Wednesday, June 19, 2013

Malaysia, Selat Melaka dan Tokong Demokrasi Amerika

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Penulisan sebelum ini, membawa kepada perhatian pengunjung blog ini dengan kisah De-Ja-VU cita-cita hegemoni Tokong Demokrasi Amerika dan apa yang telah diperbuat mereka dengan Panama dan Noriega.

Pada kali ini, kita melihat pula mengenai kedudukan Malaysia sebagai negara yang dilihat dekat dan mempunyai penguasaan ke atas laluan Selat Melaka dan akses kepada sumber mineral yang diprojeksi sebagai banyak di Laut China Selatan.

Sebelum ini, sebahagian daripada penulisan ini ditulis di dalam akaun facebook saya bermula dari sebuah video yang dikongsi oleh salah seorang sahabat yang menamakan dirinya Allin Artline.

Ia berkisar mengenai peristiwa tembakan rambang yang membunuh pelajar-pelajar sekolah di Amerika. Lalu ia membawa bias ingatan untuk segera memikirkan tentang tragedi pengeboman acara marathon di Boston. Sebuah peristiwa yang disangsikan kebenarannya. Bukan jumlah kematian dan letupan tersebut yang disangsikan. Tetapi, apabila pihak berkuasa Tokong Demokrasi Amerika dengan cepat menuding jari kepada suspek Muslim dari Chechnya dan segala yang dilakukan penuh dengan operasi kelabu termasuk membunuh suspek sebelum dapat dibicarakan, tidak dapat tidak, kita akan kembali teringatkan operasi False Flag semasa pembunuhan John F. Kennedy dan September 11.



Ramai termasuk saksi utama pembunuhan JFK mati di dalam tempoh 1967 hingga 1976. Seolah kebenaran yang sebenar-benarnya cuba ditenggelamkan melalui jalan-jalan kematian ini. Banyak teori menyelubungi sebab kematian Irv Kupcinet, Grant Stockdale, Gary Underhill, Bill Hunter, Jim Koethe, Tom Howard, Mary Sherman, Mary Pinchot Meyer dan ramai lagi. Mereka-mereka ini merupakan orang-orang yang mempunyai kaitan dan hubungan jika tidak dengan JFK, mereka mempunyai hubungan dengan agensi-agensi yang dekat dengan plot-plot cerita yang memuncak dengan pembunuhan JFK. Ada di antara mereka merupakan sahabat kepada JFK, wartawan yang terlibat di dalam pemberitaan dan penyiasatan kes JFK, peguam, skandal dengan JFK, saintis yang terlibat dengan projek senjata biologi untuk membunuh Fidel Castro dan sebagainya.


Pembunuhan suspek pengeboman Boston berbangsa Chechen ini, memungkinkan kembali timbulnya prasangka ini kerana ia berlaku bukan sekali di dalam sejarah pengejaran cita-cita rahsia Tokong Demokrasi Amerika.

Begitu juga bilamana pengeboman ‘oleh orang Islam’ di Boston pada April 2013, disambut pula dengan kes pembunuhan tentera British di bawah langit terang benderang di UK pada Mei 2013 dan perkara yang hampir sama berlaku di Peranchis dalam masa yang hampir sama. Semuanya dikatakan dilakukan oleh revert Islam yang mensasarkan warga kulit pulit tempatan. Ia kembali mengingatkan kita dengan peristiwa 11 September  2011 yang kemudian disambut pula dengan peristiwa pengeboman Madrid pada 11 Mac 2004.




Kita melihat semua ini dengan sangsi perasaan yang mencengkam pada dasar yang dalam. Kita tahu bahawa sentimen Islamophobia agak kendur lewat ini di Eropah dan Amerika. Tokong Demokrasi Amerika memerlukan musuh. Ia supaya legitimasi kewujudannya sebagai polis dunia sentiasa ditagih. Musuh-musuh yang digeruni seumpama bateri yang mengecas kepada keperluan dunia barat untuk terus bergantung kepada Amerika dan sekutu-sekutunya. Selepas kejatuhan Russia dan berakhir perang dingin, mereka kehilangan sumber kekuatan ini. Lalu, musuh baru dicari. Islam menjadi sasaran utama. Sentimen Islamophobia diapi-apikan. Ia dilakukan sehingga hampir seluruh negara dengan paksi pemikiran barat, menjadi takut dengan segala apa yang Islam.

Lalu, Islamophobia yang kendur perlu ditegangkan kembali. Peristiwa yang berlaku di dalam modus operandi yang hampir sama di Amerika, UK dan Peranchis seperti di atas, seolah-olah menunjukkan, mereka ini mahu orang-orang barat kembali mengingati bahawa ‘Islam itu pengganas’. Ia supaya mereka menjauhi Islam dan memulaukan orang-orang Islam. Islam bagi mereka merupakan satu ancaman. Ini kerana ia pantas berkembang dan kini menguasai daerah-daerah tertentu di negara mereka. Perlahan-lahan daerah mereka semakin kecil ketika mereka memerangi umat Islam diseluruh dunia.

Video yang dikongsi sahabat tersebut di bawah, seolah membenarkan apa yang bermain difikiran mereka-mereka yang memerhati perkembangan ini dengan dekat. Michael Harris memberikan komen berkenaan kejadian tembakan rambang di sekolah-sekolah Amerika. Dia menyatakan Israel dan Zionis mempunyai kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan insiden-insiden seumpama itu.



Video ini seolah menunjukkan zaman 'tembok batu' sudah mula berbicara mendedahkan 'persembunyian Yahudi' semakin mula menjadi kenyataan. Jika dahulu, kritikan terbuka kepada Zionis dan Israel sebagai tangan-tangan terlindung di dalam beberapa kekacauan yang berlaku di dalam dunia tidak berani untuk disuarakan. Kini, ramai dari kalangan orang barat berani muncul untuk mempertikaikan serta menuding jari secara tepat kepada mereka.

Dalam mana-mana teori konspirasi, terdapat satu tolok mudah untuk mengetahui siapa pihak yang bertanggungjawab di sebalik semua operasi false flag yang dijalankan di seluruh dunia. Caranya sangat mudah.

"Pihak yang bertanggungjawab ialah pihak yang paling banyak mendapat untung dan manfaat di sebalik sesuatu tragedi itu,"



Satu kes contoh ialah pembunuhan JFK sepertimana yang telah disebut sekali lalu di atas. MichaelCollin Piper di dalam bukunya the Final Judgement, buku yang diharamkan di US, sebuah negara kebebasan bersuara, memetik kata-kata Prof. Scott yang menyatakan bahawa Mossad-lah yang bertanggungjawab sebagai pembunuh JFK. Ini kerana, JFK dilihat menjadi batu penghalang kepada 3 prkara yang Israel mahukan:

i) Mendapatkan teknologi senjata nuklear.
ii) Bantuan persenjataan berat dari Amerika.
iii) Meluaskan operatif CIA di Asia Tenggara.

JFK menghalang semua ini dari berlaku. Lalu, JFK dibunuh. Sebaik JFK dibunuh, Lyndon b. Johnson diangkat sebagai Presiden. Sebelum dia diangkat sebagai Presiden, LBJ, dilihat cuba merapatkan diri dengan Israel termasuk membuat kunjungan rasmi ke negara haram tersebut. LBJ menawarkan kepada Israel semua yang tidak ditawarkan JFK kepada mereka. Dengan kematian JFK, ia memberi peluang kepada LBJ untuk dipasang sebagai dummy (boneka) kepada Ventriloquist dari negara haram lagi binatang Israel. Lalu semua polisi JFK yang menjadi batu penghalang kepada keinginan Israel di atas, secara automatik berubah dan dibenarkan. Jadi. dalam kes pembunuhan JFK, kelihatan Israel-lah yang paling banyak mendapat manfaat. Oleh kerana itu, teori Prof. Scott bhw pihak yang bertanggungjawab ialah pihak yang paling banyak mendapat manfaat didapati menepati lojik penjelasan kenapa peristiwa itu berlaku.

Begitu juga dengan apa yang disebutkan di dalam video di atas. Bagi yang memerhati dengan akal, mereka akan menyedari bahawa tangan disebalik kuasa Israel berada di belakang semua ini. Bukanlah Israel itu yang berkuasa. Malah bukan juga presiden mereka. Yang menguasai dunia ialah Mossad. Mereka sanggup membunuh hatta Presiden mereka sendiri (Yitzhak Rabin) ketika melihat Yitzhak Rabin cenderung untuk berdamai dengan Palestin.

Bagaimana pula dengan Asia Tenggara. Hampir semua negara di dalam linkungan negara-negara yang terletak duduk di atas Pentas Sunda, berkelip terang di dalam radar operatif CIA dan Mossad. Mereka sudah bertapak lama di Malaysia. Sesetengah pemimpin-pemimpin tempatan telah dibentuk sejak kematian JFK bila operatif CIA dibenarkan masuk ke Asia tenggara bagi menyekat pengaruh blok komunis pada ketika itu. Mereka takut dengan teori domino. Sebuah teori yang mencipta bayang lalu penciptanya sendiri takut dengan bayang-bayang yang diciptakan. Seperti Tok Dalang yang ketakutan apabila melihat bebayang Wak Dogol bergerak-gerak pada layar ketika melakonkan cerita yang disampaikan sendiri.

Kini, operatif mereka menyasarkan pertukaran rejim untuk mengubah mana-mana kepimpinan negara-negara yang dilihat sebagai menjadi sekutu kepada China. China sekarang dilihat sebagai ancaman. Mereka perlu meruntuhkan China seperti mana mereka berjaya meruntuhkan Russia dalam perang dingin dulu.

Russia diruntuhkan dengan Mikhail Gorbachev yang diangkat secara sulit melalui operatif rahsia. Memperkenalkan dasar Perestroika (penstrukturan negara), Glasnost (keterbukaan) melalui reformasi kerajaan Russia.

Ditambah pula dengan pakatan antara US dan negara Arab untuk meningkat pengeluaran minyak bermula 13 Sept 1985 yang meruntuhkan harga pasaran sedunia. Perkara ini dikatakan antara punca awal yang merosakkan tiang-tiang kuasa yang menjadi penyokong Russia. Ini seperti apa yang dikatakan pemangku perdana menteri Russia satu ketika dulu, Yegor Gaidar.

Bila sahaja harga minyak sedunia jatuh, Russia tidak dapat lagi membantu Warsaw Pact yang menjadi tiang-tiang penyokong kewujudannya. Menambah parah lagi apabila mereka berterusan memerangi mujahidin Afghanistan. Perang Russia dengan Afghanistan ialah sebuah perjuangan yang merosakkan reputasi Russia yang selama ini dibangga-banggakan kerana pernah menang di dalam medan-medan tempur sukar semasa perang dunia kedua, terutamanya Battle of Leningrad.

Kekalahan kepada mujahidin memberikan satu perasaan hilang bangga kepada negara di kalangan rakyat mereka. Patriotisme diruntuhkan. Hutang bertambah. Warsaw Pact yang merupakan negara-negara blok komunis eropah timur yang merupakan negara rakan dagang dan tiang-tiang penyokong Russia runtuh dan jatuh pada 1991. Runtuhnya Warsaw Pact, bermakna Russia berdiri terawang tanpa tiang. Akhirnya Russia runtuh melalui gerak kerja rahsia dan operatif rahsia seperti ini.

Kini China pula berada di dalam sasaran. China juga mempunyai tiang-tiang sokongan ala Warsaw Pact mereka sendiri. Negara-negara ini, digelarkan sebagai Ring of Pearls untuk China. Malaysia salah satu daripadanya. Malaysia penting kerana Selat Melaka dan rizab minyak dan gas yang dijumlahkan berbillion tong untuk minyak dan 900 trillion tong gas. Ring of Pearls ini perlu diruntuhkan melalui beberapa pilihan.

1) Pertukaran rejim (regime change) dengan meletakkan boneka (dummy) Amerika. Amerika, yang mengangkat dirinya sebagai Tokong Demokrasi akan mengarahkan dummy-nya untuk memanggungkan pelbagai sandiwara bagi mewujudkan ruang dan peluang supaya dummy bersama gerak kerjanya ini dapat memanjat puncak kuasa. Fitnah adalah senjata mereka.
Prinsip Goebbelsian, Thomas Theorem digunakan dengan meluas dalam menyebarluaskan fitnah. Tindakan mereka ini, sepertimana di dalam peribahasa Melayu menyebut, Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol.

2) Jika pertukaran rejim gagal, revolusi ala Arab spring akan dijalankan. Tunggu sahaja rekasaya False flag nanti.

3) Meletuskan perang di kawasan pasifik dengan mencucuk negara paling volatile, iaitu Korea Utara dan memanaskan kawasan ini dengan hasutan perubahan wilayah. 

Mereka telah merancang tentang ini. Jika tidak apa perlunya 50% kekuatan tentera laut Amerika ditempatkan di Asia Tenggara mulai 2012? 

Rujukan kepada ‘Ring of Pearls' ialah sepertimana yang disebutkan di dalam buku Will Hutton, "The Writing on The Wall : Why We Must Embrace China as a Partner of Face It as an Enemy' (hlmn. 12).



Fungsi Ring of Pearls ini lebih kurang sama dengan tiang-tiang kepada kekuatan Russia di dalam Warsaw Pact. Cuma Warsaw Pact dikuasai Russia melalui annexation dan naungan, tetapi Ring of Pearls ini melalui persefahaman dan hubungan dagang bilateral. 

Suatu ketika dulu, Presiden China, Hu Jintao kerap menyebut dan mengingatkan pentadbirannya mengenai 'Malacca Problem', di mana kehadiran beberapa armada US di Changi Singapura, Filipina dan Diego Garcia.

Hu Jintao menyatakan berkali-kali pentingnya Malacca Problem ini ditangani dengan pantas dan cepat supaya kelebihan Selat Melaka akan menyebelahi China. Malaysia mempunyai hubungan istimewa dengan China. Ia telah berlaku sejak dari zaman Srivijaya lagi. Hubungan ini kekal baik sehingga kini. Kerana itulah pihak ICG (International Crisis Group) menyatakan rasa tidak berpuas hati dan sangsi mereka bahawa terdapatnya percaturan rahsia antara China dan Malaysia berkenaan isu Spratly yang diharapkan ICG boleh digunakan sebagai titik-titik merah yang boleh ditunggangi US untuk sebarang operasi False Flag di rantau ini nanti 1. Di dalam isu Spratly, China dan Malaysia kelihatan seakan sudah mempunyai idea persempadanan yang dipersetujui secara rahsia atas dasar hubungan hormat. 

ICG percaya, Malaysia mempunyai kekuatan ketenteraan untuk mempertahankan kedaulatannya di Spratly.

Jika sebelum ini, telah dinyatakan bahawa Modus Operandi keruntuhan Russia akan digunapakai sekali lagi bagi melumpuhkan China. Ia dilakukan dengan memberi fokus kepada menukarkan pentadbiran negara-negara Ring of Pearls kepada pentadbir atau pemerintah yang Pro-Amerika sama melalui cara Russia diruntuhkan melalui pengenalan polisi Perestroika, Glasnost, meruntuhkan Patriotisme, menjatuhkan keupayaan kewangan dengan meruntuhkan harga komoditi utama dan simpanan utama China, meletupkan buih-buih ekonomi China dan pertukaran rejim di negara-negara ring of pearls. Apabila berlaku sahaja pertukaran rejim di negara-negara ring of pearls ini, China akan dijangka bersendirian di rantau ini. Ia sekaligus akan membangkitkan retaliasi yang telah dijangka. Atas sebab itu, 50% kekuatan Armada ketenteraan US kini berada dekat dengan Asia Tenggara dan Laut China Selatan.

ICG menyediakan kerajaan US dengan pelan-pelan serta tentang kemungkinan tindakan yang boleh diambil dan kesempatan yang boleh digunakan dan dimanipulasikan dari konflik-konflik tempatan bagi memaksimumkan peluang penguasaan US ke atas Selat Melaka.

Antara anggota ICG boleh dibaca nama mereka di dalam pautan berikut. Mungkin ada nama yang kita semua kenal dekat dan rapat.

http://www.crisisgroup.org/en/publication-type/media-releases/2006/new-board-members-for-international-crisis-group.aspx (IH ~ Nampak macam dia, tetapi mungkin bukan dia. Mungkin seorang pelakon dari Thailand yang iras-iras wajahnya mengunakan namanya untuk menganggotai ICG.)

Sahabat saya, Rizal Hass, menulis tentang 3 TIER berkenaan kemungkinan konflik-konflik yang sentimen rasanya yang boleh ditunggangi bagi meletuskan konflik. 

http://islam1st.org/2013/03/lahad-datu-sudah-dijangka.html

Yang memusykilkan ialah apabila Thailand tidak termasuk di dalam peta konflik kawasan ini, sedangkan umum tahu selatan Thailand sedang melalui konflik berdarah yang parah. Begitu juga dengan negara Venezuela yang dimasukkan ke dalam senarai TIER pada tahun lepas, tetapi dikeluarkan dari senarai TIER tahun ini selepas kematian Hugo Chavez.

