Wednesday, January 29, 2020

Jawi Tiada Nilai Ekonomi?

0

Seorang Penulis Melayu, bermastautin di Amerika, mencari populariti dengan mengkritik segalanya tentang Melayu dalam kolum-kolum portal tempatan menulis :

Jawi tidak boleh membantu Ekonomi Malaysia. 

Kasihan. Minda globalnya rupanya terperap dalam tempurung Melayuphobia. Menebal inferiority complex yang mungkin terjana bila duduk berkeliling lama dengan orang barat. 

Mungkin terlepas pandang kenyataan Menteri KPDN baru ini, yang mendedahkan eksport Industri halal bakal berjumlah RM 50 Billion.

Dengan hanya kenal dan cetak dua jenis huruf jawi ‘Ha’ dan ‘Lam’ sahaja di atas bungkusan produk, puluhan billion dapat dijana dan disuntik ke dalam ekonomi.

Hebat. Hanya dua huruf.  Tidak pasti sama ada himpunan mana-mana dua huruf dalam mana-mana tulisan apa sahaja bangsa dalam dunia yang dapat menghasilkan puluhan billion ringgit peluang ekonomi. Tetapi Jawi, membuktikan ia mampu.

Bukan itu sahaja sumbangan Jawi. Mengkritik dan menghina tulisan Jawi pun kini sudah menjadi sumber rezeki cari makan. Hebat tulisan Jawi. Menghasilkan rezeki tidak kira pada yang suka atau membenci tulisan itu. Sangat ekonomi.

Jika masih lagi tidak percaya, pergi arahkan mana-mana kapitalis bukan Melayu untuk memadamkan dua huruf Ha dan dan Lam tersebut dari bungkusan-bungkusan produk mereka. Sampai ke jirat mereka jilat tulisan tersebut.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: