Oleh : Imran Haaz
Ahad lepas, dunia dihidangkan dengan berita mogok yang
dilancarkan kedutaan Israel di seluruh dunia. Faktor gaji dijadikan alasan. Tidaklah
menghairankan jika Israel bersikap kedekut dengan cabang diplomatik mereka. Mereka
boleh berbelanja besar untuk aspek pencerobohan dan keganasan. Tetapi mereka
mengikat perut dengan perbelanjaan untuk saluran-saluran diplomatik seperti
sistem gaji dan pentadbiran kedutaaan-kedutaan mereka diluar negara. Jelas
benar, Israel tidak pernah menyukai saluran diplomatik. Itu lumrah pengganas.
Ketika dunia sedang dihimpit krisis pertembungan Amerika dan
Russia di Crimea, kehadiran berita ini dilihat tidaklah terlalu janggal.
Penguasaan Russia ke atas Crimea akan meletakkan armada Russia
bertapak kukuh di Laut Hitam. Ia sebuah kawasan strategik. Obama sedang didesak
supaya mengekang keberanian Russia dalam mencabar penguasaan Israel bersama
boneka-bonekanya ke atas dunia. Obama dilihat terlalu lembik. Tetapi, bukankah
dia dipilih menjadi Presiden Amerika kerana kelembikannya itu?
Semalam, Obama terbang ke Vatican untuk mendapatkan sijil
Kosher. Ya, sepertimana pelacur-pelacur politik tempatan yang menggunakan agama
untuk cop halal bagi menghalalkan perkara-perkara haram yang dilakukan mereka,
Obama dan Amerika tidak terkecuali. Maruah Obama sudah tercalar dengan tindakan
Vladimir Putin. Kita tidak tahu perkara apa sebenarnya yang dilaporkan Obama
kepada Pope. Kita tidak tahu restu apa yang Obama sedang tagih daripada Pope. Kita
tidak tahu, atas keperluan apa Obama berjumpa dengan Pope untuk meningkatkan
imejnya dikalangan golongan Kristian dunia.
Kenapa
Semua Kedutaan Ditutup Serentak?
Tetapi, ada sesuatu yang sangat meresahkan sedang berlaku
tanpa kita sedari. Penutupan kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia sedang
mencadangkan sesuatu. Masalah gaji itu bukanlah perkara pokok yang mendorong
kepada penutupan kedutaan tersebut. Tetapi, penutupannya adalah dengan tujuan
untuk menghalang warga negara binatang Israel, membuat perancangan untuk berada
di luar dari negara mereka dalam tempoh terdekat. Tanpa kedutaan, semua isu dan
perkara yang melibatkan semua urusan warga negara binatang tersebut, akan
menjadi lebih sukar.
Benar, Jerman telah mempunyai satu perjanjian dengan Israel
untuk membolehkan mana-mana warga Israel diluar negara, menggunakan kedutaan
Jerman untuk sebarang urusan berkaitan kedutaan di luar negara. Sekiranya
mana-mana negara tidak mempunyai kedutaan Israel, warga negara binatang
tersebut, boleh menggunakan kedutaan Jerman untuk memproses semua maklumat
perjalanan dan sebarang urusan di negara luar.
Penutupan semua kedutaan ini seolah-olah menunjukkan bahawa
‘tikus-tikus sudah mula bergerak laju untuk terjun dari kapal’. Kelasi di zaman
lama, apabila melihat tikus-tikus berbuat demikian, mereka mengetahui bahawa
ada bala sedang menunggu di hadapan.
Seolah-olah, Israel memberitahu secara halus kepada
warga-warganya untuk tidak berada di luar dari Israel dalam masa terdekat ini.
Apa
yang mereka takutkan?
Sudah tentu mereka takutkan berlakunya retaliasi secara
besar-besaran ke atas warga Israel yang berada di seluruh dunia. Ada sesuatu
yang sedang mereka rancangkan dan perancangan mereka ini adalah satu
perancangan yang besar. Saya tidak pasti apa akan berlaku, tetapi ianya mungkin
akan dilakukan dalam tempoh terdekat.
Blood-Moon (Bulan Berdarah)
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pemikiran dan gerak
kerja orang-orang Yahudi, mereka tahu bahawa tahun ini, 2014 ke 2015 ini,
merupakan kali ke lapan berturut-turut berlakunya peristiwa Tetrad Bulan
Berdarah semenjak zaman Nabi Isa a.s. diutus.
Peristiwa Bulan Berdarah (Blood Moon) merujuk kepada
peristiwa gerhana bulan penuh yang berlaku. Sesetengah daripada peristiwa ini
menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah berwarna merah darah.
Di dalam Talmud, peristiwa gerhana bulan ini sentiasa
dikaitkan dengan alamat tentang malapetaka yang akan menimpa golongan Yahudi. Tetapi
apabila gerhana itu berlaku, dan bulan kelihatan berwarna merah semasa
berlakunya gerhana tersebut, maka ia dikatakan memberi alamat bahawa ‘pedang
akan muncul ke dunia’. Secara ringkas, gerhana bulan membawa erti bala dan mala
petaka untuk orang Yahudi. Gerhana dengan ‘bulan berdarah’ membawa erti ‘pedang
bakal muncul’ dan gerhana matahari bererti ‘bala ke atas seluruh penduduk
dunia.’ Itu apa yang mereka percaya.
Peristiwa bulan berdarah berlaku terlalu banyak kali di
dalam sejarah. Tiada yang istimewa tentangnya. Tetapi golongan Yahudi akan
menganggap peristiwa Bulan Berdarah itu sebagai satu alamat, apabila hari
berlakunya gerhana tersebut jatuh pada hari-hari istimewa di dalam calendar lunar
Yahudi.
Tetrad Bulan Berdarah (Blood Moon Tetrad) pula membawa
maksud berlakunya peristiwa bulan berdarah sebanyak 4 kali berturut-turut tanpa
diselangi peristiwa gerhana bulan separuh.
Tetrad Bulan Berdarah sudah berlaku berkali-kali di dalam
sejarah. Tetapi, Tetrad yang jatuh pada hari-hari perayaan istimewa Yahudi
hanya pernah berlaku tujuh kali di dalam sejarah semenjak tahun masihi yang
pertama. Berikut Tetrad Bulan Berdarah istimewa bagi mereka ini :
1. 162-163 Masihi
2. 795-796 Masihi
3. 842-843 Masihi
4. 860-861 Masihi
5.
1493-1494 Masihi
6.
1949-1950 Masihi
7.
1967-1968 Masihi
Tiga Tetrad terakhir yang
berlaku, secara kebetulannya berlaku pada waktu berlakunya beberapa peristiwa
besar ke atas bangsa Yahudi.
Pada Tetrad 1493 – 1494, Ratu
Isabella dan Raja Ferdinand menghalau bangsa Yahudi keluar dari Andalusia dan
semua jajahan mereka. Peristiwa Spanish Inquisition menjadi sebahagian daripada
sejarah yang memaparkan kekejaman manusia ke atas sekumpulan manusia lain. Bukan
setakat bangsa Yahudi dihalau keluar, tetapi orang-orang Islam pun turut
dibunuh, disembelih dan dihalau keluar pada ketika itu.
Pada Tetrad 1949 – 1950,
berlakunya peristiwa penubuhan negara binatang Israel. Benar, mereka menakluki
Israel pada 1948, tetapi kerajaan rasmi mereka didirikan pada 25 Januari 1949. Mereka
menafsirkan peristiwa itu sebagai peristiwa yang malang kerana mereka diserang
dari segenap arah oleh tentera-tentera Arab dari negara-negara Arab
disekeliling mereka. Itu tafsiran mereka. Kita pula melihat tahun itu
bermulanya tahun pertama Tahun an Nakbah. Saudara-saudara segama kita dihalau,
dibunuh, dirobek dan dihapuskan secara terancang oleh rejim binatang ini pada
ketika tersebut.
Pada Tetrad 1967 – 1968,
berlakunya peperangan 6 hari. Mereka menggelarkannya sebagai Peperangan 6 Hari. Ia berlaku 6 tahun sebelum peperangan Yom Kippur. Kegagalan
orang-orang Arab untuk bersatu dalam satu tekad menyerang Israel, pengkhianatan
Raja Jordan dan bantuan segera pohon Gharqad Yahudi iaitu Amerika Syarikat,
menyebabkan orang-orang Islam kehilangan lebih banyak wilayah di dalam
peperangan tersebut. Bukit Golan sehingga kini masih dikawal Yahudi.
Persoalannya, apa pula yang
akan berlaku dan sedang dirancangkan mereka berlaku pada Tetrad Bulan Berdarah
2014 hingga 2015?
Tetrad Bulan Berdarah untuk
2014 hingga 2015 dijadualkan jatuh pada tarikh-tarikh berikut :
1)
Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Passover
pada tarikh 15 April 2014.
2)
Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Sukkot
pada tarikh 8 Oktober 2014.
3)
Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Passover
pada tarikh 4 April 2015.
4)
Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Sukkot
pada tarikh 28 September 2015.
Untuk pengetahuan, perayaan Passover ialah salah satu
perayaan Yahudi yang disambut bagi mengenang peristiwa di mana malaikat
dihantar oleh Tuhan untuk membunuh setiap anak sulung keluarga musuh
orang-orang Yahudi dikalangan bangsa Qibti keturunan Firaun di zaman Musa.
Perayaan Sukkot pula disambut dengan orang-orang Yahudi,
dianjurkan untuk menziarahi Saumaah mereka di Jerusalem. Ia bagi mengenang
penderitaan selama 40 tahun tersesat di gurun selepas terselamat dari
perhambaan Firaun di zaman Musa.
Orang-orang Yahudi menganggap Tetrad 2014 – 2015 ini sebagai
satu Tetrad yang perlu diberi perhatian. Ini kerana, ia merupakan Tetrad ke
lapan yang berlaku di dalam sejarah sejak daripada kemunculan Nabi Isa a.s.
2014 tahun yang lalu. Angka lapan sentiasa merupakan angka yang istimewa bagi
golongan Yahudi. Ia menggambarkan satu permulaan baru. Tuhan, mereka percaya
menciptakan Alam selama 6 hari. Tuhan berehat pada hari ketujuh mengikut
kepercayaan mereka dan kebangkitan baru bermula pada hari ke lapan. Yahudi
membahagikan hari kepada set 7 hari seperti lain-lain bangsa. Tetapi hari
pertama Yahudi bermula pada hari Ahad. Bermula Ahad sehingga Jumaat, mereka
perlu bekerja keras. Datang hari ke Tujuh, iaitu Sabtu, mereka perlu berehat
bagi menghormati Sabbat. Hari ke lapan ialah hari pertama iaitu Ahad kembali.
Jesus, di dalam kepercayaan mereka, bangkit semula dari kubur setelah di bunuh
di Bukit Tengkorak, pada hari Ahad. Jadi hari Ahad ialah hari kebangkitan. Ada
di antara golongan Yahudi sedang sibuk menyebarkan kepada dunia, bahawa kedatangan
Isa a.s. sudah dekat dengan kedatangan Tetrad Bulan Berdarah ke lapan ini. Lalu,
Baitulmaqdis kini berada di dalam radar pencerobohan mereka.
Semua musuh-musuh Israel sedang disibukkan. Russia dengan
isu Crimea, Syria sedang bergolak, Iraq sudah runtuh sama sekali, Afghanistan
sudah menjadi padang jarak padang
terkukur, Libya tidak tentu arah, Mesir dengan pergolakan dalaman yang teruk, China
dengan masalah MH370 dan kemarahan rakyatnya yang memuncak kerana hubungannya
dengan Malaysia, Malaysia pun di dalam keadaan yang sama seperti China.
Jadi tinggallah Palestin dan Iran sunyi dari sebarang bantuan yang boleh
dihulurkan kepada mereka sekiranya Israel memulakan tindakan agresif ke atas
mereka. Entah apa yang akan berlaku, Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Samada ia satu kebetulan atau tidak, Presiden Amerika
Syarikat, Barrack Obama merancang mengadakan lawatan ke Malaysia pada April
2014. Tarikhnya masih belum dimuktamadkan. Memandangkan seluruh dunia sedang
terkejut dengan peristiwa MH370 yang hilang, dalam masa yang sama kedutaan
Israel di seluruh dunia ditutup serentak, lawatan Obama ke Vatican bagi ‘mendapatkan
sijil Kosher’ dan permulaan Gerhana Bulan Berdarah di dalam Tetrad Bulan
Berdarah pertama bermula April ini serentak dengan lawatan Obama, tidak dapat
tidak, kita tertanya-tanya, apa sebenarnya sedang bermain di dalam perancangan
mereka?
Jika ia sebuah rancangan yang membawa keburukan kepada kita semua di sini,
semoga Allah melindungi kita dengan menggagalkan rancangan tersebut.
Dan
orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh
Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah
sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. (Ali
Imran ayat 54)
© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.