Saya berjumpa dengan sahabat tadi dan berbincang dengannya bahawa perkara ini mudah untuk dijelaskan. Thailand, walaupun berkonflik, itu tidak termasuk ke dalam ancaman kepada kepentingan US dirantau ini kerana negara itu memang sekutu kuat US. Begitu juga dengan Venezuela. Bila sahaja Hugo Chavez mati, maka motif mereka untuk regime change di negara itu bakal dipermudahkan. Melalui, ini, kita dapat memaknai bahawa ketiga-tiga TIER yang disebutkan oleh ICG itu, hanya dengan satu tujuan iaitu untuk meningkatkan peluang penguasaan US ke atas negara-negara yang dipantau sebagai mungkin membawa masalah kepada kepentingan Tokong Demokrasi.

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, strategi melumpuhkan Ring of Pearls sedang diusahakan melalui cara berikut :

i) Pertukaran rejim melalui proses 'demoratik'. Apabila 'demoratik' disebut, ia membawa maksud melambakkan wang kepada calon-calon dummy Tokong Demokrasi Amerika, tekanan-tekanan antarabangsa, embargo dagangan, manipulasi media di bawah penguasaan mereka, penghantaran NGO-NGO yang dilambakkan bagi membuat bising atas pelbagai nama dari hak asasi sehingga ke hak binatang serta tekanan supaya pemerintah sediada melonggarkan kekangan undang-undang, memberi kebebasan total kepada hak bersuara, mempunyai ekonomi yang terbuka dan volatile kepada ancaman luar serta memperkenalkan dasar-dasar yang meruntuhkan kekuatan dalaman negara.

ii) Jika gagal dengan pertukaran rejim, sebuah revolusi akan cuba dilancarkan melalui false flag dan fitnah-fitnah yang bertaburan. Fitnah-fitnah yang telah sedia ditanam semasa dan sebelum proses pertukaran rejim yang membakar perasaan manusia. Perkara ini sangat mudah untuk dijalankan kerana rata-rata manusia hari ini tidak gemar berfikir dan lebih suka manusia lain berfikir di pihak mereka. Mereka lebih gemar menjadi burung-burung kakaktua yang mengulang-ulang percakapan manusia lain tanpa faham dan tahu isu sebenar.

iii) Jika pertukaran rejim gagal. kemungkinan mereka meletuskan perang di kawasan pasifik dengan mencucuk negara paling volatile, iaitu Korea Utara dan memanaskan kawasan ini dengan hasutan perubahan perebutan wilayah seperti China vs Taiwan, China vs Vietnam, China vs Jepun dsb. Mereka akan menyibukkan China dengan konflik serantau supaya China terpaksa menumpukan belanjawan mereka kepada perbelanjaan pertahanan yang tinggi. Ia meningkatkan hutang dan mendekatkan China kepada perhambaan kapitalis yang memudaratkan. Tetapi semua itu bergantung kepada kekuatan China dalam menangani konflik secara bijak. 

Dalam apa jua keadaan, sebagaimana yang dinyatakan berkali-kali oleh mantan presiden China, Hu Jintao, Malacca Problem sangat penting kepada China untuk ditangani dengan betul supaya ring of pearls tidak berpihak kepada US.

Kita di sini, harus mengambil perhatian dan pengajaran. Kita perlu terus memerhatikan perkembangan tempatan dan antarabangsa bagi menilai semua input dan melihat halatuju sesuatu perkara yang deras sedang berlaku pada ketika ini. Dengan Selat Melaka yang dianggap Amerika sebagai saluran nafas yang memperkukuhkan ekonomi serta kekuatan China, maka, tidak dapat tidak, negara kita ini akan terus berkelip terang di dalam radar Tokong Demokrasi Amerika. Apakah de-ja-vu Panama akan berlaku secara realitinya di sini nanti? Wallahua’lam.

Semoga segala yang buruk dijauhkan Allah dari negara ini. Ameen.




P/s : sesuatu yang menarik tentang pulau Diego Garcia, ia terletak lebih kurang sebulan pelayaran dari semenanjung Tanah Arab, berada pada lokasi timur dr Madinah dan merupakan sebuah Pulau Terpencil. Amerika mempunyai pasukan tentera yang kuat diletakkan di sana. Dengan pesawat2 pengebom yang jelas dapat dilihat dalam Google Maps dan kekuatan armada laut yang 'dihilangkan' di dalam google maps. Tiba-tiba sahaja saya teringatkan Hadis Tamim ad Dari, Syeikh Imran Hossein kata pulau di mana Tamim ad Dari terdampar ialah England. Pelayar-pelayar Arab termasuk al Idrisi menyatakan Pulau Dajjal ialah pulau berdekatan Pulau Sumatera, dan Rasulullah s.a.w. menyatakan Pulau Dajjal berada di Timur semasa baginda berada di Madinah. Ia diulang sebanyak 3 kali. Apakah Diego Garcia ini pulaunya? Mungkin ia tidak relevan atau mungkin juga ia sangat-sangat relevan. Wallahua'lam. Hanya Allah sahaja mempunyai pengetahuan tentang segala yang sebenarnya.

http://maps.google.com.my/maps?q=diego+garcia+map&biw=1366&bih=667&ie=UTF-8&hl=en&sa=N&tab=il

Rujukan :
1) 
http://www.cfr.org/china/south-china-sea-tensions/p29790
2) 
http://www.crisisgroup.org/en/publication-type/media-releases/2006/new-board-members-for-international-crisis-group.aspx

3) Will Hutton, "The Writing on The Wall : Why We Must Embrace China as a Partner of Face It as an Enemy', (hlmn. 12).


 © 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

6 comments:

Assalamualaikum Tuan, JFK berketurunan Irish dan Boston juga tempat di mana majoritinya berketurunan Irish

http://www.deseretnews.com/article/765632659/Kennedys-Irish-mark-50th-anniversary-of-JFK-visit.html

Jadi kepada peace loving Irish harus diajarkan sesuatu yang menggerunkan supaya mereka lebih takut Islam dan kepada yang tahu, lebih takutkan Yahudi dan lobinya! Oleh itu apa yang berlaku semasa Boston Marathon itu sememangnya mahu meninggalkan kesan yang mendalam.

Landmark. Seperti Twin Towers 911.

Tentang pulau Diego Garcia sememangnya saya juga subscribe kepada tesis saudara, kerana kedudukannya yang sangat strategik untuk mengawal dunia Islam. Afrika Timur di Barat, Yemen dan Tanah Arab, Iran, Pakistan, Afghanistan di Utara, Malaysia dan Indonesia di Timur.

Sangat strategik dan kelicikan Britain membeli pulau itu dan perjanjiannya dengan licik menyerahkan pulau itu untuk kegunaan Amerika Syarikat sememangnya meneruskan Orde Dajjal yang sememangnya mencengkam kedua-dua negara.

Selat Melaka ialah icing on the cake, jika tidak dapat sedikit sukar Orde Baru Dunia untuk berjalan. Tetapi dengan 'pulau dajjal' yang saudara tunjukkan, menandakan semuanya sudah hampir didalam tangan Dajjal.

Semoga Allah melindungi kita daripada Fitnah dan Musibah Dajjal. Amin Ya Allah.

mohon izin post dipanjangkan ke artikel aku yang satu ini

http://islam1st.org/2013/06/ahli-ahli-syurga-riak-black-505-syahid.html

Terima Kasih
 
betul...hadis akhir zaman tue kalo difikir balik bukan kisah seorang manusia tapi kuasa...pulau kecil tue dah lama orang citer tapi zaman dulu mana ada google maps nak tengok apa ntah lagi nak p tengok...aku dah lama fikir tapi takder bukti...seb bek hang tulis...teringat balik.
 
mana komen aku awal tue...hilang dah...ermm...

aku dah lama agak kisah hadis akhir zaman tue...dia bukan citer kisah manusia tapi kuasa...pasai pulau tue dah lama orang citer...tapi dulu mana ada google maps...teringat balik.
 
Wa'alaikumsalam w.b.t. saudara Rizal Hass,

Ramai yg semakin faham bahawa sandiwara tokong demokrasi turut berlaku di dalam pengeboman Boston. Fakta Boston merupakan penempatan Irish mmg menarik utk diperkembangkan.

Boleh sj pautkan dan Ameen utk doa yg dipohonkan.

 
Shamsadis..

Komen awal ada kat atas tu..

Dajjal adalah merupakan individu.. tetapi yang menyokongnya merupakan satu gerakan kuasa..

Diego Garcia di dalam senarai calon yg mgkin perlu dikaji dgn lebih mendalam.. Mgkin Hadis Tamim ad Dari berlaku di situ.. Wallahua'lam..
 
Mengikut pembacaan saya. Pulau yg dikaitkan dgn Tamim ad-dari dihuni oleh binatang yg pelik2. Cthnya aljasasah binatang yg berbulu. Byk digambarkan dlm filem holywood cth planet of the apes & king kong. Itulah binatang yg menjaga dajal.

Dan pulau tersebut hampir mustahil bg manusia utk sampai. Wallahua'lam
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email