Wednesday, January 9, 2013

Bila Lembu Dan Anjing Diberikan Nama Allah

23
Oleh : Imran Haaz

Isu nama Allah timbul lagi. Perkara ini telah dijangka akan berlaku. Aritmetik manusia di dalam membuat kiraan peluang mendapat undi berpotensi dari Sabah dan Sarawak telah dijadikan kayu ukur untuk isu ini berputar 180
dari trajektori perjuangan asal. Tetapi, barangkali mereka lupa bahawa bukanlah pengundi yang menentukan siapa akan berkuasa di mana sahaja lokasinya di dunia milik Allah ini. Allah memberikan kuasa kepada siapa sahaja yang dikehendakinya walaupun tanpa faktor kira-kira manusia.

Kita, orang-orang Islam berasa senak hati dan jiwa melihatkan kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini. Seolah-olah ada ‘besi’ yang memaksa si fulan membuat kenyataan menggunakan skrip tulisan yang pernah digunakan Anuar sebelum ini bagi memberikan justifikasi berkenaan. Rujuk semula transkrip lama di bawah yang digunakan sebagai dialog yang menghalalkan penggunaan nama Allah kepada kumpulan Kristian yang bukan berketurunan Arab di Malaysia yang pernah diterbitkan di dalam sebuah akhbar antarabangsa.


Tetapi, usahlah gusar dengan apa yang telah berlaku pada hari ini. Mereka-mereka yang mengumumkannya tidak berada dipuncak kuasa. Puncak kuasa itu diamanahkan kepada pihak lain yang masih berpegang teguh dengan amanah kuasa yang dipinjamkan Allah. Segala puji bagi Allah yang Maha Mengetahui tentang segala apa yang dirancangkan makhluk-makhlukNya.



Saya telah menulis tentang isu nama Allah sejak bertahun-tahun lamanya. Saya konsisten menentang penggunaannnya oleh kumpulan Kristian di Malaysia. Apa kelulusan saya untuk bercakap tentang hal ini sedangkan latar pendidikan saya hanya dari bidang kejuruteraan dan sains? Barangkali lisan berapi yang membakar maruah Cikgu Non al Afghani juga akan turut dihamburkan kepada insan-insan yang menentang mereka. Entahlah, barangkali manusia itu mudah lupa apabila terlalu dipuja-puja. Barangkali mereka terlupa dengan kisah Iblis yang satu ketika dulu sangat hebat sehingga menjadi pujian penduduk langit. Hanya kerana takbur, selamanya dia hidup dalam keadaan terlaknat oleh Allah.

Barangkali mereka juga lupa peristiwa Musa a.s. dan Khidr a.s. Ketika Musa a.s. cuba menilai samada bagindalah yang paling berilmu dikalangan manusia, lalu Allah mengarahkannya untuk mencari Khidr a.s. untuk belajar tingkat-tingkat ilmu Allah yang Allah berikan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Musa a.s. tidak menghinanya hanya kerana pangkatnya sebagai nabi dan bukan rasul seperti Musa a.s. Malah Musa a.s. tidak mempertikaikan Khidr a.s. yang tidak diberikan kitab panduan sepertimana Allah memberikan kepadanya dan Bani Israel. Manusia yang beriman dengan kitabullah yakin bahawa sesiapa sahaja boleh belajar apa sahaja,tetapi tingkat kefahaman itu milik Allah untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan meskipun tidak menurut jalan biasa yang dirasakan normal yang harus ditempuh.

....Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi diatasnya yang lebih mengetahui. (Yusuf ayat 76)

Begitu juga dengan hadis dari riwayat Ath Thabrani (hadis ini hasan menurut Asy Syaikh al Albany) berikut :
Dari Abdullah bin Abbas ra dari Rasulullah s.a.w. bersabda, “Benar-benar akan tampak jelas keimanan itu, sehingga kekufuran akan dikembalikan ke tempat-tempatnya. Dan sungguh-sungguh akan diperbincangkan lautan itu dengan Islam. Dan benar-benar akan datang suatu masa atas manusia, yang pada masa tersebut mereka akan mempelajari al Qur’an, mereka mempelajari dan membacanya, kemudian mereka akan berkata, "Sungguh-sungguh kami telah membaca dan mengetahui, maka siapakah orang yang lebih baik dari kami? Maka apakah pada mereka itu ada kebaikan?”. Mereka bertanya, “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab, “Mereka itu adalah termasuk kalian dan mereka itu adalah bahan bakarnya api neraka”. 
Benar ramai yang kecewa. Mungkin terlalu mengejar yang belum tentu dapat, mungkin segala yang dikendung mereka akan keciciran.

Untuk menghalalkan tindakan tersebut, saya melihat beberapa hujah berikut cuba dikemukakan.

1.       Musyrik Arab Telah Lama Menggunakan Nama Allah sebelum Islam
Ini merupakan pernyataan yang tidak benar. Mereka yang berhujah dengan hujah tersebut, gagal melihat perkara ini di dalam konteks sebenar yang turut melibatkan aspek sejarah bagaimana nama Allah mula digunakan bangsa Arab dan bila ianya mula dipersekutukan.

Bangsa Arab merupakan keturunan Ibrahim a.s. melalui anaknya Ismail a.s. Islam merupakan agama anutan manusia dari kalangan bangsa ini sejak dari zaman Ibrahim a.s. Kaabah dan seterusnya Kota Mekah dibangunkan mereka. Allah merupakan satunya-satunya Tuhan yang disembah dan tidak pernah ia dipersekutukan dengan segala apa yang lain. Kota Mekah mengalami jatuh bangun disepanjang sejarah. Tetapi Allah tetap menjadi satu-satunya Tuhan yang disembah tanpa Dia dipersekutukan dengan segala sesuatu.

Sehinggalah berlalu padanya satu zaman di mana muncul seorang figura bernama Amr bin Luhal. Beliau merupakan dari kalangan agamawan di Kota Mekah. Dia dan ahli keluarganya sentiasa menjadi menjadi tempat rujukan penduduk Mekah. Sehinggalah pada suatu hari apabila dia ke Syam, dia terpesona dengan kegiatan penyembahan berhala bernama Hubal di sana. Lantas dia mengambil keputusan untuk membeli salah sebuah patung yang disembah dan kemudian membawanya pulang ke Mekah. Sampai sahaja di Mekah, dia mengumumkan bahawa Hubal merupakan Tuhan yang perlu disembah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sepertimana kaum Nuh a.s. yang disesatkan kerana ketaksuban mereka kepada golongan yang dianggap sebagai golongan beriman, begitulah juga yang berlaku kepada penduduk Mekah di dalam kes Amr bin Luhal. Bermula dari saat itu, satu persatu berhala dibawa masuk ke Mekah untuk disembah disamping Allah 1. Ia sehinggakan dicatatkan terdapat lebih dari 360 berhala terdapat berhampiran Kaabah itu sendiri yang disembah penduduk Mekah. Oleh kerana tiada lagi agamawan yang boleh dipercayai di Mekah, maka penduduknya hanyut di dalam dunia syirik kecuali untuk sekumpulan kecil manusia yang masih lagi berpegang teguh dengan agama Hanif, iaitu jalan lurus yang ditunjukkan oleh Ibrahim a.s. ribuan tahun sebelum itu. Antara mereka yang tetap berpegang teguh dengan kalimah La ilaha illallah ialah Amr bin Nufail dan Abu Dzarr al Ghifari.  Ayat 17 hingga 18 di dalam surah Az Zumar menyebut tentang kemuliaan serta kesihatan akal mereka yang sempura.

Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut, serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu - Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama) mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (Az Zumar ayat 17 hingga 18)

Mereka-mereka ini, termasuk juga Salman al Farisi yang mengembara mencari hidayah Allah dari Parsi hingga berjumpa dengan nabi. Majoriti penduduk Mekah dan tanah arab pada ketika itu mensyirikkan Allah. Persoalannya, apakah Allah redha dengan perbuatan menyekutukan Allah dengan berhala-berhala tersebut? Jawapannya tidak sama sekali. Kerana itulah Muhammad s.a.w. diutuskan bagi memperbetulkan semua kesalahan yang telah berlaku ini.

Kemudian ayat-ayat seperti  al Ankabut ayat 63 cuba dibawakan sebagai hujah bahawa al Qur’an tidak melarang penggunaan nama Allah oleh golongan musyrik. Perhatikan ayat-ayat di bawah.

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian, bahkan kebanyakkan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (al Ankabut ayat 63)

Benarkah ayat di atas menunjukkan bahawa golongan musyrik mendapat lampu hijau total untuk menggunakan nama Allah dengan sesuka hati mereka? Benarkah begitu? Jawapannya tidak. Perhatikan ayat di atas, hanya apabila nama Allah disabitkan dengan sifat-sifat Allah yang tidak bertentangan dengan sifat-sifat Dia sebagai Tuhan seperti yang menciptakan langit dan bumi, yang memberikan rezeki, yang menurunkan hujan dari langit dan bumi, yang berkuasa di atas segala sesuatu, barulah kita sebagai muslim dianjurkan untuk mengucapkan Alhamdulillah.

Tetapi bagaimana pula jika golongan musyrik mensabitkan Allah sebagai lembu, berhala, tuhan yang diperanak dan memperanakkan dan segala sifat yang bertentangan dengan sifat Dia sebagai Tuhan? Apakah boleh juga diucapkan Alhamdulillah? Hanya muslim dengan akal fikiran yang tidak sempurna atau takutkan ‘besi’ akan berkata sedemikian.

