Monday, April 14, 2008

Memperbetulkan Serta Menjawab Pertuduhan Yang Menyatakan Rasulullah s.a.w. seorang Kaki Perempuan dan Paedophile. Bahagian 7.2 (Siti A'isyah r.a.)

Oleh Muhammad Ibn 'Az


Sebenarnya, ianya sangat mudah untuk mendiamkan semua makhluk Allah yang suka membuat bising dengan isu paedophile ini. Sebagaimana yang yang telah saya nyatakan dalam bahagian 1 sebelum ini, ianya tidak memerlukan muslimin dengan segala macam credentials untuk berfungsi dengan bijak dalam mendiamkan mereka. Cukup dengan sebuah kamus pelajar, semua tuduhan terhadap Ummul Mukminin Saidatina A’isyah r.a. dan Rasulullah s.a.w. boleh ditangkis dengan penuh bergaya dan menyebabkan sesiapa dipihak lawan terasa dirinya seperti orang yang terlalu bebal.

Menurut ‘Kamus Pelajar : Cetakan Ke Sebelas; Terbitan Khas KBSM’ (1987), diterbitkan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Malaysia, beberapa terminology yang telah saya bentangkan dalam bahagian pertama artikel ini membawa akrifan seperti di bawah:

Kanak-kanak :
Anak yang masih kecil (biasanya belum berumur 7 tahun).

Remaja :
Sudah akil baligh; sudah cukup umur untuk berkahwin.

Baligh :
Sudah cukup besar atau remaja dan sudah matang sifat-sifat kelakian dan kewanitaannya (biasanya berumur 12 -15 tahun bagi lelaki atau 9 – 12 tahun bagi perempuan).

Dewasa :
2. sudah cukup besarnya atau sudah berumur lebih dari 21 tahun : orang ~ orang yang sudah berumur 21 tahun atau lebih.

Memang sangat menarik membaca Kamus Pelajar edisi KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) ini. Posting ini boleh saja terus ditamatkan dengan membentangkan takrifan semua terminology tadi dengan menggunakan kamus Pelajar KBSM ini. Tepat dan cukup maklumat yang diberikan sehingga meletakkan semua pemfitnah Rasulullah s.a.w. pada kedudukan bebal tegar.

Paling menarik ialah takrifan yang diberikan kepada perkataan remaja, di mana takrifan yang diberikan ialah ‘sudah cukup umur untuk berkahwin’. Jadi, apa salahnya Siti A’isyah r.a. berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.? Bukankah dia ‘sudah cukup umur untuk berkahwin’? Sebagaimana kita semua sudah sedia maklum, Rasulullah s.a.w. mula tinggal serumah dengan Siti A’isyah r.a. pada ketika A’isyah r.a. berumur 9 tahun, dan kita semua juga sudah sedia maklum yang pada ketika itu A’isyah r.a. sudah mencapai umur akil baligh yang mana menurut Kamus Pelajar KBSM itu tadi, melayakkan A’isyah r.a. berada dalam kategori remaja. Sebagai remaja, Siti A’isyah r.a. sudah cukup umur untuk berkahwin. Jadi apa salahnya perkahwinan ini? Dari segi apakah yang membolehkan Rasulullah s.a.w. digelarkan sebagai Nabi yang paedophile?

Maka posting ini boleh saja ditamatkan di sini dengan hanya berhujah menggunakan Kamus Pelajar KBSM yang dibeli oleh satu-satunya adik perempuan saya semasa dia berada di tingkatan 1 Bukit Mertajam High School, Pulau Pinang. Tetapi, demi untuk menghargai semua pihak yang selama ini memberikan sokongan kepada saya serta sentiasa berutus email yang bertanyakan bila saya hendak menyiapkan posting A’isyah r.a. ini, maka saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan hujah-hujah dalam pelbagai konteks supaya tidak wujud lagi ruang di mana golongan penentang Islam boleh memfitnah baginda Rasulullah s.a.w. lagi berkenaan perkahwinan ini.

Hujah mereka :
A'isyah Belum Mencapai Akil Baligh Kerana Dia Masih lagi bermain dengan anak-anak patung semasa tempoh perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w.:
Setelah ditanyakan kepada pihak yang memfitnah berpandukan hujah menggunakan Kamus Pelajar KBSM ini, apa salahnya Rasulullah s.a.w. berkahwin dengan A’isyah? Maka dengan maruah, kredibiliti serta ‘integrity’ mereka yang tercalar, mereka akan cuba pula berhujah dengan membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. itu menikahi A’isyah r.a. yang masih belum mencapai akil baligh semasa dia berusia 9 tahun. Hujah mereka ialah berdasarkan tafsiran mereka terhadap hadis yang diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud seperti di bawah.

Dari A'isyah r.a., "Apabila Rasulullah s.a.w. kembali dari peperangan Tabuk atau pun Khaibar (periwayat hadis ini tidak pasti), angin yang bertiup sejuk telah menyingkapkan tirai bilik simpanan barangnya (Aisyah), sekaligus menampakkan anak-anak patung(permainan) yang ada dalam simpanannya. Rasulullah s.a.w. bertanya : "Apakah ini?" Dia(A'isyah) menjawab. "Anak patung saya". Di antaranya, Rasulullah s.a.w. ternampak sebuah anak patung berupa seekor kuda yang bersayap yang diperbuat dari kain perca, lalu baginda bertanya: "Apakah benda ini yang ada padanya?" Dia (A'isyah) menjawab : "Sepasang sayap". Rasulullah s.a.w. bertanya : "Kuda dengan sepasang sayap…?" Dia menjawab : "Tidakkah anda pernah dengar yang Nabi Sulaiman mempunyai kuda-kuda yang bersayap?" Ai'syah berkata: "Selepas itu Rasulullah s.a.w. ketawa sehingga menampakkan gigi gerahamnya,"
(Sunan Abu Daud, Kitab Al Adab, Jilid 41, Hadis 4914)

Berhujah dengan menggunakan hadis ini, para Orientalis menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menikahi dan berumahtangga dengan A'isyah pada ketika umurnya belum mencapai akil baligh. Tuduhan ini dibuat semata-mata kerana A'isyah r.a. masih lagi menyimpan anak-anak patung permainannya di dalam rumah. Apakah kena mengenanya anak patung yang menjadi permainan dengan peringkat umur seseorang individu? Hujah sebegini tidak dapat diterima sama sekali. Kita sendiri mengetahui bahawa ramai orang dewasa terutamanya wanita, juga ada menyimpan patung-patung permainan disebabkan oleh alasan-alasan tertentu seperti minat, hadiah pemberian seseorang, cenderamata dan sebagainya. Ada di antara mereka sehinga ke peringkat sudah bergelar ibu dan bapa masih lagi berkhayal dan bermain-main dengan anak-anak patung.

Sebagai contoh untuk menguatkan hujah, saya sertakan dua keping gambar di bawah. Gambar pertama menunjukkan seorang artis wanita dari sebuah program realiti t.v. sedang bergambar dengan koleksi anak-anak patung yang ada dalam simpanannya. Jumlahnya bukan sedikit, malah lebih banyak jenisnya dari anak-anak patung yang pernah di simpan Ummul Mukminin Saidatina A'isyah r.a. seperti yang diceritakan dalam hadis di atas. Personaliti ini berumar lebih 24 tahun. Apakah kita boleh mengatakannya sebagai belum cukup umur atau belum mencapai akil baligh semata-mata kerana dia masih bermain dengan anak patung? Tidak kan? Setiap seorang manusia mempunyai kecenderungan peribadi yang membentuk minatnya terhadap seuatu perkara. Jadi tidak salah bagi personaliti ini untuk mengumpulkan anak-anak patung yang menjadi permainannya kerana itu minat atau hobinya dan dia tidak mengganggu sesiapa pun dengan kecenderungannya itu.
Lebih menarik lagi gambar di bawah ini. Bukan hanya golongan wanita saja yang berminat dengan anak patung dan suka berkhayal, bercakap dan bermain-main dengan permainan mereka, malah personaliti lelaki berusia awal 30 an, yang menjadi bapa kepada dua orang anak di bawah ini juga, masih lagi sanggup berhabis duit untuk membeli dan menambah koleksi anak-anak patungnya. Apakah boleh kita menganggap personaliti ini belum cukup umur dan tidak mencapai akil baligh semata-mata kerana kecenderungannya sedemikian rupa? Jika dia belum cukup umur, bagaimana pula dia boleh beranak dua? Jadi hujah dangkal ini boleh saja di tolak ke tepi dan terbatal dengan sendirinya. Ucapkan selamat tinggal pada mereka yang berhujah dengan hujah sebegini…..



Hujah mereka :
A'isyah Belum Mencapai Akil Baligh Kerana Umurnya masih muda iaitu 6 tahun semasa dinikahkan dan 9 tahun semasa tinggal serumah dengan Rasulullah s.a.w.
Posting ini sebenarnya dibuat atas cadangan sahabat saya Rizal Azalli semasa saya berkunjung ke rumahnya hampir tiga bulan lepas. Sahabat saya ini menyatakan dalam sebuah forum internet terdapat seorang lelaki yang mendakwa dirinya murtad, mencabar mana-mana umat Islam menikahkan anak mereka yang berusia 6 tahun dengannya dan memberikan anak mereka itu selepas usia 9 tahun untuk tinggal serumah dengannya. Jika ada barulah dia akan kembali kepada Islam.

Membaca kenyataannya dalam forum tersebut membuatkan saya tersenyum dan hampir tergelak. Kenyataannya sendiri telah meletakkan Islam agung di atas apa jua agama yang sedang di anutinya sekarang. Masakan tidak, dia hanya meletakkan satu syarat sahaja kepada sesiapa jua untuk dia menerima apa-apa agama bagi menjadi anutannya, maka haruslah agama tersebut memenuhi syaratnya yang satu ini iaitu, mana-mana penganut agama itu memberikan kepadanya anak mereka yang berusia 6 tahun untuk dikahwininya dan pada usia 9 tahun, anak itu seharusnya dibolehkan kepadanya untuk dinikmati madu rumahtangga bersamanya pada usia itu. Si paedophile ini memberikan syarat umur 6 tahun untuk bernikah dan 9 untuk berjimak dengannya barulah dia ingin kembali kepada Islam! Tidak dinyatakan dia sedang menganuti agama apa sekarang ini. Yang pasti agama anutannya itu sekarang tentunya telah memberikan apa yang dia kehendaki seperti yang disyaratkannya

Inilah bentuk pemikiran seorang paedophile yang sebenar. Kenyataannya ini membawa maksud bahawa Islam tidak dapat memenuhi permintaannya lalu dia murtad. Agama anutannya sekarang pastinya agama yang dapat memenuhi syarat yang dikehendakinya. Disebabkan syarat umur untuk bernikah yang ditetapkan dalam Islam ialah apabila seseorang itu mencapai akil baligh bukannya berdasarkan umur-umur tertentu, maka permintaan si paedophile ini tidak dapat dipenuhi. Lalu murtadlah dia. Begitu banyak kelebihan Islam dia sempitkan kepada hanya hawa nafsu binatangnya untuk melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak. Memang gila seks si murtad ini!

Tidak dinyatakan dia sedang menganuti agama apa sekarang. Jika agama Kristian yang sedang dianutinya sekarang, maka tidak mungkin dia akan kembali kepada Islam kerana agama itu membenarkan perkahwinan seseorang lelaki berlaku dengan seorang kanak-kanak perempuan seawal usia tiga (3) tahun dan baligh itu bukan menjadi syaratnya. (ed - InsyaAllah, saya akan bentangkan perkara ini pada bahagian-bahagian akan datang nanti). Jika agama Hindu yang dianutinya sekarang, maka sama juga keadaannya, dia tidak akan kembali kepada Islam kerana terdapat peraturan dalam sebuah kitab hindu yang memberikan hak kepada lelaki untuk mengahwini mana-mana perempuan yang lebih muda tiga (3) kali ganda lebih muda daripada mereka tanpa meletakkan akil baligh sebagai syarat. 

Jika dia kini seorang atheist, maka tiada apa-apa bentuk larangan kepadanya untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja sama ada masih bayi atau kanak-kanak atau orang tua atau pasangan sejenis atau hatta seekor kambing atau unta mahupun seekor lembu sekalipun boleh saja dikahwininya kerana tiada larangan kepadanya untuk berbuat demikian.

Islam meletakkan syarat untuk bernikah haruslah pasangan itu mencapai balaghun nikah (umur yang melayakkan seseorang itu untuk bernikah.) Jika seorang gadis itu mencapai akil baligh penuh pada usia 9 tahun, maka layaklah dia berkahwin. Tetapi jika pada usia 9 tahun tersebut, dia masih lagi belum mencapai akil baligh, maka dia dikategorikan sebagai seorang kanak-kanak. Sebagai seorang kanak-kanak, maka tidak boleh baginya mendirikan rumahtangga kerana dia belum bersedia secara fizikal, emosi dan pastinya tidak akan dapat memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam berumahtangga. Sekiranya sehingga usia 14 tahun si anak perempuan tersebut masih belum mencapai akil baligh, maka dia tetap tidak dibenarkan untuk berkahwin.

Sebagai peringatan, akil baligh penuh ditandai dengan kedatangan haid bagi gadis. Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, menurut pemerhatian biologi, akil baligh itu bermula dengan thelarce (pertumbuhan payu dara) dan kemudiannya diikuti oleh pubarche (pertumbuhan bulu ari-ari) dan akhir sekali dilengkapi dengan menarche (kedatangan haid). Proses ini kebiasaannya mengambil masa 2 hingga 3 tahun, bermula dari thelarce hingga ke peringkat menarche.

Rasulullah s.a.w. menikahi A’isyah r.a. pada usianya 6 tahun dan hanya berumahtangga dengannya pada usia 9 tahun. Pada usia 9 tahun ini, A’isyah r.a. sudah mencapai akil baligh penuh iaitu ditandai dengan kedatangan menarche. Apabila menarche dikesan seawal usia 9 tahun, perkara ini memberitahukan kepada kita bahawa 2 hingga 3 tahun sebelum A’isyah r.a. berumur 9 tahun, Saidatina A’ishah r.a. telah pun memasuki fasa awal akil baligh dengan thelarche. Maka pernikahan Rasulullah s.a.w. dengan A’isyah r.a. ketika A’isyah berusia 6 tahun itu dilakukan semasa A’isyah sudahpun memasuki fasa akil baligh atau dalam erti kata lain sudah cukup umur untuk berkahwin. Tetapi ditunggu sehingga tiga tahun sehingga A’isyah r.a. mengalami kedatangan haid pertama bagi memberikan petanda jelas bahawa si anak gadis Abu Bakar As Siddiq itu telah mencapai akil baligh penuh dan bersedia sepenuhnya untuk memenuhi tanggungjawabnya dalam berumahtangga.

Kenapakah saya menyatakan bahawa A’isyah r.a. sudah akil baligh semasa dia berumur 6 tahun? Berdasarkan hujah di atas yang dibuat berdasarkan pemerhatian kepada aspek pertumbuhan fizikal manusia sebagaimana yang disepakati oleh sains perubatan, maka hujah yang cuba saya kemukakan menyatakan bahawa A’isyah sudah pun memasuki fasa akil baligh pada usia 6 tahun semasa dinikahi Rasulullah adalah sangat tepat dan tidak menimbulkan keraguan dan saya berani mempertahankan hujah ini. Perlu kita ingat bahawa menarche atau kedatangan haid pertama itu bukanlah petanda kepada seseorang gadis itu baru mencapai akil baligh, tetapi menarche itu merupakan pelengkap dan peringkat akhir kepada proses kematangan fizikal seseorang gadis yang sudah akil baligh. Perhatikan perkataan yang ditegaskan dengan tulisan bold tadi dan harap dapat difahami.
Bagaimana pula dengan sumber Islam yang authentic atau yang boleh dipercayai, apakah ada di mana-mana dalam hadis baginda yang menunjukkan semua pihak menyedari Aisyah r.a. sudah mencapai akil baligh pada usianya 6 tahun?

Sebelum saya cuba menjelaskan dengan lebih lanjut dan tidak menimbulkan apa-apa kekeliruan, saya bawakan petikan hadis yang menunjukkan bagaimana bermulanya pernikahan Rasulullah s.a.w. dengan Siti A’isyah r.a.

Selepas dari Saidatina Khadijah r.a. meninggal dunia, Khaulah bt Hakim telah membuat satu cadangan atau proposal perkahwinan kepada Baginda s.a.w. Khaulah bt. Hakim merupakan isteri kepada Uthman bin Maz’un. Uthman bin Maz’un merupakan adik susuan kepada Baginda s.a.w.

Khaulah telah berkata, “Wahai Rasulullah! Mengapakah anda tidak mahu berkahwin?” Khaulah mengusulkan demikian setelah kematian Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. Lalu Baginda s.a.w. bertanya, “Dengan siapa saya patut berkahwin?” Khaulah r.a. menjawab, “Dengan seorang gadis atau janda” Baginda s.a.w. berkata, “Siapakah gadis itu, dan siapa pula janda itu?” Khaulah menjawab, “Dia adalah anak perempuan orang yang paling kau sayangi di atas muka bumi ini , Abu Bakar, iaitu Aishah, dan janda itu pula ialah Saudah binti Zam’ah.” Lalu Baginda s.a.w. berkata, “Baiklah, beritahu tentang saya kepada kedua-duanya , dan tunggu .” (Riwayat ini dinukilkan oleh Ibn Khatir dengan dalam sebuah hadis yang panjang dengan merujuk kepada al-Baihaqi dan Musnad Ahmad.)

Apa yang hendak saya tegaskan di sini ialah, pada ketika Khaulah mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang calon yang ingin dia cadangkan untuk diperisterikan oleh Rasulullah, dia menggambarkan Siti A’isyah r.a. sebagai ‘Bakra’.

Setelah membuat beberapa rujukan, perkataan Arab ‘Bakra’ yang digunakan dalam hadis di atas membawa maksud seorang anak gadis yang sudah mencapai akil baligh. Perkataan ini tidak digunakan untuk kanak-kanak yang belum akil baligh. Kanak-kanak perempuan yang belum mencapai usia akil baligh disebut sebagai ‘Jari’ah’.

Begitu juga dengan contoh hadis dari riwayat Bukhary di bawah:
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. berkata: “Seorang wanita janda, tidak boleh dikahwinkan tanpa bermesyuarat terlebih dahulu dengannya. Seorang gadis perawan (albikru), tidak boleh dikahwinkan sebelum meminta izin kepadanya.” Orang bertanya: “Bagaimana izin gadis perawan itu?” Rasulullah menjawab: “Kalau ia diam saja”.

Perhatikan perkataan Al Bikru yang digunakan. Ianya menunjukkan bentuk definite atau jelas bagi perkataan yang membawa maksud gadis perawan atau anak dara.
Petikan dalam Bahasa Arabnya seperti di bawah.

Dari hadis Baihaqi dan Ahmad yang menceritakan mengenai cadangan Khaulah binti Hakim tersebut, kita mendapati bahawa semua pihak yang terlibat dalam mengaturkan perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan A’isyah r.a. sangat menyedari mengenai perubahan fasa biologi Siti A’isyah dengan menggelarkannya sebagai gadis perawan (bakr) dalam hadis tersebut dan tidak perkataan ‘kanak-kanak perempuan’ (jar’iah).

Seperti biasanya bagi Rasulullah s.a.w., setiap tingkahlaku dan keputusan yang dibuat oleh baginda hanya akan berpandukan kepada perancangan, arahan dan wahyu daripada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. hanya memberikan persetujuan setelah wahyu Allah s.w.t. sampaikan kepadanya melalui jalan mimpi yang berturut sebanyak 3 (tiga) kali. Rasulullah s.a.w. menikahi A’isyah r.a. di atas perintah wahyu Allah melalui mimpi baginda seperti yang dicatatkan dalam hadis riwayat Imam Bukhary di bawah.

Dari A’isya r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. berkata kepada saya: “Saya melihat engkau dalam mimpi, dibawa oleh malaikat kepada saya dalam sebuah kerudung kain sutera. Malaikat itu berkata kepada saya: “Inilah isterimu! Setelah kain tutup mukanya saya buka, rupanya engkau.” Saya berkata: “Hal ini datangnya daripada Allah, tentulah akan dilaksanakanNya.”
(Hadis Riwayat Imam Bukhary & Muslim)

Maka dengan wahyu yang jelas itu tadi, Rasulullah s.a.w. bersetuju dengan cadangan pernikahan baginda dengan A’isyah r.a. Apa yang boleh kita fahami di sini ialah, bukan Rasulullah s.a.w. yang memulakan usaha menyatukan baginda dengan A’isyah r.a., tetapi Khaulah selaku pihak ketiga yang membuat cadangan.

Perkahwinan Rasulullah s.a.w. ini juga telah berupaya menyelamatkan maruah Abu Bakar As Siddiq, yang telah ditolak pinangannya untuk dinikahkan A’isyah r.a. sebelum ini yang ditawarkannya kepada seorang pemuda musyrik.

Pada ketika tekanan kaum muysrikin Mekah semakin kuat ke atas kaum Muslimin Mekah, Abu Bakar As Siddiq, telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Habsyah (Maghribi sekarang ini). Sebagai seorang bapa yang mempunyai seorang anak gadis yang perawan, maka menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan masa depan anaknya itu terjamin sewaktu ketiadaannya nanti. Lalu Abu Bakar As Siddiq menawarkan kepada Zubair Bin Muth’im Bin Adiy untuk dikahwinkan dengan Aisyah r.a.

Abu Bakar pun pergi berjumpa Mut’im . Isteri Mut’im juga ada bersamanya. Apabila Abu Bakar menyatakan niatnya, isteri Mut’im memberitahu Abu Bakar bahawa jika mereka mengahwinkan anak lelaki mereka dengan anak perempuan Abu Bakar, sudah tentu Abu Bakar dan anaknya akan membuatkan anak mereka , Zubair, keluar daripada agama asalnya untuk memeluk agama Islam. Sambil melihat ke arah Mut’im, Abu Bakar berkata, “Apa yang dicakapkan (dimaksudkan) oleh isteri kamu ?” Mut’im telah menjawab bahawa apa yang dikatakan oleh isterinya adalah betul. “Kami menganggap kamu dan anak perempuan kamu adalah sama”. Mendengarkan ini, Abu Bakar pun beredar dari situ. (Riwayat Tabari)
Dengan penolakan ini maka terselamatlah akidah A’isyah r.a. daripada terlepas kepada perkahwinan yang bakal di atur dengan Zubair bin Muth’im. Maka jelas di sini bahawa tindakan Rasulullah s.a.w. mengahwini A’isyah r.a. itu pada usia akil baligh tersebut, bukanlah sesuatu yang janggal dengan masyarakat Arab ketika itu. Ini dapat diperhatikan bahawa tiada langsung bentuk kecaman yang dilemparkan kepada baginda dalam mana-mana sumber hadis yang menyatakan bahawa baginda ini kaki perempuan dan menganiaya kanak-kanak perempuan sepertimana yang dicanang-canangkan oleh golongan orientalis di waktu ini.

Yang wujud hanyalah kecaman dari golongan musyrikin terhadap akidah Islamiyyah Rasulullah s.a.w. dalam mentauhidkan Allah serta peranannya dalam membawakan Islam untuk mengubah masyarakat Arab yang hidup di zaman itu. Peribadinya tidak pernah dikecam dan kecaman peribadi tersebut terutamanya berkenaan perkahwinan baginda dengan A’isyah ini, tidak pernah tercatat dalam mana-mana kitab muktabar.

Jelas di sini bahawa terlebih dahulu daripada Rasulullah s.a.w., A’isyah sudah pun ditunangkan untuk berkahwin dengan seorang pemuda musyrik. Maka dimanakah salah Rasulullah s.a.w. berkahwin dengan seorang gadis yang sudah mencapai akil baligh? Apakah boleh digelarkannya sebagai paedophile semata-mata kerana dia berkahwin dengan gadis yang mencapai akil baligh?

Maka hujah mereka (golongan penentang Islam) berkenaan kesangsian mereka berkenaan perkahwinan Rasulullah s.a.w. ini adalah tidak berasas sama sekali. Ianya dibuktikan melalui sains perubatan dan melalui hadis-hadis yang diriwayatkan.

Hujah mereka lagi :
Tetapi… lojikkah terdapat gadis yang akil baligh pada usia 6 tahun dan didatangi haid pada usia 9 tahun? Jika benar ada… bukankah fizikalnya masih lagi fizikal seorang kanak-kanak?
InsyaAllah bersambung pada waktu yang diizinkanNya bagi saya memuatkannya di sini… wallahuaa’lam…


Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.


eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...

Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)

1 comments:

Assalamualaikum!

Saya amat bersyukur kepada Allah kerana saya telah menemui blog saudara,kerana saya memang mencari-cari jawapan berkenaan dengan tuduhah golongan tersebut.Hujah-hujah saudara amat bernas kerana disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh.Baru-baru ini saya telah ditanya oleh bukan islam tentang,kenapa nabi kamu Muhammad(S.A.W)di katakan seorang yang kaki perempuan,terkedu saya seketika dan berasa amat malu dan terhina dengan pertanyaan tersebut,saya hanya memdiamkankan diri,dalam hati saya amat malu pada diri saya sendiri kerana kekurangan ilmu untuk menjawab tuduhan tersebut.Saya berjanji kepada dia,saya akan menberi dia jawapan pada satu hari nanti.Saya berdoa kepada Allah supaya,saya diberikan petunjuk untuk mencari jawapan tersebut,dan pada hari ini 23/11/2010 Allah telah menemukan saya pada blog saudara.Syukur kepada Allah,
Wassalam!
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email