Wednesday, March 5, 2014

Bodoh Di Mata Siti Itu Lebih Baik Dari Bodoh Pada Pandangan Allah

0
Oleh : Imran Haaz

Sekali lagi sejumlah umat Islam berebut-berebut memenuhi tempat di hadapan Istana Keadilan Malaysia. Antara mereka, mereka hanya kenal satu dua orang lain sesama mereka. Ada diantara mereka meninggalkan pekerjaan, pelajaran, keluarga serta urusan Tetapi, antara semua mereka, mereka tahu apa yang tekandung di dalam lubuk hati saudara-saudara sesama Islam yang berkumpul bersama mereka di situ.

Tujuan mereka hanya satu. Mereka ingin hadir di hadapan Allah selepas kiamat nanti, diiktiraf sebagai sekumpulan muda mudi yang bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Bukan semuanya muda di situ. Tetapi diakhirat nanti, semuanya muda. Yang lebih tua, juga banyak pahala mereka kerana bermujahadah menggagahi kudrat. Yang muda, juga banyak pahala mereka, kerana kudrat mereka digunakan untuk menundukkan nafsu. Boleh sahaja mereka melepak di mana-mana membuang masa. Boleh sahaja mereka sibuk dengan hiburan dunia dan segala-galanya. Tetapi, hari ini, mereka memilih untuk bersama-sama dengan orang-orang yang tidak dikenali mereka. Bertemu dan berpisah hanya semata-mata kerana Allah.




Lalu, ada di antara mereka mula tertanya-tanya di dalam hati. Benarkah kami di atas landasan perjuangan mempertahankan kesucian nama Allah ini? Apakah Allah akan menerima usaha kami ini dan memandang kami ini ikhlas di atas perjuangan kecil ini? 


Tiada Nabi dan Rasul di antara mereka untuk mengirimkan salam Allah kepada mereka. Tiada Nabi dan Rasul yang ada bersama mereka untuk menyatakan bahawa Malaikat Allah bersama seisi langit dan bumi mendoakan keselamatan dan kebahagian untuk mereka. Untungnya generasi para sahabat bilamana setiap langkah dan usaha mereka yang ikhlas secara segera terkadangnya dipuji Allah dan dikirimkan berita pujian itu melalui lisan Rasulullah s.a.w. Bukan sedikit Abu Bakar r.a. dipuji Allah secara terus. Bukan sedikit Umar al Kattab r.a. dipuji Allah melalui lisan RasulNya. Bukan sedikit Usman bin Affan r.a. , Ali Abi Talib k.r.m dan generasi sahabat r.a. dipuji Allah secara terus dan langsung bilamana apa yang diusahakan mereka itu ikhlas dinilaikan Allah.

Bagaimana pula dengan kita. Benarkah kita tidak tahu tentang redha Allah serta bantuan Allah ke atas kita hanya kerana tiada lagi Nabi dan Rasul bersama kita?

Ketika kita merintih kerana diuji dan dihina oleh manusia-manusia yang melontarkan segala macam bentuk penghinaan ke atas kita, kita berharap agar kita dekat dengan berita yang memberitahu bahawa Allah sedang bersama kita, memerhati kita dan menilaikan kita ikhlas kerana berjuang keranaNya. Kita merintih kerana terlalu rindu akan endorsemen dari Allah. Tetapi, apakah kita fikir Allah membiarkan kita tertanya-tanya tentang apa nilai kita di sini Allah di dalam perjuangan ini?

Jika mata hati kita hidup, kita akan melihat bagaimana Allah memberikan endorsemen kepada kita melalui perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Allah berbicara dengan kita, tetapi malangnya mata hati kita masih lagi tumpul untuk nampak.

Pada saat kita tertanya-tanya, apa nilai kita di sisi Allah dalam perjuangan ini, lantas Allah menghantar Siti Kassim untuk memberi endorsemen Allah kepada kita semua bahawa kita ini sedang dipuji Allah melalui penghinaan Siti Kassim. Siti Kassim tidak mendengarnya, kerana mungkin dia summun, dia juga mungkin bukmun malah sudah tentunya dia mungkin umyun.

Siti Kassim merasakan bahawa dia bijak kerana menggelarkan umat Islam sebagai bodoh kerana memperjuangkan kesucian kalimah Allah. Tetapi, apa yang Siti Kassim tidak tahu bahawa setiap pergerakannya berlaku kerana Allah telah mengizinkannya berlaku. Apakah Allah akan membiarkan hamba-hambaNya yang ikhlas berjuang di jalanNya dihinakan dengan begitu selamba?

Tidak sahabat-sahabat. Terangkan lagi matahati, In Sya Allah kita akan nampak bahawa Siti Kassim sedang dihinakan Allah melalui lisan dan perbuatannya sendiri. Dalam masa yang sama, Allah menggunakan dirinya untuk memuji orang-orang Islam secara terus dari endorsemen Allah sendiri.

Bagaimana ini boleh berlaku? Bagaimana kita tahu bahawa Allah sedang memuji kita melalui endorsemen terbalik yang hanya boleh dilihat jika mata hati kita itu terang bercahaya?

Begini penjelasan saya untuk sahabat-sahabat yang ikhlas berjuang sebentar tadi. Saya tahu ada di antara tuan-tuan yang merindui endorsemen daripada Allah. Dan Allah telah mengirimkan endorsemenNya kepada tuan-tuan sebentar tadi tanpa ada sesiapa dari tuan-tuan menyedarinya.

Kita membaca al Qur’an setiap hari, sayanglah jika sampai hari ini kita belum mempunyai keupayaan untuk menyedari cara Allah berkomunikasi sehari-hari dengan kita. Setiap hari Dia menyampaikan sesuatu kepada kita. Dia memuji kita. Dia menegur kita. Dia menghalang kita. Dia menggalakkan kita. Dia memarahi kita. Dia memujuk kita. Tetapi mata hati kita terlalu tumpul untuk memahami segalanya disekeliling kita sebagai bahasa komunikasi Allah dengan hamba-hambaNya.

Kapten Amerika dibelakangnya. Patutlah dia berani.
Apabila Siti Kassim menghina umat Islam di depan mahkamah sebagai bodoh, dia yang sebenarnya sedang dihinakan Allah. Masih ingat dengan antara permulaan surah Al Baqarah bermula ayat 8 hingga 20. Permulaan surah al Baqarah bermula ayat satu hingga 20 membahagikan manusia kepada tiga kelas. Ayat 1 hingga 5, merujuk kepada orang-orang yang beriman. Ayat 6 ke 7 merujuk golongan kafir. Ayat 8 hingga 20 merujuk kepada kumpulan munafik. Bacalah petikan ayat 8 hingga 20 di bawah :

Al Bqarah ayat 8 hingga 20

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman", dan manakala mereka kembali kepada Syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: "Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

Allah (membalas) memperolok-olok mereka, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan pertunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh pertunjuk hidayah.

Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
 
Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).

Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.

Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (20)

Apakah perkara yang lebih menghinakan bagi seorang musuh kepada perjuangan Islam bilamana dirinya digunakan oleh Allah untuk mengirimkan endorsemen bahawa Allah menyintai mereka melalui kata-kata buruk yang disangkanya dilemparkan untuk menyakitkan hati mereka?

Bukankah Allah telah menerangkan kepada kita bahawa ini semua akan berlaku, telah berlaku dan sedang berlaku kepada hamba-hambaNya yang ikhlas berjuang dijalan Allah. Mereka akan digelarkan dengan gelaran bodoh dan pelbagai gelaran yang menghinakan yang lain. Tidak perlu bergundah gulana kerana Allah menyatakan bukanlah umat-umat Islam yang ikhlas berjuang dijalanNya itu yang bodoh, malah yang menghina umat Islam sebagai bodoh-lah yang sebenar-benarnya manusia yang bodoh.


Mungkin Mereka Mengharap Syafaat Kit Siang?


Tidak terhina pun seorang manusia jika manusia lain mengatakan dirinya bodoh. Tetapi amatlah hina jika diri sendiri digunakan oleh Allah untuk mencerca manusia lain sebagai bodoh tetapi dalam masa yang sama, Allah sendiri menyatakan orang yang mengeluarkan perkataan bodoh itulah yang paling bodoh.

Hidupkan mata hati.. In Sya Allah kita akan sedar dan nampak bagaimana Allah berkomunikasi dengan kita. Hanya yang summun, bukmun dan umyun sahaja yang kekal terbuai dalam agenda buruk dan hati busuk mereka.

سُبْØ­َان اللهِ Ùˆَ الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ Ùˆَ لآ اِلهَ اِÙ„ّا اللّÙ‡ُ، Ùˆَ اللّÙ‡ُ اَÙƒْبَرُ Ùˆَلا Ø­َÙˆْÙ„َ Ùˆَلاَ Ù‚ُÙˆَّØ© ِ الَّا بِاللّÙ‡ِ الْعَÙ„ِÙ‰ّ الْعَظِÙŠْÙ…

Tuan-tuan telah dipuji Allah tanpa tuan-tuan sedar. Betapa cemburunya sesiapa yang tidak berada di sana jika mereka mengetahui tentang perkara ini… lebih malang lagi bagi mana-mana insan yang mendakwa diri pewaris nabi tetapi sibuk keluar masuk gereja mengharapkan pujian manusia jika mata hatinya dapat melihat nikmat hamburan makian Siti Kassim ini ialah endorsemen Allah untuk tuan-tuan sebentar tadi..

Siti Kassim menyuruh kita merujuk al Qur’an. Apabila kita merujuknya, nyata dia sedang diperolok-olokkan oleh Allah. Terus istiqamah tuan-tuan. Mereka sekarang ini bagai cacing kerawit sedang kepanasan di dalam kolon berkanser.


  © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: