Tuesday, April 29, 2014

Fikir Dahulu Sebelum Bakar Jambatan

0
Oleh : Imran Haaz

Lee Kam Hing, di dalam eseinya yang bertajuk The Political Position of The Chinese in Post Independence Malaysia menulis tentang perkara berikut.

The occasions of serious racial tension and even violence in Malaysia have occurred not when there is DAP-UMNO dispute, but rather when relations between UMNO-MCA were under severe stress. This was the case in 1959 when UMNO rejected the two demands of MCA; in 1969 when the MCA withdrew from the government, and in 1987 when the MCA joined the DAP and Gerakan in the Tien Hou Temple meeting.1

Eseinya dimuatkan di dalam sebuah buku bertajuk The Chinese Diaspora : Selected Essays II, yang disunting oleh Wang Li-Chi dan Prof. Wang Gung Wu.

 Apabila relevansi kewujudan MCA sebagai suara politik mewakili orang Cina di Malaysia menjadi reput, maka akan berlakulah tindakan dari parti ini melakukan satu tindakan untuk memberikan rejuvenasi kepada rupa dan perjuangan mereka. Kebiasaannya, pertembungan antara Melayu Islam dan Cina akan dijadikan modal untuk survival politik golongan tertentu.

Menanggung Biawak Hidup?
Situasi sekarang ini, MCA dan Gerakan bukan hanya tidak lagi relevan di dalam scenario politik tempatan, malah orang-orang Cina sendiri menolak mereka secara keseluruhannya. Mereka kini menjadi satu beban kepada UMNO di dalam Barisan Nasional. Hidup segan mati tak mahu dan ibarat menanggung biawak hidup dalam kata pepatah Melayu.

Status sebagai sesuatu yang tidak lagi relevan di dalam dan di luar Barisan Nasional adalah sesuatu yang terlalu meresahkan. Sesuatu perlu dilakukan untuk menunjukkan peri pentingnya kewujudan mereka di dalam arena politik tempatan. Tetapi bagaimana caranya?

Resam DAP
Mereka melihat sokongan Cina kepada DAP bergerak secara deras. Mereka melihat orang-orang Cina percaya bahawa masa depan politik orang-orang Cina di Malaysia lebih terang dan cerah di bawah DAP. Lalu mereka cuba mengkaji sebabnya.

Sebabnya mudah, orang-orang Cina melihat DAP sebagai sebuah parti dominan di dalam Pakatan Rakyat. Tidak seperti MCA dan Gerakan yang dilhat mereka sebagai lackey dan running dogs untuk UMNO. Orang-orang Cina melihat DAP dapat menundukkan entity-entiti politik melayu di dalam gabungan parti politik mereka. PAS dan PKR dilihat mereka terbirit najis hijau dipijak-pijak DAP dalam semua hal.

Lalu ini dijadikan indikasi dan ukuran yang menunjukkan siapa yang perlu orang-orang Cina sokong di dalam hala tuju politik Malaysia. Ini kali pertama bagi mereka melihat satu harapan baru di mana terdapat gerakan politik di mana suara Cina adalah dominan dalam harapan menuju puncak kuasa. Indikasi ini seterusnya dijadikan inspirasi untuk memulakan gerakan memperhidupkan semula parti mereka yang hidup segan mati tak mahu.

Lalu apa sahaja yang Melayu dan Islam di dalam negara ini akan dijadikan karung tinju. Meninju isu-isu tersebut, seolah bagi mereka, akan membuka mata orang-orang Cina bahawa MCA dan Gerakan juga berupaya bangkit menentang UMNO dan gerakan Islam dan Melayu negara ini. Tindakan ini bagi mereka, sekurang-kurangnya dapat membuat satu bentuk facelift kepada rupa gerakan mereka yang selama ini dikategorikan oleh orang-orang Cina sebagai suara cengkerik Cina di dalam Barisan Nasional.

Suntikan Rejuvenasi
Sejak Kelantan mahu menyahut seruan membentangkan Undang-Undang Islam untuk dilaksanakan di Kelantan, maka MCA dan Gerakan melihat ini sebagai satu peluang untuk meremajakan semua ruh perjuangan suara Cina dan bukan Islam di dalam fosil bernama MCA dan Gerakan tersebut.

Masing-masing dari kedua entiti ersebut sibuk dan berebut-rebut mencari seluar dalam merah untuk dipakai diluar. Masing-masing mahu menjadi superhero. Mereka fikir dengan bersuara deras, keras dan kuat menentang usaha Kerajaan Kelantan ini, mereka akan di dengari dan dilihat sebagai superhero baru orang-orang Cina. Lupakan Tony Wong dan watak-watak keperwiraan di dalam komik-komiknya. Ini superhero baru yang baharu mendapat semangat dan bahan untuk melonjakkan imej keperwiraan mereka.

Lalu keluarlah berita-berita seperti di bawah sebagai usaha mereka meremajakan ruh perjuangan mereka dengan meninju isu-isu hudud.

Tidak Tahu Menghormati Demokrasi
Bukan hanya mengkritik, malah sehingga ke tahap mahu melakukan tindakan fizikal melampau menghalang hak kebebasan bersuara di Parlimen yang diiktiraf di dalam Perlembagaan Persekutuan. Berita ini jika benar, maka jelaslah MCA itu tidak tahu menghormati hak kebebasan bersuara di dalam sebuah negara demokrasi.



Subsidi Kuasa
Tetapi superhero-superhero ini sering terlupa. MCA dan Gerakan mudah lupa. Mereka berpaut pada kerusi-kerusi Parlimen yang masih berbaki pada hari ini ialah kerana orang-orang Melayu sudi memberikan tongkat besar dalam bentuk subsidi kuasa dalam bentuk undi pada mereka. Apa mereka fikir orang-orang Melayu Islam itu pekak, buta dan bisu dan tidak terasa hati dengan segala perkataan dan tindakan mereka lewat beberapa minggu ini dengan menghina sisi Undang-Undang Islam sesuka hati mereka?

Orang-orang Melayu Islam sudah lama membuang DAP. Kecuali mereka-mereka yang beriman dengan rukun Iman ke tujuh. Beriman dengan dengan Kitab Jingga dan menolak semua rukun iman yang lain. MCA dan Gerakan juga akan ditongsampahkan tidak lama lagi jika mahu kekal bermain sentimen ini.

Tolong sedar diri. Dengan hanya mempunyai 25% jumlah penduduk di Malaysia, tanpa sokongan orang Melayu Islam, kewujudan terlalu banyak entiti politik untuk mewakili orang-orang Cina akan menyebabkan berlakunya lebihan penawaran melebihi permintaan.

Apabila penawaran melebihi permintaan, maka ia bermakna nilai beberapa entiti politik tersebut akan jatuh merudum disebabkan persaingan harga khidmat. Jika mahu MCA dan Gerakan terus wujud melebihi sedekad lagi, sila pastikan setiap tutur kata dan tindakan itu mesti beralaskan semangat Perlembagaan yang menyatakan dengan jelas bahawa agama bagi Persekutuan ini ialah Islam. Jika tidak tahu menghormati perkara ini, ucapkan selamat tinggal kepada dunia politik.  

Apa Lagi Muslim Mahu?
Jika terus mahu membakar jambatan hubungan toleransi kaum di sini, bagaimana jika orang-orang Islam di sini menuntut tempat majoriti Melayu Islam harus dikembalikan kepada calon-calon Melayu Islam? Tidak perlu bertanya kenapa, bukankah kamu sendiri yang membakar jambatan toleransi ini dengan sikap dan penghinaan kamu ke atas Islam. Menghina Islam bermakna menghina Persekutuan negara ini. Menghina Persekutuan bermakna menghina Perlembagaan negara.

Bagaimana jika kami mahukan semua subsidi dan tongkat kuasa ini dihentikan sama sekali. Suka? Itulah yang akan kami mahu tuntut bermula sekarang.

Kami mahu semua amalan memberi tongkat dan subsidi kuasa ini dihentikan segera. Period!

Jika kamu boleh bercakap tentang kerusi milik kamu di Gelang Patah, kenapa kami sebagai majoriti di sini tidak boleh berbicara dengan nada serupa?




Rujukan :

1.       Lee Kam Hing, The Political Position of The Chinese in Pos- Independence Malaysia, The Chinese Diaspora : Selected Essays II edited by Wang Li Chi & Wang Gung Wu, (1998), Times Acedemic Press, Singapore, m/s 48.

 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.


Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: