Monday, May 4, 2020

Apa Solusi Mabuk Langgar Sampai Mati?

0



Apa hukuman maksimum yang boleh dikenakan dalam undang-undang Malaysia? Kalau boleh pengamal undang-undang di dalam ini boleh beri pencerahan..

Setakat ni nampak macam just a slap on the wrist. Setakat ini, hukuman maksimum bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, bawah Seksyen 41 (Akta Pengangkutan Jalan 1987) setakat ni 10 Tahun penjara. Kalau si mabuk kena penjara 100 tahun pun, keadilan tetap tidak tertegak. Sebab kalau yang dilanggar mati tu breadwinner untuk keluarga, tekanan kehidupan masih dirasakan.

Kalau si mabuk kena penjara 10 tahun, bukan hanya keadilan masih tidak tertegak, malah menyebabkan famili dia yang tidak bersalah pun turut terhukum kalau dia juga ketua keluarga..

Apa solusi terbaik, supaya yang bersalah dihukum dan dalam masa yang sama kebajikan keluarga mangsa turut ditegakkan?

Dalam perundangan Islam saya rasa tentu ada solusinya. Yang terbaik, serapkan keadilan Islam ke dalam sistem sivil tanpa kita sebut langsung pada permulaan ini, bahawa ia diambil dari sistem keadilan Islam. Perlahan-lahan, kita serapkan sehingga sistem sivil itu diIslamkan tanpa perlu kepada pelabelan.

Jadi, apa antara solusinya?

Mungkin perkenalkan sistem diyat atau sesuatu yang baik dari syariat Islam. Yang lebih pakar lebih layak untuk mencadangkan.

Kemudian apa?

Proaktif. Pakar-pakar perundangan Islam duduk sekali, berbincang, buat kertas cadangan, buat perjumpaan dengan menteri-menteri dan kementerian berkenaan dan agensi berkaitan, buat pertemuan strategik dengan ahli-ahli parlimen untuk bawa ke dewan rakyat, tanpa perlu menyebut bahawa ini solusi dari Islam. Zaman fitnah dajjal ni, apa saja yang Islam akan straight outright kena reject.. kena pandai.. Islamkan sistem sivil secara bawah sedar..

sekadar cadangan..

(Mesej saya ke dalam group whatsapp strategik bila isu ini dibincangkan)
Mungkin juga boleh kunjung semula sebuah penulisan lama 9 tahun lepas : Revolusi, Resolusi atau Evolusi?
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: