Thursday, January 10, 2008

Mereka Ingin Meminjam Allah.....

Oleh Muhammad Ibn ‘Az
Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera buat semua.. Maafkan saya kerana tidak meneruskan posting ‘Perkahwinan Rasulullah’ bagi posting kali ini. Ini kerana saya terpaksa memberi laluan kepada satu posting bagi memberi sedikit pencerahan kepada satu lagi polemik mengarut yang cuba dipaksakan kepada umat Islam dan kedudukannya di Malaysia.

Polemik kali ini dimulakan sekali lagi oleh akhbar The Sun pada 24 Disember 2007. Laporan atau lebih tepat lagi satu makalah tulisan Joseph Masilamany yang memberikan penjelasan tentang rasionalnya berkenaan penggunaan nama Allah dalam terbitan Kristian mereka (pihak Gereja Katolik yang menerbitkan buletin mingguan bertajuk The Herald). Makalah online (the Sun) tersebut boleh dibaca di sini http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=20307 .

Kemudian dari itu, seperti adat kebiasaan sesebuah polemik, ianya disusuli dengan laporan berikut yang menyatakan pihak Gereja Katolik Malaysia ingin menyaman kerajaan berkenaan dengan pengharaman penggunaan nama Allah dalam mana-mana penerbitan kecuali bagi penerbitan Islam. Anda boleh membacanya di sini http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=20339.


Saya membuat sedikit ringkasan di bawah ini terhadap apa yang dinyatakan oleh Joseph Masilamany dalam makalah tersebut dan temuduga yang dibuatnya dengan Paderi Lawrence Andrew, penyunting The Herald. Dalam makalah tersebut, pihak mereka menyatakan bahawa menjadi hak kepada mereka untuk menggunakan nama Allah sebagai kata ganti perkataan ‘God’ di dalam Bible mereka yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.
Mereka membawakan beberapa contoh penggunaan perkataan Allah dalam masyarakat Kristian di beberapa negara terutamanya negara yang majoritinya Muslim seperti Indonesia, Pakistan, negara-negara Timur Tengah,Malta dan Malaysia. Menurut makalah tersebut juga, buku-buku doa Kristian telah pun menggunakan perkataan Allah sebagai kata ganti Tuhan di dalam penerbitan mereka semenjak awal abad ke 19 lagi.

Isu ini timbul berikutan pihak The Herald menerima sepucuk surat dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 10 Disember 2007 yang mengarahkan pihak The Herald memansuhkan segmen Bahasa Melayu mereka. KDN juga menyatakan bahawa permit bagi penerbitan The Herald hanya akan diperbaharui sekiranya syarat tersebut dipenuhi.

Bagaimanapun menurut laporan Akhbar itu yang bertarikh 31 Disember 2007, pihak KDN telah pun memperbaharui permit penerbitan mereka. Bagaimanapun pihak Majlis Gereja Malaysia masih lagi mempertahankan pendirian mereka untuk tetap menggunakan Allah sebagai kata ganti Tuhan dalam penerbitan dan apa-apa upacara keagamaan dalam Bahasa Melayu mereka.

Menurut Reverend Mr. Herman Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia di dalam makalah (the Sun) tersebut, setiap komuniti agama mempunyai hak untuk menafsirkan isi kandungan kitab suci mereka. Menurutnya lagi, Umat Kristian yang tinggal di dalam mana-mana negara yang majoritinya Umat Islam, menggunakan perkataan Allah sebagai kata ganti Tuhan dalam mana-mana upacara keagamaan mereka. Dia juga menegaskan bahawa, walaupun pihak berkuasa tidak membenarkan penggunaan sesetengah perkataan, pihak gereja akan terus menggunakannya kerana ia ada kena mengena dengan kitab suci mereka.


Terbaru, pihak gereja ini akan membawa perkara ini ke Mahkamah bagi menentukan hak mereka dalam menggunakan perkataan Allah ini sebagai kata ganti Tuhan mereka. Sidang Injil Borneo yang juga dikenali sebagai Evangelical Church of Borneo telah memfailkan satu penyemakan kehakiman di Mahkamah bagi menilaikan semula keputusan KDN mengharamkan pengimportan buku-buku Kristian yang mengandungi perkataan Allah di dalamnya. Mereka meminta satu deklarasi rasmi dikeluarkan bagi menegaskan yang Kristian juga mempunyai hak untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai merujuk kepada Tuhan mereka di dalam semua penerbitan dan upacara keagamaan mereka.

Rev. Mr. Sherman Shastri, dalam the Sun lagi, ianya menyalahi perlembagaan bagi KDN menghalang pihak gereja dari mengamalkan serta menguruskan perihal agama mereka sebagaimana termaktub dalam Artikel 11 (3) A.

Saya menunggu reaksi dari ulama’-ulama’, tetapi semua seakan senyap sunyi. Yang ada hanyalah kenyataan Datuk Johari Baharum mempertahankan tindakan KDN dan beberapa surat dari individu-individu Islam yang mengambil berat yang disiarkan dalam ruangan Forum Pembaca dalam Utusan Malaysia. Hujah yang digunakan oleh individu-individu ini sangat cukup untuk memberikan rasional disebalik pengharaman penggunaan istilah-istilah yang sangat rapat dengan Islam. Akhirnya pagi Ahad tadi baru saya membaca sebuah makalah yang saya kira sebagai satu rebuttal terbaik yang ditulis oleh Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas dalam ruangan Cetusan Pemikiran dengan tajuk Kemelut Pemikiran Agama. (Mingguan Malaysia m/s 9 Ahad 6 Januari 2008). Jadi artikel ini yang awalnya saya nampak seperti senada dengan apa yang dibincangkan dengan Dr. Syed Ali Tawfik Al Attas, saya lakukan sedikit perubahan bagi menambah serta menyokong hujah-hujah beliau.

Jika anda seorang yang amat peka dengan cara polemik-polemik yang ditimbulkan oleh golongan sebegini serta media-media yang menyokong mereka, pasti anda akan dapat mengagak arah tuju dan motif gerakan tersebut. Isu ini merupakan sebaris domino yang menunggu masa untuk dijatuhkan jika mereka berjaya kelak. Mereka juga akan cuba menggunakan isu ini sebagai mekanisme pendesak untuk menghidupkan kembali projek IFC mereka yang dikuburkan tidak berapa lama dulu. Sangat mudah untuk membaca motif gerakan mereka ini. Ini kerana mereka ini amat stereotype dan sangat kurang berhati-hati dalam merangka gerak kerja mereka. Jika isu-isu sebegini timbul, maka perkataan-perkataan serta nama-nama yang stereotype ini juga akan diheret sama masuk untuk memukul canang ‘gong-gong perang’ bagi menunjukkan penganut Islam itu merupakan antara manusia yang paling tidak rasional. Maka perkataan-perkataan seperti Unconstitutional, Constitutional Rights, Human Rights, Rights of Expression, Interfaith@inter-religious council, equality dan sebagainya akan mengalir keluar dengan deras dari mulut mereka dan makalah-makalah mereka. Bagi menunjukkan bahawa mereka amat peka dengan hak-hak mereka. Mereka juga tidak lupa untuk menjemput tokoh-tokoh dengan nama-nama yang sangat stereotype dengan motif gerakan ini yang mana tutur butir perbicaraan dan hujah-hujah mereka memang senada dengan pihak yang memulakan polemik. Tak percaya? Kajilah sendiri. Tetapi mereka terlupa bahawa tidak semua Muslim itu tidur, tetapi masalah orang Islam ialah mereka tidak Istiqamah dalam perjuangan mereka.

Teringat saya dengan kes Azlina Jailani sebelum ini. Pada ketika isu ini hangat, maka keluarlah penglima-panglima perang dan amat garang yang cuba mempertahankan Islam dengan bersungguh-sungguh. Syukur sekurang-kurangnya kita nampak ada usaha bergerak cergas apabila ada isu-isu yang cuba mengganggu gugat kedudukan Islam di negara ini digembar-gemburkan. Persoalannya sekarang, dimana dia panglima-panglima ini yang satu ketika dulu amat sibuk ke hulu ke hilir dengan ‘gong-gong perang’ mereka? 
www.MyIslamNetwork.net tempat di mana forum pejuang-pejuang Islam ini berkumpul dan menyampaikan berita-berita mutakhir sudah lama berkubur . Laman web di mana portal itu bergerak aktif bagaikan di landa Kiamat!(ed – sekiranya sudah berubah portal atau hosting, mengapa tidak diberitahu kepada ahli yang berdaftar termasuk saya? Jika, ada pada hosting lain, kenapa tidak di beritahu? ). Di mana dia FORKAD? Di mana pula dia Peguam Pembela Islam? Apakah mereka hanya berminat menggunakan konsep 'perang gerila' iaitu 'berkumpul, serang dan bersurai'? Walaupun berjaya dengan 'konsep' ini, rasanya sudah terlalu lama 'kita' bersurai. Kenapa saya katakan terlalu lama? Saya katakan begitu kerana 'pihak di sebelah sana' kini berani memulakan satu lagi polemik baru. 

