Thursday, February 21, 2013

Suara Azan, Pulau Pinang & Anak Cina Sesat

10

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Tidak berapa lama dahulu, setelah ditakbirkan kemenangan sebuah entiti Harbi, suara azan menjadi semakin sayup di waktu subuh di Pulau Pinang. Bacaan al Qur’an sebelum subuh yang dinikmati sejak zaman berzaman sebelum ini, terus hilang di celah-celah serban manusia yang mendakwa diri pejuang Islam. Membangun bersama Islam kata mereka. Entah siapa yang bangun dan entah siapa yang rebah. Khutbah Jumaat juga berbunyi seolah tuan khatib berbisik kepada qarinnya di dalam kainnya sendiri. Membangun bersama Islam kata mereka.

Islam berkembang di negeri ini menjadi ratiban zikir harian mereka. Jika kita merujuk apa yang dimaksudkan dengan Islam di dalam terjemahan mereka, kita akan segera sedar bahawa Islam itu bermaksud poket yang semakin kembang dan cahaya peluang ke Sodomjaya yang bersinar terang benderang, cemerlang, gemilang, terbilang.


Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang pelik. Sebuah negeri dengan majoriti orang Islam, tetapi diperintah oleh seorang bukan Islam. Peliknya Pulau Pinang, ia tidak diperintah oleh orang Pulau Pinang. Yang lebih pelik di Pulau Pinang, orang-orang Pulau Pinang tidak boleh sesuka hati menggunakan nama Pulau Pinang kerana pemerintah yang bukan orang Pulau Pinang, mengatakan itu hak ekslusifnya sebagai pemerintah Pulau Pinang untuk menentukan siapa boleh dan siapa tidak boleh menggunakan nama Pulau Pinang dalam perkara-perkara tertentu. Wahh… Felancis Lait Lo pun boleh tersedak dalam kubur dengan Van Der Lim. Mungkin pepatah Bagai Belanda dapat  tanah perlu diubah selepas ini. Ada yang lagi hebat dari Belanda rupanya.

Pulau Pinang sebuah negeri yang menjadi destinasi pelancongan. Pelacuran juga banyak di sini. Pelacurnya pelbagai ragam. Ada yang seksi di celah-celah lorong dan ada yang melacur dengan berkopiah dan tembolok melopong. 

Jika mahu mengembara dan takut dengan risiko sesat, Pulau Pinang bukanlah tempat yang sesuai. Negeri ini azannya perlahan. Ia sebuah microcosm masa depan Malaysia. Pernah suatu ketika terjadi satu kes benar yang pernah berlaku di Tanah Melayu .(Maaf saya tidak bermaksud untuk menjadi nasionalis, assobiyyah, pejuang kebangsaan dengan menulis perkataan Melayu untuk Tanah Melayu ini. Harap peluang saya untuk ke syurga tetap cerah walaupun saya menulis perkataan Melayu untuk baris tersebut. )


Ia sebuah kes kecil yang beritanya bagi saya memberikan satu impak dan legitimasi besar. Sekumpulan anak Cina yang gemar dengan aktiviti riadah, telah melakukan pengembaraan. Mereka memanjat sebuah bukit berhutan untuk menikmati keindahan alam. Ini merupakan satu aktiviti sihat yang perlu dicontohi. Ia mendekatkan manusia dengan alam. Apabila manusia dekat dengan alam, maka perlahan-lahan mereka dekat dengan yang menciptakan alam. Anak-anak Melayu harus mencontohi sikap-sikap positif yang ada pada orang-orang Cina. Ambil yang positif elakkan yang negatif. Mereka rajin beriadah dan mereka kuat berusaha.

Tetapi malang, apabila mereka mempunyai kurang pengalaman dalam mengatur jejak. Lalu kumpulan anak muda berbangsa Cina ini tersesat. Semalaman mereka bermalam di dalam hutan mencari jalan pulang. Mereka tidak ketemui jalan dan arah. Mereka menjadi panik kehilangan arah. Satu kekurangan orang bukan Islam, mereka tidak dibekalkan dengan ilmu pandu arah dan penentuan bintang-bintang yang menunjukkan arah terutamanya kiblat. Muslim yang mengambil tahu tentang semua ini, tentu tiada masalah untuk mengetahui arah meskipun berada di dalam hutan yang tebal atau padang pasir yang luas. Mereka ini yang tersesat ini tidak mempunyai bekalan pengetahuan tersebut. Mereka terus tersesat jalan. Lalu mereka berusaha dan berikhtiar supaya mereka tidak sesat lebih jauh. Mereka memanjatkan harapan supaya mereka akan temui jalan keluar.

Akhirnya pada ketika benang putih jelas berbeza dari benanghitam, harapan yang dipanjatkan mereka terjawab. Tiba-tiba kedengaran suara memecah keheningan pagi yang gelap. Mereka tersenyum. Mereka teruja apabila mendengar suara tersebut. Walaupun mereka tidak faham apa yang dilaungkan bersama suara itu, tetapi mereka tahu dari mana suara itu datang. Kalimah pertama yang mengundang senyum pada wajah mereka ialah kalimah Allahu Akbar. Ia membawa maksud Allah Maha Besar. Lantas mereka tahu terdapat masjid berdekatan dengan kawasan di mana mereka sesat. Mereka tidak melepaskan peluang. Lantas mereka segera bangun untuk menelusuri jalan yang menuju ke arah suara tersebut. Mereka yakin, pada arah dari mana suara itu datang, mereka akan menemui jalan selamat. Mereka yakin bahawa dengan bergerak ke arah dari mana suara itu datang, doa dan harapan mereka untuk selamat dari jalan yang sesat akan dimakbulkan. Selesainya azan, mereka mendapati jalan yang ditujui mereka membantu mereka keluar dari kawasan bukit berhutan tersebut. Akhirnya mereka sampai ke penempatan manusia dan mereka akhirnya berjaya diselamatkan. Syukur azan di negeri tersebut masih dilaungkan dalam kadar laungan bunyi yang munasabah. Syukur azan dinegeri tersebut lebih kuat dari bunyi cengkerik dan riang-riang di dalam hutan.  

Beruntunglah anak-anak muda berbangsa Cina ini kerana mereka tidak tersesat di hutan-hutan Pulau Pinang. Azan di Pulau Pinang sudah semakin perlahan. Beratur menurut jejak Cinapura. Kerana itulah ada yang tersesat masuk ke Pulau Pinang dan belum bertemu jalan pulang. Pulau Pinang microcosm masa depan Malaysia.



P/S : Dengar cerita, di Klang juga usaha untuk memperlahankan suara azan sedang diusahakan. Kasar juga beberapa tindakan yang diambil. Biasalah, dekat dengan pilihanraya dengan pilihan yang sudah semakin kabur. Sudah hampir lima puluh tahun melabur, maka hasilnya harus dituai tidak kira samada melalui jalan putih atau jalan hitam.

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.


Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

10 comments:

Anonymous said...

sy pernah tinggal di Penang pada awl taun lepas, masa tuh masih lg kecengaran laungan azan daripada surau berdekatan.

satuhala said...

Ms Red Eva,
Saudari Benar... pengurangan suara azan tidak berlaku di semua tempat. Ia berlaku di tempat2 tertentu atas sebab2 tertentu.. lambat laun tempat-tempat tertentu itu akan semakin banyak.. dan kemudian ia akan merebak ke seluruh negeri. Kemudian dari satu negeri ke satu negeri dan kemudian dari satu negeri ke seluruh negara.

Perkembangan negatif ini perlu diberi perhatian dari awal supaya tiada sesalan dipihak kita di kemudian hari.

Ada byk perkara lg telah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Yg penting kita semua harus memantau dan mengambil langkah2 pencegahan dengan segera.

Bagus sekali kalau org2 spt saudari yg peka kpd keadaan sekeliling meramaikan orang Islam di Pulau Pinang.

rizal hass said...

assalamualaikum, rupanya masih banyak lagi khasiat azan yang kita tidak sedar kerana terlalu 'biasa' dengan fenomena ini. MasyaAllah..terima kasih kerana berkongsi akan hal ini.

satuhala said...

Wa'alaikumsalam w.b.t. tuan Rizal Hass,

mmg banyak kelebihan azan. Cuma manusia kebanyakannya masih tidak tahu dan leka dengan dunia mereka untuk mengambil tahu dan aspek2 positif dr sebuah amalan mudah yg ringkas sebegini.

Abu Umair said...

Salam, Saya tingal di Flat Jalan kedah, Georgetown, Setiap hari laungan azan kedengaran dengan jelas termasuk azan subuh dari beberapa masjid seperti Mjd. Jln Hatin, Mjd. Pakistan, Mjd. Prangin, Surau Jln.Kedah sendiri dan lain-lain. Boleh sy tahu kawasan mana yang azan diperlahankan? Larangan bacaan Al-Quran secara kuat mengunakan pembesar suara sebelum azan subuh adalah difatwakan olh majlis fatwa P.Png. Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi s.a.w kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa. Ikut Sunnah Nabi saw itu yg terbaik iaitu azan 2 kali, sekali beberapa minit sebelum masuk waktu subuh dan sekali lagi ketika masuk waktu. Wallahu'alam sekadar perkongsian, pohon kemaafan jika ada salah dan silap.

Anonymous said...

Pengunaan perkataan 'anak cina' terlalu umum dan bersikap perkauman. Berlaku adilah kerana adil itu lebih dekat dengan taqwa

Anonymous said...

Saya juga anak jati pulau pinang.menetap di seberang,kerja di pulau. Tak pernah lg sy alami apa yg tu ceritakan ini. Mohon pencerahan kawasan mana yg tuan maksudkan kerana sy sbg anak jati p.pinang kurg enak dgn berita sebegini. Tq.

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Abu Umair dan Anon April 22, 2013 at 8:41 PM,

Oleh kerana kedua2 tuan menyatakan berasal dr Sbrg Jaya, sya fokuskan jawapan kpd situasi yg lebih mudah utk saudara berdua cerap dan dekat utk berikan perhatian.

Secara jujurnya saudara berdua pasti pernah brsolat di masjid Sbrg Jaya. Sya juga ada kalanya kerap singgah di situ dlm perjalanan ke tapak projek.

Jika benar saudara berdua peka dan ambil perhatian kepada perkara yang berlaku di sekeliling, pastinya saudara berdua akan sedar mengenai suatu fenomena yg berlaku selama 4 Jumaat berturut semasa penulisan di atas saya tulis dan publishkan.

Bermula pada awal Februari 2013, terdapat satu fenomena alam yg melihatkan peningkatan mendadak jumlah riang-riang, serangga yg berbunyi bising disepanjang laluan ke Masjid berdekatan sungai kawasan rekreasi taman tunku.

Bunyinya sgt bingit. Saya memerhatikan dan merekodkan perkara tersebut untuk mencerap kekerapan ia berlaku jeda masa tahun ia berlaku. Semasa proses itu yg dibuat sebelum azan dan selesai azan solat jumaat, saya menyedari tentang perkara berikut bahawa laungan azannya bukan setakat perlahan, tetapi tidak langsung kedengaran hatta di kawasan parking masjid. Apatah lagi bunyi khutbah.

Atas kerana itu saya menulis perkara berikut :

"Khutbah Jumaat juga berbunyi seolah tuan khatib berbisik kepada qarinnya di dalam kainnya sendiri."

Selepas seminggu perkara tersebut ditulis, Jumaat berikutnya iaitu 1 Mac 2013, speaker utk azan dan bacaan khutbah telah dikuatkan dan dipasang speaker luar seperti tahun2 sebelumnya. Alhamdulillah, sunyinya bunyi masjid itu seperti beberapa tahun kebelakangan ini, sudah dipecahkan.

Saya tidak pasti jika saudara berdua sedar tentang perkara tersebut. Oleh kerana saudara berdua mengatakan bhw saudara berdua tinggal di seberang jaya, cth itu jugalah yg saya berikan. Sya harap dengan Allah sebagai saksi, saudara berdua dpt mengingati semula perkara ini dengan jujur dan sya pasti prkara2 kecil2 spt ini tidak direkodkan di dalam register minda kecuali bg org yg datang bersolat untuk mendengar dan memerhati.

Itu belum disentuh aspek kebersihan masjid dengan longkang dan rumput yg tidak diservis. Boleh setuju dgn saya bahawa masjid tersebut hanya diperelokkan hanya selepas pengumuman pembubaran parlimen dibuat. Sejujurnya saudara berdua dengan Allah sebagai saksi, apakah saya berdusta ttg perkara2 tersebut?

satuhala said...

Saudara Anon April 12, 2013 at 1:00 AM,

Rasanya lebih adil dan mendekati takwa jika artikel tersebut dibaca sehingga habis dan dihadamkan.

Jika penulisan itu bersikap perkauman, tentu sahaja saya tidak memuji kualiti2 hebat yg terdapat pada bangsa Cina.

Kenapa perlu sya menghina bangsa Cina sedangkan salah seorang moyang saya dan sebahagian kecil darah yang mengalir dalam tubuh saya juga berasala dr Cina Guandong.

Saya sendiri merupakan campuran keturunan Benggali, Melayu, Acheh, India dan Cina. Sya merupakan produk perkahwinan campur sejak bergenerasi lamanya.

Reference kepada Anak Cina Sesat ialah berkenaan dengan konteks penulisan tersebut. Sudah sememangnya di dalam kejadian sesat jalan itu melibatkan anak2 Cina. Adalah tidak mendekati jalan takwa jika saya menggunakan Tajuk Anak Benggali Sesat kerana itu lari dr fakta sebenar penulisan. Memutarbelitkan Fakta bukanlah salah satu dr jalan-jalan takwa.

Penulisan tersebut ditulis di dalam konteks kejadian yang berlaku di dalam masyarakat ketika berlakunya beberapa desakan melibatkan beberapa kejadian individu berbangsa Cina diseluruh negara menimbulkan polemik mengenai suara azan subuh sedangkan mereka tinggal di dalam Malaysia. Apabila mereka tinggal di sini, mereka harus menerima praktis yang menjadi amali biasa melaungkan azan pada setiap lima waktu solat sejak sebelum zaman nenek moyang mereka datang ke sini mencari peluang kehidupan dan diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat dan rakyat negara ini.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Menguak di kandang kambing, maka kambing itu akan dirujuk sebagai kambing sesat.

maka penulisan tersebut ditujukan secara serampang dua mata yg mengambil dua contoh ekstrem mengenai bagaimana sejumlah orang yang mengaku sebagai anak malaysia masih belum faham dengan amali praktis negara ini yang mahu mendiamkan suara azan seolah2 baru tersesat di Malaysia dan satu lagi contoh bagaimana suara azan yang dikatakan mengganggu itu memberikan jalan pulang kepada sekumpulan anak bangsa tersebut yg tersesat di hutan. Yang pertama tersesat secara pendirian mental yg terkepung dan yang kedua tersesat secara fizikal.

Jika tun Anon membaca penulisan itu sehingga habis dan dapat menghadamnya, tentu sahaja tuan Anon akan mendekati jalan takwa dengan berlaku adil kepada konteks penulisan. Sedungguhnya tuan, Berlaku adilah kerana adil itu lebih dekat dengan taqwa

Wassalam.

Anonymous said...

Tuan punya tanah.

mgkin ramai tak faham pasal damage control. Memang ada satu dua kes azan diperlahankan dalam kawasan tertentu di penang.

lepas org2 Islam dok buat bising, depa lani dok buat damage control. azan kuat balik sampailah hari depa dapat kekuatan politik nanti. Tu yg org2 tak berapa nak faham. Depa tgk hari ni, tp depa lupa semalam apa yg jadi. Dok puji melangit, lge, tp depa belum tau apa yg dia akan buat bila betoi2 pegang kuasa nanti.

bukan tak faham pe'el depa ni.. lani pijak semut x mati.. bila org Islam bising depa buat damage control utk sementara waktu.

aku prcaya apa tuan tanah tulis.

Tak perlu risau tuan tanah. Damage control mgkin satu subjek perang politik yang ramai x paham. Aku support.