Oleh : Imran Haaz/M.I.A.
Bismillahir Rahmanir Raheem..
Tidak berapa lama dahulu, setelah ditakbirkan kemenangan sebuah
entiti Harbi, suara azan menjadi semakin sayup di waktu subuh di Pulau Pinang. Bacaan
al Qur’an sebelum subuh yang dinikmati sejak zaman berzaman sebelum ini, terus
hilang di celah-celah serban manusia yang mendakwa diri pejuang Islam. Membangun
bersama Islam kata mereka. Entah siapa yang bangun dan entah siapa yang rebah.
Khutbah Jumaat juga berbunyi seolah tuan khatib berbisik kepada qarinnya di
dalam kainnya sendiri. Membangun bersama Islam kata mereka.
Islam berkembang di negeri ini menjadi ratiban zikir harian
mereka. Jika kita merujuk apa yang dimaksudkan dengan Islam di dalam terjemahan
mereka, kita akan segera sedar bahawa Islam itu bermaksud poket yang semakin kembang
dan cahaya peluang ke Sodomjaya yang bersinar terang benderang, cemerlang, gemilang,
terbilang.
Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang pelik. Sebuah
negeri dengan majoriti orang Islam, tetapi diperintah oleh seorang bukan Islam.
Peliknya Pulau Pinang, ia tidak diperintah oleh orang Pulau Pinang. Yang lebih
pelik di Pulau Pinang, orang-orang Pulau Pinang tidak boleh sesuka hati
menggunakan nama Pulau Pinang kerana pemerintah yang bukan orang Pulau Pinang,
mengatakan itu hak ekslusifnya sebagai pemerintah Pulau Pinang untuk menentukan
siapa boleh dan siapa tidak boleh menggunakan nama Pulau Pinang dalam
perkara-perkara tertentu. Wahh… Felancis
Lait Lo pun boleh tersedak dalam
kubur dengan Van Der Lim. Mungkin pepatah Bagai Belanda dapat
tanah perlu diubah selepas ini. Ada yang lagi hebat dari Belanda rupanya.
Pulau Pinang sebuah negeri yang menjadi destinasi pelancongan. Pelacuran juga banyak di sini. Pelacurnya pelbagai ragam. Ada yang seksi di celah-celah lorong dan ada yang melacur dengan berkopiah dan tembolok melopong.
Jika mahu mengembara dan takut dengan risiko sesat, Pulau
Pinang bukanlah tempat yang sesuai. Negeri ini azannya perlahan. Ia sebuah
microcosm masa depan Malaysia. Pernah suatu ketika terjadi satu kes benar yang
pernah berlaku di Tanah Melayu .(Maaf saya tidak bermaksud untuk menjadi
nasionalis, assobiyyah, pejuang kebangsaan dengan menulis perkataan Melayu
untuk Tanah Melayu ini. Harap peluang saya untuk ke syurga tetap cerah walaupun
saya menulis perkataan Melayu untuk baris tersebut. )
Ia sebuah kes kecil yang beritanya bagi saya memberikan satu
impak dan legitimasi besar. Sekumpulan anak Cina yang gemar dengan aktiviti
riadah, telah melakukan pengembaraan. Mereka memanjat sebuah bukit berhutan
untuk menikmati keindahan alam. Ini merupakan satu aktiviti sihat yang perlu
dicontohi. Ia mendekatkan manusia dengan alam. Apabila manusia dekat dengan
alam, maka perlahan-lahan mereka dekat dengan yang menciptakan alam. Anak-anak
Melayu harus mencontohi sikap-sikap positif yang ada pada orang-orang Cina. Ambil
yang positif elakkan yang negatif. Mereka rajin beriadah dan mereka kuat
berusaha.
Tetapi malang, apabila mereka mempunyai kurang pengalaman
dalam mengatur jejak. Lalu kumpulan anak muda berbangsa Cina ini tersesat. Semalaman
mereka bermalam di dalam hutan mencari jalan pulang. Mereka tidak ketemui jalan
dan arah. Mereka menjadi panik kehilangan arah. Satu kekurangan orang bukan
Islam, mereka tidak dibekalkan dengan ilmu pandu arah dan penentuan
bintang-bintang yang menunjukkan arah terutamanya kiblat. Muslim yang mengambil
tahu tentang semua ini, tentu tiada masalah untuk mengetahui arah meskipun
berada di dalam hutan yang tebal atau padang pasir yang luas. Mereka ini yang
tersesat ini tidak mempunyai bekalan pengetahuan tersebut. Mereka terus
tersesat jalan. Lalu mereka berusaha dan berikhtiar supaya mereka tidak sesat
lebih jauh. Mereka memanjatkan harapan supaya mereka akan temui jalan keluar.
Akhirnya pada ketika benang putih jelas berbeza dari benanghitam, harapan yang dipanjatkan mereka terjawab. Tiba-tiba kedengaran suara
memecah keheningan pagi yang gelap. Mereka tersenyum. Mereka teruja apabila
mendengar suara tersebut. Walaupun mereka tidak faham apa yang dilaungkan bersama
suara itu, tetapi mereka tahu dari mana suara itu datang. Kalimah pertama yang
mengundang senyum pada wajah mereka ialah kalimah Allahu Akbar. Ia membawa
maksud Allah Maha Besar. Lantas mereka tahu terdapat masjid berdekatan dengan
kawasan di mana mereka sesat. Mereka tidak melepaskan peluang. Lantas mereka
segera bangun untuk menelusuri jalan yang menuju ke arah suara tersebut. Mereka
yakin, pada arah dari mana suara itu datang, mereka akan menemui jalan selamat.
Mereka yakin bahawa dengan bergerak ke arah dari mana suara itu datang, doa dan
harapan mereka untuk selamat dari jalan yang sesat akan dimakbulkan. Selesainya
azan, mereka mendapati jalan yang ditujui mereka membantu mereka keluar dari
kawasan bukit berhutan tersebut. Akhirnya mereka sampai ke penempatan manusia
dan mereka akhirnya berjaya diselamatkan. Syukur azan di negeri tersebut masih
dilaungkan dalam kadar laungan bunyi yang munasabah. Syukur azan dinegeri
tersebut lebih kuat dari bunyi cengkerik dan riang-riang di dalam hutan.
Beruntunglah anak-anak muda berbangsa Cina ini kerana mereka
tidak tersesat di hutan-hutan Pulau Pinang. Azan di Pulau Pinang sudah semakin
perlahan. Beratur menurut jejak Cinapura. Kerana itulah ada yang tersesat masuk
ke Pulau Pinang dan belum bertemu jalan pulang. Pulau Pinang microcosm masa
depan Malaysia.
P/S
: Dengar cerita, di Klang juga usaha untuk memperlahankan suara azan sedang
diusahakan. Kasar juga beberapa tindakan yang diambil. Biasalah, dekat dengan
pilihanraya dengan pilihan yang sudah semakin kabur. Sudah
hampir lima puluh tahun melabur, maka hasilnya harus dituai tidak kira samada
melalui jalan putih atau jalan hitam.
© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.