Thursday, April 3, 2008

Memperbetulkan Serta Menjawab Pertuduhan Yang Menyatakan Rasulullah s.a.w. seorang Kaki Perempuan dan Paedophile. Bahagian 7.1 (Siti A'isyah r.a.)

Oleh Muhammad Ibn 'Az
(Artikel ini merupakan bahagian 7 dari sebahagian artikel berkenaan perkahwinan Rasulullah s.a.w.. Bahagian 6nya boleh dibaca dengan klik sini.)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dalam bagi baginda Rasulullah s.a.w. serta ahlul baitnya. Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera kepada semua. Akhirnya, dapat saya meneruskan kembali satu kerja yang tertangguh selama hampir beberapa bulan disebabkan komitmen terhadap berbagai-bagai perkara yang seakan menghalang saya dari merapati ruang maya ini. Isu perkahwinan serta pertuduhan ke atas Rasululllah s.a.w. ini akan saya sambung pada entry kali ini.
Apakah Benar dakwaan Orientalis, Evangelist, Kumpulan Pendakwah Ekstrem Hindu dan Kumpulan Penentang Islam dalam dakwaan mereka mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. seorang Paedophile?
Tuduhan ini sebenarnya sudah menjadi seperti 'garam dalam setiap masakan' golongan yang tersebut di atas. Dalam setiap dakwaan mereka berkenaan perkara yang dikatakan buruk dalam Islam, pastinya keperibadian Rasulullah s.a.w. dikecam kerana Al-Qur'an itu tak tercapai tangan mereka untuk mengkritiknya. Ini kerana bila saja mereka mengkritik teks dan ayat-ayat Al-Qur'an, maka mereka akan meletakkan daya intelektual mereka lebih rendah dari keupayaan IQ seekor keldai. Jika si pengkritik tersebut berkelulusan tinggi menggunung dengan pelbagai sijil dan sebagainya, tetapi beliau mengambil sikap menghentam teks-teks Al Qur'an dengan sembrono, maka semua sijil-sijil yang dimilikinya itu boleh saja diberikan kepada Mak Long Timah untuk dibuat pembalut nasi lemak. Ini kerana semua ilmu yang dimilikinya itu, langsung tidak memberikan apa-apa manfaat kepadanya kecuali kebodohan tegar. Manakala ilmu-ilmu yang dimilikinya dengan sijil yang tinggi menggunung itu tidak lebih dari dapat diumpamakan sebagaimana seekor keldai yang menanggung kitab-kitab di atas badannya. Kitab itu tidak sedikit pun memberikan manfaat kepadanya melainkan bebanan dan kebebalan sekebal virus HIV.
Tiada teks dan ayat dalam Al-Qur'an yang bertentangan dengan tatabahasa, penemuan sains, ilmu matematik dan berbagai ilmu lagi. Di Malaysia ini, golongan yang paling kerap menghina dan mencaci maki Islam ialah golongan 'pejuang hak asasi', pejuang persamaan gender yang disuntik modal oleh beberapa pertubuhan Evangelist dari luar negara, ektremis Hindu, Orientalis, Evangelist, pertubuhan politik dan sebagainya. Mereka ini tidak kurang idea menimbulkan perkara-perkara dengan niat untuk menimbulkan kekeliruan sekaligus menjauhkan manusia dari Islam serta membuatkan Muslim sedia ada berasa sangsi dengan agama mereka.
Jangan dirisaukan akan semua tuduhan membabi buta ini. Tiada masalah sebenarnya. Yang bermasalah cuma hasad dengki mereka terhadap Islam. Dicabar berdebat, mereka kalah. Dicabar berdialog, mereka melalut membabi buta. Yang boleh mereka lakukan ialah melemparkan fitnah ke atas Islam dengan segala bentuk tohmahan termasuk Islam itu menggalakkan keganasan dan Nabinya pula seorang kaki perempuan. Tetapi Allah s.w.t., cara kerjaNya dalam membuatkan Islam berkembang amatlah luar biasa dan diluar jangkaan sesiapa pun. Jika tidak difitnahkan Islam, ianya tetap berkembang. Setelah mereka memfitnah Islam dengan segala tohmahan pula dengan niat untuk menjauhkan manusia dari Islam, Islam semakin berkembang pada kadar lebih luar biasa dari yang pernah berlaku sebelum ini.
Saya pernah membaca kenyataan Presiden CAIR selepas dari peristiwa 11 September 2001. Presiden CAIR menyatakan apabila saja diumumkan oleh Sang Presiden USA bahawa 'dalang' disebalik serangan tersebut merupakan pengganas Islam, maka hancur luluh hatinya kerana apa yang diusahakannya selama hampir 20 tahun untuk mendekatkan masyarakat umum Amerika dengan Islam, usaha tersebut, pada fikirannya bakal menemui jalan buntu dan kegagalan selepas peristiwa 11 September tersebut. Manusia hanya merancang dan membuat andaian, tetapi hanya Allah saja yang menentukan apa saja kehendakNya yang hendak dilaksanakan. Musuh Islam yang merancang untuk memberikan konotasi negatif dan sekaligus pada fikiran mereka dapat menjauhkan masyarakat mereka dari Islam, sekali lagi terkejut apabila hasil dari fitnah yang mereka mahukan itu berlaku sebaliknya. Presiden CAIR menceritakan bahawa selepas sahaja dari peristiwa tersebut, bilik gerakan CAIR menerima panggilan yang tidak putus-putus dari orang awam Amerika Syarikat yang meminta penjelasan dan maklumat mengenai Islam. Dua minggu selepas dari 11 September setahun selepas alaf baru itu, penerimaan bukan Islam di Amerika Syarikat terhadap Islam, semakin bertambah dari hari ke hari. Malah ini, pada pandangan Presiden CAIR tersebut, perkara ini amat luar biasa dan diluar jangkaannya. Allah itu Maha Hebat, setiap dari perancanganNya tidak tergambar pada fikiran manusia biasa. InsyaAllah, tidak sampai 20 tahun lagi, lebih dari 10% rakyat Amerika bakal merupakan golongan Muslim.