Dulu nama-nama ini menjadi harapan dan tonggak, tetapi selepas saja isu Azlina Jailani selesai, kita menjadi semakin selesa. www.satuhala.blogspot.com ini pun dimulakan dengan tujuan memberikan penjelasan dan membongkar isu-isu palsu dan penipuan serta fitnah yang cuba dilakukan ke atas Islam atau atas nama Islam. Lupakah kita semua dengan Perang Uhud? Bukankah semua sirah tersebut untuk kita ambil dan jadikan iktibar. Dalam Perang Uhud, pasukan Muslim yang di bawah rangka strategi yang disusun Rasulullah s.a.w., memenangi perang itu pada awalnya. Rasulullah s.a.w. mengingatkan pejuang Muslim supaya jangan alpa dan meninggalkan posisi setelah sehingga mendapat arahan daripada baginda.
Tetapi apabila saja melihatkan musuh cabut lari, mereka yang merasakan mereka telah menang dalam pertempuran tersebut, terus meninggalkan posisi untuk mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan musuh. Bila saja musuh yang melarikan diri menyedari kedudukan goyah pada lokasi strategik pejuang Islam yang ditinggalkan, maka mereka berpatah balik dan menyerang dari belakang sehingga menyebabkan pasukan Muslim kalah teruk. Tindakan pejuang Islam yang tidak menghiraukan arahan Rasulullah s.a.w. juga hampir mengakibatkan Rasulullah sendiri terbunuh. Baginda mendapat kecederaan pada keningnya dan patah giginya serta jatuh pengsan akibat dari pertempuran tersebut. Tubuh baginda tertimbus di atas susunan mayat syuhada yang lain semasa pengsan dan pihak musuh menyebarkan fitnah mengatakan baginda telah terbunuh.

Apakah kita tidak mahu mengambil pengajaran? Allah mengajar kita sehingga kekasihNya dibiarkannya berjuang sendiri dan mengalami kecederaan demi untuk kita umat dibelakangnya mengambil iktibar, bahawa jika kita tidak berhati-hati dan beristiqamah dalam perjuangan kita, sekuat mana kita sekalipun, kita akan tumbang dan kalah. Inilah yang sedang terjadi kepada kita, selesai Azlina, mereka datang lagi dengan polemik-polemik sebegini oleh kerana kita tidak istiqamah dalam perjuangan. Sama seperti Uhud. Bezanya cuma, dalam kes kita ini, yang cedera dan tercalar ialah maruah kita sebagai umat Islam yang sering diperkotak-katikkan.

Cuma berbeza sedikit dengan Dr. Syed Ali Tawfik Al Attas yang menyatakan dia berasa amat berang dengan kenyataan-kenyataan yang dimuatkan dalam makalah the Sun 24 Disember 2007, saya pula rasa gelihati dengan serangan polemik kali ini. Lebih lawak lagi dari mana-mana rancangan komedi yang memang tak lawak dalam rancangan televisyen kita.
Polemik kali ini sangat susah saya hendak percayai dirangka oleh golongan-golongan terhormat dalam Gereja-Gereja Kristian di Malaysia. Setahu saya, mereka ini amat berhati-hati dan amat bijak dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan. Kebiasaan perkataan-perkataan yang keluar dari mulut mereka secara rasmi tidak sembrono. Tetapi kali ini sangat lain bunyinya. Ibarat seekor ayam datang menyerah untuk disembelih lehernya.

Golongan Kristian seboleh-bolehnya tidak sesekali akan mendedahkan apa jua bentuk kelemahan yang ada pada agama mereka untuk diperdebatkan di mata umum. Tetapi polemik kali ini sangat berlainan, apakah mereka juga terkena dengan sindrom Uhud yang menyerang panglima-panglima garang kita? Sebagai contoh, jika anda memiliki bisul dibahagian punggung, apakah anda hendak menceritakan secara terbuka kepada semua orang termasuk musuh anda? Tidak bukan? Inilah yang amat saya hairankan dengan kenyataan Majlis Gereja-Gereja Malaysia.

Penegasan mereka yang tetap ingin menggunakan perkataan Allah sebagai kata ganti nama ‘God' dalam kitab-kitab terjemahan mereka dan upacara-upacara keagamaan mereka, hanya membuka kelemahan mereka menjadi tatapan umum. Tahukah anda bahawa umat Kristian tidak tahu nama sebenar Tuhan mereka?

Betul... memang mereka tidak tahu apa nama sebenar Tuhan mereka. Tanyalah kepada sesiapa saja dikalangan mereka termasuk Paderi-paderi mereka, nescaya jawapan yang pelbagai akan terpacul keluar dari mulut mereka. Ada yang akan menjawab Yesus, ada yang menjawab Jesus, ada juga yang akan menjawab Jeremiah, ada juga yang akan mengatakan Allah, ada juga yang menyatakan Yahweh, ada juga yang menyatakan Yehuwa, ada juga yang akan menyatakan Jehovah dan sebagainya. Jika ditanya apakah kamu pasti itu nama sebenar Tuhan kamu, pasti mereka akan menjawab bahawa mereka sendiri tidak pasti. Mengapa saya katakan perkara ini sebagai lawak jenaka? Cuba anda bayangkan seorang anak yang kenal susuk fizikal ibunya, tapi tidak pernah tahu siapa nama sebenar ibunya walaupun telah lama dia tinggal bersama ibunya itu. Pelik bukan? Tapi itulah realitinya yang berlaku kepada umat Kristian dan Yahudi. Mereka tidak tahu apa nama sebenar Tuhan mereka. Ini kerana dalam kitab-kitab mereka yang telah banyak disunting, nama Tuhan mereka sangat tidak jelas.

Jadi bagi mengelakkan kesusahan dalam mana-mana upacara keagamaan, mereka mengambil keputusan mengambil atau menumpang guna nama Tuhan yang sering digunakan oleh masyarakat setempat. Sebagai contoh yang diperakui sendiri dalam makalah tersebut, nama 'God' mereka di mana-mana negara dengan majoriti umat Islam akan di gelar sebagai Allah. Maka jadilah mereka sebagaimana pokok-pokok ara yang tidak berakar teguh dan hanya menumpang pokok-pokok besar sebagai tempat tinggal dan berteduh. Ingat tak lagi pelajaran yang pernah kita terima dalam subjek Ilmu Alam (bagi yang lebih senior dari saya), Alam & Manusia (zaman saya bersekolah) atau Sains (kini) semasa di sekolah rendah? Rasanya ramai lagi masih ingat terdapat dua kategori pokok tumpang yang ada. Satu dinamakan sebagai epifit dan satu lagi dikategorikan sebagai parasit. Pokok-pokok tumpang dari kategori epifit, perbuatannya menumpang pokok induk memberikan banyak manfaat kepada pokok induk tersebut. Tetapi berlainan pula dengan pokok-pokok tumpang dalam kategori parasit, perbuatannya menumpang pada pokok induk itu akan mengancam nyawa pokok induk itu sendiri. Lama kelamaan, pokok induk itu akan mati disebabkan semua nutrisi dan kemampuan memproses klorofil melalui fotosintesis terhalang oleh kewujudan pokok tumpang yang membunuhnya secara perlahan. Buat pengetahuan semua, pokok ara tergolong dalam kategori parasit. Jika anda tidak mahu pokok induk yang ditanam anda mati, maka kewujudan pokok-pokok parasit seharusnya dipantau. Barulah kebun atau ladang anda akan subur.

Dalam mencari maklumat berkenaan dengan nama Tuhan sebenar yang ada disebut dalam kitab Bible, saya menyelongkar kembali almari buku saya. Mujur pencarian yang saya buat itu tidak memakan masa yang lama. Terjumpa saya kembali dengan sebuah buku yang saya beli dulu dari kedai buku terpakai di Chowrasta, Pulau Pinang. Pertama kali saya terjumpa buku ini dulu di kedai tersebut, keadaannya sangat teruk, muka suratnya koyak dan buku tersebut berlubang-lubang dimakan anai-anai. Tetapi memandangkan isikandungannya sangat baik, maka saya pun mengambil buku tersebut dan membuat tawar menawar dengan tuan punya kedai. Oleh kerana saya biasa membeli buku-buku dan majalah-majalah sains terpakai terutamanya terbitan luar negara dan tulisan sarjana-sarjana Kristian yang dijual pemilik buku asal kepada pekedai tersebut di Chowrasta, dia memberikan satu harga yang istimewa selepas saya berhujah mengatakan bahawa buku tersebut tiada yang mahukannya disebabkan keadaannya yang teruk. Akhirnya dia menjualkannya kepada saya pada harga RM 2. Memang sangat berbaloi. Sehabis membeli buku di Chowrasta tersebut, kebiasaan kepada saya dan isteri akan melepak di sebelah bazaar tersebut sambil makan laksa Mamu di Tamil Street. Syukur jodoh saya dengan isteri yang juga suka membaca. Memang itu menjadi rutin kalau keluar berjalan-jalan, kedai buku, cineplex dan kedai muzik memang menjadi satu kemestian.

Buku yang saya beli tersebut berjudul KEBENARAN YANG MEMBIMBING KEPADA HIDUP YANG KEKAL yang diterjemahkan oleh Kumpulan Siswa-Siswa Alkitab (Bible) Indonesia, cetakan tahun 1973 yang mana menurut mereka, buku tersebut telah terjual hampir 72 juta salinan diseluruh dunia bermula pada cetakan pertamanya pada tahun 1968 - 1973. Apa yang menarik yang cuba disampaikan oleh kumpulan penulis buku ini ialah usaha mereka untuk menghapuskan semua bentuk bidaah yang wujud dalam masyarakat dan amalan Kristian di seluruh dunia. Saya memulihara buku tersebut bagi tujuan bacaan di masa terluang. Walaupun dimakan anai-anai, isikandungannya masih tidak terjejas.




Oleh kerana ini satu-satunya terbitan Kristian dalam bahasa Indonesia moden (ed-lebih kurang sama dengan Bahasa Melayu moden. Terbitan dalam bahasa Indonesia lama amat sukar untuk dibaca kerana cara ejaan dan penggunaan perkataannya yang memerlukan sedikit kemahiran untuk membacanya, sebagai contoh perkataan 'yang' di eja sebagai 'djang') yang saya miliki, dan tak perlu saya melakukan dua kerja iaitu menterjemah pula mana-mana karya dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia lama, maka saya mengambil keputusan untuk menggunakan fakta-fakta yang digunakan buku tersebut dalam posting kali ini.

Pihak Kristian sendiri mengakui bahawa mereka mengalami masalah besar untuk menentukan siapa nama Tuhan mereka yang sebenarnya. Menurut mereka, nama Tuhan mereka sebagaimana terkumpul dan tercatat dalam kitab-kitab suci yang berada di tangan mereka hanya mencatatkan perkataan YHWH (diromankan dari huruf-huruf dari bahasa Hebrew yang berbunyi Yod, He, Vau, He atau Yet, Huv, Wah, Huv). Seperti Bahasa Arab, bahasa Hebrew jarang menggunakan huruf-huruf vokal untuk memudahkan cara pembacaan dan hanya fasih dibaca oleh mereka yang bertutur dalam bahasa tersebut, maka mereka tidak dapat mengagak apa bentuk sebutan sebenar bagi perkataan YHWH itu. Tetapi masalah tersebut dalam Bahasa Arab di atasi dengan penggunaan tanda baris yang dapat menggantikan huruf vokal bagi memudahkan ianya dibaca. Rabbi-Rabbi Yahudi mengharamkan mana-mana individu Yahudi dari menyebut perkataan YHWH tersebut kerana ketidak pastian yang timbul. Jadi sebagai alternatif, mereka memasukkan perkataan Adonai atau terkadangnya Elohim untuk diganti sebut bila saja ternampak perkataan YHWH dalam kitab mereka. Menurut mereka menyebut YHWH tanpa mengetahui cara sebutannya yang betul akan mengundang dosa.


Dalam kitab Perjanjian Baru pula yang bahasa asalnya Greek, nama Tuhan di sebut dengan perkataan Kyri.os yang diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris sebagai 'Lord' dan perkataan The.os diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris sebagai 'God'. 

Jadi apa nama sebenar Tuhan dalam kedua-dua kitab Perjanjian Lama dan Baru yang terkandung dalam Bible menjadi suatu ketidakpastian sehingga kini. Ia tetap satu misteri sebagaimana agama mereka sendiri yang penuh dengan misteri-misteri yang tidak boleh ditanyakan penganutnya. Jika ditanyakan juga, maka jawapan yang lebih misteri akan diberikan dan akan menimbulkan pula seribu macam misteri lagi yang langsung tidak merungkaikan masalah misteri awal yang ditanya. Selepas dari abad ke 16, Terdapat usaha-usaha dari pihak-pihak Kristian untuk menyelesaikan masalah ini dengan memperkenalkan cara sebutan terbaik kepada perkataan YHWH. Setengah pihak membacanya dengan menyebut perkataan tersebut sebagai YaHWeH dengan memasukkan huruf vokal 'a' dan 'e'. Sesetengahnya pula menyebutnya dengan sebutan YeHuWaH. Entah apa yang terjadi, tiba-tiba perkataan YaHWeH dan YeHuWaH tersebut bertukar pula menjadi Jehovah dalam beberapa mazhab Kristian seperti Protestant dan Jehovah Witnesses. Jadi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, mereka cuba dengan sedaya upaya mengelak dari menggunakan perkataan tersebut. Sebagai langkah selamat, mereka menggunakan apa saja nama yang biasa digunakan masyarakat setempat bagi menggambarkan identiti Tuhan. Jadi dari sini timbulnya polemik sedemikian dengan Kristian di Malaysia dan negara-negara majoriti Muslim. 

Sepatutnya isu sebegini tidak timbul jika tiada wujud sebarang percanggahan fakta mengenai nama Tuhan dalam kitab Bible mereka. Dalam Bible (versi King James), Tuhan sebagaimana dalam kitab suci mereka telah beberapa kali memperkenalkan namaNya untuk dikenali umat Kristian dan Yahudi. Sebagai contoh kita rujuk ayat di bawah yang dipetik dari Bible (Kitab Perjanjian Lama) yang dimaksudkan tadi.

Exodus 6 verse 2 & 3 (Kitab Bible Versi King James)
6:2 And God spake unto Moses, and said unto him, I am the LORD: 6:3 And I appeared unto Abraham, unto Isaac, and unto Jacob, by the name of God Almighty, but by my name JEHOVAH was I not known to them. 


Exodus (Kitab Keluaran Fasal 6 ayat 2 & 3)
Terjemahannya :
6:2 Selanjutnya berfirmanlah Tuhan kepada Musa: "Akulah TUHAN. 6:3 Aku telah menampakkan diri kepada Abraham, Ishak dan Yakub sebagai Tuhan Yang Mahakuasa, tetapi dengan nama-Ku Jehovah Aku belum menyatakan diri.


Tetapi lain pula nama tuhan yang digunakan dalam Bible versi Duoay Rheimes yang biasa digunakan Kristian Katolik. Mereka menolak menggunakan nama Jehovah, sebaliknya mereka kekal menggunakan nama Adonai bagi mengelakkan salah sebutan terhadap nama Tuhan yang mereka sendiri tidak pasti apa namanya. Sebagai contoh ketidakseragaman nama-nama Tuhan dalam berbagai versi dari berbagai mazhab Kristian saya tunjukkan di bawah. Lihat gambarajah dibawah beserta penerangan yang di ambil dari Kitab Bible Duoay Rheimes yang memaparkan ayat yang sama iaitu Genesis fasal 6 ayat 2 dan 3.

Exodus 6 : 2 & 3 (Kitab Bible Duoay Rheimes)
6:2. And the Lord spoke to Moses, saying: I am the Lord
6:3. That appeared to Abraham, to Isaac, and to Jacob, by the name of God Almighty: and my name ADONAI, I did not shew them.

Exodus (Kitab Keluaran Fasal 6 ayat 2 & 3) versi Duoay Rheimes
Terjemahannya :
6:2 Selanjutnya berfirmanlah Tuhan kepada Musa: "Akulah TUHAN. 6:3 Aku telah menampakkan diri kepada Abraham, Ishak dan Yakub sebagai Tuhan Yang Mahakuasa, tetapi dengan nama-Ku Adonai, Aku belum menyatakan diri.


Ayat di atas menyatakan bahawa sebelum dari zaman Nabi Musa, Tuhan hanya dikenali dengan nama 'God' atau 'El Shaddai' dalam bahasa Hebrew Aramaic yang membawa pengertian Tuhan Kawasan Pergunungan@Tuhan Yang Mencukupkan DiriNya sendiri , yang merupakan terjemahan Bahasa Inggeris terhadap versi asal ayat surah tadi dalam bahasa asalnya iaitu Hebrew yang menggunakan kata 'El Shaddai' dalam bahasa Hebrew Aramaic yang membawa pengertian Tuhan Kawasan Pergunungan@Tuhan Yang Mencukupkan DiriNya sendiri sebagai kata ganti diri Tuhan. Bermula dengan Nabi Musa, Tuhan mula memperkenalkan namaNya iaitu YHWH untuk dikenali. Tetapi setelah diterjemahkan, dan dipersetujui sekumpulan sarjana mereka, maka dalam versi King James ini mereka menukarkan YHWH dengan nama Jehovah. Sedangkan menurut sarjana Katolik, nama Jehovah itu sendiri tidak pernah dikenali pada zaman-zaman sebelum ini. Sekiranya anda seorang penulis buku atau makalah, apakah perasaan saudara sekiranya pihak penerbitan buku yang anda ada perjanjian dengan mereka dengan sewenang-wenangnya menukar isikandungan tulisan anda dan lebih teruk lagi menukar nama anda yang asal kepada nama yang mengikut suka hati mereka? Sekiranya anda bernama Yahya, apakah anda tidak marah sekiranya penerbit buku tulisan anda menamakan dengan sewenang-wenangnya nama anda sebagai Yahoyahah? Itulah yang berlaku ke atas Kitab Allah yang diberikan kepada Yahudi dan Kristian. Mereka dengan sesuka hati menukar apa saja di dalamnya sehinggakan nama Pengarangnya juga diubah-ubah sehingga tidak dikenali lagi. Ini mengundang murka Allah kepada mereka.

Al Baqarah 79
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.


Jadi sekiranya pihak Gereja di Malaysia ingin menggunakan kata ganti bagi perkataan 'God' dalam terjemahan Bible dan upacara keagamaan mereka, seharusnya mereka menggunakan perkataan 'Tuhan' dan bukan 'Allah' sebagai kata ganti umum bagi 'God' dalam bahasa Inggeris. Jika mereka berkeras mahukan satu nama khusus bagi 'God' mereka dalam upacara keagamaan dan kitab Bible mereka, mengapa tidak saja gunakan Jehovah atau Yahweh atau Yehuwa atau YHWH dan banyak lagi nama yang disabitkan dengan Tuhan mereka yang sememangnya tercatat dalam kitab asal mereka dalam Bahasa Hebrew dan Greek? Allah itu bukan kata atau nama yang boleh dipinjamkan dengan sewenang-wenangnya. Ini kerana Allah merupakan nama khas bagi Tuhan Yang Maha Esa atau kata ganti khas bagi Tuhan yang mempunyai kualiti-kualiti yang seharusnya dipenuhi terlebih dahulu sebelum boleh melayakkan setiap suatu yang cuba mendakwa dirinya sebagai Allah diterima.

Berbeza dengan Islam, jika anda tanya mat rempit dan minah bohsia sekali pun, mereka tetap akan mengatakan Allah Tuhan kami. Mereka tahu siapa Tuhan mereka walaupun arahan Tuhan sentiasa dilanggar mereka. Tanyalah setiap seorang dari 1.2 billion umat Islam diseluruh dunia, siapa Tuhan mereka? Pastinya hanya satu jawapan ini diberikan, tidak kira apa bangsa, bahasa dan warna kulit. Nama Tuhan mereka tetap Allah dalam apa jua bahasa, kerana itu adalah satu kepastian dalam Islam.

Jadi kenapakah mereka ingin meminjam dari kita? Kebiasaannya, orang yang meminjam itu merupakan orang yang mempunyai kekurangan. Dengan memulakan polemik ini, mereka dengan sendirinya membuka kelemahan mereka untuk ditatapi umum.

Mereka menyatakan bahawa itu merupakan hak mereka untuk mentafsirkan Kitab suci mereka mengikut bahasa ibunda yang dituturkan mereka. Tapi kenapa Allah, tidak perkataan ‘tuhan’ mereka gunakan untuk menggantikan kata ganti diri ‘God’ dalam bahasa Inggeris. Bukankah Tuhan itu membawa maksud yang sama dengan ‘God’. Bukankah Tuhan itu Bahasa Melayu bagi perkataan ‘God’ dalam Bahasa Inggeris?

Jika masih ingin menggunakan perkataan Allah bagi menggantikan perkataan ‘God’ dalam terjemahan Bible dan upacara keagamaan mereka, mereka seharusnya memastikan yang ‘God’ mereka mempunyai kualiti-kualiti yang ada pada Allah. 

Imam Turmudzi, Imam Hakim dan Imam Ibnu Khuzaimah, telah mengetengahkan sebuah hadis melalui jalur Abul ‘Aliyah, yang ia terima dari Ubay ibnu Ka’b, bahawasanya orang-orang musyrik telah berkata kepada Rasulullah s.a.w. : “Ceritakanlah kepada kami Rabbmu.” Maka Allah menurunkan firmanNya seperti dalam surah Al Ikhlas di bawah:

Al Ikhlas 1 - 4
Katakanlah : “Dialah Allah Yang Maha Esa”. Allah, Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tiada yang setara denganNya.


Allah menjelaskan kepada Rasulullah s.a.w., tentang Siapa diriNya dan kualiti-kualiti yang ada padaNya. Jadi semua ciri yang sepatutnya ada kepada Tuhan Yang Maha Esa, Allah, seharusnya menepati ciri-ciri yang disebut dalam surah Al Ikhlas.

Maka dengan ini kita seharusnya membuatkan perbandingan samada Tuhan di dalam Kristian itu layak untuk dipanggil dengan nama Allah atau pun tidak. Untuk mengujinya, kita gunakan surah Al Ikhlas dari ayat 1 hingga 4 sebagai syarat perbandingan. Sekiranya menepati semua ciri tersebut, maka layaklah Tuhan di dalam Kristian dipanggil dengan nama Allah.

Ayat Pertama : Katakanlah : “Dialah Allah Yang Maha Esa”. (Al Ikhlas 1)
Apakah yang dimaksudkan dengan ayat tersebut? Ayat tersebut menyatakan bahawa Allah itu Tunggal. Maha Esa bererti Maha Tunggal. Tetapi apakah ciri-ciri ini terdapat pada Tuhan dalam agama Kristian? Oleh kerana doktrin Trinity merupakan cabang tauhid yang dipegang kukuh oleh majoriti Gereja-Gereja di Malaysia kecuali beberapa Gereja seperti Latter Day Saints yang menumpukan kepada Doktrin Godhead, maka di sini segala contoh yang digunakan akan berkisar tentang konsep Trinity ini. Di dalam Trinity, terdapat 3 personaliti yang bergabung dalam satu gabungan yang dinamakan Tuhan. 

Jika ditanyakan kepada mereka, apakah Tuhan kamu itu tiga? Mereka akan menjawab tidak. Jika diminta penjelasan, mereka akan menyatakan bahawa Trinity itu merupakan satu bentuk Kewujudan Tuhan dalam tiga individu yang bersatu sebagai Tuhan yang satu. Penjelasan lanjut menyatakan bahawa Tuhan iaitu YaHWeH, yang pertama dalam Trinity, wujud dalam bentuk spiritual, tanpa bentuk, tanpa daging. Ia di sokong oleh ayat dibawah ini :

Manakala bagi Individu kedua dalam Trinity iaitu Jesus Christ pula merupakan Tuhan yang mengambil bentuk manusia yang mempunyai dua sifat. Sifat pertamanya ialah bersifat Ketuhanan manakala sifat keduanya pula ialah bersifat manusia. Manakala Holy Ghost atau Holy Spirit (Ruhul Quddus) pula wujud dalam bentuk Roh dan sering digambarkan dalam mana-mana potret lukisan Trinity sebagai burung merpati putih yang terbang dengan cahaya yang bersinar dibelakangnya. Ia digambarkan sebegini berdasarkan surah Matthew fasal 3 ayat 16.

Matthew 3 : 16
3:16 And Jesus, when he was baptized, went up straightway out of the water: and, lo, the heavens were opened unto him, and he saw the Spirit of God descending like a dove, and lighting upon him:

Terjemahannya : Matius 3 : 16
Sesudah dibaptis, Jesus segera keluar dari air dan pada waktu itu juga langit terbuka dan Ia melihat Roh Tuhan seperti burung merpati turun ke atas-Nya, dan menerangi ke atasnya.

Peristiwa ini terjadi setelah Jesus dibaptiskan oleh John The Baptist (Nabi Yahya). Pening kepala bukan untuk memahami konsep Trinity ini? Jika anda menyatakan bahawa penjelasan yang mereka berikan itu menimbulkan lebih banyak kekeliruan dari jawapan yang diminta, mereka akan menyatakan bahawa ianya merupakan satu misteri ketuhanan yang tak perlu dipertikaikan. Dengan memberikan jawapan sebegini, maka mulut orang-orang yang berat untuk bertanya akan dikunci dengan pernyataan yang sedikit berbaur ugutan terhadap akidah si penanya.
Maka secara jelas di sini, menurut Pihak Gereja, Tuhan dalam konsep Trinity wujud dalam tiga bentuk. Maka dia bukanlah Tuhan Yang Maha Esa sebagaimana yang dipegang oleh Yahudi dalam kitab perjanjian lama mereka yang merupakan sebahagian dari Bible. Benar, dalam Bible ada banyak ayat yang menyatakan bahawa Tuhan itu Tunggal dan Maha Esa. Contohnya dalam Kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru saya muatkan di bawah.

John 17 : 3
And this is life eternal, that they might know thee the only true God, and Jesus Christ, whom thou hast sent.

Terjemahannya : Yahya 17:3 Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang sebenar, dan mengenal Jesus Christ (Isa Al Masih) yang telah Engkau utus.


Bukankah ayat di atas yang dipetik dari Kitab Perjanjian Baru ini menyatakan bahawa Tuhan itu satu dan ianya juga membezakanNya dengan Jesus Christ yang di sebut sebagai di utus dan bukan Tuhan yang bersatu dan bersekongkol dalam satu gabungan?


Bagaimana pula dengan Perjanjian Lama, apakah terdapat ayat yang menyatakan bahawa Tuhan itu Maha Esa? Memang terdapat beberapa ayat yang menunjukkan bahawa Tuhan itu Maha Esa dalam kitab Perjanjian Lama dan juga Perjanjian Baru. Contoh bagi Kitab Perjanjian Baru seperti yang saya sebut di atas. Ini contoh ayat dalam Kitab Perjanjian Lama Pula.


Deuteronomy 4 : 35
4:35 Unto thee it was showed, that thou mightest know that the LORD he is God; there is none else beside him.

Terjemahannya : Ulangan 4:35 Engkau diberi melihatnya untuk mengetahui, bahwa Dialah Tuhan, tidak ada yang lain kecuali Dia.

Bukankah ayat-ayat yang dipetik dalam Kitab-Kitab Perjanjian Baru dan Lama menyatakan bahawa Tuhan itu satu dan Maha Esa? Jadi dari mana pula datangnya doktrin Trinity? Apakah kitab Bible mereka ada menyebut apa-apa tentang Trinity ini? Sebenarnya, tidak terdapat walau satu ayat pun yang menyatakan dengan jelas perkataan Trinity ini. Ianya hanya mula timbul sekitar abad ketiga Masihi iaitu lebih kurang 350 tahun selepas dari kematian Jesus Christ (ed-menurut Kristian, Jesus atau Isa Al Masih mati disalib. Tetapi menurut ajaran Islam dia hanya diangkat oleh Allah ke langit dan yang disalib itu tidak lain dan tidak bukan salah seorang pengikutnya yang belot iaitu Judas Iscariot yang dijadikan Allah rupanya seakan-akan rupa Jesus) apabila Council Of Nicea pada 325 a.d. 
menjadikannya sebagai doktrin yang diterimapakai. Ianya diputuskan melalui kajian sarjana-sarjana Kristian terhadap ayat-ayat dalam kitab suci mereka. Nyata ianya jauh menyimpang dari apa yang sepatutnya difahami melalui kitab-kitab suci mereka.

Menurut buku KEBENARAN YANG MEMBIMBING KEPADA HIDUP YANG KEKAL yang ditulis oleh pihak Kristian sendiri seperti yang telah saya nyatakan tadi, doktrin ini tidak langsung diamalkan sebelum dari abad ke 3 masihi. Umat-umat Kristian sebelum dari itu hanya menyembah Tuhan Yang Esa sebagaimana yang digambarkan dalam kitab-kitab suci mereka. Buku tersebut memetik kenyataan dari sebuah ensiklopedia bertajuk The New Catholic Encyclopedia Edisi 1967, jilid XIV halaman 306. Mukasurat yang mencatatkan perkara tersebut boleh dibaca dengan klik imej imbasan di bawah ini:




Jika anda perhatikan dan amati kedua-dua petikan ayat dari Perjanjian Lama dan Baru berkenaan Tuhan Yang Maha Esa, ayat tersebut sangat selari dengan apa yang diwahyukan Allah kepada kita umat Islam dalam Al-Qur’an. Bandingkan kedua ayat Bible dan Al Qur’an di bawah ini:

Deuteronomy 4 : 35
4:35 …… the LORD he is God; there is none else beside him.

Terjemahannya : Ulangan 4:35 …. Dialah Tuhan, tidak ada yang lain kecuali Dia.
Bandingkannya dengan ayat Al Qur’an dalam surah Al Baqarah ayat 255 yang juga dikenali sebagai ayat Kursi:

Al Baqarah ayat 255
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia......

Begitu juga dengan ayat kedua dari surah Ali Imran:

Ali Imran ayat 2
Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.


Jika Allah sebagaimana dalam ayat Deuteronomy Fasal 4 ayat 35 ini yang mereka maksudkan, jadi tiada masalah bagi orang Islam di sini untuk menerimanya sebagai nama Tuhan yang mereka sembah. Ini kerana sebagai Muslim, kita semua tahu bahawa Yahudi, Nasrani (Kristian) yang berpegang kepada kitab mereka yang asal dan tidak diubah serta orang Islam itu menyembah Tuhan Yang sama. Tuhan yang sama itu bermaksud, Allah Yang Maha Esa, tiada dua dan tiada tiga. Hanya Dia satu-satunya Tuhan yang selayaknya disembah.

Tetapi berlainan pula dengan majoriti Kristian yang ada di zaman sekarang termasuk dengan yang menganutnya di Malaysia. Mereka berpegang teguh dengan doktrin Trinity yang menyatakan bahawa Tuhan itu tiga dalam satu. Maka jika dibandingkan dengan ciri yang sepatutnya ada pada Allah sebagaimana yang Allah s.w.t. nyatakan dalam surah Al Ikhlas ayat 1 dalam perbincangan ini, maka Tuhan dalam Trinity tersebut tidak layak digelar atau dipanggil sebagai Allah.

Apakah saya berkata ini atas dasar lojik dan semantik semata-mata? Tidak, saya berkata sebegini berdasarkan ketidakrelaan Tuanpunya nama itu sendiri. Allah s.w.t. sebagai pemilik namaNya yang Maha Suci itu sendiri memberikan amaran kepada umat Kristian yang menyangkutkan perkara yang tidak benar iaitu Trinity dan mengaitkannya dengan namaNya.

An Nisaa’ ayat 171
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).


Jadi jika Tuan punya nama sendiri tidak merelakan namaNya digunakan, siapakah kita untuk merasionalkan tindakan majlis gereja Malaysia ini? Paling menyedihkan pada pagi ini, iaitu Selasa 8 January 2008, akhbar yang sama memuatkan sebuah makalah yang ditulis oleh seorang Melayu yang cuba memberikan rasional terhadap apa yang dituntut Majlis Gereja-Gereja Malaysia. Benar, itu haknya untuk bersuara dan saya menghormatinya. Tetapi ada baiknya jika dia meneliti terlebih dahulu perkara ini melalui aspek tauhid dan bukan bahasa.
Setelah menilai semua hujah yang dibentangkan di atas, nyata Tuhan yang digambarkan dalam Trinity itu tidak selayaknya digelar namanya sebagai Allah. Adalah lebih baik mereka menggunakan nama Jehovah atau Yehuwa atau sebagainya yang ada dicatatkan dalam kitab mereka. Atau jika mereka masih berkeras mahu menggunakan perkataan dalam bahasa Arab untuk menamakan 'God' mereka di dalam Bible yang diterjemahkan, boleh saja mereka gunakan perkataan 'ilah' yang juga membawa maksud 'God' atau 'Tuhan' dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Jadi apa motif mereka hendak menterjemahkan satu perkataan dalam bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu tetapi menolak untuk menggunakan perkataan 'Tuhan' sebagai terjemahan 'God' bukanlah saya selayaknya untuk menghakiminya. Mungkin niat mereka baik atau mungkin juga ada udang disebalik batu.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa, mubaligh-mubaligh Kristian di Indonesia sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran mereka untuk mengubah demografi agama di Indonesia menjadi sebuah negara Kristian di dalam kurun ini. Operasi tersebut dinamakan dengan julukan 'over-kill'. Sedar atau tidak sedar, makin ramai penganut Kristian muncul di Indonesia begitu juga dengan negara kita Malaysia. Misi 1511 mereka tidak langsung mereka lupakan. Dalam sebuah buku bertajuk Portuguese Documents On Malacca Volume 1, 1509 -1511, Collected, Translated and Annotated by M. J. Pintado( cetakan 1993, Terbitan Arkib Negara Malaysia) yang mengumpulkan semua dokumen-dokumen serta surat-surat yang ditulis orang-orang Portugis sebelum, semasa dan selepas misi mereka menguasai Melaka, mencatatkan dalam Dokumen ke 8 yang bertajuk Third Part Of The Chronicle Of The Most Happy King D. Manuel of Glorius Memory, dalam mukasurat 121 para 27 mencatatkan :

God who protected His men to spread His faith in this part of the world, inspired a Muslim women to reveal the plot to Duarte Fernandes. She warned Diego Lopes (de Sequeira) not to attend the banquet because the Sultan intended to kill him.
Terjemahannya : Tuhan yang memelihara semua orang-orangNya untuk menyebarkan agamaNya (Kristian) ke bahagian dunia ini, telah mengilhamkan kepada seorang wanita Muslim membongkarkan rancangan (Sultan Melaka) kepada Duarte Fernandes. Dia (perempuan Muslim tersebut) memberi amaran kepada Diego Lopes (de Sequiera) untuk tidak menghadiri majlis santapan tersebut kerana Sultan telah membuat perancangan untuk membunuhnya.

Perempuan pembelot ini, berketurunan Parsi yang cantik paras rupanya, seorang pengurus rumah tumpangan di Melaka pada ketika itu, pergi berjumpa dengan Duarte Fernandes seorang tukang jahit bagi membongkar rancangan Sultan Melaka untuk membunuh Lopes De Sequiera. Sejarah itu bagi kita melihat dan mengambil pengajaran darinya. Jika dahulu, plot yang dirancangkan Sultan Melaka untuk menghancurkan pasukan Portugis ini gagal kerana ramai pembelot, termasuk wanita Parsi Muslim tersebut, maka seharusnya kita sangat berhati-hati dalam menjalani kehidupan kita dalam agama yang amat kita cintai ini. Jika dulu mereka ini datang dengan kapal-kapal perang untuk menyebarkan agama mereka. Kini mereka datang melalui jalan halus pula. Yang terlupa cuma kita. Mereka ini masuk secara diam dan perlahan menembus ke dalam masyarakat kita secara halus sedikit demi sedikit. Tak percaya? Baca komen saya mengenai skrip drama Jelatang yang disiarkan pada 8 january 2008 dan bandingkan dengan catatan Portugis di atas. (klik sini). Kita sebagai Muslim jangan terlalu lena dalam tidur. Tidurlah dengan satu mata terbuka dan satu telinga mendengar. Jika tidak percaya dengan amaran ini, boleh saja buat kajian sendiri dan sebagai contoh, sila klik laman missionary ini yang menjadikan negara-negara Islam sebagai sasaran dakwah mereka. Mereka membuat senarai kelemahan-kelemahan yang ada pada umat Islam di satu-satu negara untuk diambil kesempatan oleh mereka untuk menjalankan dakwah secara halus.

http://www.operationworld.org/country/indo/owtext.html#geo (klik laman ini untuk membacanya sendiri, ada beberapa laman yang serupa yang sering saya pantau, link ini sebagai contoh. Ingat pesan saya, Muslim jangan tidur!!!!!)

Sebenarnya mereka ini semakin hari semakin kuat bukan kerana bilangan mereka yang banyak, tetapi kerana mereka benar-benar istiqamah dalam apa yang mereka perjuangkan. Dan kita pula semakin hari semakin alpa dengan segala kesibukan mencari kemewahan dunia dan hiburan karut yang tak kemana. Kelemahan utama kita ialah terlalu suka berhibur tanpa kita mengetahui bahawa disitulah segala dakyah perlahan ini bermula. Hiburan itu tidak salah malah merupakan satu fitrah bagi manusia. Tetapi haruslah hiburan itu tidak mengalpakan tanggungjawab kita sebagai manusia Muslim yang mempunyai tanggungjawab kepada Tuhan, Agama, Ibubapa, masyarakat dan negara. Maka berhati-hatilah dan carilah ilmu kerana ilmu itu akan membantu kita dalam membuat apa saja bentuk penilaian.

Maka melalui ujian pertama dengan membandingkan Trinity dengan surah Al Ikhlas tadi jelas ciri-ciri yang ada pada Tuhan dalam Trinity tersebut tidak sama dengan ciri yang melayakkan dirinya digelar sebagai Allah yang Maha Esa. Pendek kata ujian pertama ini gagal.

2. Ujian kedua : 'Allah, Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu' (Al Ikhlas ayat 2).
Ayat ini membawa maksud bahawa Allah itu tidak memerlukan apa saja atau siapa saja bagi mencukupkan keperluanNya. Malah Dia menjadi tempat kepada segala sesuatu itu bergantung hidup, harapan dan rezeki. TanpaNya, tiada yang hidup atau dapat wujud. Segala-galanya diciptakanNya mengikut perancangan yang teliti dan bukan secara main-main. Jika ada mana-mana pihak yang mendakwa mereka mempunyai Tuhan selain Allah, maka semua empat ciri-ciri dalam surah Al-Ikhlas ini boleh digunakan untuk menilai apakah layak dinamakan Tuhan sesuatu atau sesiapa yang ingin mendakwa dirinya demikian.
Sebenarnya isu ini telah saya sentuh dalam eBook saya yang bertajuk Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist . Saya menggunakan surah Al Ikhlas ini bagi membuktikan bahawa semua yang mendakwa diri mereka sebagai tuhan, merupakan tuhan-tuhan yang palsu apabila mereka gagal untuk menepati semua ciri-ciri yang seharusnya ada pada Tuhan menurut surah ini. Saya menggunakan pendekatan membuat perbandingan dengan berhala Latta dan Uzza yang disembah musyrikin Mekah. Nyata, berhala-berhala itu gagal untuk menepati hatta satu pun ciri-ciri yang ada pada surah Al ikhlas ini.

Begitu juga dengan Tuhan dalam Kristian iaitu dalam Doktrin Trinity. Dalam doktrin Trinity, Jesus merupakan satu dari tiga personaliti Tuhan yang bergabung dalam satu bentuk Tuhan yang tunggal. Jadi saya akan membuat perbandingan apakah Tuhan Trinity itu boleh di gelar sebagai Allah dengan membandingkannya dengan ciri yang ada pada Allah dalam ayat kedua surah Al Ikhlas ini.

Pertamanya, kita bawa kepada penelitian kisah dari buku pertama dalam kitab Perjanjian Baru iaitu Gospel of Matthews. Dalam Gospel ini, diceritakan mengenai perkahwinan Mary (Siti Mariam), ibu kepada Jesus (Isa Al Masih) dengan Joseph. Sebelum perkahwinan tersebut, Mary telah pun mengandung. Joseph sebagai seorang yang mulia mengambil berat tentang Mary tetapi berasa sedikit sangsi tentang anak yang dikandung Mary. Sehinggalah pada suatu hari apabila Malaikat masuk ke dalam mimpinya dan membawa wahyu dari Tuhan untuk memberitahu kepadanya bahawa Mary merupakan seorang perempuan yang suci, dan anak yang dikandung tersebut telah ditakdirkan oleh Tuhan untuk dikandungnya dan janganlah dia berasa sangsi untuk memperisterikan Mary. Berita wahyu dari Malaikat tersebut juga menyatakan bahawa anaknya nanti seharusnya dinamakan sebagai Jesus. Ini boleh dibaca dalam Gospel of Matthew fasal 1 dari ayat 1 hingga 25 (ed - ianya dari terjemahan versi King James, harus dinyatakan kerana kedudukan ayat-ayat serta buku-buku yang terdapat dalam kitab Bible tidak sama kedudukannya serta jumlahnya antara satu mazhab dengan mazhab yang lain. Sebagai contoh jika anda mencari ayat dari kitab Mazmur atau Zabur (Psalms) fasal 83 ayat 19, ianya akan memberikan satu ayat lain dalam Bible Protestant (versi King James) dan tidak wujudnya ayat tersebut dalam versi Katolik (Duoay-Rheimes). Perkara sebegini adalah biasa bagi mazhab-mazhab berbeza dalam Kristian. Masalah sebegini tidak wujud dalam Al-Qur'an).

Satu ketika, semasa pemerintahan Raja Herod, datang sekumpulan cerdik pandai iaitu orang-orang Majus dari timur ke Jerusalem (BaitulMuqaddis) dan bertanya, "Di mana Dia Raja Orang-Orang Yahudi (Jesus) yang diberitakan muncul? Kerana kami telah melihat bintangnya muncul dilangit dan kami ke sini untuk mengabdikan diri kepadanya." Raja Herod terdengar berita tersebut lalu mempelawa semua cerdik pandai dan pendita-penditanya untuk memaklumkan serta mendapatkan nasihat mengenai perkara tersebut. Dia amat takut akan kemunculan Raja yang diwar-warkan itu. Lalu dia pun mengumpulkan serta bertanyakan kepada orang cerdik pandai dari Majus tersebut dan bertanyakan kepada mereka, bilakah waktu yang tepat bintang itu akan muncul di langit. Maka atas nasihat cerdik pandai tersebut, dia mengarahkan beberapa cerdik pandai tersebut untuk menjejaki di mana bayi lelaki ini dilahirkan dengan niat untuk membunuhnya. Tetapi dia menipu dengan menyembunyikan niat tersebut dan menyatakan kepada mereka bahawa dia ingin memberi kesenangan serta menjadi pengikut Jesus apabila diketemui nanti. 

Setelah lama mencari, akhirnya kelihatan bintang petanda itu muncul dan mereka menjejakinya sehingga mereka berada betul-betul dibawah kedudukan bintang tersebut. Dibawah kedudukan bintang tersebut, mereka akhirnya berjumpa dengan Mary yang sedang mengendong Jesus dalam sebuah rumah. Sebelum dari itu, Tuhan telah memberi wahyu kepada cerdik pandai ini akan niat sebenar Raja Herod. Maka selepas ketemu dengan Jesus yang masih bayi, mereka membaktikan diri mereka kepadanya dan ibunya serta ingkar akan arahan yang diperintahkan Raja Herod. Setelah cerdik pandai tersebut beredar, maka Tuhan mewahyukan sekali lagi kepada Joseph supaya membawa lari bayinya (Jesus) dan isterinya Mary ke Mesir bagi mengelakkan buruan orang-orang Raja Herod yang ingin membunuh Jesus. Semua ini boleh di baca dalam Gospel Of Matthew fasal 2. Wahyu dari Tuhan tersebut, boleh dibaca pada petikan di bawah ini.

Matthew 2 : 13
2:13 And when they were departed, behold, the angel of the Lord appeareth to Joseph in a dream, saying, Arise, and take the young child and his mother, and flee into Egypt, and be thou there until I bring thee word: for Herod will seek the young child to destroy him.

Terjemahannya, 2:13 Setelah orang-orang majus itu berangkat, muncullah malaikat Tuhan kepada Yusuf dalam mimpi dan berkata: "Bangunlah, ambillah Anak itu serta ibu-Nya, larilah ke Mesir dan tinggallah di sana sampai Aku berfirman kepadamu, karena Herodes akan mencari Anak itu untuk membunuh Dia."

O.k. cukup setakat itu, jika disambung makalah ini akan jadi seperti buku cerita pula. Persoalannya, jika Jesus itu Tuhan, kenapa diperlu dibantu oleh Joseph, yang merupakan suami kepada ibunya Mary untuk melarikan diri dari Raja Herod? Tidak mampukah dia berbuat demikian sendiri kerana dia dikatakan mereka sebagai Tuhan? Bukankah dengan bergantung kepada bantuan manusia lain menunjukkan Jesus itu hanyalah manusia biasa yang tiada kemampuan hatta untuk menolong dirinya sendiri? Jadi jelas dengan ini, Jesus dan keseluruhan Trinity tidak layak digelar sebagai Allah kerana gagal dalam ciri kedua ini.
Begitu juga dengan peristiwa yang dicatatkan dalam surah Matthew fasal 27. Peristiwa di mana Jesus ditangkap setelah dikhianati oleh salah seorang pengikutnya, Judas Iscariot dengan bayaran pembelotan sebanyak 30 wang perak. Jesus di bawa dihadapan pendita-pendita besar Yahudi dan Gabenor Pontius Pilate. Setelah dibicarakan dengan tidak adil, Pontius Pilate mengambil keputusan yang dipersetujui oleh orang-orang Yahudi dan menghukum salib ke atas Jesus. Lalu diberi pakaian jubah ungu yang terang dan dimahkotakan dengan kawat berduri dan diberikan ditangannya buluh runcing sebagai satu penghinaan ke atas dirinya yang digelar sebagai Raja Yahudi.

Kemudian dia di bawa ke tempat yang dikenali sebagai Golgotha (bermaksud Tempat Tengkorak) untuk disalibkan. Dia dibiarkan di situ di mana orang-orang serta ketua-ketua Yahudi memperolok-olokkannya sambil berkata , "Selamatkanlah diriMu jikalau Engkau Anak Tuhan, turunlah dari salib itu!". Mereka juga berkata, " Orang lain Ia selamatkan, tetapi diri-Nya sendiri tidak dapat Ia selamatkan! Ia Raja Israel? Baiklah Ia turun dari salib itu dan kami akan percaya kepada-Nya,". Bukan setakat ketua-ketua dan orang-orang yahudi di situ mencelanya, tetapi dua orang penyamun yang juga dihukum salib dikiri kanannya juga mencelanya dengan kata-kata yang lebih kurang serupa.

Setelah hari gelap, Jesus pun mula menjerit meminta tolong dengan berkata, "Eli!Eli! Lama Sabachtani?" ertinya, "Tuhanku! Tuhanku! Kenapa Kau tinggalkan aku?". (ed- Allahyarham Syaikh Ahmed Deedat dalam satu bukunya menyuruh setiap pembacanya menghafal ayat ini dalam Bahasa Hebrew supaya mudah membuat rujukan. Dan ini jugalah ayat pertama dalam Bible yang saya hafalkan sebagai menghormati usahanya yang mengkaji Kitab-Kitab Bible bagi menjawab semua pertuduhan yang dilemparkan ke atas Islam dan Muslim.)

Ayat tersebut dicatat dalam surah di bawah ini:
Matthew 27 :46
27:46 And about the ninth hour Jesus cried with a loud voice, saying, Eli, Eli, lama sabachthani? that is to say, My God, my God, why hast thou forsaken me? 


Terjemahannya 27:46 Kira-kira jam kesembilan berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?" Artinya: Tuhan-ku, Tuhan-ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?

Persoalannya, jika Jesus itu sebahagian dari 3 individu dalam satu gabungan Trinity yang digelar sebagai Tuhan, jadi kenapakah dia menjerit meminta tolong kepada Tuhan? Bukankah apabila dia berbuat demikian menunjukkan bahawa dia bukan sebahagian dari Tuhan yang dikatakan itu? Sekiranya dia Tuhan, tentulah dia tidak menjerit meminta tolong. Jika dia menjerit sekalipun pastinya dia akan menggunakan dialog ini, "Diriku, Diriku, Mengapa aku tidak dapat menolong diriku sendiri?!"

Sangat jelas dalam ayat ini bahawa, Jesus itu bukanlah Tuhan dan bukan sebahagian dari Trinity. Surah Matthew fasal 27 ini juga menunjukkan bahawa Jesus itu sangat bergantung harap kepada yang lain untuk membantunya turun dan diselamatkan dari penyaliban yang dilakukan keatasnya.

Menurut Islam, bukan Jesus (Isa a.s.) yang disalib dalam peristiwa itu, tetapi pengikutnya iaitu Judas Iscariot yang disamakan Allah mukanya menjadi seperti Isa dan ditangkap dan seterusnya disalib. Sebaliknya Isa a.s. diselamatkan Allah dengan terus mengangkatnya ke langit sebagaimana tercatat dalam firman Allah dalam surah An Nisaa' ayat 157.

An Nisaa' 157
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.



Maka apa kata Tuanpunya Nama tersebut berkenaan dengan hal kelemahan yang berlaku ini. Kita baca petikan ayat di bawah ini.

Al Israa' 111
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"



Oleh kerana Allah s.w.t. sendiri telah menyatakan bahawa Dia tidak memerlukan apa-apa pertolongan dan tiada sebab untuk dia meminta tolong sebab tiada wujud kelemahan padaNya, maka, dengan ini gagal lah sekali lagi gagasan persekutuan Trinity untuk melayakkan diri mereka di gelar sebagai Allah. 

3. Ujian ketiga:" Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan"(Al Ikhlas 3)
Rasanya tak perlu diterjemahkan lagi ayat ini yang bagi saya amat mudah untuk difahami. Kita terus saja menilaikan persekutuan Tuhan dalam Trinity ini dengan menggunakan ujian surah Al Ikhlas ayat 3 ini.

Dalam kitab Perjanjian Baru surah John fasal 3 ayat 16 menyebut :
John 3 : 16
3:16 For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life.

3:16 Karena begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, sehingga Ia telah mengurniakan Anak tunggalNya yang dilahirkan, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.

Perkataan Begotten dalam bahasa Inggeris membawa maksud melahirkan. Tafsiran ini membawa banyak maksud yang tidak perlu saya catatkan di sini, Jika seoarang Kristian Unitarian akan menafsirkan ayat ini mengikut kefahamannya begitu juga dengan Muslim yang membacanya yang boleh berhujah bahawa ayat ini membawa maksud selain dari melahirkan.

Oleh kerana topik utama perbandingan yang sedang dibuat ini ialah berkisar tentang pegangan majoriti masyarakat Kristian di Malaysia dan dunia yang berpegang kepada Doktrin Trinity, maka tafsiran ayat ini akan menurut kepada acuan kefahaman mereka menunjukkan bahawa Jesus Christ itu ialah anak kepada Tuhan Bapa dalam persekutuan Trinity.


Maka dengan ini, ujian ketiga untuk menentukan mereka layak mengunakan nama Allah untuk menamakan Tuhan mereka dalam persekutuan Trinity ini sekali lagi gagal.
Apa kata Tuanpunya nama itu sendiri? Kita baca beberapa ayat dalam Al-Qur'an mengenai apa yang difirmankan Allah mengenai fitnah yang dilemparkan golongan ini yang cuba memburuk-burukkan namaNya.
Al An'aam 101
(Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.


Membaca ayat di atas membuatkan saya tersenyum dan hampir tergelak. Allah Maha Besar lagi Maha Bijaksana, jika anda nampak apa yang ada dalam ayat di atas, pasti anda bersetuju dengan dengan saya bahawa ayat itu cukup hebat. Sekiranya anda seorang pendebat, tentunya anda memerlukan jawapan-jawapan yang boleh membuatkan lawan anda terdiam dan terasa dirinya seperti kurang menggunakan akal dan takut untuk membuka mulut lagi. Magnitud sedemikian ada dalam ayat di atas jika anda faham apa yang saya maksudkan dan ianya seakan bukaan pintu kepada hujah-hujah pemati yang menunggu untuk diluahkan. Kajilah dengan cara yang betul…. InsyaAllah akan ketemu kehebatannya.

Berikut lagi ayat dari Allah berkenaan tuduhan ahli-ahli kitab dan orang-orang kafir ke atasNya:

Al Furqaan 2
Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.


Al Mu'minuun 91
Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.


Al Baqarah 116
Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya.


At Taubah 30
Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?


Yunus 68
Mereka berkata: "Allah mempunyai anak" Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu)! Dia lah Yang Maha Kaya; segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaanNya; tidaklah ada sebarang keterangan di sisi kamu yang membuktikan apa yang kamu dakwakan itu. Mengapa kamu berani mengatakan terhadap Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya?


Al Kahfi 4
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".


Maryam 35
Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.


Az Zukhruf 15
Dan mereka (yang musyrik mempersekutukan Allah dengan) menjadikan sebahagian dari hamba-hamba Allah sebagai anak bagiNya. Sesungguhnya manusia (yang demikian sesatnya) sangat tidak mengenang budi, lagi nyata kufurnya.


Setelah meneliti ke semua ayat yang dipetik di atas, maka amatlah tidak layak bagi persekutuan tuhan-tuhan dalam Trinity menggelarkan diri mereka sebagai Allah, begitu juga dengan pihak-pihak yang beriman dengan Doktrin tersebut. Jadi setakat ini tiga dari empat dari ciri-ciri yang ada pada Allah sebagaimana yang dijelaskan dalam surah Al Ikhlas ini telah menggagalkan persekutuan Trinity untuk mendakwa diri mereka itu bernama Allah.

4. Ujian keempat:" Dan tiada yang setara denganNya."(Al Ikhlas 4)
Ayat ini membawa maksud bahawa Allah itu tiada yang dapat menyamainya dalam segala segi. Tiada wujud selain dariNya yang serupa denganNya. Maka apakah persekutuan dalam Trinity itu layak untuk digelar sebagai Allah? Kita bandingkan ayat-ayat yang menggambarkan siapa itu Tuhan dalam Trinity terbabit. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari ayat dalam Bible yang boleh dibuat perbandingan. Buka saja muka surat pertama Bible, iaitu dalam kitab Kejadian (Genesis) terdapat satu ayat yang menceritakan bagaimana manusia pertama itu diciptakan.

Genesis 1 : 26 - 27
1:26 And God said, Let us make man in our image, after our likeness: and let them have dominion over the fish of the sea, and over the fowl of the air, and over the cattle, and over all the earth, and over every creeping thing that creepeth upon the earth. 1:27 So God created man in his own image, in the image of God created he him; male and female created he them.

Terjemahannya : Kitab Kejadian 1:26 Berfirmanlah Tuhan: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi." 1:27 Maka Tuhan menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Tuhan diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.

Dengan ayat ini saja kelayakan persekutuan Tuhan dalam Trinity gagal untuk menepati ciri keempat yang ada pada Allah menurut ayat 4 surah Al Ikhlas. Ini kerana Tuhan dalam Bible menyatakan dengan jelas bahawa rupa dan imej manusia itu serupa dengan Tuhan. Sedangkan Allah menegaskan dalam surah Al Ikhlas bahawa tiada suatu apa pun yang serupa dan setara denganNya.

Seterusnya kita bandingkan dengan ayat di bawah.

Genesis 6 : 5 -7
6:5 And God saw that the wickedness of man was great in the earth, and that every imagination of the thoughts of his heart was only evil continually. 6:6 And it repented the LORD that he had made man on the earth, and it grieved him at his heart. 6:7 And the LORD said, I will destroy man whom I have created from the face of the earth; both man, and beast, and the creeping thing, and the fowls of the air; for it repenteth me that I have made them.

Terjemahannya : 6:5 Ketika dilihat TUHAN, bahwa kejahatan manusia besar di bumi dan bahwa segala kecenderungan hatinya selalu membuahkan kejahatan semata-mata, 6:6 maka menyesallah TUHAN, bahwa Ia telah menjadikan manusia di bumi, dan hal itu memilukan hati-Nya. 6:7 Berfirmanlah TUHAN: "Aku akan menghapuskan manusia yang telah Kuciptakan itu dari muka bumi, baik manusia maupun hewan dan binatang-binatang melata dan burung-burung di udara, sebab Aku menyesal, bahwa Aku telah menjadikan mereka."

Tuhan dalam Bible menyesal? Bukankah itu bertentangan dengan sifat Tuhan Yang Maha Mengetahui? Apakah Tuhan di dalam Bible itu tidak teliti semasa menghasilkan ciptaan? Ayat di atas merupakan sebahagian dari ayat yang menceritakan mengenai Nabi Nuh dan kaumnya yang bakal ditenggelamkan dalam banjir besar akibat dari kejahatan dan tidak berimannya mereka kepada Tuhan.

Oleh kerana manusia ciptaanNya itu banyak membuat kejahatan, maka Tuhan sebagaimana yang diceritakan dalam Bible sangat menyesal dengan tindakanNya menciptakan manusia. Ia sangat bertentangan dengan sifat Allah yang Maha Mengetahui sebagaimana yang tercatat dalam Al-Qur’an. Dalam satu surah dalam Al-Qur’an yang menceritakan perihal penciptaan manusia yang pertama oleh Allah, Allah memberi penjelasan terperinci kepada para malaikatNya yang akan bekerja dan berkhidmat untuk manusia tentang sifat-sifat dan sikap-sikap yang akan ada kepada Bani Adam, iaitu keturunan manusia. Maka oleh kerana terkejut dan kurang mengetahui apa perancangan asal Allah menjadikan manusia yang diciptakan sifat suka membantah dan bernafsu sebagai khalifah dimukabumi ini, para malaikat bertanyakan kepada Allah seperti dalam ayat di bawah:

Al Baqarah ayat 30
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".


Dalam ayat ini sangat jelas bahawa Allah Maha Mengetahui mengenai apa yang diciptakanNya dan telah menjelaskan kepada para malaikat yang sebahagian besar jumlahnya yang akan berkhidmat untuk manusia dan bumi yang akan diwarisi Bani Adam nanti. Seperti adat kebiasaan sebelum diberi apa-apa tugasan, si penerima tugas itu akan diberikan penerangan mengenai bidang tugas mereka nanti dan apa perkara yang bakal terjadi. Begitu jugalah dengan para malaikat dan makhluk-makhluk Allah ini termasuk manusia. Penerangan tugas manusia dilakukan para RasulNya melalui kitab-kitabNya yang diturunkan peringkat demi peringkat supaya manusia itu tidak lupa dengan apa tujuan sebenarnya di sini. Maka sangat jelas dalam ayat surah Al Baqarah ayat 30 bahawa Allah Maha Mengetahui setiap apa yang diciptakanNya dan tidak pernah menyesal dalam menciptakan manusia. Ini kerana menyesal itu satu perbuatan orang yang kurang berfikir apabila menyedari usaha awalnya sebelum itu tidak mendatangkan hasil sebagaimana yang dia mahukan. Allah s.w.t. memuliakan manusia melebihi makhluk-makhlukNya yang lain dengan memberikannya berbagai nikmat. Allah s.w.t. tidak langsung menyesal dalam apa jua tindakanNya menciptakan manusia malah Dia memuliakan Bani Adam dengan berbagai nikmat biarpun mereka suka membantah.

Al Israa’ 70
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.


Dan dalam Al-Qur’an Allah s.w.t. telah menjelaskan bahawa jika sekiranya Dia mengira amal jahat manusia, tentulah seluruh alam ini telah Dia musnahkan lama dahulu. Tetapi Allah s.w.t. melakukan setiap suatu itu dengan perancangan yang amat teliti dan tidak kecacatan. Maka manusia yang hidup di atas muka bumi sekarang ini adalah atas kehendak dan RahmatNya yang Maha Mengetahui sehingga ke satu tempoh yang telah Dia tetapkan.

Faatir 45
Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.


Melihat kepada contoh dua perbandingan ayat ini, amat jelas bahawa Tuhan dalam persekutuan Trinity dalam Bible, amat bertentangan sifatNya dengan sifat dan ciri-ciri yang ada pada Allah s.w.t. 

Membaca kisah Nabi Nuh dalam kitab Genesis fasal 6 tersebut mengingatkan saya dengan sebuah kisah yang dicatatkan dalam epik Ramayana (ed-dinusantara ini hikayat ini dikenali sebagai Hikayat Seri Rama beratus tahun dahulu dan amat terkenal dalam kerajaan Majapahit dan Srivijaya) dimana Brahma, Tuhan dalam agama Hindu, telah tertipu dengan Ravana (Rakshasha @ raksasa) yang berpura-pura taubat selama beberapa ribu tahun bagi membolehkannnya memujuk Brahma menganugerahkan satu keistimewaan supaya tidak dapat dibunuh dan diapa-apakan oleh mana-mana tuhan, syaitan dan roh dalam kehidupannya di bumi nanti. Oleh kerana tertipu dengan tindakan Ravana tersebut, Brahma memberikan anugerah itu dan akhirnya dia menyesal kerana Ravana sering menimbulkan kekacauan dimuka bumi. Bagi membolehkan Dia membunuh Ravana, Brahma mengarahkan Vishnu turun ke bumi dan menjelmakan dirinya sebagai manusia dan dikenali sebagai Rama. Kisah ini berakhir dengan kejayaan Rama hasil pertolongan Lakshmana (adiknya) dan Hanuman (Vanara yang berasal dari kerajaan Kishkinda) membunuh Ravana yang sebelum itu menculik isterinya. Akhirnya kerajaan Ravana iaitu kerajaan Lanka (Sri Langka sekarang ini) ditumbangkan.

Apa yang ingin saya nyatkan disini dengan ringkasan cerita dari epik Ramayana ini ialah, menyesalnya Brahma kerana membuat keputusan memberikan keistimewaan kepada Ravana yang akhirnya disalahgunakan untuk membuat kejahatan dan kacau bilau di bumi. Jika anda bandingkan tindakan dan penyesalan ini dengan apa yang dinyatakan dalam Kitab Kejadian (Genesis) fasal 6 tadi, maka akan kelihatan jelas bahawa Tuhan di dalam Bible itu, cara tindakannya dan penyesalannya dalam membuat keputusan sebelum dari tiu, amatlah sama dengan apa yang dilakukan Brahma. Jadi mana mungkin tuhan-tuhan dalam persekutuan Trinity itu mahu digelarkan nama mereka dengan nama Allah.
Maka dengan ini gagal lah lagi persekutuan Tuhan dalam Trinity itu untuk mendakwa diri mereka sebagai Allah. Ini kerana tidak satu pun ciri-ciri yang ada pada Allah ada pada diri mereka. Jadi tindakan mereka, termasuk orang-orang bernama Islam yang beragama plural untuk merasionalkan tindakan menamakan tuhan dalam Trinity ini sebagai Allah amatlah tidak masuk akal. 

Jika mereka ingin merasionalkan dari segi terjemahan bahasa, maka perkataan ‘Tuhan’ itu adalah lebih tepat dan bukan ‘Allah’ di atas sebab yang telah saya buktikan di atas. Jika mereka ingin merasionalkan dari segi ayat-ayat dari kitab, maka ‘Eli’, ‘Elohim’, YHWH, YaHWeH, YeHuWaH, Jehovah, Jesus dan sebagainya lebih tepat untuk menggambarkan nama khusus Tuhan dalam persekutuan Trinity yang tersebut dalam kitab mereka dalam Bahasa Asal kitab tersebut. 


Wallahua’lam... semoga ia memberi manfaat kepada semua termasuk saya. Untuk perhatian, semua fakta yang saya muatkan disini diambil dari eBook Syahadah Dialog Dengan Gadis Melayu Ateis (M.I.A. - Ini update terbaru 6 January 2010, eBook ini akan dijadikan novel oleh pihak PTS dengan tajuk Syahadah Gadis Ateis. Tarikh penerbitannya akan diumumkan alam blog ini kelak.. InsyaAllah).



Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...

Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)


4 comments:

mashaAllah saudara. terima kasih kerana memberi perspektif yang lain dari yang biasa kita dengar. terima kasih kerana memberi balasan/jawapan kepada isu yang sedang dimainkan oleh pihak-pihak pengadu domba itu.

di dalam pembacaan saya sebelum ini, belum lagi saya berjumpa hujah yang menarik seperti yg anda nukilkan dan gali dari sumber-sumber yg boleh dipercayai.

teruskan usaha saudara utk memberikan penerangan kpd kami yg leka.
 
salam (semasa saya comment posting ni, sblm belum mampu dapat faham keseluruhan isi poting)

walaubagaipun, bbrp poin n maklumat dapat saya perolehi. terima kasih.

cuma, ingin saya memaklumkan kpd saudara, ttg tiada ulama yg respon ttg isu penggunaan nama Allah bg agama kristian. harap saudara dapat rujuk akhbar harakah keluaran yg lalu, di mana ust. muhamad daud "al-iraqi" telah buat kenyataan tentang isu ini.

tq
 
Wa'alaikumsalam Ibnu Adnan & Azlinan.. tq atas komen.. tq juga atas info mengenai komen yg dibuat Ustaz Muhammad Daud Al Iraqi dlm Harakah.. oleh kerana semasa saya menulisnya (artikel tersebut) minggu lepas, saya tidak melihat mana2 ulama' respons terhadap isu tersebut kecuali Dr. Syed Ali Tawfik Al Attas & beberapa individu Muslim yg lain, maka saya menulis petikan tersebut sebagai seruan utk memberikan respon.. terima kasih atas maklumat ini.. sekiranya ada link online mengenai makalah respons Ustz. Muhammad Daud tersebut.. sudilah berkongsi pautannya di sini agar boleh dimanfaatkan semua pihak... wassalam..
 
saudara, saya mendapat satu email yg menyatakan bahawa di Indonesia terdapat agama Kristian yang kaedah sembahyangnya seolah2 cara orang Islam bersembahyang. di gambarkan sekali mereka juga berkopiah. di nyatakan bahawa itu adalah Kristian Ortodoks. saya cuba membaca web berkaitan kristian ortodok ini tapi masih gagal mencari kebenaran email tersebut. Mohon pendapat saudara dalam hal ini? saya juga berminat dgn pembacaan berkaitan Yahudi. Malangnya sukar sekali mencari bahan yang bersesuaian.
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email