oleh : Imran Haaz
Pagi ini, 1 April 2014. Apa ada dengan 1 April 2014? April
Fool? Masih ada lagikah manusia terperangkap dengan set pemikiran lama, jumud, kuno,
tidak bertamadun bermain-main dengan April Fool pagi ini? Tolonglah hentikan
budaya import yang memualkan itu. Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian. Masa kita semakin suntuk. Kita meminjam masa daripada peruntukan
hayat yang Allah berikan kepada kita. Ia tidak pernah bertambah, malah saban
waktu semakin berkurangan. Membaca perenggan ini sahaja, kita telah mencabut
beberapa saat daripada takungan hayat yang masih berbaki. Hanya jika kita dapat
melihat baki hayat sepertimana baki masa yang tinggal di dalam jam pasir, tentu
sahaja kita tidak akan berebut-rebut membuang masa. Kita tidak akan
berebut-rebut bergaduh sesama sendiri. Kita kitak akan berebut-rebut, mengejar
dunia yang menjauhkan kita semua dari akhirat.
1 April 2014 Di
Brunei Darussalam
1 April 2014, di Brunei disambut dengan satu berita paling gembira.
Hari ini, sahabat-sahabat kita di Brunei, bakal mula menjalani kehidupan di bawah sistem
perundangan yang menurut kepada sistem perundangan yang Allah tetapkan. Bulan April ini ini, hukum
hudud dan Qisas akan dilaksanakan di sana. Segala Puji Bagi Allah. Brunei
tidak membuang masa. Tetapi Brunei tidak mempunyai masalah seperti masalah yang
sedang dihadapi kita. Brunei tidak mempunyai masyarakat Islam yang berpecah
teruk. Brunei tidak mempunyai kumpulan kafir harbi yang mendapat cop-cop halal
dari manusia-manusia yang memakaikan diri sebagai ahli syurga tanpa hisab yang
menghalalkan segala kebejatan perancangan mereka. Brunei tidak mempunyai
manusia-manusia berpakaian agama yang menyembah peti-peti undi.
Ada sesuatu yang menarik tentang Perintah Kanun Hukuman Jenayah
Syariah Brunei 2013. Seorang sahabat dari Brunei, menamakan dirinya Allin
Artline, berusaha mendapatkan salinan Warta Kerajaan Brunei tersebut untuk saya
tahun lepas selepas Sultan Brunei mengumumkan perancangan melaksanakan Hukum
Islam di sana. Penulisan ini mungkin tidak dapat dilengkapkan tanpa bantuannya
setahun yang lalu.
Apa yang menarik tentang Perintah Kanun Hukuman Jenayah
Syariah Brunei 2013 (HJSB)? Di dalam HJSB terdapat Jadual Kelima. Jadual Kelima
tersebut ialah mengenai Perkataan-Perkataan Yang Tidak Boleh Digunakan
Berkaitan Dengan Ugama Selain Dari Ugama Islam.
Jadual kelima tersebut memperuntukkan 35 perkataan yang
tidak boleh digunakan sebagai kaitan agama selain dari agama Islam termasuk
nama Allah, al Qur’an, azan, Baitullah, Firman Allah, Haji dan termasuk Ilahi
dan perkataan lain selebihnya. Lihat printshot di bawah :
Sangat menarik apabila pelaksanaan HJSB turut menekankan
kepada larangan penggunaan perkataan-perkatan tersebut daripada digunakan oleh
bukan Islam sebagai merujuk dan disalahguna di dalam agama mereka.
1 April 2014,
Malaysia Darul Nasrani?
Pagi ini, kopi saya tidak sesedap semalam. Satu berita
dimuatkan di dalam akhbar The Sun bertarikh 1 April 2014. Semua Bible yang
dirampas JAIS dikatakan akan dikembalikan. Tidak pasti di atas alasan apa ia
mahu dikembalikan. Laporan tersebut menekankan tindakan JAIS itu sebagai
melanggar serta tidak menghormati Solusi 10 Perkara.
Solusi 10 Perkara kini telah diangkat menjadi undang-undang
tertinggi negara. Tidak apa jika berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tidak apa jika berlawanan dengan Undang-undang negeri yang dibentuk melalui
peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Tidak apa menyanggahi Titah Yang di
Pertuan Agong dan Sultan-Sultan negeri yang bertanggungjawab untuk memastikan kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri mematuhi peruntukan undang-undang yang telah
diwarta. Tetapi, jangan sesekali melanggar dan berlawan dengan Solusi 10
Perkara. Itu telah menjadi siulan mereka seolan-olah Solusi 10 Perkara tersebut
merupakan Undang-Undang Tertinggi Negara.
JAIS dikecam sebelum ini kerana tidak mematuhi Solusi 10
Perkara. Hampir seluruh organ di dalam kerajaan negeri tersebut mengecam JAIS
karana menjalankan peranannya sebagaimana mereka telah dipertanggungjawabkan
oleh undang-undang untuk menjalankannya.
Yang pelik, di dalam organ kerajaan negeri tersebut terdapat kumpulan manusia yang mendakwa hanya
dengan mereka undang-undang Syariah Islam akan tertubuh di bumi penuh berkat
ini. Bagaimana mungkin kita mahu percaya? Untuk mempertahankan nama Allah
daripada dihinakan pun jenuh mereka bersilat lidah dan tewas dipermulaan
permainan. Untuk mempertahankan nama Allah daripada dihinakan pun jenuh mereka
menyembunyikan serta memadamkan ayat-ayat al Qur’an demi menjaga hati dan
perasaan potential voters mereka dari
manusia-manusia kafir di kalangan ahli kitab.
Untuk mempertahankan nama Allah pun mereka tidak mahu dan
mampu, apakah manusia dengan set pemikiran rasional mampu untuk percaya bahawa mereka
dapat mempertahankan hukuman sebat untuk penzina dan mati untuk golongan murtad
bila undang-undang syariah Islam yang bakal tertegak nanti?
Isu nama Allah ini adalah ujian kecil untuk menunjukkan
kemampuan mereka untuk dilihat sebagai layak membawa tanggungjawab berat ini
menegakkan undang-undang Islam di sini. Jika Brunei Darus Salam pada hari ini
menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjalankan hukum Allah tanpa membiarkan
nama Allah dihinakan terlepas, bagaimana mungkin mereka-mereka ini dapat
menegakkannya sedangkan untuk mempertahankan kesucian nama Allah dalam satu
perjuangan yang mudah pun mereka gagal untuk melakukannya.
Semoga matahati kita semua terbuka untuk melihat semua ini.
Semoga matahati kita semua terbuka untuk melihat semua ini.
Allah jua sebaik-baik pelindung untuk kita semua ketika
Fasad kejahatan Yakjuj dan Makjuj menerpa masuk ke bumi penuh berkat ini.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.