Saturday, October 1, 2011

1400 Tahun Yang Lalu : Benang Putih dari benang hitam.


Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Ini merupakan sebuah siri penulisan yang tidak bersambung tetapi bakal menggunakan tajuk yang sama untuk permulaannya. Tujuannya tidak lain hanyalah berkongsi pengetahuan dengan para sahabat tentang kehebatan Islam terutamanya al Qur’an sebagai wahyu sepanjang zaman dan sentiasa mendahului zaman.

Saya mahu menulis perkara ini seringkas mungkin supaya dapat memberi ruang kepada para sahabat pengunjung menggunakan keupayaan minda untuk meneroka pengetahuan-pengetahuan ini mengikut keupayaan masing-masing dan tidak terlalu dibentuk dengan cara bagaimana saya berfikir. Setiap manusia diberikan Allah keupayaan masing-masing yang hebat. Ia cuma perlu dibangkitkan melalui stimulasi sekadar perlu, kecuali untuk perkara-perkara yang perlu diperjelaskan secara mendalam.


Benang Putih sebagai indikasi terbitnya Fajar
Saya mengambil cuti selama 2 hari bagi membolehkan saya mempunyai ruang bernafas dari kesibukan tugas dan segala jadual perkara yang perlu saya penuhi minggu ini. Kelapangan ini membolehkan saya menghabiskan pembacaan beberapa majalah dan buku yang telah saya jadualkan perlu dihabiskan sebelum masuk bulan Oktober. Saya juga sedang keras berusaha menyiapkan Perj Tu de Nu serta dua buah buku yang saya jadualkan terbit sebelum projek besar Perj Tu de Nu tersebut.

Pulang ke rumah mertua bagi membolehkan isteri saya menghabiskan masa bersama keluarganya selama 2 hari. Menghabiskan ruang masa lapang dengan menghabiskan pembacaan beberapa majalah dan buku serta menyiapkan beberapa penulisan yang tertangguh, tiba-tiba perhatian serta seluruh penumpuan indera saya tersentak apabila melihat sekeping gambar yang dimuatkan di dalam majalah National Geographic keluaran September 2011.


                                                                                              
Murray Fredericks, seorang jurugambar professional dan begitu komited dengan obsesi terhadap keindahan teknik fotografi lanskap yang ‘ketiadaan lanskap’. Dia gemar kembali memilih Tasik Eyre di Australia sebagai lokasi bagi dia mengambil gambar-gambar ufuk dalam pelbagai sela masa bagi menggambarkan keindahan yang selama ini terselindung dari pemerhatian ramai manusia. Dia berseorangan di gurun tersebut bagi membolehkan semua imej-imej indah tersebut dapat dirakam.

Tetapi satu perkara yang Murray Frederiks tidak perasan bahawa hasil kerjanya itu membuktikan sebuah kebenaran yang telah sekian lama terpendam. Fotonya yang dimuatkan pada muka surat 20 membuatkan saya segera teringat kepada sebuah ayat Allah yang dimuatkan di dalam surah al Baqarah ayat 187.

187. Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa. 

Lebih 1400 tahun yang lalu, ketika ayat ini diwahyukan, seorang sahabat nabi yang pernah memeluk agama nasrani sebelum Islam, cuba memahami ayat ini secara literal. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, bahawa Hatim at-Thai, seorang muslim yang taat dan setia, ketika dibawakan kepadanya pengetahuan berkenaan ayat ini, beliau melakukan satu eksperimen. Beliau meletakkan sehelai benang putih dan sehelai benang hitam di atas sebuah lapik tidur. Beliau memerhatikan kedua-dua benang tersebut. Selagi tiada perbezaan kelihatan antara keduanya, beliau masih lagi makan sahur. Hanya ketika beliau dapat melihat beza warna kedua benang tersebut, barulah beliau berhenti makan. Lalu dia berjumpa Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu baginda berkenaan perbuatannya. Mendengar penjelasan Hatim, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum menerangkan kepadanya, lapik tidur tempat di mana Hati letakkan benang-benang tersebut amat luas. Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan benang putih tersebut ialah merah fajar tanda hari telah siang dan benang hitam itu ialah gelap malam yang telah ditinggalkan.



Foto di atas adalah sebuah snapshot gambar mukasurat majalah tersebut yang memuatkan gambar ufuk dan ‘benang putih’ yang saya maksudkan. Oleh kerana ia melibatkan hakcipta, untuk melihat gambar sebenar tersebut dengan lebih jelas, para sahabat bolehlah mengunjungi laman web berikut yang memuatkan secara rasmi foto yang dimaksudkan. Klik link di bawah ini untuk melihat imej apa yang dikatakan ‘benang putih’ sebagaimana yang disebut Allah di dalam al Baqarah ayat 187.


Jelas kini, bahawa apa yang dimaksudkan oleh ayat 187 surah al Baqarah tersebut sebagai munculnya ‘benang putih’ bagi menandakan terbitnya fajar, perkara tersebut benar-benar ada dan hanya dapat dibuktikan setelah manusia mampu menguasai teknik fotografi yang semakin hebat di zaman ini. 

Subhanallah… benarlah al Qur’an ini wahyu dari Allah dan benarlah ia mukjizat sepanjang zaman. Rupa-rupanya apa yang dikatakan ‘benang putih’ itu sebenar-benarnya wujud dan kewujudannya hanya dapat dibuktikan dengan perkembangan teknologi manusia selepas 1400 tahun lamanya ianya disebut di dalam al Qur’an. Jika dahulu semasa saya belajar tafsir al Qur’an, tuan-tuan guru menyatakan ianya merupakan sebuah perumpamaan kepada perbezaan antara langit ketika fajar muncul, kini semuanya terbukti apa yang disebut Allah itu benar-benar ada. Garisan halus itu benar-benar jelas ternampak di dalam foto Murray Frederiks seperti di dalam link di atas. Mana mungkin Muhammad s.a.w. memiliki pengetahuan-pengetahuan sebegini advance jika tiada perhubungan dengan ilmu-ilmu dari Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini.

