Friday, March 13, 2020

Solat Jumaat Ke Zohor?

0


Tadi saya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Penuh orang. Bergerak ke seluruh Malaysia. Tiada arahan tutup dari MKN. Kemudian saya ke JPJ Bangi. Juga penuh orang bersesak-sesak. Tiada arahan tutup oleh MKN. Saya percaya KLIA dan semua lapangan terbang seluruh Malaysia juga begitu. Terus beroperasi seperti biasa. Sesak, padat dengan manusia.

Tidak semena-mena ada pihak sibuk dengan isu Solat Jumaat diganti Zohor. Kalau iya begitu, tunggulah sehingga MKN beri arahan dan isytihar darurat. Tempat-tempat saya sebutkan tadi lebih berbahaya dan sebarkan virus bukan hanya setempat, tapi ke seluruh negara dan dunia.

Susah juga bila sesuatu jabatan dan tempat strategik, diketuai pihak yang cenderung kepada publisiti mahu kelihatan progresif kononnya.

Saya akan bersolat Jumaat hari ini. Insya Allah, sehingga MKN keluarkan arahan tutup semua tempat terutamanya terminal, airport, pejabat urusan awam dsb.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: