Tuesday, January 22, 2013

Misi Gerakan Penginjil Di Pulau Pinang III

4
oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Sebelum ini, telah saya ceritakan bagaimana saya sendiri cuba didakwahkan oleh beberapa orang Kristian di Pulau Pinang. Ceritanya pernah saya muatkan di dalam blog pada Ogos 2011. Saya telah menulis dan memberi amaran tentang semua ini sejak dari 2008. Baru-baru ini, timbul semula isu ini. Ia timbul bilamana pendakwah Kristian menunggu diluar sekolah untuk  memberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah naskah Kitab Psalm. Kitab Psalm atau Mazmur merupakan sebahagian dari kitab Bible di dalam bahagian Perjanjian Lama. Asalnya ia merupakan sebahagian dari kitab Zabur Nabi Daud. Tetapi ianya telah diubah dan disunting sehingga peratusan ayat-ayat Allah di dalamnya menjadi kecil. Terlalu kecil dan hanya dapat dikesan oleh minda-minda yang terlatih. Bahagiannya yang selebihnya, hanya memesongkan kitab asal tersebut dari tujuannya yang asal semasa diberikan kepada Nabi Daud. Kitab Psalm biasa digunakan untuk nyanyian dan upacara sembahyang serta doa-doa di dalam gereja.

Kitab yang diberikan kepada pelajar-pelajar termasuk yang Islam di Pulau Pinang baru-baru ini amat mudah dikesan dan diketahui apa tujuan pemberiannya. Ia jelas dan ternampak dari segi zahir penampilannya, sebuah kitab Kristian yang jelas dan tidak lagi berselindung disebalik apa-apa bentuk penyamaran yang lain. Bentuk kitab sebegini amat mudah untuk dikenalpasti dan ditolak oleh mereka-mereka yang mengenalinya. Tetapi gerakan mereka, tidaklah bodoh dan kurang bijak seperti yang berlaku baru-baru ini di Jelutong. Mungkin mereka tersilap dan menghabiskan wang peruntukan yang diberikan untuk gerakan mereka dengan mengupah orang-orang yang langsung tidak sofistikated di dalam berdakwah sepertimana yang terperangkap di dalam radar perhatian muslim seperti yang berlaku di Jelutong, Pulau Pinang. Kita tidak risau dengan kumpulan yang kurang bijak seperti itu, tetapi kita sedikit rimas apabila sebahagian besar dari gerakan terancang yang lebih halus gagal dikesan oleh majoriti daripada kita.



Seorang kenalan dan sahabat yang biasa berkunjung di blog ini yang meperkenalkan namanya sebagai Chik249, pernah menceritakan mengenai pengalamannya sendiri. Dia menceritakan bagaimana salah seorang saudaranya dihampiri di jeti perkhidmatan Feri Pulau Pinang oleh seorang perempuan Cina pada 2010. Modus Operandinya begini. Perempuan cina tersebut menghampiri saudara kepada Chik249. Pada mulanya, perempuan cina tersebut bertanyakan arah dan lokasi tempat. Sesudah melihat kemesraan dan peluang yang terhidang, lantas perempuan cina tersebut menyerahkan sebuah buku. Sekali imbas seolah buku yang sesuai dijadikan hadiah untuk kanak-kanak. Sekali imbas sekali lagi, tiada apa yang tidak kena dengan buku tersebut. Ia hanya buku grafik yang mempunyai cerita tentang ikan.

Lalu buku tersebut dibawa pulang. Tiada apa yang hendak disyakkan. Apalah sangat buku yang dipenuhi dengan grafik ikan dan wajah kanak-kanak yang sedang gembira di dalamnya. Ia disimpan di rumah tanpa ada sesiapa pun mengesyakki ianya sebuah buku bagi pendidikan awal Kristian. Tiada kalimah Allah digunakan didalamnya, hanya semua isikandungannya ditulis di dalam bahasa Melayu.

Ianya kekal tidak disedari sehinggalah hamba Allah bernama Chik249 ini mengunjungi kediaman saudaranya. Kunjungan bersama keluarga yang disertai anak ke rumah saudaranya itu kemudiannya membongkar apa isikandungan buku tersebut. Pada mulanya saudaranya memberikan buku tersebut kepada anaknya. Satu kebiasaan bagi mana-mana anak kecil, mereka akan teruja melihat buku dengan pelbagai lakaran grafik menarik. Kemudian buku tersebut diambil oleh Chik249 untuk dibelek isikandungannya. Dia merasakan ada sesuatu yang amat janggal dengan buku tersebut. Lalu dibelek-beleknya lagi buku tersebut. Melihat petikan Matius yang termuat di dalam buku tersebut, dia lantas menyedari bahawa buku tersebut merupakan buku yang disasarkan untuk orang-orang Kristian. Dia menyatakan bahawa dia mengetahui tentang perkara tersebut setelah terbaca penulisan yang dimuatkan di dalam blog satuhala ini.

Komennya yang dimuatkan di dalam blog ini pada 2011 di dalam penulisan Misi Gerakan Penginjil Pulau Pinang II boleh dibaca disini. Hanya pada tahun ini, Chik249 mengirimkan kepada saya melalui akaun facebook imbasan buku tersebut setelah isu nama Allah sekali lagi timbul. Isu nama Allah ini sekali lagi timbul tahun ini setelah ianya cuba dipersundalkan oleh sundal politik tempatan. Mujur mereka segera disergah semasa baru sahaja keluar dari ‘kedai pajak gadai’ setelah baru sahaja menggadaikan kalimah tersebut untuk digunakan oleh golongan Kristian. Mujur masih ada golongan ulama’ yang sedikit berbaki dikalangan mereka. Tetapi apa yang sangat merisaukan ialah, golongan ulama’ yang berpegang teguh kepada al Qur’an dan Sunnah di dalam entiti terbabit semakin berusia dan ramai dikalangan mereka kini berada di dalam usia yang semakin tua. Apa masa depan Islam di dalam entiti tersebut sekiranya mereka-mereka ini tiada nanti? Saya melihat sesuatu yang amat memusnahkan sedang terhidang dihadapan. Semoga umur mereka panjang dan diberikan kesempatan untuk memperbetulkan semula trajektori hala tuju umat Islam di negara ini dan kita semua dapat bersatu di dalam satu jemaah dalam waktu terdekat nanti. In sya Allah.

Imbasan beberapa muka dari buku tersebut boleh dilihat di bawah ini. :




Ikan, kenapa ikan?
Biar saya jelaskan apa maksud yang cuba disampaikan secara halus di dalam buku tersebut. Kenapa topik ikan dipilih? Bagi yang tidak memahami Kristian, mereka tidak akan sedar mengenai apa yang sedang mahu disampaikan secara halus di dalam buku itu. Ikan di dalam tradisi Kristian sentiasa merujuk kepada figura Jesus Christ itu sendiri. Lambang dan logo ikan sentiasa digunakan oleh orang-orang Kristian untuk menggambarkan Jesus. Malah golongan closet Christian atau golongan muslim murtad di mana-mana negara, menggantikan salib pada rantai mereka dan menggunakan lambang ikan pada rantai dan objek perhiasan dan sembahan dirumah mereka. Perhatikan dengan dekat mereka-mereka yang bernama Islam tetapi keras memperjuangkan hak-hak asasi manusia yang mirip kepada kebebasan menyebarkan agama lain kepada muslim dan hak untuk muslim bebas keluar dari Islam. Perhatikan samada mereka menggunakan lambang ikan pada rantai yang digunakan bagi mengalungi leher mereka, simbol-simbol gerakan mereka dan simbol-simbol perjuangan mereka. Selain ikan, lambang matahari naik, tiga bulatan bergabung (mewakili Trinity) dan beberapa lambang lain juga sering digunakan mereka untuk mewakili simbol Jesus Christ dan akidah yang dipercayai Kristian. Lihat sahaja lambang seumpama ini disekeliling anda. Ia sentiasa disampaikan secara halus di dalam kaca-kaca tv melalui iklan hiburan, perkhidmatan, peralatan dapur dan sebagainya.




Malah Jesus sendiri dikatakan di dalam kepercayaan mereka sentiasa menggunakan contoh pendakwah ialah seumpama seorang nelayan yang berusaha menjala ikan dilaut. Contoh paling dekat ialah peristiwa bilamana Jesus di dalam Bible bertemu buat pertama kalinya dengan empat orang pengikutnya di tepi pantai. Ke empat-empat mereka merupakan nelayan. Pada ketika mereka pertama kali bertemu Jesus, mereka sedang bersedia untuk turun ke Tasik Galilee menangkap ikan. Jesus dicatatkan bertemu Simon dan Andrew di Tasik Galilee dan berkata, “Ikutilah aku, nescaya aku akan ajarkan kepadamu cara untuk memancing jiwa manusia.” Serentak itu, mereka mengikuti Jesus. Kemudian Jesus bertemu pula dengan James dan John, anak kepada Zabedee. Kepada mereka juga Jesus menyatakan perkara yang sama. Lalu mereka meninggalkan bapa mereka dan menuruti Jesus untuk ‘memancing jiwa-jiwa manusia.’ 1


Tajuk buku tersebut secara jelas memperakui tujuan buku tersebut dihasilkan. Walaupun cuba dikelabukan dengan lakaran-lakaran grafik ikan bersisik dan bersirip di dalam buku tersebut, tetapi apa yang mahu ia sampaikan di dalam buku tersebut ialah, mengenai jemaah manusia yang diterima tuhan sebagaimana yang dipercayai di dalam agama Kristian. Malah dengan jelas, di dalam buku itu, dipetik ayat dari Kitab Matthews (Matius) fasal 13 ayat 47 hingga 50 seperti di bawah:

13:47 "Demikian pula hal Kerajaan Sorga itu seumpama  pukat  yang dilabuhkan di laut, lalu mengumpulkan berbagai-bagai jenis ikan. 13:48 Setelah penuh, pukat itupun diseret orang ke pantai, lalu duduklah mereka dan mengumpulkan ikan yang baik ke dalam pasu dan ikan yang tidak baik mereka buang. 13:49 Demikianlah juga pada akhir zaman: Malaikat-malaikat akan datang memisahkan orang jahat dari orang benar 13:50 lalu mencampakkan orang jahat ke dalam dapur api; di sanalah akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.

Ikan yang dimaksudkan akan dimasukkan ke dalam pasu ialah manusia-manusia yang bakal dibawa memeluk Kristian. Sangat jelas maksud yang mahu disampaikan. Apabila lakaran grafik di bawah ini yang menunjukkan dialog antara seorang cucu dengan datuknya yang berkata, “Saya amat gembira. Atuk dan saya berjalan-jalan di pantai. Kami akan mencari beberapa jenis ikan,”. Ketahuilah, bukanlah dialog itu dimaksudkan secara literal melainkan ia bermaksud kedua-dua generasi perlu terus berusaha untuk terus memancing jiwa-jiwa manusia untuk dibawa memeluk agama Kristian.

Berbanding kitab Psalm yang diberikan di Jelutong baru-baru ini, buku-buku dakwah dalam bentuk sebegini berkemungkinan tidak akan ditolak pada kali pertama dihulurkan kepada sasaran. Mereka yang merangka dan menerbitkannya lebih sofistikated berbanding pendakwah ala ‘bulldozer’ di Jelutong pada tempohari. Malah mereka juga bijak mengenai program minda bawah sedar kepada manusia seawal usia kanak-kanak. Perhatikan, walaupun sukar dan mungkin tidak difahami, nama YHWH (יהוה) dicatatkan pada hampir setiap mukasurat di dalam buku tersebut. Mereka-mereka ini jelas faham bahawa, walaupun mata tidak memberi tumpuan kepada kalimah YHWH (יהוה) yang dicetak tersebut, tetapi bahagian otak yang mengawal aktiviti bawah sedar merakamkannya tanpa tuan punya badan menyedari tentang hakikat tersebut. Jika akan biasa dengan tajuk program minda bawah sedar dan psikologi, anda akan memahami apa signifikansi meletakkan sesuatu yang berkemungkinan tidak dibaca tetapi dicatatkan secara berulang-ulang pada lokasi hampir sama di setiap mukasurat.



Kita tidak mempunyai masalah jika orang-orang Kristian mahu menggunakan buku-buku grafik sedemikian rupa untuk tujuan pendidikan awal anak-anak mereka. Kita juga tidak ada sebarang masalah sekiranya isikandungan buku-buku sedemikian rupa tidak menghina Allah, Muhammad s.a.w. dan Islam secara umumnya. Kita juga tidak mempunyai masalah sekiranya nama Tuhan yang digunakan bagi menggambarkan Tuhan yang disembah oleh orang Kristian di dalam buku seumpama itu dengan nama Elohim. Yang menjadi masalah kepada kita ialah, kenapakah buku yang sepatutnya dan seharusnya cuma beredar dikalangan umat Kristian, diberikan dengan niat yang sengaja kepada golongan Muslim? Apakah gerakan pendakwah Kristian di Malaysia suka jika mereka dilabelkan sebagai penentang undang-undang negara? Sukakah mereka jika orang-orang yang dipandang tinggi di dalam agama mereka dipandang sebagai mereka yang buruk disisi undang-undang negara ini?

Lupakah mereka dengan pesan Jesus di dalam kitab mereka tentang berikan pipi kiri pula apabila pipi kanan mereka ditampar dan bukannya melawan apabila pipi kanan mereka ditampar? Lupakah mereka dengan pesan Jesus kepada mereka bahawa dalam apa jua keadaan, mereka seharusnya mengelakkan konfrontasi? 2

Lupakah mereka dengan pesan Jesus semasa kaum Yahudi bertanyakan kepada Jesus tentang apa perlukah mereka mematuhi undang-undang pemerintah sedangkan pemerintah itu tidak seiring dengan kehendak mereka? Lupakah mereka dengan kisah syiling Caesar, bilamana Jesus memerintahkan mereka untuk mematuhi peraturan pemerintah dalam kes membayar cukai? Lupakah mereka bahawa ianya bukanlah ayat yang hanya spesifik kepada perintah membayar cukai, tetapi merupakan perintah Jesus yang mahukan mereka menjadi warga yang tidak menimbulkan sebarang masalah dan konfrontasi dengan pihak pemerintah? 3

Tidak malukah umat Kristian apabila modus operandi dalam bentuk penipuan, baling batu sembunyi tangan dan pembohongan sebegini digunakan untuk berdakwah? Tidak malukah umat Kristian di Malaysia apabila kerja-kerja dakwah mereka perlu dilakukan dengan gaya tipu muslihat sebegini?

Jika selama ini umat Islam dan Kristian dapat hidup secara harmoni tanpa sebarang masalah, kenapa mereka membiarkan sebahagian dari sundal-sundal politik menggunakan diri mereka untuk menlancarkan konfrontasi dengan umat Islam atas suatu perjuangan yang langsung tiada kena mengena dengan agama mereka? Dan yang amat memusykilkan ialah, kenapa mereka memilih jalan konfrontasi dengan undang-undang pemerintah sedangkan pada hakikatnya Jesus yang disembah mereka sendiri melarang ianya dari dilakukan? Lupakah mereka tentang peringatan yang diberikan Jesus di dalam kitab mereka tentang golongan agamawan yang mengambil kesempatan?

... Orang banyak yang berada di Rumah Tuhan itu senang mendengar Yesus mengajar. 12:38 Ia berkata kepada mereka, "Hati-hatilah terhadap guru-guru agama. Mereka suka berjalan-jalan dengan jubah yang panjang dan suka dihormati di pasar-pasar. 12:39 Mereka suka tempat-tempat yang terhormat di dalam rumah ibadat dan di pesta-pesta. 12:40 Mereka menipu janda-janda dan merampas rumahnya. Dan untuk menutupi kejahatan mereka itu, mereka berdoa panjang-panjang. Hukuman mereka nanti berat!" (Markus (Mark) fasal 12 ayat 37 hingga 40)

Pesan di dalam Markus fasal 12 ayat 37 hingga 40 itu hampir sama dengan apa yang dipesankan Rasulullah s.a.w. kepada kami mengenai golongan yang mendakwa diri mereka sebagai agamawan, tetapi hakikatnya mereka itu ibarat serigala yang sangat lapar.

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala yang buas, tidak ada sedikit pun di hati mereka belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak pernah berhenti dari melakukan kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi apabila kamu menghindar dari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan kamu, maka mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, maka mereka akan mengkhianati kepercayaan yang kamu berikan. Anak kecil mereka bodoh, pemuda mereka licik, sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membanggakan diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan. Orang yang sopan-santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh, orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasik menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka menjadi bidaah, sedangkan bidaah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itulah mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.” (Riwayat Thabrani)



Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah s.a.w.  bersabda. “Akan keluar di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat dari kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang banyak, dan perkataan mereka lebih manis dari gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang buruk). Allah s.w.t.  berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan-Ku ? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepada-Ku? Demi kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).” (HR. Tirmizi)

Janji Allah amat benar dan kita melihat ianya berlaku dihadapan mata kita kini. Pihak yang menjualkan agama untuk keuntungan dunia yang sedikit akan ditimpakan Allah dengan satu fitnah yang mana fitnah itu akan membingungkan sehingga orang-orang 'alim dikalangan golongan tersebut menjadi bingung.


Kepada penganut Kristian, anda bebas untuk mengamalkan agama anda dalam apa jua bentuk di sini kecuali dengan cara dan jalan-jalan yang bakal menimbulkan konflik dan masalah dengan Islam dan lain-lain agama. Ingat, Perlembagaan Persekutuan pada Artikel 11 Fasal 4 dan Artikel 12 fasal 3 sangat terang menyatakan larangan-larangan tersebut wujud.

Perlembagaan Persekutuan
Artikel 11 perkara 1 Pelembagaan Persekutuan menyatakan perkara berikut:

Artikel 11
Fasal 1 : Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.

Fasal 4 : Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

Artikel 12
Fasal 3 : Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian di dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada Agamanya sendiri. 4


Saya telah menulis tentangnya di sini sedikit masa dahulu. Benar, Pulau Pinang belum menguatkuasakan peruntukan yang membolehkan undang-undang sepertimana yang disebut di dalam Artikel 11 fasal 4 Perlembagaan Persekutuan.

Kita telah letih menunggu Mat Sabu untuk menasihatkan Lim Guan Eng supaya membentangkan cadangan untuk mewartakan undang-undang tersebut di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Kita letih sebagaimana letihnya orang-orang PAS menunggu apa hasil perbincangan yang diadakan antara Mat Sabu dan Lim Guan Eng bagi membincangkan kedudukan politik PAS di Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Entah apa yang dinasihatkan Sabu kepada Guan Eng sehingga najis hama kerusi Exco Pulau Pinang pun Adun Permatang Pasir yang saya undi, satu-satunya Adun PAS di Pulau Pinang,  tidak dapat sentuh. Sehingga ke akhir hayat beliau terpinggir dari sebarang jawatan. Entah apa yang dibisikkan antara mereka berdua di dalam gambar di bawah, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Bagaimana untuk melakukan perubahan yang lebih besar kepada Perlembagaan Persekutuan sedangkan perkara-perkara yang digalakkan di dalam Perlembagaan sendiri tidak mampu ditegakkan?


Maka terpaksalah manusia-manusia yang langsung tidak berminat dengan permainan politik itu bertungkus lumus berusaha memastikan umat Islam di Pulau Pinang tidak dijadikan sasaran mudah dan mangsa percaturan politik situasi kalah-kalah dinegeri yang mana orang Islam membentuk majoriti ini. Perjuangan tetap akan diteruskan walaupun dilakukan dengan tenaga empat kerat sendiri, dengan wang sendiri, dengan masa yang dkorbankan tanpa sebarang bayaran dan segala penat lelah sendiri. Ini kerana hanya sedikit yang mahu mengambil tahu mengenai masa depan negeri ini. Tetapi mereka secara umumnya lupa bahawa Pulau Pinang ialah Microcosm masa depan negara Malaysia. Itulah yang sering saya peringatkan di dalam penulisan di dalam blog ini. Kita terus bergerak walaupun atas kapasiti sendiri. Kerana sendiri itu terkadangnya boleh menyelamatkan kita dari terlibat dari persundalan agama demi kepentingan duniawi. Semoga Allah melindungi niat dan setiap langkah yang diatur supaya tidak terjerumus ke lembah yang hina. Ameen.

Rujukan :
1)       Mark fasal 1 ayat 14 hingga 19
2)      Matthew fasal 5 ayat 38 hingga 42.
3)      Mark fasal 12 ayat 17
4)      Perlembagaan Persekutuan, ILBS, 2006.



© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

4 comments:

rizal hass said...

assalamualaikum, tuan, sememangnya kebaikan yang kita tadahkan, dibalas dengan kerakusan serigala, mereka membaham anak-anak kita, masalahnya penguatkuasaan penguasa kita sememangnya lemah, malah dayus!
Kemasukan jesuit tidak dipantau, mereka yang berbaju putih seperti remaja sekolah, berbasikal dan adakalanya berjalan kaki, masih kelihatan di seluruh negara!
aku sememangnya masih bingung bila tadika perkim pulau pinang, dekat dengan hospital pulau pinang, anak-anak perempuannya berskirt pendek paras beyonce? Entah kenapa ya?!

satuhala said...

Wa'alaikumsalam w.b.t. Tuan Rizal Hass,
Benar penguatkuasa kita dayus.. sentiasa berkira ttg untung rugi politik..
missionaries berbaju putih dan berbasikal tu ada merata2 tempat dlm M'sia.. mrk ni digelar elders.. dr gereja Mormon.. pecahan yang disesatkan oelh gereja Kristian sendiri..
Bab tadika perkim tu, mgkin boleh komen lepas double confirm nanti..

Anonymous said...

Tanpa kita sedari gerakan dari elders semakin berleluasa. Sepatutnya pihak berkuasa harus memantau pergerakan ini. Bkn sahaja pihak berkuasa malahan JAKIM sendiri.

satuhala said...

Ms Red Eva,
Benar tentang apa yg saudari sebut.. kita semua kena berganding bahu utk memastikan gerakan ini tidak memudaratkan umat Islam di sini.