Oleh : Imran Haaz.
Rasulullah s.a.w telah menyatakannya. Apabila ia
keluar dari mulut kekasih Allah, perkara itu, pastinya akan berlaku. Kata
Rasulullah s.a.w., umat Islam diakhir zaman akan menurut perlakuan ahli kitab.
Mereka mengikuti ahli kitab sehingga kiranya ahli kitab itu ke lubang biawak
sekalipun, mereka akan menurutinya.
Tiada kesempatan yang luas untuk menulis
panjang. Esok adalah hari penentuan kepada apa yang diperjuangkan selama ini.
Isu kalimah Allah akan diputuskan di Mahkamah hari esok. 10 September 2013. Bagi
mereka yang dekat dan lapang, sila lapangkan diri untuk bersama dengan mereka
yang menolak menuju ke lubang biawak.
Tiada apa yang mahu dipanjangkan dan dikomen
lagi. Segala yang perlu disebut tentang perkara ini telah ditulis sejak 2008 di
dalam blog ini. Cuma ingin menambah satu perkara lagi bagi yang tidak menyedari
permainan psikologi sekumpulan ahli kitab (tidak kira Yahudi, Nasrani atau ahli kitab Muslim).
Saya hanya mahu menyentuh mengenai satu sesi
dialog berkenaan isu nama Allah yang berjalan baru-baru ini. Ia dihadiri oleh
beberapa tokoh agama dan 'tokoh agama'. Saya tidak mahu menyentuh mengenai isi perbualan
dan debat tersebut. Mereka di sana untuk membincangkan, tetapi kewujudan mereka serta ketokohan mereka telah cuba diambil kesempatan oleh mereka yang bijak dalam memanipulasi cara manusia berfikir melalui laporan media. Saya mahu
menyatakan perkara yang cuba ditanamkan ke dalam minda bawah sedar khalayak
yang membaca persembahan ringkasan berita yang cuba melaporkannya dari kaca mata serong.
Jika mengikuti sesi dialog tersebut, kita akan
melihat dua pendapat yang cuba dikemukakan. Yang satu tidak membenarkan dan
yang satu lagi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan kafir
dikalangan ahli kitab Malaysia.
Tetapi sisi pemberitaan tentang apa yang disepakati dan perbincangkan di dalam dialog tersebut, seolah-olah cuba membuat herotan idea kepada Muslim yang membacanya. Ia berisi satu program kepada minda bawah sedar yang bakal
memberikan kesan kefahaman serong terhadap Islam pada jangka panjang sekiranya mereka
yang membacanya tidak sedar. Saya percaya, konteks perbincangan asal telah diberitakan semula di dalam susunan pemberitaan yang cuba mencadangkan sesuatu yang herot kepada minda bawah sedar umat Islam. Apa yang cuba mereka programkan kepada kita? Saya melihatnya sebagai berikut :
i)
Mereka cuba tanamkan satu
keyakinan di dalam pemikiran orang Islam bahawa Islam yang dibawa Muhammad
s.a.w., bukanlah satu kesinambungan Islam yang ada dan telah wujud sejak zaman
Nabi Adam a.s.
ii)
Mereka cuba memisahkan ahli
kitab dengan akar agama sebenar mereka iaitu Islam. Islam merupakan agama
sebenar Yahudi dan Nasrani. Yahudi dan Nasrani terpesong dari Islam sebenar
setelah golongan ulama’ mereka mengubah kitab Taurat, Zabur dan Injil dengan
tafsiran-tafsiran mereka sendiri. Tetapi malangnya mereka ini yang menggelarkan
diri mereka ulama’ Islam, dengan agenda tertentu, berhujah seolah Yahudi dan
Nasrani tidak ada kena mengena dengan Islam yang dilengkapkan semasa kemunculan
Muhammad s.a.w. Mereka secara licik memprogramkan kepada minda bawah sedar
penonton mereka, bahawa Muhammad s.a.w. merupakan nabi yang terasing dari
persaudaraan Islam antara nabi-nabi Bani Israel dan tradisi Nasrani sebenar.
Seolah-olah Muhammad ini, membawa tafsirannya sendiri kepada usaha ‘mengislamisasikan
kalimah Allah’ dan merampasnya dari tafsiran berbau syirik ahli kitab.
iii)
Mereka cuba padamkan hakikat
bahawa setiap nabi dan rasul yang dikirimkan Allah ke dunia ialah bagi satu
tujuan utama iaitu membersihkan segala bentuk persekutuan segala sesuatu dengan
Allah dan mengembalikan manusia kepada hakikat siapa itu Allah yang sebenar.
