Oleh : Imran Haaz
Azmi Shahrom menulis tentang budaya samseng
yang cuba menggunakan kaedah kesamsengan untuk mencorak negara.
Dia berkata benar. Lihat sahaja ugutan yang
pernah dibuat oleh Parti Politik Berasas Perkauman untuk membentuk benteng
manusia bagi menghalang Ahli-Ahli Parlimen muslim untuk membentang
undang-undang persendirian berkenaan hudud di Parlimen. Ini percubaan
menggunakan bentuk kekerasan ke atas sesuatu yang dibenarkan dalam negara
demokrasi dan undang-undang negara. Ini satu budaya samseng yang cuba mencorak
negara mengikut acuan yang dimahukan mereka dengan menggunakan ancaman fizikal.
Kemudian lihat pula sikap yang diambil oleh
kumpulan pelampau Kristian tempatan. Mahkamah Persekutuan telah membuat
keputusan 4-3 menolak permohonan Gereja Katolik untuk merayu keputusan kes
Mahkamah Rayuan pada 23 Jun yang lepas. Mahkamah akan hanya mereka takrifkan adil
sekiranya kes-kes yang dibuat menyebelahi mereka. Menggunakan isu rasa tidak
puas hati ini, terdapat segmen di dalam kumpulan-kumpulan pelampau tersebut
membuat seruan supaya Sabah dan Sarawak berpisah dari Malaysia. Hanya kerana
nafsu mereka tidak dapat dipuaskan, mereka cuba membawa agenda meruntuhkan
Persekutuan Negara dengan menghasut rakyat memberontak untuk membawa keluar
Sabah dan Sarawak daripada negara ini. Bukankah ini satu perbuatan
pengkhianatan oleh samseng-samseng yang cuba mencorak negara ini menjadi
berpecah mengikut acuan mereka?
'Tahniah' kepada Azmi Shahrom kerana menulis
tentang samseng-samseng yang cuba mencorak negara mengikut acuan yang dimahukan
mereka seperti di atas. Gejala samseng-samseng serta kumpulan pelampau ini
harus dibanteras dan dikenakan tindakan undang-undang.
Samseng-samseng yang tidak tahu menghormati
Perlembagaan Persekutuan, Prinsip-Prinsip Rukunegara dan keputusan-keputusan
mahkamah harus dikenakan tindakan. Entah kenapa tindakan sehingga hari ini
belum lagi diambil ke atas mereka dengan ugutan-ugutan yang bersifat subversif
ini. Apakah mereka lebih tinggi dari undang-undang? Jika tidak, kenapa tiada tindakan diambil ke atas mereka?
Semoga Allah menyelamatkan negara ini dari kepincangan sistem yang sednag berlaku ini. Ameen.
© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.