Pada kali ini, saya ingin menutup artikel panjang mengenai perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan membicarakan berkenaan perkahwinan Baginda s.a.w. dengan Ummul Mukminin Saidatina A’isyah Binti Abu Bakar r.a. Saya mengambil masa yang sedikit lama untuk menyiapkan artikel kali ini disebabkan kesukaran mencari bahan paparan tambahan yang diperlukan terutamanya gambar-gambar bagi memudahkan penyampaian serta saya memerlukan masa yang sedikit lama untuk membuat penelitian ke atas beberapa kitab Bible, Veda dan kitab Smriti Hindu. Saya memfokuskan kepada kitab dari dua agama tersebut bukan atas dasar ingin berkonfrontasi, tetapi lebih kepada tindakan defensive setelah melihat dan memerhatikan bahawa kedua golongan yang ekstrem dari kumpulan inilah merupakan golongan yang paling banyak menyerang keperibadian Rasulullah s.a.w. melalui apa saja media yang tercapai oleh tangan mereka.
Peribadi Rasulullah s.a.w. paling banyak dikecam berikutan pernikahan Baginda dengan Saidatina A’isyah r.a. Isu ini bukan sahaja menimbulkan kegusaran dalam hati ramai muslim malah ianya menjadi modal kepada mereka yang Anti Islam untuk diambil kesempatan dengan pendekatan menyerang Islam berhujahkan kepada pengetahuan dangkal serta berbelit mengenai perkara ini.
Semuanya bermula dengan hadis berikut yang dicatatkan dalam kitab Shahih Muslim :
Dari A’isyah r.a. katanya : “Rasulullah s.a.w. mengahwiniku ketika berusia enam tahun. Mulai serumahtangga ketika aku berusia sembilan tahun. Lalu kami hijrah ke Madinah. Sampai di Madinah, aku jatuh sakit sebulan lamanya sehingga rambut aku gugur kerananya. Setelah rambutku tumbuh dan panjang kembali, Ummu Ruman mendatangiku ketika aku bermain jongkang jongkit dengan kawan-kawanku. Ummu Ruman memanggilku lalu aku datang kepadanya, sedangkan aku tidak tahu apa maksudnya. Dia memegang tanganku dan membawaku sampai ke pintu rumah. Aku termengah-mengah sambil menarik nafas, ‘hah, hah (bunyinya)’ sehingga nafasku lega kembali. Kemudia aku di bawa masuk ke dalam rumah. Ku dapati di sana telah menunggu beberapa wanita Ansar. Mereka serentak berkata, “Selamat dan Berkat! Serba nasib baik.” Ummu Ruman menyerahkan aku kepada mereka, lalu mereka membersihkan kepalaku dan mendandaniku. Setelah dhuha, alangkah terkejutnya aku ketika ku lihat Rasulullah s.a.w. muncul ditempat kami, kemudian aku diserahkan mereka kepada beliau.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Imam Bukhary juga ada meriwayatkan hadis serupa tetapi melalui ‘Urwah r.a. Terdapat beberapa pendapat yang menolak hadis berkenaan berdasarkan hujah-hujah yang dikemukan mereka. Maulana Habibur Rahman Siddiqui Kandhalawi, seorang ulama Pakitan/India, juga pernah membuat sebuah kertas kerja yang membincangkan serta mencadangkan hadis di atas ditolak atas sebab-sebab yang dihujahkannya dalam bukunya berjudul Umr Aisha (Umur Aishah) terbitan Ar Rahman Publishing Trust.
Saya mengambil sikap memandang elok kepada hadis riwayat Bukhary dan Muslim tersebut disebabkan oleh disiplin pemilihan hadis yang ketat diamalkan kedua-dua Imam tersebut. Oleh kerana tidak mahu terkeluar dari kelompok Ahlul Sunnah Wal Jamaah, maka keseluruhan artikel yang ditulis ini akan berdasarkan kepada pandangan yang menganggap serta meyakini bahawa hadis yang dicatatkan di atas sebagai sahih. Dari sini, saya akan cuba berhujah dengan membawa kefahaman kepada kita semua dalam lingkungan konteks yang tidak terkeluar dari mensahihkan kenyataan hadis tersebut. Saya akan membahagikan hujah-hujah saya menurut beberapa aspek agar dapat kita semua fahami bahawa perkahwinan yang berlaku antara Rasulullah s.a.w. dengan Saidatina A’isyah r.a. itu merupakan satu tindakan yang normal serta merupakan jawapan kepada satu permasalahan dunia yang bakal menimpa golongan wanita 1400 tahun selepas dari peristiwa tersebut.
