Wednesday, January 28, 2015

Peti Undi Bukan Tuhan!

2
Oleh : Imran Haaz


Hukum Yang Paling Utama
Bila Jesus bertegas menyatakan hukum yang paling utama ialah, mengakui dan beriman bahawa Tuhan itu Maha Esa, mereka ini bertegas mengatakan Tuhan itu Tiga dalam satu.
Jesus mengatakannya di dalam Mark (Markus) Fasal 12 ayat 28 hingga 30.

28 One of the teachers of the law came and heard them debating. Noticing that Jesus had given them a good answer, he asked him, “Of all the commandments, which is the most important?” 29 “The most important one,” answered Jesus, “is this: ‘Hear, O Israel: The Lord our God, the Lord is one 30 Love the Lord your God with all your heart and with all your soul and with all your mind and with all your strength.’

Mereka tidak mengikuti pesannya. Jelas mereka ini adalah pelampau.

Hukum Yang Kedua Utama
Kemudian apabila Jesus mengatakan hukum yang kedua paling utama ialah menyayangi jiran-jiran sepenuh jiwa dan raga. Mereka-mereka ini saban minggu dan hari menyakiti hati dan perasaan jiran-jiran mereka dengan menghina Tuhan yang disembah jiran-jiran mereka. Nama Allah dihina dan disyirikkan mereka dengan sabitan-sabitan sifat makhluk yang tidak sepatutnya.

Jesus menyatakannya di dalam Mark (Markus) Fasal 12 ayat 31.

31 The second is this: ‘Love your neighbor as yourself. There is no commandment greater than these.”

Mereka tidak mengikuti pesannya. Jelas mereka ini adalah pelampau.

Hukum Taurat Perlu Ditegakkan
Apabila Jesus mengatakan bahawa hukum-hukum Tuhan di dalam Taurat mesti ditegakkan kembali di dunia, mereka berpakat-pakat menghina, mencebik serta bermati-matian menentang perlaksanaan hukum-hukum Tuhan di muka bumi ini.

Jesus mengatakannya di dalam Mathhew (Matius) fasal 5 ayat 17 – 19.

17 Think not that I am come to destroy the law, or the prophets: I am not come to destroy, but to fulfil. 18 For verily I say unto you, Till heaven and earth pass, one jot or one tittle shall in no wise pass from the law, till all be fulfilled. 19 Whosoever therefore shall break one of these least commandments, and shall teach men so, he shall be called the least in the kingdom of heaven: but whosoever shall do and teach them, the same shall be called great in the kingdom of heaven.
Apa itu hukum-hukum Tuhan yang disebut di dalam Taurat? Ia tidak banyak berbeza dengan hukum Hudud & Qisas yang sedang mahu ditegakkan semula di Malaysia ini. Malah Rasulullah s.a.w. semasa memerintahkan penzina muhsan Yahudi dihukum dengan hukuman Taurat, baginda kemudiannya menyatakan perkara berikut :
“Ya Allah, sesungguhnya akulah orang yang pertama-tama sekali menghidupkan kembali Sunnah-sunnahMu setelah mereka hapuskan perintah tersebut.”

Ia diucapkan setelah Abdullah bin Salam r.a.,salah seorang pendita Yahudi yang memeluk Islam membongkarkan pembohongan golongan agama Yahudi yang menukar hukum-hukum Tuhan dengan hukum-hukum moderate dan liberal mengikut hawa nafsu mereka.

Hadis tersebut merupakan hadis yang menjadi Asbabun Nuzul ayat 41 surah al Maidah dan dicatatkan di dalam Sahih Bukhari dan Muslim 1.

Pelampau Kristian di Malaysia bersatu menentang hukuman Tuhan. Mereka tidak mengikuti pesan Jesus kepada mereka. Jelas mereka ini adalah pelampau.

Undang-Undang Negara Mesti Dihormati
Apabila Jesus mengatakan hak negara mesti diberikan kepada negara dan dihormati, mereka saban minggu dan hari mencabar dan menentang undang-undang negara dan memaksa undang-undang negara untuk mengikuti kehendak mereka.

Jesus mengatakannya di dalam Mark (Markus) fasal 12.

17. And Jesus said to them, "Render to Caesar the things that are Caesar's, and to God the things that are God's." And they were amazed at Him.

Mereka tidak mengikuti pesannya. Jelas mereka ini adalah pelampau.

Elakkan Konfrontasi
Apabila Jesus memberi pesan supaya mengelakkan konfrontasi, mereka pula setiap hari, saat dan masa menimbulkan isu-isu tegang supaya konfrontasi antara golongan Islam dan Kristian dapat terus dipanaskan supaya mereka boleh menangguk di air yang keruh apabila tiba musim pilihanraya nanti.

Jesus mengatakannya di dalam Matthew (Matius) Fasal 5 ayat 35.

35. But I say unto you, That ye resist not with evil, but whosoever shall smite thee on thy right cheek, turn to him the other also.

Inilah dia mereka. Mereka tidak mengikuti pesannya. Jelas mereka ini adalah pelampau.

Apa Kata Jesus Mengenai Golongan Ini Di Kemudian Nanti?

Jesus, di dalam kitab mereka menyatakan akan wujud golongan manusia yang sentiasa perasan diri mereka berjuang dan melakukan setiap sesuatu atas namanya. Tetapi, pada hakikatnya, mereka itulah pelaku perbuatan jahat dan kerasukan syaitan.

Jesus menyatakannya di dalam Matthew fasal 7 ayat 22 hingga 23.

