Thursday, September 26, 2013

Di Bawah Tempurung Plumbum?

2
Oleh : Imran Haaz

Marina mahathir menulis sesuatu pagi ini. Klik sini 1. Dia terkesima dengan kenyataan seorang Pope dan seorang Uskup Agung Canterburry. Ia berkenaan komentar mereka mengenai sistem ekonomi pada hari ini.

Dia memetik kata-kata Pope Francis dan Archbishop of Canterburry seperti berikut :

The former Archbishop of Canterbury, Dr Rowan Williams, warned that the ease at which money, in its virtual form, not in exchange for actual goods and services, is available has led to much misery among people.
Most recently, Pope Francis talked about the same thing, how the pursuit of money for its own sake has brought with it “a culture where the weakest in society suffer the most” and often, those on the fringes “fall away”, including the elderly, who he said were victims of a “hidden euthanasia” caused by “neglect of those no longer considered productive”.

Teransang dengan kenyataan superficial tersebut, Marina melontarkan persoalan berikut :

I have yet to hear the Muslim equivalent of this, of concern for a global system that is increasing insecurity of people everywhere.
Mungkin Buku di bawah ini tentang Sistem Kewangan Islam sedikit sebanyak boleh membantu dirinya :



Kemudian dia menyambung dengan tulisan berikut :
Instead, I hear a different insecurity, of one where there are constant so-called moral attacks, usually by imagined assailants. Where limited interpretations of religion are to be enforced because otherwise the religion will disappear, despite evidence to the contrary.
In some ways, these self-appointed guardians of religion have reason to worry.


Seperti dia yang biasa, aspek Islam yang syumul yang merangkumi semua aspek pemantauan kehidupan sosial manusia, terus menjadi belasahan penulisannya. Seolah terdapat dendam yang belum selesai di dalam dirinya dengan penekanan aspek ketertiban sosial yang cuba ditekankan undang-undang syariah di dalam masyarakat Malaysia. Satu prinsip yang jelas kemas termaktub dan dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.

 Keterlibatannya dan peranan yang dimainkannya di dalam NGO-NGO tertentu, menunjukkan corak yang nyata tidak abstrak di dalam pembentukan pemikirannya. Pernah ayahandanya sendiri, terpaksa menegur dirinya secara terbuka di dalam surat khabar kerana kepungan mindanya mengenai perhatian dari orang Islam kepada orang-orang Islam yang lain. Bayangkan, seorang ayah, terpaksa menegur sistem pemikiran anakanda kesayangan secara terbuka untuk ditatap dunia. Bukan mudah untuk seorang ayah berbuat demikian. Hanya yang ikhlas mahu memperbetulkan dapat melakukannya dengan cara terbuka yang terpaksa. Pemikirannya sentiasa di bawah tempurung. Sudah kerap kali dia ditegur, tetapi dia masih menggunakan baki hayatnya untuk terus tinggal di bawah pemikiran sedemikian dan mempamerkan kepada dunia apa yang tinggal setelah akalnya mula mencerna sesuatu isu. Ramai pihak telah menegurnya, saya sendiri pernah menulis menegur penulisannya kepada akhbar yang memuatkan tulisannya satu ketika dahulu (klik sini). Malah ayahandanya sendiri juga telah menegur sistem pemikiran tertutup dirinya terhadap perkembangan dunia luar.



Kembali kepada kenyataan Pope Francis dan Dr. Rowan Williams tersebut. Takkan hanya komentar sahaja yang mampu dilontarkan? Mana remedinya? Kenapa tidak menawarkan alternatif sebagai remedi kepada sistem kewangan dunia sekarang? Kita faham, di dalam Kristian, mereka tidak mempunyai asas sistem ekonomi yang boleh ditawarkan sebagai remedi kepada kekalutan sediada. Ekonomi yang dijana riba, spekulasi serta tisu-tisu tandas 2 yang diberikan nilai matawang, perlu ditongsampahkan.

Ketika ulama’ Islam sedang menunggang kapal angkasa dalam gerakan menyembuhkan sistem ekonomi dunia, malang bagi Marina kerana keldai pemikiran ekonomi yang ditunggangnya, baru hanya melangkah dua tapak ke depan dalam kesedaran kebobrokan sistem ekonomi dunia.

“Katak di bawah tempurung?” Itu pepatah melayu. Mungkin dicipta di kala gelombang radio dan pancaran gelombang infra dan radiasi belum lagi ditemui. Untuk seorang manusia yang sentiasa mencampakkan dirinya di dalam kalangan berpemikiran elit dan jauh ke hadapan, kita berasa takjub dengan ketidaktahuan dirinya mengenai sistem ekonomi Islam yang telah berkembang dengan sempurna sejak 1,400 tahun yang lampau. Dia mungkin tidak pernah mendengar tentang Dr. Wahbah az Zuhaili. Dia mungkin tidak pernah mendengar mengenai Islamic Financial Services Board (IFSB) dan International Shari’ah Research Academy For Islamic Finance (Isra) . Dia juga mungkin tidak pernah mendengar tentang perjuangan Sheikh Imran Hossein yang sering berada di sini memperjuangkan sistem ekonomi Islam yang bebas dari wang kertas, elektronik dan segala macam sampah yang diberikan nilai pertukaran ekonomi. Dia juga mungkin tidak pernah mendengar mengenai perjuangan ulama’-ulama’ serta pemikir sistem ekonomi tempatan berusaha menyedarkan orang ramai mengenai keburukan sistem ekonomi yang tidak berasaskan panduan Islam.

Kita berasa takjub dan hairan. Kita takjub kerana ini zamannya katak di bawah tempurung sekalipun pasti akan dapat memprolehi maklumat mengenai semua perkembangan ini. Kecuali jika tempurung itu diperbuat dari plumbum3  dengan ketebalan tertentu, barulah semua maklumat itu tidak akan tertembus dan sampai kepada sesiapa sahaja yang bernaung di bawahnya.

Ignorance is bliss” itu pepatah mat salleh. Mungkin ada yang menganggap ketidaktahuan itu sebagai satu rahmat. Tetapi ignorance is never bliss di dalam hal seperti ini. Inilah hal yang menjadi punca kepada seluruh kebobrokan yang wujud di mukabumi ini. Inilah hal yang menjadi punca kepada tersebarluasnya perzinaan, gerakan murtad, penipuan, penindasan manusia, pembunuhan, LGBT dan lain-lain.

Sebagai menghormati hak bersuara mana-mana manusia sama seperti yang dia percaya, maka penulisan kecil ini dibuat bagi menyedarkan bahawa jika seseorang itu tidak tahu tentang kewujudan sesuatu itu, ia tidak bererti bahawa sesuatu itu tidak pernah wujud. Cuma mungkin, dia perlu meluangkan masa dengan lebih banyak membaca, mentelaah serta melihat dunia tanpa melalui cernaan cognitive bias dari minda pro pemikiran Mat Salleh berkulit Asia seperti dirinya.


Rujukan :

2)      Max Keiser: US Dollar is Warren Buffett toilet paper http://digitaljournal.com/article/282202#ixzz2fuSM9De1http://digitaljournal.com/article/282202

3)       A guide to use the lead as radiation shielding  http://innovativebiomedical.com/wp-content/uploads/2012/03/radiation_shielding-lead-etc..pdf


© 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

2 comments:

1978.. said...

iman tidak dapat diwarisi - mungkin benar kata pepatah itukan.
Salam perkenalan saudara M.I.A.
Sudah 3 bulan mengikuti blog ini, hampir setiap hari sy akan membuka dan menelaah isu-isu (kadang2 sudah 3-4 tahun saudara keluarkan)tetapi tetap relevan beserta rujukan2. Terima kasih!

satuhala said...

Salam perkenalan kembali..

segala yg diusahakan mengikut kudrat pinjaman yg ada. Segala puji harus dikembalikan kepada yang meminjamkannya.

Terima kasih kembali atas sokongan.