Tetapi malang seribu kali malang, apabila segala pengetahuan yang hebat dan terlampau hebat mendahului zaman di dalam al Qur’an ini terbiar begitu saja kerana rata-rata muslim tidak lagi memberi perhatian serius dan berat dalam membuat kajian terhadap rahsia-rahsia dan segala perkara yang disebut di dalam al Qur’an.

Di mana pula muslim ketika hampir seluruh perkara yang dikaji dan diteroka dunia barat kini, satu persatu daripada apa yang mereka kaji semakin lama semakin membuktikan segala apa yang disebut Allah di dalam al Qur’an itu benar belaka? Oh.. melihat keadaan sekeliling kita, barulah saya faham kenapa dengan rizab pengetahuan yang hebat, luas dan mendahului pencapaian zaman tersimpan di dalam kitab yang berada di dalam setiap rumah orang-orang Islam, kita masih lagi terhegeh-hegeh mengemis pengetahuan kepada daya usaha serta keringat pihak barat bagi membolehkan kita merasa nikmat berbangga-bangga dengan kitab yang kita mengaku secara kosong bahawa kita beriman dengannya.


Kitab yang selama ini kita anggap ia tidak lebih dari hantaran sebuah perkahwinan, majlis khatam, hiasan eksotik di dalam rumah-rumah orang berada, digunakan bagi  tujuan sumpah, digunakan hanya ketika diganggu hantu dan syaitan, kitab yang kita gunakan untuk jampi serapah ketika membelek diri dan wajah yang semakin berkedut dan tidak lagi cantik, kitab yang digunakan bagi tujuan menggunakan ia sebagai ‘peguambela’ bagi menghalalkan kebobrokan politikus berimej warak tetapi pada hakikatnya zombie wahan yang rakus sanjungan kita serta menggunakan kitab tersebut sebagai peguamcara bagi meng ‘ahlineraka’ kan mereka yang tidak bersama dengan kita. 


Begitu sempit kita menghalau al Qur’an ke satu sudut yang tidak langsung produktif malah menghancurkan kekuatan kita sebagai umat Islam. Lebih malang lagi apabila kita hidup di dalam zaman di mana para ahli kitab dari kalangan muslim telah kembali memegang urusan agama kita. Mereka-mereka inilah yang mencampakkan kita dan segala kemampuan kita yang sepatutnya hebat ke zaman gelap. Percayalah, dengan keadaan ini, kita sedang menjemput Isa datang dengan lebih lekas. Persoalannya, sampai bila kita mahu menganggap al Qur’an itu hanya sekadar kitab dan bukan panduan untuk diikuti serta gedung pengetahuan yang berisi rahsia-rahsia kehebatan yang terlalu luas yang masih belum dibongkar? 


Tanyakan kepada diri kita sendiri, sudahkah kita memahami al Qur’an yang menjadi tiang penegak diri kita sebagai muslim sepenuhnya? Atau apakah kita akan terus selesa menjadikannya hanya sebagai sebuah ritual pembacaan yang dilakukan bagi mengejar pahala tetapi tidak pada objektif utama al Qur’an itu diturunkan sebagai panduan? Semoga kita semua cepat sedar akan segala bentuk kerugian yang sedang kita alami sekarang ini kerana kita begitu lengah dan bersikap sambil lewa. Banyak lagi rahsia al Qur’an yang mahu saya kongsi di sini. Saya akan cuba mencari ruang masa supaya pengetahuan itu semua tidak hilang dan dapat dikongsi. InsyaAllah.


© 2011 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

8 comments:

Nice article! Fikiran saya semakin meluas dan berfikir secara mendalam setelah berjumpa dengan blog ini :)
 
masyaAllah..pictures tu memang obvious tentang benang hitam & benang putih..
 
Subhana-ALLAH.. Sesungguhnya terlalu byk rahsia yg Allah sembunyikan di dlm al-Quran. Cuma kita mahu mencari atau pun tidak. Sesunggunhnya kalimah-kalimah Allah ini haruslah sentiasa di ikuti dan di pelajari sedalam-dalamnya agar kita menjadi muslim yg beriman kepada kitab-kitab Allah..
 
subhanallah... hebatnya alquran dari pahala yg diharapkan
 
Juwita,
Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah. Saya juga dapat banyak perkara dgn berkongsi penulisan di sini. Rasanya lebih banyak saya belajar dari sahabat pengunjung spt Juwita dan lain-lain.. TQ atas sokongan..
 
Benar Noni, sebaik saya terbaca 'at First Light', terus saya teringatkan kisah benang putih di dalam al Qur'an. Sangat jelas..
 
Thalut,
al Qur'an memang benar2 hebat. Mmbacanya kita diberikan pahala, mendengarnya pun kita dapat pahala, cuba bayangkan jika kita mendalami dan belajar memahaminya pula.. tentu lebih banyak pahala yg kita dapat.. hairan benar, ketika kehebatan ilmu pengetahuan berada di tangan kita, kita tak ambil peduli akan nikmat ini sehingga org2 lain yang bukan Islam mendahului kita. Kita perlu berubah segera.
 
bagus topik ni.

cuba kita lihat waktu subuh dan maghrib di negara kita sekarang ni. rasa2nya lari jauh dari benang putih dan benang hitam. waktu subuh masih lagi gelap.. dan waktu maghrib masih lagi kelihatan fajar.
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email