Thursday, August 18, 2011

Langkah Mereka Semakin Jauh

Oleh M.I.A.

Sebelum menceritakan apa yang berlaku ke atas saya bersama beberapa orang yang begitu bersemangat mahu menyebarkan agama Kristian ke atas orang-orang Islam, saya ingin bawa kepada perhatian sahabat-sahabat pengunjung blog ini tentang apa yang sedang berlaku secara terang di Pulau Pinang.

Oleh kerana Pulau Pinang merupakan salah sebuah negeri yang tidak mewartakan peruntukan Artikel 11 fasal 4 Perlembagaan Persekutuan sebagai satu bentuk undang-undang bagi menghalang perkembangan apa-apa iktikad agama lain ke atas umat Islam, negeri ini kemudiannya menjadi sebuah tanah yang subur bagi gerakan Kristianisasi bergerak tanpa sekatan.


Sebelum ini, secara konsisten di dalam blog ini saya sentiasa menyatakan bahawa tiada keperluan bagi umat Kristian untuk menggunakan nama Allah di dalam Bible mereka. Mereka bukan sahaja menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada Tuhan, tetapi mereka juga menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada berhala-berhala, tuhan-tuhan palsu dan sebagainya di dalam Bible mereka. (klik sini)

Sebelum ini pihak mereka menyatakan bahawa pengunaan nama Allah itu hanya terhad kepada penggunaan di dalam gereja dan Bible yang digunakan di dalam gereja bagi memudahkan pribumi Malaysia Timur yang beragama Kristian mempelajari agama mereka. Alasan itu telah dilihat sebagai satu helah sebenarnya bagi mengembangkan iktikad agama Kristian kepada orang-orang Melayu beragama Islam yang menjadi majoriti penduduk di Malaysia.

Kenapa saya katakan sebagai helah? Perhatikan imbasan imej sebuah buku di sebelah. Saya membelinya dari sebuah kedai buku di Pulau Pinang. Sekali pandang, ia kelihatan seperti sebuah buku motivasi dan pembinaan keupayaan minda. Tajuk yang dipilih seolah-olah menunjukkan isikandungan buku ini mengajar bagaimana untuk menguasai akal fikiran supaya boleh berjaya di dalam kehidupan.

Tetapi hakikatnya, ia merupakan sebuah buku yang yang diisi dengan pengisian dakwah Kristianisasi yang tebal. Siapa sangka buku yang pada awalnya kelihatan seperti sebuah buku motivasi, rupa-rupanya sebuah buku dakwah Kristian. Perhatikan imbasan salah satu daripada mukasurat di dalam buku terbabit. Dicatatkan di dalam penulisan tersebut seperti berikut.

Gunakan Senjatamu.
‘...kerana senjata kami di dalam perjuangan bukanlah senjata duniawi, melainkan senjata yang diperlengkapi dengan kuasa Allah, yang sanggup untuk meruntuhkan benteng-benteng. Kami mematahkan setiap siasat orang dan merubuhkan setiap kubu yang dibangun oleh keangkuhan manusia untuk menentang akan pengenalan Allah. Kami menawan segala pikiran dan menaklukkannya kepada Kristus.” 2 Korintians 10 :4.5


Ada ahli-ahli politik yang berkiblatkan kerusi di Parlimen secara sinis mengatakan bahawa tiada siapa akan keliru dengan percubaan gerakan kristian untuk menggunakan nama Allah dan perkataan yang sinonim dengan Islam yang lain seperti akhirat, solat dan sebagainya di dalam penerbitan mereka. Mereka (ahli politik seperti itu) pada hakikatnya telah tertipu dengan nafsu inginkan kuasa yang telah meresap masuk ke segenap pembuluh darah dan menjadi darah daging mereka.



Buku di atas tadi dicetak di Pulau Pinang. Jadi, penggunaan nama Allah ini bukan sahaja digunakan untuk Bible, malah buku-buku berkaitan dakwah Kristianisasi. Tetapi langkah mereka tidak terhenti setakat mencetak buku-buku seperti ini, tetapi langkah mereka sudah jauh termasuklah menggunakan ayat-ayat al Qur’an yang telah dipesongkan maksudnya termasuklah penerbitan booklet seperti di bawah ini yang diberikan kepada saya oleh beberapa pendakwah Kristian di dalam satu peristiwa di sebuah kedai buku. Booklet yang diberikan tajuk akhirat dengan gambar menara sebuah masjid yang sangat terkenal di dalam Islam ini diberikan sebagai salah satu langkah dakwah mereka kepada saya pada 2009. Semasa diberikan kepada saya, si pendakwah itu mengambilnya dari seberkas ikatan buku-buku yang sama di dalam jumlah yang banyak. Sebaik habis menulis kisah tersebut, InsyaAllah saya akan muatkan di dalam blog ini dalam tempoh terdekat. Siapa sangka buku bertajuk Akhirat di bawah ini bakal membawa suatu pengetahuan yang amat terpesong jauh dari akidah umat Islam. IsyaAllah saya akan update dalam tempoh terdekat.




© 2011 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.


10 comments:

Assalamualaikum....

Sungguh tinggi keazaman mereka ini...
Dimanakah golongan cerdik pandai agama kita dalam situasi ini? Oh... Mereka saling saling bertingkah membuktikan ke'benaran' diri mereka masing-masing...
 
serangan minda melalui helah motivasi.biasanya golongan student yang cenderung memiliki buku2 motivasi..seperti long term investment.
 
Wa'alaikumsalam Razi..
setuju 100%...
 
Salam Noni..
Saya pun at first ingat buku tu buku motivasi.. sasaran diorang semua golongan dgn setiap golongan didakwah dgn kaedah tertentu.. boleh jadi betul apa yg Noni kata, buku2 mcm ni disasarkan kepada student dan remaja..
 
Waalaikumussalam...
Assalamualaikum kembali...

Apakah nasib Islam di Malaysia ni saudara rasa? Saban hari ada sahaja isu-isu sebegini bangkit dan orang politik mulalah nak 'tunjuk glamor' masing-masing. Sampai bilakah saudara rasa rakyat Malaysia akan terus bersikap rasional? Bulan? Tahun..?
 
buku itu hanya untuk orang kristian sahaja tetapi tidak ada larangan untuk orang bukan kristian membelinya. untuk pengetahuan saudara/i yg dikasihi... ayat itu adalah ayat petikan dari alkitab. dan banyak buku motivasi yang berasaskan kekristianan tidak bertujuan untuk memurtadkan orang2 agama lain, tetapi ia ditujukan kepada orang2 kristian. jangan berprasangka buruk wahai saudara2 yang baik :) orang kristian perlu buku2 motivasi rohani seperti agama lain juga. harap jangan disalah ertikan :)
 
W'kumsalam M.Razi.. nasib umat Islam tidak akan berubah selagi mereka tidak mahu bersatu sebagai saudara yg berkasih sayang natara satu sama lain semata2 utk mengharapkan keredhaan Allah... kita perlu berusaha ke arah itu..
 
Slmt Sejahtera, Saudarai Pelangi.. tq kerana sudi berkunjung ke sini. Pendapat saudari itu ada betulnya dan saya pasti akan menyokong pendapat tersebut sekiranya buku 'Medan Peperangan Minda' itu dijual di dalam kedai2 buku yang terdapat di dalam kawasan gereja atau kedai2 buku yang khusus menjual buku-buku Kristian di Malaysia timur. Tetapi, apabila buku tersebut diletakkan di atas sebuah rak buku2 motivasi berhampiran dgn novel2 bacaan remaja melayu di dalam sebuah kedai di negeri Pulau Pinang yang mana umat Kristiannya tidak memanggil tuhan mereka sebagai Allah dan tidak lengsung berminat membaca Bible di dalam bahasa Melayu malah berasa jijik menggunakan bahasa Melayu di dalam perbualan sehari-harian mereka, maka tujuan penerbitan buku itu boleh dipertikaikan. Saya terbuka dgn sebarang pendapat. Terima kasih atas pendapat saudari. Saya tahu quote2 yg ditulis di dalam buku tersebut diambil dari Bible kerana saya membacanya hampir setiap hari selepas saya membaca al Qur'an dan beberapa kitab lain. Mungkin jika saudari kelapangan boleh kita berbicara lagi di dalam ruang-ruang yg lebih selesa dgn saudari. Terima kasih atas kunjungan. Semoga Allah menilaikan segala kebaikan yg pernah dilakukan saudari supaya suatu hari nanti kita semua berjalan seiring di dalam satu jalan yg lurus menuju redha Allah, Tuhan yang Maha Esa. Amin..
 
If you really believe in you religion, why do you have to worry about "Allah" in the Bible? That word not exclusively belong to Islam. What would you feel if someone or some party ask you to change the word or said that the word can't be used in other medium other than in Quran? Plus, why is it so easy for Islam to be spread around a.k.a. dakwah but other religion such as Christian or Buddha cannot? Why is it so easy for you Muslim people to have a "memeluk Islam" program in the TV (you guys never consider others feeling, don't you) but it will be a big trouble if a Muslim change his or her religion to another religion? Why not? Non muslim used to listen to a very loud azan sound. Is it a secret way to attract the non muslim to Islam? Non muslim never complain. Stick to what you believe. Don't have to complain much about others.
 
It would be more appropriate if I can address you with your real name. First, let me straighten up your misconception on the word Allah which you said that Muslims claim belongs to Islam. It is not that the word Allah belongs to Islam, it is Islam, the religion itself belongs to Allah. He Himself dictates what can and can’t be associated to Him and to His name. We just follow the guidance given by the owner of the name Himself. We don’t even bother on how the Christians want to call their God/Gods (which one is right?) as long as you don’t encroach into other people’s faith and start associating lies and insult to their God. I’ve proved in my previous writing that the word Allah was not only being refers as God in the Malay Bible, but it is also being use as name that refers to false gods and idols. This is very insulting to the Muslims.

2nd, this a democratic country. The rule of the majority applies here. Try and propagate communism in the US and you’ll find yourself heading on one way ticket to Guantamao Bay. Just try to propagate that holocaust was not more than mere fictional lies orchestrated by the Zionist in WWII in Germany, they’ll jail you for that. Go and try preaching western style democracy in China, the next thing you’ll see is the red army battle tank in your front lawn ready to blast your head off. The same thing goes with the Holy See. Do you think that Vatican will allow any Muslim propagating his faith in their revered state? Definitely no! Please go and read the constitution if you are an ardent believer of democracy. Malaysia is an Islamic country with Muslims making up the majority. This bless land has been governed by the Islamic law then and some modifications were made on the Islamic law position after merdeka.

On Azan, it has been a local practice to call out Azan since the 1200s. Your great ancestors when they first came here, they like it and didn’t even bother want to complaint because they know that it is better here than the land which they called motherland. In motherland, food is scarce and opportunities to upgrade life almost equal to zilch. Together with them they brought in aliens cultures like burning firecracker up to the wee hours in the morning, noisy funeral procession, burning all sorts’ of religious material in the middle of road junction, dancing beast accompany by heavy drumming on some occasions and etc. The Muslims now and then accepted all that based on toleration and never complaints. We tolerates as we have been instructed by Allah in the Qur’an. But by misconstruing the toleration given as license to do whatever they want to do without consideration to the hearts and feelings of the majority here, they are asking for troubles.

Solomon once said in the Book of Proverb

An intelligent person learns more from one rebuke than a fool learns from being beaten a hundred times. (Prov 17.10)

So Anon, please learn something from the first rebuke.
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email