Monday, April 21, 2008

Khalifah-Khalifah Yang Kecundang....

0
Oleh Muhammad Ibn 'Az

Di ceritakan dalam Al Qur'an pada peringkat akhir Allah s.w.t. menjadikan Adam a.s., lalu dipertontonkan Adam a.s. kepada seluruh khalayak makhluk. Lalu atas kemuliaan bangsa manusia, Allah s.w.t. menundukkan bagi makhluk yang dimuliakan ini segala-galanya untuk mempermudahkan urusan kehidupan mereka.

Matahari yang gah dengan kehebatanya yang memancar dan menjalani proses pelakuran nuklear pada tahap yang amat hebat itu tidak lain hanyalah semata-mata untuk berkhidmat dengan makhluk Allah ini yang saiz tubuhnya secara purata tidak lebih dari 6 kaki tinggi. Bumi, sistem cakrawala, bulan dan bintang ditundukkan Allah bagi memberikan khidmat kepada makhlukNya yang dia muliakan ini.

Hebatnya makhluk bernama manusia ini sehingga mereka diciptakan Allah dalam kedudukan postur menegak dan tidak bongkok sebagai petanda bahawa mereka ini tidak tunduk kepada suatu apa pun kecuali Allah s.w.t. Sujud dan tunduk mereka hanya untuk Allah Tuhan Pencipta sekelian alam. Mereka hidup, bekerja, makan dan minum dalam kedudukan postur badan yang menegak tanpa perlu bagi mereka merendahkan kehormatan maruah diri mereka. Mereka tidak perlu menyembah bumi seperti seekor zirafah yang tinggi gagah, tetapi terpaksa tunduk sehingga kepalanya mencecah bumi semata-mata untuk meneguk air bagi meneruskan kelangsungan hidup. Mereka tidak bongkok bagai spesis-spesis primate yang tidak dapat berjalan menegak sebagai satu petanda bahawa di dunia ini ada terdapat satu golongan makhluk yang dimuliakan sebagai khalifah. Segalanya tunduk dan dijadikan tidak dalam kedudukan menegak sebagai menghormati kedudukan manusia sebagai khalifah Allah pentadbir bumi ini.

Betapa Allah memuliakan manusia sehinggakan para Malaikat yang mulia dan para Jinn yang diberikan akal fikiran diperintahkan sujud tanda penghormatan kepada makluk yang Allah s.w.t. muliakan.

Al An'aam 165
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Apabila saja Allah s.w.t. memerintahkan semua makhluk sujud tunduk memberikan penghormatan kepada Adam a.s., lalu Iblis dengan menggunakan daya logik akal dangkalnya mula membuat satu perhitungan. "Bukankah aku diciptakan daripada api, sedangkan dia, Adam, daripada tanah?! Tidak selayaknya bagi aku menyembah tanah yang kotor jijik sedangkan diriku diciptakan dari bahan yang lebih mulia!

Al Kahfi 50
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

"Tetapi Iblis dia lupa, bahawa mulianya sesuatu makhluk itu ialah apabila dia bertakwa dan beriman dengan segala perintah Penciptanya.

Al Hujurat ayat 13
….. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Berjuta tahun dalam sejarah kita sebagai Muslim dan Khalifah dimuka bumi ini, ada sebahagian dari kita, muslim, tunduk atas desakan minda tak terbimbing merendahkan martabat kemanusiaan yang telah lama Allah muliakan dengan memberikan sanjungan kepada asal-usul Iblis sebagai perantara. Malang sejuta kali malang….. gugurlah mereka ini sebagai khalifah-khalifah yang kecundang. Benarlah ayat-ayat Allah dalam Al-Qur'an seperti di bawah.

Saba' 20
Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman.

Mereka mungkin merasakan diri mereka bijak atas segala kebaktian yang pernah dicurahkan dan credentials menggunung yang dikumpulkan serta slogan-slogan jihad pluralisme mereka, tetapi apakah bijak jika satu ketika dulu si api menyembah si tanah, tetapi kini si tanah menghadap si api bagi menunjukkan solidariti dan untuk memastikan doa mereka makbul bagi membolehkan satu lagi api yang dibawa berlari selamat tidak terpadam… benar api itu selamat di sini tetapi selamatkah kita dengan api di sana nanti? Hanya Allah sahaja berhak menilaikannya.. Ini bukanlah kali pertama golongan plural ini berbuat demikian, tetapi kali kedua dalam tempoh 2 tahun yang direkodkan. Saya pernah menulis mengenai perkara ini dalam tajuk 'Pluralism : Apakah Semua Agama Itu Sama'. Untuk membacanya klik sini. Begitu juga dengan penjelasan mengenai asal usul syaitan yang pernah saya tulis di sini, klik. Sangat menyedihkan bila kedudukan Allah dihinakan lebih rendah dari tahap makhluknya yang pernah diperintahkan untuk sujud kepada manusia. Maka benarlah kata-kata S.S. Mufti Perak satu ketika dulu yang membangkitkan isu ramainya umat Islam yang terjejas akidahnya dengan sebab perbuatan mereka.

Kita yang sedar mengenai perkara ini harus melakukan kerja kita dengan berdakwah. Tiada alasan untuk tidak melakukannya.. apakah kita yang berdiam diri merasakan bahawa kita akan dijamin syurga dengan amal yang tidak seberapa kita? Bacalah sejarah para sahabat dalam mempertahankan akidah dan berkorban untuk Islam.. membacanya membuatkan kita insaf dan berasa teramat malu hatta untuk meminta-minta kepada Allah dengan amal dan pengorbanan pada skala iota ini.

Al A'raf 56
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

Wallhua'lam….

© April 2008 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.


eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...

Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: