Tuesday, September 3, 2019

Minyak Naik, Naik Minyak.


Sebagai rakyat, kami faham kenapa harga minyak perlu dinaikkan. Harganya di dalam pasaran telah melonjak naik sejak Julai lalu di dalam minggu-minggu terdekat ini harganya semakin mendaki naik. Tetapi beberapa persoalan berikut harus ditangani Ah Jib Gor dengan lebih baik.


1)       Kenaikan harga minyak pasti akan meningkatkan harga kos projek-projek kerajaan sediada. Ketirisan masih berlaku sepertimana yang dilaporkan di dalam laporan Audit Negara. Pemerintah harus bersungguh menangani permasalahan ini sebagaimana yang dijanjikan pemerintah di dalam pengumuman kenaikan harga minyak.

2)      Tolong tingkatkan kecekapan serta kebolehpercayaan rakyat kepada sistem pengangkutan awam. Ia janji yang telah diberikan pada kali terakhir minyak dinaikkan mendadak  sehingga 78 sen ketika era perdana menteri sebelum ini. Yang jelas ternampak, hanya beberapa bandar besar mendapat manfaat ini. Ia masih belum meluas untuk membolehkan rakyat mempunyai lain pilihan selain daripada terpaksa memandu kenderaan sendiri ke tempat kerja dan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi lain dengan kos yang lebih murah dan keadaan yang lebih selesa.



3)      Penekanan kepada aspek pemantauan projek yang sedang berjalan supaya ianya dapat dilaksanakan mengikut perancangan asal tanpa melibatkan peningkatan kos yang tidak perlu. Bagi mana-mana kontraktor projek mega yang tidak dapat menyiapkan projek mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan, ketatkan syarat pemberian EOT (Extension of Time) dan jalankan LAD (Liquidated & Ascertained Damages) sekiranya kegagalan menyiapkan projek disebabkan oleh masalah pihak kontraktor. Kita tidak mahu melihat kontraktor dilepaskan begitu sahaja dan dapat bersantai ketika projek menuju tarikh penyiapan tanpa mematuhi perancangan kemajuan kerja yang telah ditetapkan. Budaya bersahaja kerana sudah biasa menjangkakan bahawa mereka tidak akan dikenakan LAD kerana pengaruh politik harus dihapuskan.

4)      Budaya penyelenggaraan yang cekap dan mematuhi masa yang ditetapkan harus ditekankan serta dipastikan berjalan. Kebanyakan pembaziran kos sehingga menyebabkan perlunya proses pembelian serta penggantian peralatan yang tidak perlu adalah disebabkan oleh budaya penyelenggraan yang lem,ah

5)      Tidak cekapnya jabatan-jabatan kerajaan melaksanakan kerja-kerja tanpa perancangan teliti sehingga menyebabkan berlakunya kes satu kerja perlu dibuat sehinga beberapa kali di dalam setahun. Contohnya, kerja penurapan serta pengorekan jalan yang tidak mengambilkira kewujudan serta kedudukan lurang serta kedudukan utiliti telekom, fibre optik, paip bekalan air dan kumbahan yang sediada. Turap serta pengorekan jalan sehingga menutup kemudahan ini yang kemudiannya perlu dinaikkan dan dialihkan kembali setiap kali jalan diturap dan digali. Tiada perancangan bersepadu dikalangan JKR, TNB, IWK, TM, Syarikat Telekomunikasi, Pihak berkuasa Air dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kesannya, penjimatan yang banyak yang seharusnya mampu dijimatkan dibazirkan dengan ketidakmampuan PBT untuk mengatur satu pertemuan antara jabatan-jabatan ini bagi membentangkan perancangan pembangunan mereka di dalam masa setahun. Kesannya, pembaziran dalam kerja-kerja yg tidak sepatutnya perlu dijalankan berlaku. Beberapa kali dalam setahun kabel-kabel milik TNB terpaksa diubah bagi memberi laluan kepada kabel telekomunikasi, begitu juga sebaliknya termasuk dalam kerja penanaman paip-paip dan konduit baru. Tiada perancangan bersepadu menyebabkan berlakunya ketirisan yang boleh membantu kerajaan mengawal defisit. RM 3.3. Billion yang dijimatkan itu boleh diperolehi dengan penjimatan melalui perancangan bersepadu diseluruh Malaysia.

6)      Penguatkuasaan undang-undang secara tegas. Jika penguatkuasaan undang-undang dijalankan dengan tegas, kes-kes kontroversi seperti perobohan bangunan tambahan rumah ibadat yang berlaku baru-baru ini tidak akan menjadi satu isu nasional jika ianya ditangani sejak dari mula bangunan itu dibina. Semua ini melibatkan kos dan masa yang berharga bagi mencapai penyelesaian yang disenangi semua pihak. Jika pemerintah berterusan membiarkan budaya membiarkan undang-undang terus berhabuk di dalam buku serta almari pentadbiran tanpa dikuatkuasakan, bagaimana mungkin penjimatan dapat digalakkan di dalam budaya pentadbiran tempatan.

7) Kerajaan mensasarkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dengan pendapatan RM 3000 ke bawah dengan peningkatan BRIM pada tahun ini. Bagaimana pula dengan golongan pertengahan bergaji antara RM 3001 hingga RM 5,000 yg memiliki keluarga di tengah bandar?  
Golongan ini merupakan golongan menengah yang terbesar di dalam negara. Kebanyakan eksekutif di dalam projek kendalian saya merupakan golongan ini. Mereka bekerja dengan perunding kejuruteraan dengan kadar penggunaan kenderaan yang kerap. Tuntutan perjalanan dari 3,000 hingga 7,000 km secara purata setiap bulan melibatkan perbelanjaan petrol dan diesel yang jelas tinggi. Jelas mereka inilah yang akan terjejas teruk dengan peningkatan kos ini.



Untuk membantu mereka menyerap peningkatan kos yang perlu dikeluarkan untuk melaksanakan kerja, syarikat terpaksa meningkatkan bayaran tuntutan perjalanan. Ia melibatkan peningkatan kos kepada syarikat. Peningkatan kos kepada syarikat bermakna, peningkatan kos perkhidmatan yang diberikan kepada klien termasuk pihak swasta dan kerajaan. Peningkatan kos tuntutan kepada klien juga akan meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan. Jadi, bukankah penjimatan RM 3.3 billion itu akan menjadi sekadar sebuah fantasi kerana ia akan turut menarik duit poket kerajaan untuk terus tiris di dalam peningkatan kos projek. Boleh dikatakan majoriti daripada projek-projek pemberian kerajaan yang mempunyai Bills of Quantities (BQ), menggunakan kontrak standard PWD 203 A.


Kontrak standard ini memberikan keadilan kepada mana-mana kontraktor yang menjalankan kerja dengan klausa 30 sekiranya berlaku peningkatan kos. Peningkatan harga diesel akan meningkatkan kos bahan mentah di dalam peratusan tertentu. Ia sekaligus akan meningkatkan kos-kos projek yang sedang dijalankan serta yang bakal ditender oleh pemerintah. Ia akan menyerap kebanyakan dari penjimatan yang sedang cuba diusahkan oleh kerajaan sekarang. Bayangkan peningkatan kos sebanyak 1% untuk projek-projek yang sedang berjalan serta bakal dijalankan berikut :

1)       Keretapi Berkembar Rawang-Ipoh                   : RM 4.34 Bil + Kos Tambahan 1.43 Bil
2)      Landasan Berkembar Johor                                 : RM 7.2  billion
3)      Loji Langat & Penyaluran Air Mentah Pahang              : RM 8.9 Billion
4)      Keretapi Elektrik KL-Singapura                                         : RM 20 hingga RM 30 Billion.

Keseluruhan jumlah anggaran kos projek di atas berjumlah  RM 41.87 billion minimum. Bayangkan peningkatan kos bahan mentah menyumbang hanya 1%  kenaikan kos di dalam fantasi utopia kita. Ia akan melibatkan peningkatan kos sebanyak RM 418 juta. Itu hanya untuk anggaran 4 projek dari sekian banyak projek milik kerajaan di atas.

Rakyat faham bahawa pembangunan serta projek-projek tersebut menggerakkan ekonomi. Tanpa ekonomi yang bergerak, pergerakan wang menjadi statik dan memberi impak yang negatif kepada ekonomi sesebuah negara. Tetapi mereka juga inginkan supaya pemerintah mencari remedi di dalam bentuk penjimatan lain terlebih dahulu seperti menangani ketirisan serta ketidakcekapan Jabatan-Jabatan kerajaan yang kelihatan saban tahun membenarkan pembaziran berlaku tanpa kawalan yang jelas. Ia jelas dapat dilihat di dalam laporan Audit Negara yang dibentangkan saban tahun.

Meningkatkan harga minyak merupakan solusi mudah dari sekumpulan penasihat ekonomi yang mahukan segalanya berlaku di dalam tempoh segera. Benar ianya termasuk di dalam perbelanjaan yang menarik keluar wang dari poket kerajaan keluar dari sistem perancangan perbelanjaan yang lebih stabil. Perbelanjaan ke atas subsidi minyak, tidak pernah tetap dan stabil. Ia tambah merunsingkan dan menjerut poket di dalam keadaan pergolakan politik di Timur Tengah dengan ancaman perang proksi oleh UAE dan Arab Saudi di Syria dan masuk campurnya Amerika dan Russia bagi memainkan peranan proksi di dalam percaturan timur tengah yang sedang berlaku sekarang. 

Semuanya menjurus kepada ketidakstabilan harga minyak. Semoga ia tidak melonjak kepada 140 Dollar setong seperti 2008. Ia benar-benar memeritkan semua pihak.


Sudah mula terdengar cakap-cakap orang dengan spekulasi kedai kopi yang menyatakan percaturan tentang peningkatan harga minyak berlaku sebulan sebelum pemilihan UMNO yang dijadualkan pada Oktober 2013. Manusia yang mahu mengambil kesempatan akan menyusun semua kepingan puzzle ini untuk membentuk gambaran wajah pemerintah sepertimana yang mereka mahukan di dalam cita-cita politik mereka. Sentimen yang dibentuk akan mengundang pemikiran rasional tercampak ke parit dan longkang. Itu kuasa pembentukan persepsi dan sentimen. Ramai yang merasakan canggung bila ada yang menyusun kepingan puzzle di dalam bentuk potret kemungkinan berkenaan.

Walaupun rakyat masih faham bahawa peningkatan ini diperingkat global memang tidak dapat dikawal. Tetapi jangan pula diambil mudah dengan rasa faham ini kerana rakyat tetap mahukan pihak pemerintah untuk menyusun penjimatan melalui ruang-ruang kelemahan sediada yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum menyentuh setiap sen di dalam periuk nasi mereka yang semakin mengecil.

Pemerintah sudah tidak punyai ramai ‘kawan’, jadi jagalah mereka-mereka yang masih sudi berkawan dengannya di masa susah dan senang. Kebanyakan mereka ialah golongan Melayu Islam yang membentuk golongan menengah dan rendah teramai di bumi pecahan kecil Nusantara ini.



Rujukan Anggaran Kos (Bukan Kos Sebenar) :
4)      Kos pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor (PPAMPS) RM 8.9 Billion http://www.sinarharian.com.my/nasional/kos-loji-langat-2-dan-ppamps-lebih-rendah-berbanding-saluran-paip-dari-tasik-kenyir-1.65977




Friday, February 15, 2019

Rak Rak Rum!

Semakin bejat pengisian naskah drama dan filem kita. Islami mereka ialah pada tudung dan langkah terkepit. Benar-benar sempit. Islami pada penampilan dan kosmetik drama, tetapi semua batas hukum dilanggar, dirodok dan disodok. Berpeluk sakan sampai tidak ingat akhirat. Sebaik lesen besar berlakon sebagai suami isteri diberikan pengarah, ia diangkat sebagai wahyu baharu dari otoriti yang lebih besar dari Tuhan untuk melanggar hukum-hukum Tuhan tanpa rasa bersalah.

“Itu kehendak pengarah. Saya hanya menjalankan tugas. Semua ini tuntutan skrip.”
Kuyup lencun habis basah dikahakkan alasan tersebut untuk sesiapa sahaja yang bertanyakan perihal itu kepada mereka. Bagaimana pula dengan kehendak Tuhan, serta tuntutan agama? Ke parit dan longkang mana ia dihumbankan?

Patutlah kualiti filem dan drama kita semakin hari semakin menuju ke loji kumbahan. Jika sebelum ini, mereka berbangga dengan hasil kutipan. Tahun lepas dan tahun ini, kutipan semakin merudum. Sama merudumnya dengan sisi kebejatan moral di dalam sampah-sampah di dalam gelap yang ditawarkan kepada penonton Melayu. Rak Rak Rum jatuh berderai rumah nenek bagai dalam cerita ram-ram pisang.

Tak tegur makin bejat. Tapi kalau ditegur sakan mereka melompat-lompat.
“Penonton sekarang sudah bijak.” Itu satu lagi klise. Entah Einstein mana yang tolong membuat ukuran. Mungkin kerana penonton semakin bijaklah mereka kini berbelanja dengan bijak dengan menolak untuk menghabiskan duit dan wang mereka dengan menyokong industri filem kita.

Bukan semua insan seni dan pengarah berfikiran demikian, Cuma majority daripada mereka yang memalitkan lumpur kepada segelintir minoriti. Ini kisah yang malang. Medium yang seharusnya menjadi penggerak kekuatan generasi Islam menjadi kunyahan manusia-manusia dengan pemikiran yang boleh dipertikaikan.

Menggeleng kepala melihat bagaimana watak seorang ‘muslimah’ tidak dapat membendung nafsu lantas mengambil tindakan drastik meraba secara rakus punggung pelakon lelaki di dalam sedutan drama di bawah. Seolah-olah itulah punggung terakhir di dalam dunia yang boleh diramasnya.

Oh maaf.. saya yang tersilap. Saya tidak patut menegur. Itu semua kehendak pengarah rupanya. Terlalu berani dan cabul penulisan ini menegur pengarah dan penerbit yang seolah-olah mempunyai Otoriti yang lebih tinggi dari Tuhan semesta alam.
Maaf sekali lagi.. saya terlupa. Itu semua tuntutan skrip rupanya.

Maaf.. sekali lagi saya terlupa. Saya terlupa bahawa mereka telah mendapat wahyu dari tuan pengarah untuk membatalkan hukum-hukum Tuhan.

“Penonton sekarang sudah bijak!”

Oh Maafkan saya sekali lagi kerana tidak sebijak penonton yang menonton drama-drama dan filem-filem tersebut.

“Kami sudah merujuk ustaz dan kitab-kitab besar,”

Oh.. kalau begitu saya sedang hidup sebagai orang jahiliah.Maafkan saya sekali lagi.
“Sebagai manusia yang lebih bijak mengenai bidang seni Negara, kamilah yang lebih layak untuk menentukan halatuju industri seni Negara.”

Oh.. kalau begitu, saya terus tersilap membuat judgement awal kepada apa yang saya rasa sebagai bejat. Cuma tinggal satu persoalan, jika tuan-tuan pemain industri ini terlalu super-duper bijak dan wajib menerima sebelas anugerah nobel di dalam semua hal-hal tersebut, kenapa situasi kewangan FINAS setelah diserahkan kepada pemain industri turut rak rak rum seperti rumah nenek di dalam cerita ram ram pisang?


Inilah jadinya bila pengarah menjadi Tuhan dan skrip menjadi kitab panduan. Jahanam. Rak rak rum!


Monday, March 14, 2016

Syerlena, Eksploitasi Wanita & Hantu Lapar

Tujuh tahun lepas, 2009, ketika Air Asia galak menjaja punggung pramugarinya di dalam iklan sebagai komoditi tambah nilai nikmat terbang bersama mereka, saya menulis beberapa artikel protes. Membaca artikel-artikel tersebut, Arwah Tn Hj Azizi Abdullah (Tuk Ya), menghubungi saya dan meminta izin supaya artikel bertajuk "Berdagang Punggung Di Awan Merah" dan satu lagi artikel lain, dapat dimuatkan dalam Utusan Pengguna. 



Alhamdulillah, selepas dari itu, bantahan demi bantahan dibangkitkan umat Islam. Iklan berbaur cadangan-cadangan seksual dari syarikat-syarikat penerbangan langsung hilang dari pandangan. Ketika itu, DAP dan yang seperkauman dengannya, tidak membantah dengan keras. Begitu juga dengan NGO-NGO yang sibuk berlagak memperjuangkan hak asasi wanita pada ketika itu. Lagak mereka, sangat selektif pekak.




2016, isu eksploitasi wanita di dalam iklan syarikat penerbangan muncul kembali. Kali ini, Syarleena DAP cuba menjadi juaranya. Satu teguran yang baik. Tetapi, mengapa hanya berhenti sekadar menegur iklan dari syarikat penerbangan Firefly? Kenapa ketika umat Islam menegur eksploitasi wanita di dalam bidang sukan, peragaan, pengiklanan, program TV dan lain-lain, orang yang sama dari DAP mencebik rasa peduli umat Islam dengan penulisan-penulisan yang bernuansa sinis?





Muncul komen-komen dalam media sosial memuji usaha Syerleena menegur perkara ini. Tetapi dalam masa yang sama, kumpulan yang sama mengungkitkan persoalan, kenapa NGO-NGO Islam dan umat Islam diam berkenaan isu eksploitasi begini? Tiada siapa yang diam sebenarnya. Malah, tindakan Syerleena itu terlewat bertahun-tahun setelah umat Islam bangkit memprotes isu eksploitasi yang sama.

Persoalannya, apakah DAP benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan isu eksploitasi wanita? Sedangkan sehingga hari ini, isu eksploitasi wanita-wanita seksi di dalam persembahan Hantu Lapar seluruh negeri Pulau Pinang pun, tidak mahu mereka tangani secara serius. Mereka jugalah yang merupakan parti yang sedang sibuk mengeksploitasi wanita Islam untuk digunakan sebagai poster girls perjuangan politik sempit mereka.

Jika ikhlas memperjuangkan isu ini, haramkan Juga Exploitasi Wanita Dalam Persembahan Hungry Ghost, eksploitasi politik, iklan-iklan kereta, di dalam drama dan penerbitan dan sebagainya. Dan jika Syerleena juga ikhlas, tidak perlu untuk dia berlagak bagus mengkritik umat Islam apabila menyuarakan isu-isu eksploitasi sebegini.

Yang jelas, dalam memperjuangkan isu eksploitasi wanita, Syerleena dan DAP, masih jauh ketinggalan dan telah lama tertinggal gerabak perjuangan. Bagus kerana cuba mengambil berat. Tetapi jangan hanya sekerat-sekerat dan memilih untuk selektif pekak dalam isu eksploitasi yang lain.







Penulisan-Penulisan Lama Blog Ini Mengenai Isu Eksploitasi Wanita Seperti Di Bawah :

Berdagang Punggung di Awan Merah (Okt 2009)
(http://satuhala.blogspot.my/2009/10/berdagang-punggung-di-awan-merah.html#uds-search-results)

Terbit Dalam Utusan Pengguna (2009)
(http://satuhala.blogspot.my/2010/03/sudah-terbit-di-dalam-up.html)

Juga penulisan-penulisan lain berkenaan isu Feminisme di bawah ini..

1) Demi Sebuah Cita-Cita Mereka Ditelanjangkan

2) Dunia Yang Kejam Terhadap Wanita

3) Hijaberontak

4) Why Be You When You Can Be New

5)Cengkerik Berbunyi Bila Feminis Tercekik Karipap 

6) Panglima Tonney Dan Reban Ayam Terbang


7) Berdagang Punggung Di Awan Merah

8) Pendukung Gerakan Feminisme Kelas Bawahan

8) Aurat Muslimah Penindasan Atau Satu Pembebasan

9) Hijab Adalah Simbol Anti Penindasan Ke Atas Wanita

10) Antara Jihad Kemanusiaan DAP dan Jihad Seks Dalam ISIS

11) Hak untuk wanita bersuara di dalam negara Islam

12) Terlewat 1400 Tahun : Hak Untuk Memilih Identiti

13) Rak Rak Rum

Wednesday, October 14, 2015

Projek Dialog Sesat : Nabi Isa Disamakan Pemberontak & Komunis?

Apa yang ingin disesatkan Projek Dialog Sesat dengan artikel semalam?

Semalam Projek Dialog Sesat memuatkan sebuah artikel bertajuk :

ISA BUKAN KONSERVATIF BERKULIT PUTIH : ISA PEMBERONTAK BERBANGSA YAHUDI PALESTIN



Pertama mereka menulis berdasarkan pembacaan kepada beberapa penulisan dan makalah terbitan barat seperti tulisan Ben Norton yang bertajuk Jesus Was Not A White Conservative; Jesus Was A Jewish Palestinian Dissident” dan beberapa penulisan lain.

Apa yang mereka ingin sesatkan?

1. Isa itu pemberontak di zamannya menurut mereka. Mereka menyamakan perjuangan Nabi Isa a.s. dengan gerakan pemberontakan.

2. Flip Flop penggunaan nama antara Isa dan Yesus dilakukan untuk mencapai maksud-maksud tertentu.

3. Dengan menggunakan nama Isa ketika menceritakan kisah penyaliban berbanding Jesus di dalam penulisan tersebut, mereka cuba menyuntik doktrin bahawa Nabi Isa a.s. mati ditiang penyaliban. Mereka cuba membawa tafsiran sesat yang diimani sesetengah pihak ke dalam perwatakan Isa al Masih yang diimani orang-orang Islam.

4. "Hakikatnya, mengikut piawaian hari ini, Yesus akan dianggap sebagai komunis". Ini kata mereka di dalam artikel tersebut. Tujuannya sama seperti teknik propaganda penyekutuan tokoh terbilang zaman dahulu dengan naratif-naratif songsang. Ia untuk melabelkan perjuangan mereka sebagai perjuangan Kosher dan  mengabsahkan perjuangan sesat lagi merosakkan yang sedang mereka perjuangkan.

5. Menyembunyikan fakta bahawa Jesus menolak LGBTIQ di dalam Bible dengan mengatakan perkara berikut : "...namun beliau tidak pernah anti-gay, tidak pernah menyebut tentang pengguguran kehamilan atau kawalan kelahiran..."

Sama ada kenyataan itu dilakukan dengan sedar atau dibuat kerana terlalu naif tetapi cuba berlagak pandai, yang nyata, Yesus yang dirujuk mereka di dalam Bible tidak pernah menolak hatta satu hukum pun di dalam hukum-hukum Taurat nabi-nabi sebelumnya.

Yesus menyebutnya dengan jelas di dalam Matius fasal 5 ayat 17 - 18 :

"Janganlah kamu menyangka, bahwa aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. Karena aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

5. Penulisan itu juga cuba menggambarkan secara salah konteks apabila membicarakan tentang Yesus yang menolak hukuman badan ke atas kesalahan-kesalahan tertentu. Jelas mereka menafikan perkataan Yesus yang diimani oleh orang-orang Kristian sendiri di dalam Matius Fasal 5 ayat 17 hingga 18 di atas.


Apa yang mereka inginkan dari penulisan ini?

1. Menyamakan pemberontakan golongan mereka terhadap otoriti agama sama seperti perjuangan para Nabi terutamanya Nabi Isa a.s.

2. Menggunakan Isa al Masih dan menekankan aspek baginda dengan wajah Asia, mereka  sedang cuba mendapatkan sokongan supaya golongan Kristianberwajah Asia yang ditolak Jesus untuk didakwahkan di dalam Matius fasal 15 ayat 24 hingga 26 seperti berikut :

Matius Fasal 15 ayat 24 hingga 26:

Jawab Yesus : "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel.” Tetapi perempuan itu mendekat dan menyembah dia sambil berkata : "Tuan, tolonglah aku.” Tetapi Yesus menjawab : "Tidak patut mengambil roti yang disediakan bagi anak-anak dan melemparkannya kepada anjing.” Jawab Yesus: "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel."

3. Sabitan seperti ini dibuat supaya golongan Kristian merasakan mereka mempunyai tanggungjawab perjuangan untuk menyokong kerja-kerja Projek Dialog Sesat.

4. Menghalalkan semua bentuk gerakan pemberontakan seperti kebangkitan golongan komunis satu ketika dulu sebagai satu perjuangan suci dan murni sama seperti perjuangan golongan nabi dan rasul.

5. Menghalalkan LGBTIQ dengan sengaja menyembunyikan pesan Jesus sepertimana golongan Kristian awal percaya di dalam Bible di dalam Matthew fasal 5 ayat 17 dan 18.

6. Agenda menanamkan mesej subliminal dan bawah sedar seolah hukuman badan yang bakal dijalankan melalui perlaksanaan hudud suatu hari nanti, ditentang figura yang diagungkan Kristian.

Ini bukanlah kali pertama Projek Dialog Sesat ini cuba menyesatkan pemikiran ramai dengan penulisan-penulisan serta agenda-agenda sesat. Mereka terus melakukannya kerana pihak yang diamanahkan untuk menjalankan kuasa undang-undang, tidak serius dalam menjalankan tanggungjawab mereka.



Sekiranya terlihat mana-mana pihak menyebarkan penulisan-penulisan serta artikel dari Projek Dialog Sesat, sila maklumkan kepada mereka supaya tidak memberikan promosi percuma kepada mereka, kecuali dengan menjelaskan serta memberikan jawapan balas kepada kesesatan yang cuba disebarkan.

Monday, August 31, 2015

Palestin, Selat Melaka & Kuasa Besar Dunia

Palestine has been called the center of the earth. It is. The power that controls Palestine controls the world. (1)

Pada 2003, Presiden Hu Jintao menyatakan dengan jelas bahawa terdapat kuasa besar dunia sedang berusaha keras untuk menguasai Selat Melaka.

Ucapan yang kemudiannya mencetuskan apa yang sentiasa dirujuk sebagai "Malacca Problem" kepada China.

Kebergantungan China kpd SLOCs (Sea Lane of Communications) melalui Selat Melaka ini, menyebabkan China gusar jika apa-apa terjadi kepada Selat Melaka, saluran kemasukan tenaga dan bahan mentah ke China akan tergugat.

Pertembungan kuasa hegemoni antara Amerika dan China sedang di kemuncaknya.

Akhbar China Youth Daily pada Jun 2004 memaparkan kenyataan berikut :

“It is no exaggeration to say that whoever controls the Strait of Malacca will also have a stranglehold on the energy route of China” (China Youth Daily, June 15, 2004). (2)

China sedang cuba menguruskan kebergantungan kepada Selat Melaka dengan persetujuan serta beberapa perjanjian untuk memperbanyakkan laluan tenaga ke China.

Antara yang sedang diusahakan ialah :

i) Projek Pembinaan terusan Segenting Kra
ii) Projek Saluran Paip Sittwe(Burma) ke Kunming (China)
iii) Pembiayaan penambahbaikan pelabuhan Gwadar (Pakistan) untuk pendaratan bahan tenaga mentah yang kemudiannya akan diangkut melalui jalan darat ke Islamabad dan kemudian ke Kashgar di Wilayah Xinjiang China. (3)

Maka, sebagai pihak yang mencaturkan kuasa, bukankah ini masa yang terbaik untuk memberi tekanan kepada China sebelum China mempunyai beberapa alternatif lain bagi laluan sumber kuasanya?

Masalahnya, Malaysia negara yang mempunyai pengaruh serta penguasaan ke atas Selat Melaka masih belum sepenuhnya tunduk kepada Uncle Sam.

Sesuatu perlu dilakukan segera untuk memastikan Selat Melaka dikuasai sepenuhnya oleh kuasa-kuasa yang ingin terus dipuncak kuasa besar dunia.

2015 adalah tahun yang mungkin malang bagi Malaysia jika kita tidak dapat menguruskan situasi geopolitik dengan tegas dan betul.

Terdapat beberapa faktor yang menunjukkan bahawa tahun ini merupakan tahun di mana usaha tekanan untuk menundukkan Malaysia akan berada dikemuncaknya.

Selain faktor sebelum China melengkapkan laluan alternatif bagi menggantikan SLOCs Melaka, terdapat dua elemen lain yang menunjukkan bahawa usaha menundukkan Malaysia sedang giar diusahakan.

Yang pertama serangan ekonomi melalui kaedah yang amat biasa digunakan bagi menjatuhkan "rejim" dunia melalui bantuan "economic hitmen".

Yang kedua, ketaksuban superstition Yahudi yang mahukan sesuatu yang besar berlaku sempena tahun terakhir Shemitah dalam pusingan Jubilee terakhir yang secara kebetulannya berlaku ketika Tetrad Bulan Berdarah bakal melengkapi Bulan Berdarah ke empat pada 28 September 2015 nanti.

Saya telah memberi amaran tentang semua ini sejak 2013 di dalam penulisan di www.satuhala.blogspot.com

Justeru itu, apakah salah menyatakan bahawa untuk kekal menguasai dunia dengan menguasai Palestin, maka setiap kuasa besar dunia harus menguasai Selat Melaka a.k.a. Nusantara sebagai pra syarat pengekalan kuasa di atas muka bumi Allah ini?

Nabi-Nabi bangsa Israel melakukannya.
Portugis menguasainya.
British memerintahnya melalui proksi.
Dan kini..... Nauzubillahi min Dzalik..

Semoga Allah melindungi negara ini dan kita semua dengan rahmat dan perlindunganNya. Amin.





1) Henry Ford, The International Jew, ms 595

2) Will Hutton, "The Writing on The Wall : Why We Must Embrace China as a Partner of Face It as an Enemy', (hlmn. 12).

3) http://www.jamestown.org/single/?no_cache=1&tx_ttnews%5Btt_news%5D=3943#.VeOCHmbXeJI

Wednesday, April 15, 2015

Ra'maah Ebrahim & Wanita Di Bawah Tempurung Kelapak

Oleh : Imran Haaz

Islam ialah sebuah agama yang hebat untuk manusia-manusia dengan sempadan cita-cita kemanusiaan yang hebat.

Justeru itu Islam meletakkan asas supaya umat manusia yang menganut satu-satunya agama yang diredhai Allah di dalam satu bentuk persediaan untuk menuju kehebatan.


Betulke Muslim ni...? Heheh.. Network Kami Kenal Siapa Ra'maah ini...
Ra’maah Ebrahim dipertontonkan melalui screenshot di bawah berasa geli dengan tudung yang wajib dipakai Muslimah. Jangan marah kepada dirinya. Jangan juga marah kepada anak-anak yang mendapat didikannya. Islam tidak menggalakkan penganutnya agama hebat ini untuk mencaci murka manusia-manusia yang rendah telahan dan cita-cita kemanusiaannya.

Jangan marah kepadanya kerana dia hanya mahukan sesuatu yang mediocre/ sederhana/moderate untuk menjadi sasaran cita-citanya dan cita-cita untuk anak-anaknya. Kerana itu, tidak hairanlah kita semua hanya mengenali susuk tubuh ini melalui perkongsian screenshot laman sosialnya sahaja.

Lama dahulu, saya menulis tentang aturan Hijab yang menyediakan wanita-wanita muslimah dalam satu persediaan menuju kehebatan.

Jika anda seorang wanita dan hanya berupaya menjadi wanita biasa-biasa sahaja, maka bertudung bukanlah satu keperluan untuk anda.

Tetapi jika anda merupakan seorang wanita yang bercita-cita luar biasa dan tidak gentar untuk mencabar sempadan langit tertinggi, lautan terdalam, gurun paling panas dan kutub yang paling sejuk, tidak dapat tidak, anda perlu membiasakan diri anda untuk menjadi seorang wanita yang wajib mengenakan hijab.


Biar gambar-gambar ini berbicara. Wanita-wanita berhijab ialah wanita-wanita dengan keupayaan manusia luarbiasa.





Dan biarkan Ra’maah dan anak-anaknya menjadi manusia mediocre tanpa cita-cita memecah sempadan wanita-wanita hebat di dunia dan di akhirat.

Jangan marahkan manusia-manusia dari bawah tempurung kelapak ini.



P/S : Entah kenapa Ra’maah klik like pada page “Jesus Is Lord” (1). 




Dan kasihan pula pada Mendiang Mother Teresa. Orang sepertinya dihapakkan likers Jesus seperti Ra'maah Ebrahim kerana bertudung kepala menurut ajaran Bible.




Rujukan :

(1)https://www.facebook.com/JesusIsLordOfAllLords/photos/a.291476574314339.64624.291456834316313/627250020736991/?type=1#_=_



Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email