Hujah-hujah untuk menunjukkan tiada apa yang abnormal dengan perkahwinan tersebut akan dibuat dalam beberapa kategori iaitu hujah berdasarkan aspek Bahasa, Theology, Biology, Demography, Fitrah Alam, Perundangan dan isu-isu wanita semasa. Kesemua yang akan dibentangkan ini merupakan hasil kerja saya selama dua tahun mengumpulkan bahan bagi mengukuhkan hujah-hujah saya nanti. Dan saya sangat berharap hasil dari kerja keras ini akan dapat memberikan satu manfaat serta keyakinan kepada semua pengunjung blog satuhala ini bahawa tiada apa yang boleh difitnahkan ke atas Islam, dengan syarat, kita semua bekerja keras mencari kebenaran di atas keyakinan kita kepada Islam anugerah Allah s.w.t. kepada kita ini. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang kerugian dan muflis di akhirat nanti. Saya memohon kepada Allah agar diampunkan kesalahan saya sekiranya terdapat apa-apa kekeliruan yang tidak disengajakan yang mungkin bakal timbul dari salah faham dan sebagainya. Sekiranya anda diluar sana mendapati hujah-hujah saya bertentangan dengan mana-mana nas, tidak kira samada dari Al Qur’an atau hadis-hadis Shahih, harap dapat diperbetulkan kelemahan saya dengan cara yang elok dan beradab kerana saya hanyalah seorang manusia biasa yang tidak maksum dan amat biasa melakukan kesalahan dan kesilapan.
Penjelasan Dari Aspek Bahasa dan Biologi:
Muhammad the Paedophile prophet (Muhammad Nabi Paedophile), Mahomet the Womanizer (Mahomet si Kaki Perempuan), Mohamad the child molester (Mohamad si pencabul kanak-kanak). Jika anda merupakan seorang ulat buku atau suka melayari laman-laman web serta laman sembang internet, pastinya anda akan terbiasa mendengar tuduhan-tuduhan sedemikian yang dilemparkan kepada Rasulullah s.a.w. Malah salah seorang Orientalist terkenal W. Montgomerry Watt pernah menulis dalam sebuah buku bertajuk Muhammad at Medina terbitan Oxford University Press, cetakan 1956, satu kenyataan seperti berikut "Of all the world's great men none has been so much maligned as Muhammad." (Dalam semua manusia hebat di dunia, tiada manusia yang difitnah tahap kejahatannya sejahat Muhammad).
Bisa kata-kata mereka yang menuduh Muhammad s.a.w. sebagai paedophile sangat menusuk jiwa. Jika dihujung jari merupakan punat pelepas peluru berpandu, maka akan dihalakan muncungnya ke barat untuk menghancurkan kepala orientalis-orientalis itu tadi. Tetapi itu hanya satu tindakan bodoh yang hanya memberi kesan sebesar kuman kepada penganut tegar doktrin pembenci Islam. Jika punat itu di tekan, maka hanya beberapa orang sahaja dari mereka yang akan mati menggelapar dan busuk membangkai di sana. Sedangkan tertera dihadapan 86 punat papan kekunci yang boleh saja ditekan bila-bila masa, menyusun ayat dan kata, yang apabila siap dan dilancarkan, beratus-ratus malah beribu-ribu goblok yang serupa akan menggelapar kepanasan lantas diam semuanya membisu seribu bahasa menangisi hujah-hujah yang membusuk bagaikan bangkai yang tidak disentuh gagak di tepi jalan. Pena itu lebih tajam dari mata pedang. Dengan ‘pena’ Allah mengajarkan kita, maka dengan pena juga kita seharusnya ‘mengajarkan’ mereka.
Semua yang tersebut tadi seolah-olah telah menjadi seperti chorus line yang diulang-ulang tanpa rasa penat oleh orang-orang yang merasakan dirinya bijak dan mulia. Bila saja chorus line seperti yang tersebut tadi meniti keluar dari bibir mereka dengan niat untuk menghinakan keperibadian Rasulullah s.a.w., mereka secara tidak langsung telah memperjudikan daya intelektual mereka ke tahap hina, sekaligus menidakkan serta membatalkan semua argumentasi mereka terhadap kekasih Allah itu.
Mengapa saya letakkan mereka pada tahap hina? Ini kerana rata-rata mereka yang menulis buku serta tesis yang membuat pertuduhan tersebut, merupakan personaliti yang bersenjatakan sijil-sijil tinggi menggunung dalam pelbagai bidang terutamanya perbandingan agama sebagai sandaran kredibiliti serta integriti, tetapi gagal sama sekali untuk mempertahankan dakwaan mereka apabila diajukan satu pertanyaan yang boleh saja dijawab oleh mereka yang mendapat pendidikan menengah rendah.
Hanya dengan sebuah kamus pelajar, semua dakwaan dangkal keldai-keldai dengan hippocampus yang rosak tersebut boleh dipatahkan dengan satu senyuman puas oleh mana-mana pelajar sekolah.
Dalam bahagian ini, saya akan membuktikan bahawa Saiditina A’isyah Binti Abu Bakar As Siddiq r.a. bukanlah seorang kanak-kanak semasa dia serumahtangga dengan Rasulullah s.a.w. Menurut hadis yang di petik di atas, perkahwinannya antara Rasulullah s.a.w. berlangsung pada ketika Siti A’isyah r.a. berusia 6 tahun. Pada ketika itu, hanya akad dilakukan tanpa Rasulullah s.a.w. dan Saidatina A’isyah r.a. ‘tinggal serumah’. Sebaliknya Rasulullah s.a.w. menunggu sehingga Saidatina A’isyah r.a. berusia 9 tahun, barulah mereka tinggal sebumbung. Persoalannya, kenapa Rasulullah s.a.w. menunggu sehingga 3 tahun barulah baginda mengambil Saidatina A’isyah r.a. tinggal bersama sebagai isterinya? Kenapa tidak sebaik selesai akad nikah pada usia A’isyah r.a. 6 tahun, Rasulullah mengambilnya tinggal bersama?
Perkara ini sebenarnya mudah untuk dijawab, Rasulullah s.a.w. menunggu sehingga 3 tahun, disebabkan oleh baginda menunggu Saidatina A’isyah r.a. mencapai usia akil baligh penuh yang mana akan membolehkannya melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri tanpa sebarang masalah. Apakah Saidatina A’isyah r.a. seorang kanak-kanak pada usia 6 tahun semasa akad nikah dilangsungkan? Jika benar dia kanak-kanak, bukankah benar dakwaan Orientalis, Evangelist dan segala ekstremis pembenci Islam yang menyatakan baginda seorang paedophile?
InsyaAllah, di bawah ini saya akan jelaskan bahawa Siti A’isyah r.a. telah mula memasuki fasa akil baligh awal pada ketika beliau diakadnikahkan dengan Rasulullah s.a.w. dan telah mencapai akil baligh penuh semasa dihantar Ummu Ruman kepada Rasulullah s.a.w. untuk mula tinggal serumah sebagaimana pasangan suami isteri yang sah.
Pertama sekali kita akan cuba memahami apakah dia maksud paedophile itu? Satu pertanyaan yang boleh di jawab remaja mukmin, tetapi teragak-agak untuk di jawab oleh remaja muslim. Sayang seribu kali sayang,di kala wahyu pertama ditegaskan ‘Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menciptakan! Ia menciptakan manusia dari segumpal darah beku; Bacalah dengan nama Tuhan kamu Yang Maha Pemurah, yang mengajarkan kamu dengan kalam (pena) dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.’, muslim masih merempit dengan terpacak satu tayar. Masih membohsia secara percuma dengan maruah lebih murah dari lipas dalam longkang busuk yang memerlukan wang ringgit untuk membeli umpan pembunuhnya. Bukunya dilemparkan merata, kalamnya entah kemana. Lantas apabila direnggut maruah tanahair dan maruah anak bangsa atas perilaku mereka, terkapai-kapai menyalak melaungkan slogan-slogan kebebasan memandang tinggi tingkah perilaku manusia-manusia sesat occident yang seakan unta terlepas tali kekangan.
Kerana malas membaca dan menimba ilmulah mereka ini sering dibutakan oleh golongan yang mengambil kesempatan di atas dasar-dasar 'bombastic 'yang menampak diri pihak tersebut sebagai mulia atau pejuang bangsa.
Buta…. Bangsaku terus buta….. Buta bukan kerna Qadar Yang Maha Esa, tetapi buta atas sebab hati yang tidak terisi dengan agama… tidak terisi dengan cahaya… dan tidak terisi dengan Cinta.
‘Itu ustazlah.. takkan dia nak menipu?’ kata seorang hamba Allah. ‘Awak fikir awak bagus? Dia tu cucu ulama’ besar tahu tak? Takkan dia nak menipu dan tak tahu memimpin?’ kata seorang lagi dipihak kedua. Jika kita tidak berdiri di mana-mana halaman, lantas memberikan teguran kepada kedua-dua pihak yang dirasakan perlu ditegur, maka serangan dari kiri dan kanan merupakan sesuatu yang seharusnya telah diduga.
Sejak bila gelaran, pangkat serta keturunan menjadi kayu ukur kepada ‘maksumnya’ idola-idola berkepentingan tersebut?! Tidak cukup dengan mat rempit dan bohsia, Mat Songkok dan Mat Kopiah juga terkena dengan sindrom taqlid buta. Bertaqlid kepada kata-kata idola mereka tanpa usul dan periksa. Lakukan sesuatu itu dengan ilmu dan pegangan. Imam Ghazali pernah berkata dalam kitabnya Minhajul ‘Abidin dalam mukaddimah bab Peringkat Ilmu dan Makrifat bahawa, beribadat tanpa ilmu itu adalah sia-sia kerana ilmu itu adalah punca bagi setiap perbuatan.
Jadi dalam bercita-cita untuk memperjuangkan Islam serta mempertahankannya dari ditohmah manusia-manusia yang tidak tahu bersyukur, tidak dapat tidak, ilmu itu seharusnya ditimba dengan gigih dan tanpa mengenal jemu. Ini kerana pihak-pihak yang dengki dan hasad terhadap Islam ini tidak akan diam setelah didiamkan, mereka akan terus mencari peluang dan jalan untuk menggugat akidah dan menghancurkan keimanan Muslim terhadap agamanya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 120 :
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Berbalik kepada maksud kepada perkataan paedophile yang dihumbankan ke atas maruah Rasulullah s.a.w., perkataan tersebut membawa kepada pengertian seperti yang tersebut di bawah.
Terjemahan dari Kamus Oxford
paedophile (US pedophile)
n. a person who is sexually attracted to children.
DERIVATIVES paedophilia n. paedophiliac adj. & n.
Terjemahan Dari Kamus Cambridge
paedophile UK, US pedophile
noun [C]
a person, especially a man, who is sexually interested in children.
Dari dua terjemahan yang dibawakan di atas, ianya membawa maksud bahawa, seorang paedophile itu merupakan seorang yang mempunyai keinginan syahwat serta terlibat dalam perlakuan seks dengan kanak-kanak. Siapa pula yang dikategorikan sebagai kanak-kanak ini? Sekali lagi kita merujuk kepada kamus Oxford.
child
noun (pl. children) 1 a young human being below the age of full physical development.
ORIGIN Old English.
Terjemahan Dari Kamus Cambridge
child
noun [C] plural children
1 a boy or girl from the time of birth until he or she is an adult.

Dari kedua-dua terjemahan tersebut, kita dapat satu maklumat bahawa child atau kanak-kanak dalam bahasa melayunya, membawa kepada satu pengertian bahawa mereka ini merupakan manusia lelaki dan perempuan yang dibawah usia dewasa di mana tumbesaran fizikal mereka belum mencapai kematangan sepenuhnya.
Walaupun terjemahan tersebut agak longgar dan melompat kategori tumbesaran manusia secara biologi, umum mengetahui bahawa secara biologinya, seseorang manusia itu akan melalui proses tumbesaran mengikut kategori perubahan fizikal seperti berikut :
Bayi > Kanak-kanak > Remaja > Dewasa > Tua.
Peringkat bayi, kanak-kanak dan remaja itu dipukul rata secara rambang dan dimasukkan dalam kategori kanak-kanak, manakala peringkat dewasa dan tua pula diletakkan dalam kategori dewasa. Itu pengertian secara rambang dan dipermudahkan. Tumbesaran manusia itu lebih tepat jika dikategorikan secara perubahan fizikal dan itulah cara yang paling tepat secara biologi. Cara ini juga sangat menepati sunnatullah, di mana Allah s.w.t. telah menjelaskan dengan tepat di dalam Al Qur’an peringkat tumbesaran manusia secara teliti dan mudah untuk difahami.
Lebih hebat lagi, wahyu yang Allah s.w.t. turunkan kepada Rasulullah s.a.w. untuk kita umat Islam berpandukan kepadanya, menceritakan aspek peringkat-peringkat tumbesaran manusia secara tepat dan teliti semenjak manusia itu mula terbentuk dalam rahim ibunya lagi. Memang hebat sehinggakan Prof. (Dr.) Keith L. Moore, Professor Embryology, Pengerusi Jabatan Anatomy di University of Toronto, Canada, semasa dikunjungi oleh sekumpulan sarjana Muslim di bawah kelolaan Sheikh Abdul Majid Az Zindani, membuat pengakuan bahawa Al Qur’an itu tidak dapat tidak, harus di akui bahawa ianya sememangnya wahyu dari Allah s.w.t. dan dia juga membuat pengakuan bahawa Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah.
Beliau ditanyakan oleh kumpulan sarjana Muslim itu sekitar 80 soalan berkenaan soal embryology yang dipetik berdasarkan ayat-ayat Al Qur’an dan Hadis. Setelah membuat penelitian, beliau dengan yakin menyatakan bahawa kebanyakan dari ayat-ayat Al Qur’an dan Hadis yang dibawakan kepadanya itu tidak langsung bertentangan dengan penemuan sains. Walaubagaimanapun beliau menambah, terdapat beberapa ayat Al Qur’an yang tidak dapat dia pastikan kebenarannya secara saintifik. Dia menyatakan bahawa dia tidak dapat membenarkan kenyataan ayat Al-Qur’an tersebut dan juga dia tidak dapat menyatakan bahawa ayat Al Qur’an tersebut salah. Begitu juga dengan pengetahuan sains moden yang tidak ada apa-apa maklumat mengenai perkara yang disebutkan Allah dalam ayat-ayat Al Qur’an tersebut semasa ianya ditanyakan kepada Dr. Keith. Salah satu daripada ayat yang disebutkan tersebut merupakan ayat di bawah ini :
Al ‘Alaq : 1 -2
Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menciptakan! Ia menciptakan manusia dari segumpal darah beku.
Menurut Dr. Zakir naik, perkataan ‘alaq dalam ayat tersebut membawa kepada pengertian segumpal darah beku. Ianya juga membawa kepada pengertian sesuatu yang menyangkuk yang kelihatan seperti seperti seekor lintah. Dr. Keith Moore, bagaimanapun tidak mempunyai keupayaan pengetahuan untuk mensahihkan perkara ini buat masa itu. Dia tidak dapat memastikan bahawa apakah benar dakwaan Al Qur’an yang menyatakan bahawa peringkat awal sesuatu embryo itu akan kelihatan seperti seekor lintah yang menyangkuk. Untuk menyiasat ayat Al Qur’an ini, beliau menggunakan sebuah mikroskop yang tinggi kuasanya untuk membuat pemerhatian terhadap peringkat awal tumbesaran embryo dan cuba membandingkannya dengan gambar seekor lintah.
Penemuan yang dibuat berdasarkan pemerhatian tersebut menyebabkan Dr. Keith Moore berasa amat takjub dengan persamaan yang didapati antara embryo di bawah pemerhatiannya dengan menggunakan moikroskop kuasa tinggi yang dibandingkan dengan gambar seekor lintah. Nyata ianya mempuyai persamaan ketara!
Menjawab semua 80 soalan yang ditanyakan kepadanya oleh para sarjana Muslim itu tadi, Dr. Keith Moore membuat kenyataan berikut. If I was asked these questions thirty years ago, I would not have been able to answer half of them for lack of scientific information” (“Jika saya ditanyakan perkara ini 30 tahun dahulu, berkemungkinan saya tidak akan dapat menjawab separuh daripadanya kerana kekurangan maklumat saintifik”). Dan pada tahun 1981, semasa membentangkan kertas kerjanya di Seventh Medical Conference di Dammam, Arab Saudi, Dr. Moore menyatakan : “It has been a great pleasure for me to help clarify statements in the Qur’an about human development. It is clear to me that these statements must have come to Muhammad from God or Allah, because almost all of this knowledge was not discovered until many centuries later. This proves to me that Muhammad must have been a messenger of God or Allah.” (Ianya menjadi satu kebanggaan kepada saya untuk mebantu memberikan penjelasan tepat berkenaan pernyataan ayat-ayat dalam Al Qur’an berkenaan dengan proses pembentukan manusia. 
Ianya sangat jelas kepada saya bahawa semua ayat-ayat ini seharusnya merupakan wahyu kepada Muhammad (s.a.w.) dari Tuhan atau Allah, ini disebabkan oleh, semua ilmu-ilmu ini (embryology) tidak diketahui hanya sehingga beberapa kurun kemudiannya. Ini membuktikan kepada saya bahawa Muhammad itu sudah seharusnya merupakan utusan Tuhan atau Rasulullah.”) Video pernyataannya tersebut boleh di tonton di bawah dan disertakan juga dua lagi video mengenai embryology & Al Qur’an serta sebuah video yang menyaksikan ramai saintis dunia yang memberi perakuan bahawa ayat-ayat Al Qur’an ini pastinya merupakan wahyu-wahyu yang dikurniakan Allah kepada kita umat manusia. Bersyukurlah kita di agama yang benar.





Al -Qur’an tidak hanya menceritakan mengenai proses tumbesaran manusia selepas percantuman benih lelaki dan perempuan, malah ia juga menyatakan dengan jelas dari mana sumber air benih ini terhasil dalam tubuh lelaki dan perempuan sebelum dari ia mencapai kematangan dan bercantum hasil dari hubungan kedua-duanya. Ianya dinyatakan dalam ayat dibawah :
At Tariiq : 5 - 7
Maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. Ia diciptakan dari air yang memancar. Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.
Baru-baru ini, terdapat satu usaha untuk melakukan persenyawaan dengan kaedah klon ke atas wanita dengan menggunakan sel dari tulang rusuknya. Maka, nikmat Allah yang manakah hendak kita dustakan? Hari demi hari kita menyaksikan semakin banyak rahsia-rahsia mukjizat teragung ini dibuktikan dengan segala penemuan-penemuan sains yang tidak langsung dapat dibuktikan sejak 1400 tahun dahulu ketika wahyu-wahyu ini diberikan kepada Rasulullah s.a.w.
Cuba bayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w. berdakwah pada ketika tersebut membawakan ayat-ayat Allah yang memerlukan banyak kepakaran ilmu untuk mendalami pengertiannya kepada sekumpulan manusia yang digelarkan dengan gelaran manusia-manusia Jahiliah? Sukar bukan? Ambillah pengajaran di kala usaha dakwah semakin mudah dengan mukjizat di tangan semua orang untuk mempersembahkannya kepada khalayak sasaran, tiada alasan untuk tidak bertabligh kerana segalanya telah dipermudahkan. Kita sedang menang dalam jihad ini diseluruh dunia, kalau tidak, kenapa si Orang Belanda, Geert Wilders itu bagai cacing kepanasan?
Semua yang bukan Islam yang iri terhadap Islam sedang kepanasan disebabkan perkembangan mendadak Islam diseluruh dunia terutamanya di Amerika dan Eropah. Biarkan mereka dengan provokasi jahiliah terdesak mereka. Ianya tidak memberikan kesan negatif terhadap Islam kecuali ianya lebih membantu perkembangan Islam di seluruh dunia.
Pernah seseorang bertanya sahabat bertanya, kenapakah kita umat Muhammad dikatakan lebih mulia dan tinggi darjatnya jika dibandingkan dengan umat-umat terdahulu? Saya menjawab kepadanya bahawa istimewanya umat Muhammad di akhir zaman berbanding umat-umat Nabi terdahulu ialah kerana kita beriman dengan ayat-ayat Allah tanpa perlu bagi kita bersemuka dan berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan tidak perlu bagi kita melihat kepada mukjizat-mukjizat seperti laut terbelah, unta keluar dari batu, orang mati dihidupkan, orang sopak disembuhkan dengan sentuhan dan sebagainya. Kita tidak memerlukan semua itu. Allah s.w.t. telah memuliakan kita umat akhir zaman dengan memuliakan keupayaan akal kita. Dia menunjukkan ayat-ayatnya melalui pemerhatian yang dilakukan serta dicernakan oleh akal kita untuk mendekatkan diri kepadaNya. Dengan hanya berpandukan kepada Al Qur’an dan hadis-hadis yang berusia 1400 tahun lamanya, kita beriman secara langsung dengan Allah s.w.t. dan RasulNya. Itulah yang dinamakan dengan Ulil Al Bab (mereka-mereka yang menggunakan akal fikiran) dan Ulil Absor (mereka-mereka yang memerhati dan mengambil pengajaran).
