Thursday, November 7, 2013

Cadangan Karlpal

3
Karlpal Singh mencadangkan mana-mana pertubuhan yang menggunakan nama agama dan bangsa patut dinyahdaftarkan. Cadangan itu dilihat bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi dia menyatakan cadangan tersebut boleh dilaksanakan dengan alasan untuk kebaikan negara bagi jangka masa panjang. Kewujudan pertubuhan-pertubuhan serta parti-parti politik berorientasikan bangsa dan agama mengikut katanya sangat memudaratkan masa depan Negara. Biasalah bagi mana-mana minority dengan inferiority complex yang mempunyai pembesar suara besar untuk mencadangkan perkara-perkara demikian.

Lalu dia memberikan contoh PAS antara yang perlu dinyahdaftarkan. Setelah PAS melemparkan ayat-ayat al Qur’an ke belakang punggung untuk menghalalkan kerjasama dengan DAP. Kini PAS cuba dicadangkan untuk dinyahdaftarkan oleh Pengerusi DAP. Bahasa mudah, PAS halalkan DAP, DAP mahu nyahdaftarkan PAS.



Bukankah pada 2008, saya telah menyatakan bahawa apa yang disebut Allah dalam surah al Mumtahanah akan menghantui PAS sepanjang kerjasama mereka? (baca ‘Bila Muslim Berakal Pandir.’ Klik)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil seteruKu dan seteru kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w.) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredhaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka akan menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka) (al Mumtahanah ayat 1 hingga 2)

Di dalam imaginasi Karlpal, PAS dan beberapa parti politik lain disebutkan sebagai contoh pertubuhan yang perlu dinyahdaftarkan. Mungkin kerana telah berusia, Karpal tidak mampu memberikan contoh-contoh lain yang mungkin boleh dimasukkan ke dalam senarai pertubuhan yang perlu dinyahdaftar kerana berorientasikan nama agama dan bangsa-bangsa tertentu. Biar saya sahaja menolong menguatkan memorinya. Antarapertubuhan yang mungkin akan termasuk ke dalam cadangan nyahdaftarnya adalah seperti berikut :

1.       Sister in Islam (SIS)
2.      Persekutuan Kristian Malaysia (CFM)
3.      Catholic Lawyers Malaysia
4.      Dong Zhong
5.      Jiao Zhong
6.      Young Buddhist Association.
7.       Jaringan Kampung Orang Asli Malaysia (JKOA
8.      Centre For Rights Of Ingineous People Sarawak (CRIPS)
9.      Islamic Renaissance Front (IRF)
10.   Sidang Injil Borneo (SIB)
11.    National Evangelical Christian Fellowship (NECF)
12.   Council of Churches Malaysia (CCM)
13.   Dewan-Dewan Perhimpunan Cina
14.   Federation of Malaysian Indian Organisations (PRIMA)
15.   indian malaysian active generation (image)
16.   Malaysian Indian Development & Unity Association
17.    Malaysian Indian Network Development Society (MINDS)
18.   Tamil Foundation Malaysia

Dan banyak lagi..


‘Bagus sekali’ cadangan Karrpal Singh. Tidak sabar rasanya melihat semua pertubuhan yang dinyatakan di atas dinyahdaftarkan dalam kadar segera sepertimana yang dicadangkan di dalam cadangan Karpal Singh.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

3 comments:

Anonymous said...

Salam IH,

mmmm... menarik sungguh cadangan...saya pun tak sabar..menunggu yg disenaraikan tu dibubar dgn kadar yg sgt segera...
Dah tekan button 'like' ni :)

Hasanah said...

sjak dulu lagi saya sgt tidak setuju jika parti islam bergabung dgn bkn islam.. sbb saya dah tahu non muslim ini akan mengambil kesempatan pd kita bila2 masa kalo kita leka n alpa dgn kesenangan yg sedia ada... bagi betis nak peha lepastu kepala sampaila 1 masa nak sume satu badan.. contoh paling senang pd Penang yg masih ada pihak yg kata parti yg mentadbir itu tbaik ttp jika dilihat dr saban waktu ekonomi untuk Islam terutamanya Melayu makin tercorot.. sedih bila seagama n sebangsa kita sendiri yang menjatuhkan n menaikkan bangsa lain... sesungguhnya ada hikmahnya bila doa nabi s.a.w ada yg tdk dperkenankan oleh Allah taala bila Allah nak tunjukkan sesuatu yg tidak kita ketahui.. mungkin inilah sifat KAFIR yg perlu kita tahu supaya jgn mudah percaya pd mereka ini.. kelak kita yang rugi..

satuhala said...

Tanpa Nama November 9, 2013 at 12:35 AM ,
rasanya Tanpa nama salah seorang yg biasa brsembang dgn saya difb. IH singakatn biasa yg digunakan sahabat2 ini. Saya juga ingin melihat mereka dibubar dan terbubar dgn sendiri. In Sya allah, suatu hari ia akan berlaku juga.

Hasanah,
Benar, di Malaysia tiada parti politik bukan Islam yang boleh dianggap sebagai Dzimmi. Setuju dgn panadangan Hasanah dan apa yg Hasanah sebutkan bhw mrk akan mengambil kesempatan sudah jelas disebut dalam ayat 2 surah al Mumtahanah. Tp malang bila ramai antara kita tertutup matahati mrk krn dendam dan berkiblatkan pemikiran yg tidak berlandaskan al Qur'an dan sunnah dalam memahami isu ini. Semoga lebih ramai sahabat seperti Hasanah muncul dan aktif utk menyedarkan sahabat dan mereka yang berada disekeliling kita dr terus tertipu.