Oleh : Imran Haaz
Ada sebuah babak di dalam filem Seniman Bujang Lapok
menjentik ketawa di pagi ini. Babak yang bermula dengan Tuan Director Ahmad
Nisfu keluar dari Studio memarahi seorang kakitangannya. Ini kerana
kakitangannya itu, membawa seorang lelaki berbadan kurus kering untuk membawa
watak Hang Tuah yang gagah. Apabila ditanyakan apa alasan rasionalnya untuk
mensabitkan lelaki kurus tersebut berhak memegang watak Hang Tuah yang gagah,
dia menjawab, lelaki itu kuat makan. Marah mendengar alasan tidak masuk akal
tersebut, Tuan Direktor menghamun kakitangan tersebut dengan kata-kata berikut,
“Itu bukan gagah bodoh! Itu Gelojoh!” Videonya di bawah.
Teringat dengan babak tersebut apabila sibuk bertukar
pendapat di facebook berkenaan kenyataan yang dikeluarkan Datuk Chea Soon Hai
dari parti Gerakan sebelum ini. Kenyataannya di dalam keratan akhbar di bawah :
Datuk Chea mengatakan adalah tidak adil untuk mengatakan
orang-orang Cina tempatan tidak berasimilasi dengan budaya Malaysia setempat.
Lalu beliau memberikan contoh bahawa orang-orang Cina tempatan turut menggemari
nasi lemak dan roti canai. Inilah contoh teragung bagaimana orang-orang Cina
berasimilasi. Perlukah saya mengulangi ayat Tuan Direktor Ahmad Nisfu
kepadanya?
Itu bukan asimilasi. Jikamahu disabitkan dengan asimilasi
sekalipun, ianya bolehlah kita gelarkan sebagai Asimilasi Hang Kebun. Dalam
kisah Hang Kebun, kuat makan dikatakan gagah. Dalam kes kenyataan Dato’ Chea,
pandai makan dinamakan serta dirujuk sebagai asimilasi yang berjaya. Siapa sahaja boleh melakukan asimilasi Hang
Kebun. Warga Nepal, Bangladesh, Vietnam, Myanmar, Gurkha dan sebagainya yang
menjadi pendatang di sini untuk mencari nafkah juga gemar menjamah nasi lemak
dan roti canai. Malah tahap bahasa Melayu mereka lebih baik dan fasih
berbanding produk sekolah-sekolah vernakular. Pelancong yang singgah sehari dua
di sini juga gemar menjamah nasi lemak dan roti canai. Bolehkah kita
menggunakan hujah yang sama bahawa mereka telah berasimilasi dengan baik?
Asimilasi kepada budaya Malaysia seharusnya bermaksud mereka
dapat membentuk diri mereka untuk menghormati Perlembagaan Persekutuan,
Rukunegara termasuk agama kepada Persekutuan dan harus fasih bahasa rasmi
Persekutuan ini. Jika tidak, itu bukan asimilasi namanya.
Kita tidak menolak terdapat golongan Cina yang telah
berasimilasi dengan baik walaupun tidak sepenuhnya. Lihat sahaja Baba dan
Nyonya dan orang-orang Cina di Kelantan. Itu contoh asimilasi baik biarkan
hanya separuh jalan. Mereka mengambil budaya Melayu tetapi tidak kepada agama
orang-orang Melayu. Tiada siapa akan mempertikaikan tahap tinggi keupayaan
mereka berasimilasi dengan budaya masyarakat Melayu.
Malang sekali, mereka-mereka yang mampu berasimilasi sebagaimana
kumpulan Baba dan Nyonya, golongan Chettiar serta orang-orang Cina Kelantan, mereka
tergolong dalam kalangan gelombang kedatangan kumpulan orang-orang Cina yang
sudah berusia ratusan tahun lamanya.
Professor Wang Gung Wu, menulis sesuatu tentang
gelombang-gelombang kedatangan pendatang dari Cina selepas kurun ke 18. Beliau
menulisnya di dalam sebuah buku yang diberikan tajuk, “China and the Chinese
Oversea”.
Beliau membahagikan kedatangan orang-orang Cina selepas
kurun ke 18 kepada empat kumpulan gelombang kemasukan pendatang.
1.
Gelombang Huashang
Gelombang Huashang ini merupakan
gelombang kemasukan golongan saudagar, peniaga dan pekerja mahir Cina.
Mereka-mereka ini kemudiannya menetap di Semenanjung Tanah Melayu yang
kemudiannya membawa masuk ahli-ahli keluarga serta kenalan-kenalan mereka yang
mempunyai kemahiran yang lebih rendah daripada mereka untuk berkhidmat kepada
mereka di Tanah Melayu. Kebanyakannya berkait dengan industri perlombongan yang
sedang berkembang pesat pada ketika itu. Perkembangan ini menyebabkan berlakunya
perkembangan perniagaan yang seterusnya menjadikan industri itu sebagai
industri yang sangat dahagakan tenaga buruh.
Selepas satu atau dua generasi, mereka
mula berkeluarga dan menetap di negara-negara Asia Tenggara termasuk Tanah
Melayu. Bagi keluarga-keluarga yang berjaya dan kaya, mereka sedaya upaya akan
mengekalkan identiti kecinaan mereka. Bagi yang kurang berjaya dan hidup di
dalam lingkungan tekanan politik dan keadaan semasa serta setempat,
mereka-mereka ini akan meninggalkan identiti Cina mereka dan mengambil identiti
setempat untuk berasimilasi.
Pada ketika ini, pendudukan
mereka di Tanah Melayu dan negara-negara Asia Tenggara, dianggap sebagai satu
bentuk qiao. Qiao membawa pengertian
pemastautinan sementara yang jauh dari negara mereka yang asal. Ia mengambil
sempena satu tradisi lama di mana etnik Han keluar dan menetap di dalam
daerah-daerah minoriti di Yunnan, Guizhou, Guangxi dan Taiwan. Mereka menetap
diluar dari daerah asal mereka tetapi masih lagi di dalam kawasan yang berada
di bawah naungan China.
Mereka-mereka yang terlibat di
dalam gelombang ini, mengekalkan pendaftaran (jiguan) mereka dengan daerah/negara asal dan tidak mempunyai
apa-apa pendaftaran rasmi dengan daerah/negara di mana mereka tinggal (ruji). Mereka memerlukan perhubungan
dengan daerah/negara asal supaya mereka dapat mengekalkan hubungan perdagangan
untuk bergenarasi lamanya.
Ini merupakan satu bentuk
gelombang kemasukan yang dilihat wujud sebelum 1850.
2.
Gelombang
Huagong
Gelombang Huagong (gelombang kuli
Cina) ini merupakan gelombang kemasukan golongan miskin, petani dan buruh yang
tidak mempunyai tanah di China. Gelombang ini berlaku serentak dengan fenomena Gold Rush di Amerika dan Australia.
Gelombang ini melibatkan kemasukan buruh-buruh kasar dari China yang terikat
dengan kontrak-kontrak perkhidmatan.
Gelombang ini tidak menyaksikan
kemasukan pendatang dari China dengan tujuan untuk menetap di tanah sementara
mereka. Mereka ini kemudiannya pulan beramai-ramai ke negara asal setelah
kontrak perkhidmatan mereka tamat.
Ia sebuah gelombang yang berlaku
secara signifikan di Amerika, Australia dan turut berlaku di Semenanjung Tanah
Melayu.
3.
Gelombang Huaqiao
Gelombang Huaqiao (pemastautin
Cina) ini merupakan gelombang kemasukan golongan yang membawa kesedaran
ideologi serta pembudayaan semula masyarakat Cina untuk kembali setia kepada
negara China. Kebanyakan daripada mereka-mereka ini merupakan pendidik,
guru-guru, aktivis-aktivis politik dan penggerak-penggreak kesedaran yang
dihantar ke negara-negara di mana orang-orang Cina dari gelombang Huagong dan
Huashing bermastautin.
Mereka-mereka ini memasuki
negara-negara di Asia Tenggara untuk membimbing semula rasa setia kepada negara
China. Negara China pada ketika itu sedang cuba membuka pintunya kepada dunia
luar. Mereka memerlukan bantuan dari segi keupayaan intelektual, kemahiran
berniaga serta ekonomi dan sumbangan dana dari luar. Disebabkan
keperluan-keperluan ini, maka generasi-generasi golongan Cina yang telah
berjaya di luar negara, menjadi sasaran mereka untuk membawa kembali kemahiran
serta kekayaan mereka untuk turut sama membangunkan China.
Pada masa itu, kesedaran politik
ditebarkan kepada orang-orang Cina yang berada diluar dari China bahawa mereka
adalah rakyat kepada takhta Dinasti Qing. Ia sekaligus menafikan kedudukan
mereka sebagai subjek kepada Kolonial Belanda dan Inggeris. Ini menimbulkan perasaan
tidak senang sesetengah pihak. Tanggapan ini juga membolehkan pemerintah China
pada waktu itu mempunyai kuasa perundangan ke atas semua ‘rakyatnya’ yang
berada di luar China. Hak-hak pemerintah China ini termasuklah peranan masuk
campur di negara-negara di mana pendatang-pendatang Cina ini bermastautin untuk
memastikan tiada negara memberikan perlindungan kepada ‘pemberontak-pemberontak’
kerajaan China seperti Kang Youwei dan Sun-Yat Sen.
Gelombang ini menumpukan
perhatian kepada agenda Nasionalis China. Guru-guru, wartawan, pegawai rasmi,
pekerja parti dan sejumlah besar golongan intelektual yang dibentuk di bawah
sistem Cina dihantar secara bertali arus bagi mencapai maksud itu. Mana-mana
golongan Cina dari gelombang Huagong dan Huashang yang dilihat telah
berasimilasi dengan budaya tempatan, akan cuba didekati dan dicinakan kembali.
Gerakan re-sinicize (pencinaan semula) digerakkan. Ia bagi mencapai tujuan
untuk memastikan generasi orang-orang Cina di luar Cina dan generasi anak cucu
mereka mempunyai kesetiaan yang tinggi kepada negara China dan tidak memutuskan
hubungan mereka dengan negara tersebut.
Professor Wang Gung Wu
kemudiannya menulis perkara berikut :
Thus this pattern had at its centre a deep commitment to education in
the Chinese language and willingness to help and encourage all Overseas Chinese
to do battle with local authorities, whether colonial or nationalist, on behalf
of that education. It was a pattern that was dominant until the 1950s and some
aspects of it have survived up till this day. 2
4.
Gelombang Huayi
Gelombang Huaqiao (keturunan dan
generasi baru pendatang dan penghijrahan semula orang-orang Cina).
Ketiga-tiga gelombang pendatang
Cina sebelum ini iaitu Huashang, Huagong, dan Huaqiao, menghasilkan generasi Cina
yang dilahirkan serta dinaturalisasi di negara-negara di luar Cina.
Gelombang Huayi ialah satu
gelombang yang baharu sahaja berlaku bermula empat dekad lepas. Ia menyaksikan
gelombang penghijrahan keluar orang-orang Cina dari negara di mana mereka
bermastautin, ke negara-negara baru yang tertumpu di Eropah, Amerika dan
Autralia.
Dengan sifat kecinaan yang telah
berkurangan kepada golongan ini, maka kemasukan mereka ke dalam negara-negara
baru di Eropah, Amerika dan Australia menjadi lebih mudah. Integrasi antara
diri mereka dengan pendudukan berserta polisi-polisi tempatan adalah lebih mudah
untuk golongan ini mengikutinya. Kebanyakan daripada mereka di dalam generasi
kedua dan ketiga fasih bahasa tempatan ditempat mana mereka bermastautin kini.
Mencinakan Semula Orang Cina
Inilah gelombang Huayi yang
disebutkan Professor Wang Gung Wu.
Melihat semua gelombang ini dan
membandingkan dengan perkembangan yang sedang berlaku disekeliling kita, kita
mampu melihat bahawa gelombang Huaqiao telah berjaya membawa satu polisi untuk
mencinakan semula orang-orang Cina di Malaysia ini. Malah Baba dan Nyonya juga
tidak terkecuali.
Kita melihat satu trend dan
keadaan di mana majority dari orang-orang Cina tempatan masih gagal untuk
menguasai bahasa Kebangsaan. Percakapan mereka masih pelat. Mahkamah masih
memerlukan kumpulan penterjemah untuk membaca pertuduhan kepada sebahagian besar
daripada mereka. Jika keadaan ini berlaku di tahun 1960-an, kita akan faham
kerana negara kita baharu sahaja merdeka dan golongan pendatang tidak kira apa
sahaja bangsa mereka, baharu sahaja diterima sebagai rakyat Malaysia.
Tetapi malangnya, kita sedang
berbicara tentang perkara yang sama di dalam dekad pertama millennium terbaru.
Negara sudah hampir 60 tahun merdeka. Mungkin sudah wujud generasi ke empat dan
kelima sesudah generasi merdeka. Tetapi, mengapa keupayaan untuk berbahasa di
dalam bahasa kebangsaan masih merupakan satu isu yang masih gagal ditangani
dengan baik oleh kelompok-kelompok bangsa tertentu?
Apakah ia berpunca dari isolasi
diri mereka dari pergaulan seharian antara masyarakat berbilang bangsa? Apakah
sistem persekolahan berorientasikan perkauman di negara ini yang menjadi
puncanya? Yang jelas, ada pihak mahu keadaan ini tidak berubah demi cita-cita
politik sempit mereka.
Keadaan ini perlu diubah. Untuk mengubahnya memerlukan kekuatan. Untuk mendapatkan kekuatan, pemerintah harus mendapat mandate yang sangat kuat dan sokongan yang sangat besar daripada golongan yang tahu menghormati Bahasa Kebangsaan. Persoalannya, mampukah kita membantu pemerintah untuk mencapai apa yang telah berjaya dicapai oleh Indonesia berkenaan penghormatan terhadapBahasa Kebangsaan mereka?
Keadaan ini perlu diubah. Untuk mengubahnya memerlukan kekuatan. Untuk mendapatkan kekuatan, pemerintah harus mendapat mandate yang sangat kuat dan sokongan yang sangat besar daripada golongan yang tahu menghormati Bahasa Kebangsaan. Persoalannya, mampukah kita membantu pemerintah untuk mencapai apa yang telah berjaya dicapai oleh Indonesia berkenaan penghormatan terhadapBahasa Kebangsaan mereka?
Tanya diri kita sendiri, kerana
kitalah yang menjadi punca ia tidak dapat dilaksanakan. Jika kita mampu
bersatu, tiada apa yang mampu menghalang usaha-usaha memperkasakan bahasa
Kebangsaan. Asimilasi juga tidak akan lagi menjadi subjek pertikaian di
mana-mana tempat. Bersama kita bergerak ke arah itu.
Rujukan :
1)
Wang Gung Wu, China And The Chinese Overseas (1991), Times Academic Press, m/s 4
-12
2) Ibid, m/s 8.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.