Kemudian, saya secara berseloroh bertanya kepada sahabat tadi apakah dia tahu bahawa terdapat satu lagi umat yang ‘lebih hebat’ diakhir zaman ini? Dia yang kehairanan bertanya kembali, apakah ada yang lebih hebat dari umat Rasulullah s.a.w.? Lalu saya berkata kepadanya bahawa umat-umat terdahulu terutamanya Bani Israil meminta-minta kepada Rasul-Rasul mereka membuktikan kerasulan mereka dan kebenaran Allah melalui mukjizat-mukjizat yang menakjubkan serta perkara-perkara luar biasa semata-mata untuk beriman kepada Allah. Tetapi umat-umat ‘terhebat’ di akhir zaman ini, mukjizat teragung kurniaan Allah s.w.t. diberikan setiap satunya kepada mereka untuk digunakan, tetapi mereka simpankan dalam almari yang terkunci rapi dan kekal berhabuk sehingga mereka mati….. hebatkan? Sebelah mata pun tidak dipandang mereka… Patutlah Islam itu kini mempunyai lebih ramai penganut yang tidak berkualiti mukmin. Kini mereka sedang digantikan oleh umat Islam baru dari kalangan mualaf yang aktif berdakwah di atas jalan Islam seperti yang dikehendaki olehNya.
Bersyukurlah di atas nikmat Islam ini, kerana Allah s.w.t. memuliakan kita dengan akal dan menjauhkan kita dari perkara-perkara yang merendahkan keupayaan akal kita.
Berbalik kepada persoalan aspek bahasa dalam memahami lojiknya konteks perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Saidatina A’isyah r.a. itu tadi, sebagaimana yang saya cuba jelaskan bahawa dalam peringkat tumbesaran manusia, terdapat lima tahap perkembangan yang dibezakan menurut perubahan fizikal, emosi dan perkembangan mental yang berbeza-beza. Satu peringkat yang dikelabukan dalam tafsiran perkataan child dalam terjemahan Oxford dan Cambridge tersebut ialah peringkat remaja atau dalam bahasa Inggerisnya adolescent. Berikut tafsiran perkataan adolescent menurut kedua-dua kamus yang serupa.
Tafsiran menurut Kamus Cambridge
adolescence
noun [U]
the period of time in a person's life when they are developing into an adult:

Tafsiran menurut Kamus Oxford
adolescent
adjective in the process of developing from a child into an adult.
noun an adolescent boy or girl.
Memerhatikan serta cuba memahami apa yang ditafsirkan dalam kedua-dua kamus tersebut bagi memberikan pengertian kepada perkataan adolescent, kita dibawakan kepada satu usaha membuat pemerhatian terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak itu sendiri. Dalam proses peralihan ini terdapat tanda-tanda jelas yang menggambarkan ciri-ciri yang perlu ada kepada seorang manusia untuk dikategorikan berada dalam peringkat adolescent (remaja).
UNFPA atau United Nations Fund for Population Activities (Tabung Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Aktiviti Berkaitan Kependudukan) memberikan tafsiran jelas, siapakah yang selayaknya dikategorikan sebagai adolescent menurut kepada tafsiran mereka.
UNFPA's Definition of 'Adolescents'
UNFPA follows the internationally agreed definitions below (found in the 1989 UNICEF/UNFPA/ WHO Joint Statement and Strategy for Action on "The Reproductive Health of Adolescents"):
· Adolescents: 10-19 year olds (early adolescence 10-14, and late adolescence 15-19)
· Youth: 15-24 year olds
· Young People: 10-24 year olds
Use and meanings of the terms 'young people', 'youth', and 'adolescents' vary in different societies around the world, depending on political, economic and socio-cultural context. Regardless of the varying interpretations or terminology used, for programming purposes the specific age group referred to should always be specified.
Terjemahannya :
Takrifan UNFPA Berkenaan ‘Remaja’
UNFPA menggunakan takrifan akil baligh yang telah dipersetujui diperingkat antarabangsa (diambil dari kenyataan bersama dan Strategi Tindakan untuk ‘Kesihatan Kesuburan Golongan Remaja’ oleh UNICEF/UNFPA/WHO)
· Remaja : 10 – 19 tahun (awal remaja 10 – 14, lewat remaja 15 – 19)
· Belia : 15 – 24 tahun
· Golongan Muda : 10 – 24 tahun
Penggunaan takrifan ‘golongan muda’, ‘belia’ dan ‘remaja’ berbeza-beza dalam semua masyarakat di seluruh dunia, dan ia bergantung kepada konteks politik, ekonomi dan sosio budaya. Dengan tidak mengambilkira perbezaan takrifan dan terminology yang digunakan, seharusnya kumpulan-kumpulan diletakkan dalam lingkungan umur spesifik bagi tujuan program.
Itu tafsiran yang diberikan oleh pihak UNFPA. Berikut ini pula merupakan takrif ‘adolescent’ menurut ensiklopedia medikal yang disediakan oleh Medline Plus Medical Encyclopedia yang dikelolakan oleh U.S. National Library of Medicine and the National Institutes of Health (Perpustakaan Perubatan Kebangsaan U.S. dan Institut Kesihatan Kebangsaan).
PHYSICAL DEVELOPMENT
Adolescence is characterized by dramatic physical changes moving the individual from childhood into physical maturity. Early, prepubescent changes are noted with the appearance of secondary sexual characteristics.
Girls may begin to develop breast buds as early as 8 years old, with full breast development achieved anywhere from 12 to 18 years. Pubic hair growth -- as well as armpit and leg hair -- typically begins at about age 9 or 10, and reaches adult distribution patterns at about 13 to 14 years.
Menarche (the beginning of menstrual periods) typically occurs about 2 years after initial pubescent changes are noted. It may occur as early as 10 years, or as late as 15 years, with the average in the United States being about 12.5 years. A concurrent rapid growth in height occurs between the ages of about 9.5 and 14.5 years, peaking somewhere around 12 years.