22 On that day many will say to me, ‘Lord, Lord, did we not prophesy in your name, and cast out demons in your name, and do many mighty works in your name?’ 23 And then will I declare to them, ‘I never knew you; depart from me, you workers of lawlessness.’

Amat jelas, Jesus sendiri melabelkan mereka sebagai golongan pembuat kejahatan.
Lihat sahaja sikap mereka-mereka ini disekeliling kita. Kewujudan mereka-mereka ini tidak membawa sebarang kebaikan kepada agama mereka, agama pihak lain dan negara.

Mereka tidak menghormati hukum dan aturan agama mereka. Mereka tidak menghormati agama orang lain dan mereka juga meludah undang-undang negara setiap hari.

Kenapa mereka boleh terus bebas bersikap demikian?

Jawapannya mudah, mereka bukanlah pengikut Jesus dalam erti kata dan keimanan yang sebenar. Mereka menjadi besar kepala di sini kerana ada di antara politikus kita di sini, telah sepenuhnya beriman dengan hakikat bahawa peti undi itulah tuhan yang menentukan jatuh bangun dan naik turun sesebuah pemerintahan.

Berhenti daripada terus bersikap lembut dengan golongan pelampau dan melayan semua kehendak-kehendak pelampau mereka.



Pelampau Kristian yang masih berkeras mahu menentang undang-undang negara, menghina sistem mahkamah, menghina Ke Esaan Allah dengan menyabitkanNya dengan makhluk tiga dalam satu, sentiasa mengapi-apikan api kemarahan dan kebencian antara agama dengan sikap keras kepala mereka, mereka-mereka ini jelas bukan hanya tidak hormat kepada prinsip-prinsip Rukun Negara, malah mereka menentang ajaran yang dipesankan oleh Jesus sendiri kepada mereka sepertimana yang dibentangkan di atas.

Kepada pemerintah, sila ambil tindakan segera ke atas penghasut-penghasut yang terus menghasut rakyat beragama Kristian untuk terus menerus menghina Allah dalam cara mencemarkan namaNya yang suci di dalam agama mereka.

Tidak perlu takut untuk bertindak tegas. Ingat! Peti undi bukan Tuhan!


Nota kaki :


1)      Al Barra` bin 'Azib dia berkata, "Suatu ketika seorang Yahudi yang dicat hitam dan didera lewat di hadapan Nabi s.a.w., kemudian beliau memanggil mereka seraya bersabda: "Beginikah hukuman zina yang kalian dapati dalam kitab Taurat kalian?" mereka menjawab, "Ya benar." Lalu beliau memanggil seorang laki-laki yang tergolong dari ulama mereka, beliau bertanya: "Aku mengharap kamu mau bersumpah dengan nama Allah yang telah menurunkan kitab Taurat kepada Musa, betulkah begini caranya hukuman zina yang kalian dapati dalam kitab tauratmu?" dia menjawab, "Tidak, seandainya anda tidak menyumpahku dengan nama Allah, aku tidak akan mengatakan yang sebenarnya kepada anda. Dan yang kami ketahui dalam kitab Taurat, hukumannya adalah rajam, akan tetapi biasanya hukuman itu tidak berlaku bagi pembesar-pembesar kami, jika yang tertangkap itu dari pembesar, maka kami biarkan begitu saja, akan tetapi jika yang tertangkap rakyat kecil maka kami tegakkan hukum sesuai Taurat. Akhirnya kami bermusyawarah, membicarakan hukum yang dapat kami tegakkan bagi pembesar dan rakyat biasa. Lalu kami putuskan untuk membuat hitam tubuh dan mendera pelaku zina sebagai pengganti hukum rajam."

Setelah laki-laki itu selesai bicara, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Allah, sesungguhnya akulah orang yang pertama-tama menghidupkan kembali sunnah-Mu setelah mereka hapus perintah tersebut."

 Setelah itu, beliau memerintahkan supaya Yahudi yang berzina itu dihukum rajam, lalu Allah 'azza wajalla menurunkan ayat: '(Wahai rasul, janganlah kamu merasa sedih, karena orang-orang yang bersegera menuju kekafiran -hingga firman-Nya- Jika diberikan ini kepadamu, maka terimalah) ' (Al Maidah: 41).

Orang-orang Yahudi berkata, "Datanglah kalian kepada Muhammad s.a.w., jika beliau memutuskan hukuman kepadamu dengan menghitamkan tubuh dan didera, maka terimalah, namun jika dia berfatwa kepadamu dengan hukuman rajam, maka waspadalah.

Maka Allah Ta'ala menurunkan ayat: '(Barangsiapa tidak berhukum dengan sesuatu yang telah di turunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. Dan barangsiapa tidak berhukum dengan sesuatu yang telah diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang Zhalim. Dan barangsiapa tidak berhukum dengan sesuatu yang telah di turunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik' (Qs. Al Maidah: 44- 47). Hal ini juga berlaku kepada orang-orang kafir semuanya."



Al A'masy dengan isnad seperti ini sampai kepada perkataannya, "Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan untuk merajmanya, akhirnya dia pun dirajam." Dan tidak menyebutkan sesuatu setelahnya seperti turunnya ayat." (Sahih Muslim)
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

2 comments:

Anonymous said...

Salam bro,

Lama tak update.

Anonymous said...

Subhanallah. Saya amat berharap mereka-mereka ini membaca blog tuan. Muga Allah beri kekuatan kepada tuan mematah hujah mereka.