Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera semua. Tadi semasa sedang saya menyiapkan sebuah posting berkenaan isu penggunaan nama Allah yang menjadi polemik baru yang ditimbulkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, perhatian saya kepada kerja yang sedang dibuat itu terganggu dengan skrip sebuah drama televisyen yang sedang ditonton oleh isteri saya.
Oleh kerana saya biasa menaip artikel dihadapan ruang tamu, maka semua yang disiarkan di televisyen dapat saya dengari. Saya tidak pernah mengambil sebarang perhatian terhadap drama ini malah tidak pernah mengikutinya. Bagi saya, ia hanya sebuah dari ribuan sogokan ‘penceramah-penceramah’ bebas yang
Sangat menghairankan dengan contoh dan tauladan yang hendak dipaparkan. Sebagai contoh, perlukah kita untuk mengajar anak kita supaya tidak mencuri, maka perlulah kita menjadi pencuri dan membiarkan diri kita tertangkap di depan anak supaya dapat di ambil pengajaran oleh anak tersebut?
Apa yang saya perhatikan lewat ini, terlalu banyak drama dan filem yang hilang nilai seninya. Para karyawan memaparkan hasil kerja mereka dengan membuat interpretasi pada tahap kualiti mee segera untuk menyampaikan sesuatu isu yang
Filem dan drama seharusnya dapat digunakan sebagai medium dakwah bagi mengisi fardu kifayah yang kini hanya menjadi medan perjuangan kosong dan sembrono golongan ‘Abid yang tidak berilmu dan menjadi medan yang ditinggalkan golongan ‘Alim yang tidak mahu mempraktikkan ilmu mereka.
Maka oleh kerana kecewa, maka filem Melayu terakhir yang pernah singgah di jiwa saya hanyalah Filem Bonda lakonan M. Nasir satu ketika dulu. Jika hendak bermesej dan berkhutbah, filem ini bolehlah sedikit diambil contoh. Tidak semak dengan sogokan mesej yang entah apa-apa yang dibebelkan.
Sebenarnya khalayak seni kita telah lama dijangkiti sifat dan sikap tangkap muat. Ini tidak hanya terkena kepada pelakon, tetapi terkena juga kepada pihak penulis skrip, pengarah dan penerbit yang seharusnya merupakan orang yang bijak dan teliti mutu kerjanya.
Saya bukanlah peminat drama atau filem Melayu kecuali filem-filem arahan Tan Sri P. Ramlee, beberapa filem Uwei, satu dua filem dari dato’ Jins Shamsudin dan beberapa filem dari Dato’ Rahim Razali.Saya tidak pernah menulis apa-apa artikel tentang seni di sini walaupun saya merupakan peminatnya. Tetapi apa yang berlaku dalam drama Jelatang tadi membuatkan saya tergerak untuk menulis artikel ini sebagai mengingatkan penggiat-penggiat seni dan para pengunjung blog ini (www.satuhala.blogspot.com) serta mereka-mereka di badan Penapis Filem dan Drama. Jangan ditelan apa yang
Sedang saya menyiapkan artikel bertajuk ‘Mereka Ingin Meminjam Allah….” (InsyaAllah saya akan muatkan postingnya esok & kemudian akan saya sambung posting berkenaan perkahwinan Rasulullah s.a.w.) Saya terdengar dialog yang diucapkan oleh seorang watak lelaki dalam drama Jelatang (8 Januari 2008) tersebut. Apabila saya amati dan menumpukan perhatian, kelihatan satu watak (menurut isteri saya bernama Salman… jika salah maafkan saya kerana saya tidak mengikuti cerita tersebut) sedang membaca sekeping
Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk mengamati bait-bait dialog yang sedang diucap tersebut ialah kerana saya seakan-akan pernah mendengarnya di suatu tempat yang lain. Kalau tak silap saya ia berbunyi sebegini…
Ibu manakah yang jika anaknya minta ikan dari padanya, dia akan memberikan ular kepada anaknya itu sebagai ganti ikan?Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking?(ed- lebih kurang begitulah bunyinya.)
Oleh kerana semasa menulis artikel “Mereka Ingin Meminjam Allah..” saya menggunakan Tafsir Al-Qur’an dan dua buah Bible dalam simpanan saya untuk dibuat rujukan, maka dengan secara tidak langsung saya teringatkan kepada ayat yang saya pernah baca dalam kitab Bible (Perjanjian Baru) dalam sebuah surah bernama Luke Fasal 11.
Lalu saya pun membuka Bible (versi King James) yang ada di depan saya dan mencari surah tersebut kembali untuk memastikan bahawa apa yang saya dengar itu memang ayat dari Bible yang saya pernah baca.
Apabila surah Luke fasal 11 di buka, saya membaca ayatnya dari ayat 1 hingga 54. Nyata jangkaan saya tidak meleset. Luke fasal 11 menceritakan mengenai Jesus yang sedang berdoa di suatu tempat dengan pengikutnya. Lalu para pengikutnya menanyakan kepadanya satu doa yang boleh kiranya diajarkannya kepada mereka. Lalu Jesus mengajarkan kepada pengikut-pengikutnya cara berdoa dan apa bentuk doa yang seharusnya diminta.
Kemudian Jesus menasihatkan pengikutnya mengenai jangan putus harapan dalam berdoa, kerana Bapa mereka (Tuhan Bapa) tidak akan membiarkan serta menghampakan permintaan anak-anakNya (iaitu umat Kristian pengikut Jesus). Kemudian dia (Jesus) memberikan contoh bagaimana Tuhan Bapa itu menyayangi anak-anakNya dalam ayat 9-12 surah Luke fasal 11 tersebut.
Luke 11 : 9-12
And I say unto you, Ask, and it shall be given you; seek, and ye shall find; knock, and it shall be opened unto you. For every one that asketh receiveth; and he that seeketh findeth; and to him that knocketh it shall be opened. If a son shall ask bread of any of you that is a father, will he give him a stone? or if he ask a fish, will he for a fish give him a serpent? Or if he shall ask an egg, will he offer him a scorpion?
Terjemahannya : Oleh karena itu Aku berkata kepadamu: Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka pintu akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya pintu dibukakan. Bapa manakah di antara kamu, jika anaknya minta ikan dari padanya, akan memberikan ular kepada anaknya itu ganti ikan? Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking?
Cuma yang berbeza ialah perkataan bapa diganti dengan perkataan ibu dalam skrip drama tersebut. Samada disengajakan atau tidak, saya tidak berhak untuk menilaikannya. Tidak salah membaca Bible dan kandungannya tetapi hendaklah anda mempunyai ilmu sebelum mengambil mana-mana ayat dan kata-kata di dalamnya untuk dijadikan hujah dan dialog. Silap haribulan, rosak akidah nanti. Dalam drama tersebut tidak dinyatakan langsung kata-kata tersebut diambil dari mana. Yang dinyatakan dalam skrip tersebut hanyalah kata-kata yang diambil dari sebuah kitab. Namanya tidak dinyatakan. Tetapi sangat jelas kini, bahawa kitab tersebut merupakan Bible iaitu surah Luke fasal 11.
Oleh kerana majoriti penonton yang menontonnya ialah Melayu Islam, maka sekiranya ada muslihat terlindung untuk mempromosi Bible dan Kristian di dalam media arus perdana pada waktu prima, maka seharusnya stesen televisyen dan kementerian mengambil langkah-langkah proaktif menggantikan panel-panel penilai yang sangat pasif dalam membuat kerja. Apakah negara kita sekarang ini diserang dengan sindrom ‘tidur’. Dari atas sampai ke bawah, dari penulis skrip hingga ke pelakon, dari penerbit sampai ke panel stesen televisyen, semuanya tidur nyenyak sehingga tidak perasankan yang nyamuk sudah pun masuk dalam kelambu.
Berhati-hatilah, setahu saya ada akta yang menghalang penyampaian secara terbuka mana-mana doktrin agama selain Islam dalam media arus perdana sebagai menghormati Perlembagaan Negara. Kita tunggu apakah mereka akan senyap dengan isu ini atau pun diambil perhatian dan tindakan. Kepada semua orang Islam, berhati-hatilah kerana berkelambu itu bukan jaminan nyamuk tidak boleh lepas masuk… Sekian … wallahua’lam….
ed- 25/1/2008...Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bro. Aizat, Ina, Teoh dan Rosli Gan Abdullah kerana membuat teguran berkenaan penggunaan dialog berbahasa Cina sebelum ini yang dikatakan mengandungi sedikit kesilapan fakta. Saya telah membuat suntingan dan mengeluarkan bahagian tersebut. Terima kasih sekali lagi kerana menegur dan maaf kerana lambat bertindak dan lambat membalas email anda disebabkan saya agak sibuk seminggu dua ini..... Terima kasih sekali lagi..
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...
Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)