Sumber : MedlinePlus Medical Encyclopedia
Terjemahan.
Perkembangan Fizikal:
Adolescent (remaja) ditakrifkan dengan ciri-ciri perubahan fizikal yang dramatik yang membawa seseorang individu dari alam kanak-kanak menuju kematangan tumbesaran fizikal. Di awalan, perubahan pra-akil baligh dapat dilihat dengan kemunculan tanda-tanda seksual sekunder.
Bagi gadis, pertumbuhan awal payu dara dapat dikesan seawal usia 8 tahun, dengan pertumbuhan payu dara penuh dicapai pada usia 12 hingga 18 tahun. Pertumbuhan bulu pada kawasan ari-ari, bawah lengan dan kaki akan mula jelas kelihatan pada usia 9 atau 10 tahun, dan mencapai perubahan fizikal dewasa pada usia 13 ke 14 tahun.
Haid bermula kebiasaannya dua tahun selepas tanda-tanda awal akil baligh disedari. Ianya boleh berlaku seawall usia 10 tahun atau selewat usia 15 tahun, dengan purata usia akil baligh bagi (individu) di Amerika Syarikat pada usia 12.5 tahun. Pertumbuhan bagi ketinggian fizikal juga berlaku seiring dengan akil baligh, ianya berlaku pada ketika usia 9.5 dan 14.5 tahun petumbuhannya yang paling ketara berlaku pada usia 12 tahun.
O.k. maaf kerana terpaksa memasukkan segala-galanya secara detail satu persatu. Saya kurang gemar membuat kerja separuh masak, jadi harap dapat manfaatkan semua yang telah diusahakan ini.
Saya telah menjelaskan dari awal tadi apa itu pengertian perkataan Paedophile, Child (kanak-kanak), Adolescent (remaja akil baligh) dan beberapa perkataan yang seharusnya mana-mana muslim biasakan diri dengannya bagi menjawab pertuduhan ke atas Rasulullah s.a.w. ini.
Kesimpulan kepada apa yang dibentangkan di atas ialah, seorang paedophile itu hanya menyasarkan kanak-kanak sebagai sasaran untuk dipuaskan nafsu syahwatnya. Kanak-kanak pula ditakrifkan sebagai mereka yang belum mencapai kematangan tumbesaran fizikal atau dalam lain perkataan, tidak mencapai akil baligh. Adolescent atau remaja itu pula ditakrifkan kepada mana-mana individu yang mula menunjukkan perubahan fizikal terutamanya pada organ-organ seksual dan sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Kitaran haid hanya akan bermula setelah lebih 2 tahun perubahan fizikal awal tersebut di sedari.
bersambung di bahagian 7.2, klik sini untuk membacanya.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...
Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)

6 comments:

assalamualaikum saudara,
sy nk berkongsi maklumat dg saudara.
segala tuduhan para orientalis terhadap Nabi kita n Aisyah, adalah berpunca dr hadith yg tidak diteliti. sy terjumpa suatu laman, yg diasaskan oleh ustaz asri yusuf(kelantan).. Beliau mendedahkan kajian oleh sorg ulama india, sila baca kajian panjang n hujah2nya berkenaan umur aisyah di: http://www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/umreaisyah.htm
 
dh terlalu lewat utk komen bg sebuah artikel bbrapa tahun lpas..but bro, thanks atas usaha mnjawab fitnah..bnyk info yg dpt..tp ade satu prkara je, salah terjemah ayat william montgomerry watt..maligned di situ mknanye difitnah..statement tu membela nabi kalau x silap..die ni antra orientalis yg ok..x sume btul, tp bnyak yg positif..cuba research hasil kerja beliau dan pndgn beliau trhdap Nabi Muhammad S.A.W..hrap lbih berhati2, but anyway, syukran laka ya akhi...truskn usaha..
 
sorry, silap bace..sye bru trbaca watt punye keje yg x elok..maaf saudra..kurg ilmu on parts of mine..ignore my previous comment..
 
Tiada masalah TanpaNama 1:57 & 2:00.. terjemahan utk Montgomery itu dibuat setelah saya menilai keseluruhan penulisannya dalam konteks penuh. Tiada masalah. Manusia biasa melakukan kesilapan begitu juga saya. Tetapi tidak semua manusia berani mengaku melakukan kesilapan spt saudara. Utk itu, saudara mempunyai kelebihan melebihi org2 biasa yg lain. TQ atas komen. Tegurlah saya jika ada silap dan salah tetapi harap ianya dilakukan dengan penuh berhemah. TQ sekali lagi.
 
Sedikit pembetulan mengenai terjemahan petikan buku Montgomery Watts. Terjemahan yang lebih betul ialah, "Daripada seramai-ramai manusia yang hebat di dunia, tidak ada siapa lain yang dimomokkan (begitu malang)sebagaimana Muhammad".
 
TQ Anon July 6, 2012 3:03 PM atas teguran, pembetulan telah saya lakukan.. dalam kesibukan saya terlepas pandang sejak komen dari Anon yg lebih awal.. teruskan menegur sekiranya terdapat apa2 yang tidak kena, betul dan silap dalam usaha saya ini. Saya amat menghargainya kerana teguran-teguran seumpama ini boleh meminimakan kesilapan saya yang melakukan penulisan dalam slot-slot kesibukan. Semoga Allah merahmati semua yang membantu saya dalam hal ini. Amin. TQ sekali lagi.
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email