Kitab itu, terdapat berita-berita mengenai perihal Muhammad serta para sahabatnya yang terlindung dari eksploitasi golongan Ahli Kitab.

Bermula ayat 20 sehingga 26 surah al Maidah, Allah menceritakan kembali bagaimana peristiwa arahan Allah kepada Musa a.s. dan Bani Israel untuk memasuki Canaan (wilayah Palestin kini), ditolak oleh Bani Israel kerana mereka merupakan bangsa yang pengecut.

Peristiwa itu berlaku apabila Musa a.s. menghantar sepasukan 12 orang pengintip yang dikerah untuk memantau serta merisik tanah Canaan sebelum Bani Israel memasukinya. Kesemua mereka kemudian mengikuti arahan tersebut. Apabila sampai di sana, mereka melihatkan keadaan umat yang mendiami kawasan itu merupakan umat-umat yang gagah serta sangat kuat dan tidak terdaya dilawan oleh mereka. Maka, mereka pun pulang membawa berita-berita yang menakutkan untuk Bani Israel. Arahan Musa a.s. diketepikan mereka. Mereka berkumpul dan menceritakan kepada Bani Israel yang Bani Israel akan menerima mala petaka sekiranya mereka bertindak mengikut arahan Musa a.s. untuk memasuki Canaan. 


Tetapi dikalangan 12 orang pengintip yang dihantar oleh Musa, hanya 2 orang yang cekal serta bersemangat untuk terus menurut setiap arahan yang diberikan Allah melalui Musa .a.s. Nama mereka direkodkan sebagai Yusha’ bin Nun (Joshua) dan Khalib bin Jephunneh (Caleb son of Jephunneh).

Sebagaimana yang direkodkan di dalam Bible di dalam Numbers (kitab Bilangan) fasal 14 ayat 7 hingga 9 ayat serta disahkan cerita tersebut melalui ayat 23 surah al Maidah seperti berikut:
And they spake unto all the company of the children of Israel, saying, The land, which we passed through to search it, is an exceeding good land. If the Lord delight in us, then he will bring us into this land, and give it us; a land which floweth with milk and honey. Only rebel not ye against the Lord, neither fear ye the people of the land; for they are bread for us: their defence is departed from them, and the Lord is with us: fear them not.(Numbers 14 : 7 hingga 9)
Berkatalah dua orang lelaki di antara orang-orang yang takut, dan Allah telah memberi kedua mereka nikmat, “Serbulah mereka melalui pintu gerbang, apabila kamu memasukinya, nescaya kamu akan beroleh kemenangan, dan kepada Allah-lah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang beriman.” (al Maidah ayat 23)
Bani Israel yang bersikap biadab dan penakut tidak mempercayai kata-kata kedua mereka. Lantas mereka berkumpul dan mengambil keputusan untuk mengarahkan Musa dan Allah pergi berperang bagi pihak mereka. Mereka mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat kemenangan yang bakal dicapai Musa dan Tuhannya. Lantas, atas kebiadaban ini, Allah mengharamkan mereka memasuki Canaan selama 40 tahun. Hanya Yusya’ bin Nun dan Khalib dari generasi manusia yang dianggap biadab itu dibenarkan memasuki Canaan selepas 40 tahun.

Sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam blog ini sebelum ini , Bani Israel kemudiannya turut memfitnah Musa a.s. sebagai turut tidak layak memasuki Canaan kerana baginda telah difitnah sebagai bersikap biadab dengan Bani Israel. Isu tersebut telah disentuh dan diperjelaskan di dalam penulisan sebelum ini.

Rafi’ dan Wahb, kedua orang Yahudi yang telah mengatakan Allah tidak akan mengirimkan mana-mana nabi sesudah Musa, mungkin terlupa yang terdapat banyak ayat-ayat di dalam Taurat dan Injil yang tidak diketahui mereka turut merujuk kepada Muhammad s.a.w. dan perkara-perkara yang bakal berlaku disekelilingnya.

Penulisan berkenaan perihal ini, InsyaAllah akan disambung pada bahagian 2 tepat jam 8 malam 13 Julai 2012. InsyaAllah. 

Rujukan :
1. Dr. Ved Prakash Uphadday, Muhammad In The Hindu Scriptures, (2002), A.S. Nordeen, Kuala Lumpur.
2. Alan Sponberg & Helen Hardacre, Maitreya, The Future Buddha, (1988), Cambridge University Press, Cambridge.
3. Jalalludin al Mahali & Jalalludin as Suyuthi, Tafsir Jalallain, Jilid 1, (2002), Sinar Baru Algesindo, Bandung.
4. King James Version, The Holy Bible, (2002), Barbour Publishing, Inc.

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda. 

5 comments:

satu lagi sejarah yang digelapkan sudah diberi cahaya lampu...
 
semuanya sama-kisah pendita-pendita agama yang sudah lupa diri, terasa diri lebih pandai, lebih baik, lebih mulia daripada yang lain apabila dihormati khalayak ramai kerana kepandaian mereka beragama, dan memberitakan dengan patuh ajaran-ajaran Tuhan, pada mulanya. Tetapi apabila diberitakan sesuatu yang tidak selari dengan agenda mereka, walaupun berita itu datang daripada Maha Pencipta sekalipun, mereka mula pura-pura tidak faham, menukar cerita menjadi berita, mengadu domba, merekacipta musuh yang tiada, kafir-mengkafirkan mereka-mereka yang tidak sependapat dengan mereka, either you are with us or against us, kepada mereka tiada lagi jalan tengah, kalau tidak sokong kami, kamu semua akan masuk neraka seperti mereka, mereka lupa, atau sengaja buat=buat lupa, kedudukan, prestij atau kerusi (atau meja) adun atau parlimen adalah kurniaan Allah subhanawataala, bukannya sentimen khalayak ramai semata-mata.
Namun tidak dinafikan akan ada juga yang takut dan terpengaruh dengan ugutan mereka kerana kurang iman contohnya, dan percaya Tuhan itu Maha Kejam, Maha Zalim, Maha Pencarut, lalu mendaftar nama masuk kumpulan mereka kerana dijanjikan surga, memangkah memilih mereka contohnya kerana jika tidak akan ke naraka...semuanya sama, kisah manusya vyasa mendevakan pandit-pandit agama sudah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau, wallahualam...salam sejahtera keatas mu wahai tuan pengarang, simpan dulu, hamba nak tumpang sedikit pahala tuan. amin ya rabbalamin
 
Shamsadis,
InsyaAllah, banyak lagi pencerahan dan rahsia-rahsia yang disembunyikansejak ribuan tahun lamanya akan terbongkar dengan izin Allah..
 
Rizal Hass,
Apa yang diusahakan di atas belum tentu menghadirkan dirinya dalam bentuk pahala di hari muka..

Sebagai manusia yg berusaha, kita cuma tahu apa kesudahan perkara yg kita usahakan bila ia dibawa dihadapan Allah di akhirat nanti.. samada Allah meredhainya atau tidak, segalanya di atas kehendak Allah..

Yang paling ditakuti bila, apabila dipersembahkan usaha-usaha keras ini kelak dihadapan Allah, ianya dilemparkan kembali ke wajah ibarat kain-kain buruk yang tiada nilai hanya kerana segalanya dilakukan tidak ikhlas, dicemari sifat takbur dan sebagainya..

Sehingga hari itu, yang boleh dilakukan ialah, berterusan mengharap segalanya diredhai Allah dan semua usaha ini tak terseilap langkah..

Hanya setelah adanya redha itu, barulah ada bahagian-bahagian yang membahagiakan untuk saya dan saudara serta setiap yang membantu dalam penyebarannya serta menyokongnya diakhirat nanti.. Allah sahaja Yang Maha Mengetahui..
 
The prophecy said Ahmad; 'Servant of God' will war in bringing judgement, to correct the wrongs. He will also liberate Arabia from worshiping molten images. Wilderness (desert), villages and cities will glorify God. This is what happen today. Whole of Arabia worshiping God daily.

And we continue reading Isaiah 42:18 - 25; Children of Israel will still be deaf and blind as they neglect the message brought by the 'Servant of God'.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

In Isaiah 42:1, this cannot be a coincidence. If we look at the writing of אתמך (Atmc) אחמד (Ahmad). Not to mentioned אתמך (Atmc) is a term used only once throughout. [Scribes copying error or indeed an intended error?] And the word before אתמך (Atmc), is עבדי (Abedi~My Servant). It is indeed indicating Ahmad; Abedallah (Ahmad; Servant of God).

Children of Israel had been foretold by the coming of Ahmad.
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email