Saturday, March 9, 2013

Adiwira Celahan Ketiak Mama dan Papa

3

oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Dalam apa jua hal, perselisihan pendapat dan pertikaian, kita harus kembali kepada suruhan Allah dalam al Qur'an :

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”(An-Nisa ayat 59)

Ulil Amri mengikut Syeikh Rasyid Ridha, ialah orang yang diberikan percaya untuk memegang sesuatu urusan. Boleh jadi dia pemimpin, boleh jadi dia pakar kimia dan boleh jadi dia seorang panglima. Mereka tahu dan mereka pakar dan mempunyai maklumat serta ilmu-ilmu yang diperlukan bagi menentukan sesuatu keputusan. Ada maklumat yang boleh dikongsi mereka dengan kita dan ada maklumat dan perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum. Kerahsiaan sesuatu maklumat itu juga, terutamanya dalam situasi peperangan merupakan sunnah yang dipraktikkan Rasulullah s.a.w. sendiri.

Tetapi kini kita yang sering mendakwa diri sebagai umat Rasulullah s.a.w., kerap kalinya kita yang lebih kerap meletakkan rasa mahu serta lintas hati melebihi aturan Allah dalam kitab panduannya. Kita kerap melepaskan hati menguasai lisan serta tangan dari tali kekangnya iaitu berakhlak kepada al Qur'an dan as Sunnah.


Boleh jadi kita rasa iman kita di sisi Allah sangat tinggi. Boleh jadi pakaian yang dipakai kita menunjukkan kita lebih warak dari manusia lain. Boleh jadi cara makan, pakai, tidur dan ibadat kita menjadi senandung yang kerap didendangkan dari mulut ke mulut sebagai insan zuhud dan sangat bertakwa. Sedangkan kita hanya tahu tidur, makan, tidur, makan  dan terus tidur dan terus makan dan diambil gambar ketika kita tidur dan makan ketika amanah memimpin dilepaskan. Anak menantu berkereta mewah dan hidup mewah ketika kita tidur dan makan. Sedangkan rakyat mendapat teh tarik percuma yang keluar dari celahan air-air paip. Kata-kata kita dipegang sebagai fatwa. Melanggarnya menjadikan sebahagian dari manusia sebagai bahan humbanan api neraka. Walaupun demikian keadaan kedudukannya, tetap apabila berhadapan dengan mereka-mereka yang ahli walaupun kedudukan mereka dan pakaian dan zuhud mereka tidak sehebat kita, Allah sentiasa menyuruh agar kita menghormati orang yang lebih ahli dan mempunyai pengetahuan tentang apa yang sedang dilakukannya.

Ini Akhir zaman.. Malang sekali kita kerap berpesan kepada manusia lainnya dengan surah al Kahfi sebagai pendinding dajjal, tetapi kita lupakan diri sendiri. Kita terlupa akan kisah Musa a.s. bersama seorang pemuda yang ditemuinya di sebuah tempat di mana dua lautan bertemu. Musa a.s. tinggi kedudukannya disamping Allah. Dia seorang Rasul yang Allah s.w.t. berbicara secara terus dengannya. Kedudukannya yang tinggi juga dinyatakan Rasulullah s.a.w. ketika seorang sahabat menampar seorang Yahudi yang berlebihan memuliakan Musa a.s. atas Rasulullah s.a.w. :

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., katanya: Pada suatu waktu, ketika Rasulullah s.a.w. sedang duduk-duduk, datanglah seorang Yahudi berkata: "Hai Abu Qasim! Seorang dari sahabat Tuan telah menampar muka saya." "Siapa?" Tanya beliau. Orang Yahudi itu menjawab: "Seorang Ansar." Kata beliau: "Panggillah orang itu!" Lalu beliau bertanya: "Engkau tampar dia?" Orang itu menjawab: Saya dengar ia bersumpah dipasar dengan berkata: "Demi Tuhan yang telah memilih Musa lebih dari segala manusia." Saya berkata: "Kamu telah berbuat jahat terhadap Rasulullah s.a.w." Saya marah, lalu menampar mukanya. Nabi saw. berkata: "Janganlah kamu melebihkan seseorang dari para Nabi. Pada hari kiamat seluruh manusia pengsan. Saya adalah orang yang pertama-tama sedar kembali. Tiba-tiba saya jumpai Musa berpegang pada salah satu tiang Arasy. Saya tidak tahu apakah ia ikut pengsan atau sudah tidak pengsan lagi." (Hadis Riwayat Bukhari)


Musa a.s. yang berkedudukan tinggi disamping Allah pernah melalui satu pengalaman yang mana Allah mahu dia mempelajari sesuatu. Walaupun dia seorang rasul, dia diuji Allah dengan 3 peristiwa yang bagi manusia biasa tidak masuk akal. 3 peristiwa pelik bakal dilaluinya dengan lelaki tersebut. Musa a.s. tersentak apabila lelaki tersebut membocorkan perahu orang miskin, membunuh seorang anak ‘yang tak berdosa’ dan membina semula runtuhan bangunan ditempat mereka mendapat layanan biadab. Semua itu diluar batasan kemampuan akal manusia biasa untuk menghadamnya.

Musa a.s. mendesak diberitahukan lojik dan maklumat tepat kenapa pemuda tersebut melakukan perbuatan-perbuatan yang dikira Musa sebagai melampaui batas. Pemuda itu memberikan amaran bahawa Musa a.s. tidak layak untuk terus bersamanya jika terus mendesak dia memberikan jawapan dan terus bertanya. Sehinggalah amaran terakhir pemuda itu dilanggar Musa a.s.

Maka tibalah saat perpisahan antara mereka berdua. Jelas,  Musa .a.s pada ketika itu tidak boleh lagi bersama dengan lelaki tersebut. Lelaki yang disebut di dalam kitab-kitab hadis sebagai Khidr. Hanya ketika saat Musa a.s. dan Khidr perlu berpisah, barulah segala maklumat yang disembunyikan tadi didedahkan. Barulah Musa a.s. menyedari, bahawa disebalik kedudukannya sebagai rasul kepada umat pilihan Tuhan, masih ada sisi-sisi ilmu dan pengetahuan yang tidak dikurniakan Allah kepadanya. Siapalah Khidr jika kedudukanserta pangkat antara dia dan Musa a.s. mahu dibandingkan.

Kerana itulah, di dalam al Qur’an, Allah menyebut di dalam kisah Yusuf akan perkara berikut bahawa di atas seorang yang berpengetahuan, ada lagi yang lebih tinggi pengetahuannya.

…Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi diatasnya yang lebih mengetahui. (Yusuf ayat 76)


Drama, sandiwara atau apa saja.. biarlah mereka yang lebih ahli menyelesaikan apa yang sedang berlaku. Apakah kita tahu segala maklumat dan mendapat akses serta dapat mencerna setiap satu daripadanya? Benar atau tidak bukan urusan kita untuk berbicara tentang sesuatu yang kita tiada pengetahuan mengenainya. Urusan kita ialah patuh kepada Allah. Bilamana Allah menyatakan bahawa apabila berita-berita kekacauan  itu timbul, siasat dan serahkan kembali kepada ulil amri merupakan pendekatan yang lebih dekat kepada jalan yang diredhai Allah.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”( Al-Hujurat 49 ayat 1)


Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu). (an Nisa ayat 83)


Kita tidak layak untuk untuk berbicara seperti ahli jika hanya menjerit-menjerit, membuat troll dan jenaka, ketika hanya sanggup berada di rumah di celahan ketiak mama dan papa. Berbicara seperti hero ketika orang lain menggadai nyawa. Berbicara seperti hulubalang dengan balang kuih serta kudapan di tangan dengan tv di depan mata. Berbicara bagai pendekar tanpa mahu melepaskan dakapan keluarga. Berbicara atas sentimen dan getus rasa, ketika Allah menyuruh kita bersandarkan fakta.

Sama-sama kita tinggalkan rasa demi mencari redha Allah. Benar atau tidak, Allah sudah mencatatkan kita sebagai sebahagian hamba yang menurut panduanNya. Kita sudah mendapat kebaikan dan keuntungan akhirat di situ.

Benarlah kata-kata Rasulullah s.a.w., Islam itu akan asing di akhir zaman. Semoga kita semua menjadi golongan dalam bahagian yang kecil seperti yang disebut Allah di dalam surah an Nisa’ ayat 83 di atas.

….Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu). (an Nisa ayat 83)


Syaitan, banyak tipu dayanya. Akhir zaman, yang putih tidak semestinya putih dan yang hitam tidak semestinya hitam. Akhir zaman, panji-panji mewakili golongan bermata satu akan kuat berkibaran. Hanya yang sedikit akan selamat. Akhir zaman, mereka-mereka yang terselamat akan melakukan perkara yang sama dengan apa yang dilakukan pemuda-pemuda yang kisah mereka disebut di dalam surah al Kahfi.

Al Fatihah untuk semua yang terkorban. Milik Allah sahaja segala pengetahuan dan milik Allah juga hak untuk memberikan segala bentuk pembalasan. Tugas dan matlamat kita di dunia, berterusan bertakwa kepada Allah.

Untuk abang ipar, sepupu, sahabat rapat dan ke semua mereka yang berada dan bakal bertugas diperbatasan, Semoga Allah memberikan keselamatan dan kekuatan kepada anda semua. Ameen Ya Rabbal ‘alameen..





P/S : Walaupun beberapa bulan sebelum pecahnya peristiwa ini, saya menceritakan tentang Jabidah Massacre pada 21 julai 2012 (klik) dan kemudian memberikan amaran bahawa saat begini tidak lama dalam ucapan Selamat Menyambut Ramadhan dengan menggunakan gambar kumpulan pejuang pemisah di Filipina pada 31 Julai 2012 (Klik) dan kemudian menulis petikan berikut di dalam akaun facebook (tidak disiarkan di sini) pada Oktober 2012 di bawah tajuk Resolusi, Revolusi & Evolusi seperti berikut  :


Dalam apa jua keadaannya, perhatian yang penuh harus sentiasa diberikan kepada pergerakan serta usaha-usaha yang dilakukan serta tindakan-tindakan yang diambil oleh sekumpulan manusia yang saya labelkan sebagai tentera-tentera bagi gerakan dajjal.

Mereka ini ialah golongan aktivis ‘nasrani’ yang telah dibiayai serta digerakkan untuk memastikan negara ini kembali kepada penguasaan mereka sepertimana di zaman kita berada di bawah Portugis, Belanda dan Inggeris. Perhatikan bersama siapa mereka ini berkumpul dan menyatakan sokongan penuh. Perhatikan bersama siapa mereka-mereka berpaut dan berjuang. Tentera-tentera gerakan dajjal ini mempunyai keupayaan kewangan yang hebat. Jika keupayaan kewangan mereka tidak hebat, mana mungkin mereka dapat memberi segala kemewahan kepada boneka atau proksi perjuangan mereka untuk bermewah-mewahan. Walaupun dia mewar-warkan kepada dunia, gajinya hanya satu ringgit (lebih murah dari harga bangkai tikus di Terengganu), tetapi ia tidak menghalang proksi gerakan tentera dajjal ini untuk bermewah-mewah dalam hidup, memiliki kediaman mewah, berkereta mewah dan ke sana dan ke sini dalam gaya penuh kemewahan. 


Tidaklah pelik apabila Dajjal itu sendiri digelar di dalam sebuah hadis sebagai salah satu dari dua al Masih. Hanya ada dua al Masih di dalam dunia. Yang pertama Isa a.s. yang merupakan nabi, rasul serta manusia pilihan Allah yang mulia yang akan kembali diakhir zaman. Manakala yang seorang lagi yang bakal muncul diakhir zaman ialah al Masih ud Dajjal. Terjemahan kitab Sahih Bukhari menyebut perkataan al Masih yang dirujuk kepada Dajjal itu membawa maksud ‘yang banyak berjalan’. Tidak hairanlah ke sana dan ke mari dia bergerak. Jika Dajjal itu al Masih (yang banyak berjalan) tentu sahaja proksinya juga akan banyak berjalan. Hari ini di bumi Malaysia, hari esok, dia di Paris, esok lusa dia ke London, Tulat dan seterusnya dia berkampung di Sabah untuk menghasut orang-orang Kristian bangkit berjuang mengambilalih negeri mereka dari penguasaan orang Islam dengan menggunakan sentimen nama Allah dan sebagainya. 

Dibangkitkannya juga sentimen berkenaan pendatang-pendatang Islam dari Filipina. Ia supaya jumlah penduduk Islam di negeri tersebut dipertikaikan dan memberi ruang kepada umat bukan Islam di Sabah untuk menuntut kuasa. Proksi dajjal, tetap proksi dajjal. Dia digelarkan sahabat totoknya sebagi Imam Mahdi, penulisannya sendiri pernah mengakui dirinya sebagai nabi yang digambarkan di dalam sebuah hadis.

Aktivis-aktivis yang menguasi minda dan hala tuju proksi dajjal ini sentiasa bergerak aktif. Mereka sentiasa cuba menghadirkan diri mereka dalam pakej yang cuba digambarkan sebagai mesra Muslim dan Melayu. Mereka juga sentiasa cuba mendampingi tokoh-tokoh yang dipandang Muslim sebagai ‘tokoh agama suci’ supaya gerakan mereka mendapat cop halal dan legitimasi keluhuran perjuangan mereka terserlah kepada muslim yang jarang mahu menggunakan kekuatan akal fikiran.

Perhatikan dengan rapat dengan siapa mereka ini bercampur, berkumpul serta berjuang. Bahasa mereka ialah bahasa hak-hak asasi. Pakaian mereka ialah demokrasi. Kitab mereka ialah The Prince dari Machiavelli. Kiblat mereka ialah Putrajaya. Penyuci dosa mereka ialah manusia-manusia yang mengaku diri ‘pewaris nabi’. 


Ia bukanlah bermaksud saya mengetahui tentang masa depan. Saya hanya memerhati sepertimana yang pernah saya sebut dalam penulisan bertajuk Lupakan Sahaja Gaza (klik) seperti berikut :

...Berbalik kepada ‘kisah benar mengenai masa depan’ tadi, di dalam aliran falsafah sendiri, Master Kung (Kung Fu Tze@ Confucius) sendiri di dalam kitab Bunga Rampainya menyatakan bahawa untuk mengetahui mengenai masa depan, hendaklah kita menilai dan merujuk sesuatu di masa belakang. Ianya dicatatkan seperti di bawah.

Tzu-Chang asked whether the state of things ten generations hence could be foretold. The Master said, we know in what ways the Yin modified ritual when they followed up upon the Hsia. We Know in what ways the Chou modified ritual when they followed up upon the Yin. And hence we can foretell what the successors of Chou will be like, even suppossing they do not appear till a hundred generations from now. (Book II : 23, Confucius, The Analects, Everman’s Library. Pg. 85)

Terjemahannya : Tzu-Chang (salah seorang murid Confucius) bertanya samada perkara yang bakal berlaku dalam sepuluh generasi akan datang dapat diramalkan. Master Kung menyatakan, “Kita mengetahui dalam apa cara Yin mengubah cara perlaksanaan ritual selepas mereka menggantikan (dinasti) Hsia. Kita mengetahui dengan cara apa Chou mengubah cara perlaksanaan ritual semasa mereka menggantikan (dinasti) Yin. Dan dari situ kita dapat mengagak apa yang bakal dilakukan pengganti Chou biarpun mereka belum lagi muncul untuk beratus generasi yang akan datang. Read more: http://satuhala.blogspot.com/2009/01/lupakan-saja-gaza.html#ixzz2N3AcxKic

Hanya seorang pendusta akan menyatakan dia mengetahui mengenai masa hadapan. Tetapi, kebarangkalian berlakunya sesuatu peristiwa di depan boleh dihitung dan diagakkan dengan menoleh kepada hamparan sejarah dibelakang. Semoga semuanya segera aman dengan cepat. Ameen.


© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualikum tuan,

Sy sgt suka petikan dibawah;

"Drama, sandiwara atau apa saja.. biarlah mereka yang lebih ahli menyelesaikan apa yang sedang berlaku. Apakah kita tahu segala maklumat dan mendapat akses serta dapat mencerna setiap satu daripadanya? Benar atau tidak bukan urusan kita untuk berbicara tentang sesuatu yang kita tiada pengetahuan mengenainya. Urusan kita ialah patuh kepada Allah. Bilamana Allah menyatakan bahawa apabila berita-berita kekacauan itu timbul, siasat dan serahkan kembali kepada ulil amri merupakan pendekatan yang lebih dekat kepada jalan yang diredhai Allah"

Ada benarnya dan membuat sy terfikir mengenai urusan antara kita dan Allah.
Ini adalah tulisan tuan yg sy tunggu2 selepas apa yg tjadi di Lahad Datu.
Marilah kita sama2 sedekahkn Al-Fatihah buat mangsa yg terkorban demi memperjuangkn tanah air.


satuhala said...

Wa'alaikumsalam w.b.t. Ms Red Eva,

Urusan kita dengan Allah dan hubungan sesama manusia di dalam radar keredhaan Allah itu yg perlu kita sentiasa beri perhatian..

Alfatihah dan tahniah utk yg terkorban, takziah utk keluarga.

Jika kematian itu diumpamakan sebagai kenderaan di dunia, maka syahid itu adalah Ferrarinya.

Anonymous said...

Hadis berikut sesuai utk org2 yg cepat sgt panjangkan benda2 yg dia sendiri x tahu..

“Memadai seseorang itu dikatakan pendusta sekiranya dia menyampaikan semua perkara yang dia dengar.” (Riwayat Muslim)

Sekadar prkongsian.

Haaziq.