Dengan berhujah mengatakan bahawa Muhammad mengislamisasikan kalimah Allah,
mereka dengan sengaja cuba memprogramkan kepada minda bawah sedar umat Islam supaya
mereka dapat memisahkan umat Islam dari realiti pemahahaman bahawa tujuan utama
al Qur’an ialah membersihkan pemikiran manusia dari segala bentuk tanggapan
yang menyatakan bahawa Allah itu bukan Esa. Ini yang cuba disampaikan secara
halus.
Mereka
cuba membawa umat ini ke ke arah kesesatan pemikiran. Dengan biaya dari dana yang besar,
mereka-mereka ini telah diternak supaya menyuntik dosis-dosis pemikiran kacau
ke dalam minda bawah sedar umat Islam. Sama seperti apa yang dilakukan oleh
ulama’ Yahudi ketika menolak untuk percaya bahawa Allah itu satu seperti yang
disebut di dalam Deuteronomy fasal 6 ayat 4.
שְׁמַע, יִשְׂרָאֵל: יְהוָה אֱלֹהֵינוּ, יְהוָה אֶחָד.
Shema Yisrael,
Yahuwa Eloheinu Yahuwa Ehad
Dengarlah wahai
Israel, Yahuwa Tuhan Kamu, Dia adalah Ahad (Esa)
Sama
juga sepertimana yang dilakukan oleh ulama’ Yahudi ketika berdepan dengan Isa
a.s. ketika mana mereka bertanyakan kepada Isa tentang apakah dia rukun ajaran yang paling
utama? Lalu Isa menjawab seperti berikut :
28 And one of the scribes came up and
heard them disputing with one another, and seeing that he answered them well,
asked him, “Which commandment is the most important of all?” 29 Jesus (PBUH)
answered, “The most important is, ‘Hear, O Israel: The Lord our God, the Lord
is one.”
Isa kembali
mengulang apa yang telah disebut berulangkali di dalam Taurat sepertimana yang
dinyatakan di dalam Deuteronomy fasal 6 ayat 4.
Sama juga ketika
mana ulama’ Yahudi datang membawa persoalan yang sama sepertimana diajukan
kepada Musa dan Isa sebelum ini kepada Rasulullah. “Terangkan kepada kami, siapa itu Allah?”
Lalu Allah merotan
mereka dengan sebuah surah yang berisi satu ultimatum ke atas mereka.
بِسۡمِ اللّٰہِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِیۡمِ
- قُلۡ هُوَ اللّٰہُ اَحَدٌ
- اَللّٰہُ الصَّمَدُ
- لَمۡ یَلِدۡۙ وَ لَمۡ یُوۡلَدۡ
- وَ لَمۡ یَکُنۡ لَّهّ کُفُوًا اَحَدٌ
Jika
dahulu, mereka mengajuk-ajuk perkataan Musa dengan berulang kali mengulang “Shema
Yisrael...(שְׁמַע, יִשְׂרָאֵל)” yang bermaksud “Dengarlah Bani Israel...” sedangkan apa yang
dituntut Taurat dan Allah pada ketika itu ialah mereka memahami dan menyatakan
dengan bersungguh-sungguh bahawa Tuhan itu satu dan bukan diadakan-adakan
sekutu baginya.
Setelah pertanyaan
itu dibawakan kepada Muhammad s.a.w., maka Allah menjawabnya dengan surah al
Ikhlas. Dari Shema (שְׁמַע - Dengar)yang mereka selalu ulang-ulangkan,
Allah mengubahnya kepada satu tuntutan untuk mereka isytiharkan dengan mulut
mereka sendiri bahawa Allah itu Esa.
Perhatikan bagaimana
surah al Ikhlas diwahyukan bukan hanya setakat jawapan kepada persoalan ulama’
Yahudi tersebut, malah ia bertujuan menghentikan kepura-puraan mereka di dalam
mempersendakan ketauhidan kepada Allah sepertimana yang telah dilakukan oleh
umat Yahudi dan Nasrani. Perhatikan bagaimana mereka mengajuk Musa dan kemudian
Isa tetapi apabila sampai kepada Muhammad, perbuatan mengajuk tersebut
dihentikan dengan ultimatum surah al Ikhlas.
Jika selama ini
mereka mengajuk Musa dan Isa dengan menyatakan kalimah persaksian mereka dengan
mengulangi apa Deuteronomy fasal 6 ayat 4..
Dengarlah Bani
Israel, Yahuwa Tuhan kamu, Dia adalah Ahad (Esa).
Tetapi apabila
berhadapan dengan Muhammad, mereka dipaksa Allah untuk mengisytiharkan dengan
lisan mereka bahawa Allah itu Esa. Dari Shema-שְׁמַע (Dengar!) kepada Qul-قُلۡ (Katakan/Isytiharkan!)
Katakanlah
(Isytiharkan!), Dia-lah Allah,
yang Maha Esa.
Malang
sekali apabila setelah selesai ultimatum itu diberikan kepada golongan Yahudi
dan Nasrani, masih ada dikalangan mereka yang masih cuba mengemudi umat ini menuju jalan yang sama seperti yang ditujui golongan Yahudi dan Nasrani. Sedangkan jalan golongan Yahudi dan Nasrani itulah yang saban hari umat Islam doakan di dalam bacaan al Fatihah sebanyak 17 kali di dalam solat lima waktu supaya dijauhkan dari mereka.
Hujah-hujah
yang cuba memisahkan serta mengisolasikan kewujudan Muhammad sebagai satu
anomali kepada kesinambungan usaha tauhid nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumnya
kepada pengukuhan konsep tauhid yang mengesakan Allah pada sifatNya dan pada
namaNya adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab. Ia mensasarkan pemikiran
bawah sedar umat Islam untuk satu sasaran jangka panjang. Muhammad, al Qur’an
dan Islam akan diisolasikan sebagai anomali yang perlu dijauhkan dari apa-apa kaitan dengan Tuhan dalam sasaran
jangka panjang mereka ini. Dalam bahasa mudah, Muhammad, al Qur'an dan Islam cuba digambarkan sebagai tidak ada apa-apa kena mengena dengan Allah. Seolah-olah Muhammad membawa sesuatu yang baru dan asing dan perlu diasingkan. Ini benar-benar agenda jahat dari manusia berpemikiran jahat!
Mempercayai hujah-hujah isolasi yang
memisahkan Muhammad dari tradisi kesinambungan Islam semenjak Adam a.s. menyebabkan kita menolak kebenaran Muhammad
sebagai Penutup segala nabi dan Rasul. Mempercayai hujah-hujah tersebut
menyebabkan kita menolak ayat-ayat al Qur’an yang jelas menyatakan bahawa Allah
tidak redha Dia dipersekutukan hambaNya. Mempercayainya juga menyebabkan kita
tanpa sedar redha dengan penghinaan ke atas nama Allah yang sedang berlaku. Persetankan
apa yang orang Arab lakukan dengan kalimah Allah, bukankah mereka sedang berbunuhan sesama sendiri
kerana membiarkan wasiat terakhir Rasulullah s.a.w.supaya menghalau keluar
semua yang mempersekutukan Allah dari tanah Arab daripada dijalankan.
Dari Umar r.a.
bahawasanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sungguh, akan aku usir
orang Yahudi dan Nasrani dari bumi Arab sehingga tidak tertinggal kecuali
Muslim.” (Hadis riwayat Muslim)
Jadi
apakah yang membezakan Yahudi dan Nasrani yang bertutur di dalam lisan Arab yang
wajib* dihalau dari bumi Arab berbanding orang Arab beragama Islam dibumi Arab?
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah orang-orang Islam berbangsa Arab
dan berlisan Arab tidak mempersekutukan Allah dengan segala sesuatu yang lain
sedangkan Yahudi dan Nasrani mempersekutukan Allah dengan sekutu makhluk
termasuk diri mereka sendiri sebagai pengubah kitab-kitab Allah. Kerana itu
Rasulullah s.a.w. mewasiatkan supaya menghalau mereka keluar dari bumi Arab. Kerana
itu jugalah, surah terakhir di dalam al Qur’an iaitu at Taubah diturunkan tanpa
kalimah Basmallah. Tiada lagi jalan berlembut dengan golongan kafir dari ahli
kitab yang berdegil. Jadi bukanlah ia sesuatu yang luar biasa bagi umat Islam di Malaysia untuk bertegas tidak mahu membenarkan kalimah Allah daripada dipersekutukan manusia lainnya. Mereka mengikut jalan sebenar yang telah ditunjukkan al Qur'an dan Rasulullah s.a.w. Orang-orang Islam faham tentang ini kecuali orang Islam dari mazhab politik dan berorientasi maqasid kuasa melalui jalan belakang.
Ia sangat jelas tetapi malangnya ada yang
masih mahu menjadi juara gembala di dalam memimpin kita semua di sini ke lubang
biawak. Kita tahu siapa dibelakang mereka. Kita tahu mereka ini telah diternak
untuk tujuan apa. Tetapi, apa jua yang akan berlaku, semoga keputusan esok akan
menyebelahi umat Islam. Ianya mungkin tidak akan habis di situ kerana keputusan
tersebut masih boleh dirayu di dalam Mahkamah Rayuan dan kemudian Mahkamah Persekutuan. Apa pun, semoga semua
kekal beristiqamah dalam hal ini. Ya Allah berikanlah kepada kami apa yang terbaik dari keputusan hari esok serta jauhkanlah segala yang buruk dengan keputusan hari esok dari kami. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Nota
:
·
Ibnu Hajar al Asqalani di dalam
kitab Bulughul Maram mentafsirkan hadis ini sebagai wajib menghalau golongan Yahudi dan Nasrani dari tanah Arab.
© 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.