Perhatikan az Zumar ayat 38 di bawah. Apabila Allah s.w.t. disabitkan dengan sekutu dan segala sifat yang bertentangan dengan sifatNya sebagai Tuhan, maka orang-orang Islam perlu mendekati mereka dan berhujah dengan mereka supaya mereka mendapat akses kepada kebenaran sebenar dan bukan hanya membiarkan mereka. Az Zumar bermula ayat 1 hingga terakhir merupakan hujah-hujah untuk mengembalikan kesedaran kepada golongan yang keliru dan terlibat dalam perbuatan mensyirikkan Allah. Berhujah dengan mereka dan bukannya meredhai tindakan mereka.

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku) kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (az Zumar ayat 38)

Bagaimana pula sekiranya, setelah berhujah mereka masih berdegil untuk terus mempersekutukan Allah dengan sekutu-sekutu yang lain. Panduannya dijelaskan di dalam ayat 87 hingga 89 surah az Zukhruf berikut. Ayat-ayat ini biasanya dipetik setakat ayat 87 oleh golongan bermotif politik untuk menyembunyikan ayat seterusnya yang tidak menguntungkan cita-cita politik mereka. Perhatikan ayat di bawah.

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? Dan (Dialah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!" (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katalah: `Selamat tingallah!` Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!" (Az Zukhruf ayat 87 hingga 89)

Maka apabila segala kebenaran telah disampaikan dan mereka masih lagi berdegil untuk mempersekutukan Allah, adalah sangat jelas di dalam ayat di atas, Allah s.w.t. mengarahkan kita untuk meninggalkan mereka sama sekali dan bukanlah untuk terus bersama dengan mereka untuk terus berpeluk-pelukan antara satu sama lain dan membuat sidang akhbar untuk membela kedegilan mereka!

Malah Allah s.w.t. telah memberikan ultimatum yang jelas di dalam surah an Nisa’ ayat 171 bahawa perbuatan mensabitkan Allah sebagai bapa kepada Jesus dan salah satu Tuhan dari 3 aknum perlu dihentikan.
                                                          
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). (An Nisaa’ ayat 171)

Apakah ayat di atas menyuruh kita mengatakan kepada golongan Kristian yang kekal berdegil setelah dijelaskan beberapa kali bahawa Allah itu bukan salah satu Tuhan di dalam  Trinity bahawa mereka boleh terus menggunakan nama Allah tanpa halangan dan bantahan dari umat Islam? Apakah ayat di atas tersebut menyuruh kita mengatakan ‘Ya, boleh teruskan,’ dengan tindakan mahu mensabitkan sekutu-sekutu makhluk kepada Allah yang Maha Esa? Amat jelas di dalam ayat tersebut, Allah menyuruh perbuatan tersebut dihentikan.

Seriusnya kesalahan yang dilakukan oleh ahli kitab tersebut sehinggakan Isa a.s. sendiri akan ditanyakan oleh Allah s.w.t. diakhirat samada baginda yang membenarkan perkara tersebut berlaku. Perhatikan ayat dari surah al Maidah ayat 116 hingga 118 berikut

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?". Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib". Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al Maidah ayat 116 hingga 118)

Jelas dan mudah bukan isu ini? jadi kenapa perlu ‘beating around the bush’  untuk mengelakkan dari menyatakan yang hak? Kurang perbatuan politik? Takut tercerai bini talak tiga kerana lawan parti? Sayang bini atau sayang Tuhan?

2.       Lagu negeri juga menggunakan nama Allah

Perlukah dijawab hujah ini? Menghabiskan beras Yahudi dan benar-benar memalukan Alma Mater dan prestij mana-mana pusat pengajian yang pernah disinggahi.

3.       Kitab Bible Arab Juga menggunakan nama Allah

Apakah mereka-mereka di Borneo itu yang menganut Kristian berketurunan Arab? Jika tidak, apakah relevannya hujah ini?

4.       Sembelihan Ahli Kitab Halal DiMakan Jadi Seharusnya Mereka Juga Boleh Menggunakan Nama Allah

Jadi, apakah tuan yang menggunakan hujah ini turut menyatakan bahawa sembelihan Lim Guan Eng dan Rev. Murphy Pakiam di bawah ini halal dimakan?



Tolong jangan berdolak dalik. Jelaskan kepada umum apakah mereka-mereka ini selayaknya dianggap sebagai ahli kitab atau golongan kafir dari kalangan ahli kitab? Jangan kerana politik segalanya mahu dihalalkan.

Bukan sewenang-wenangnya sebarang label kafir boleh diberikan kepada orang bukan Islam. Hanya mereka yang bukan Islam yang telah disampaikan kepada mereka kebenaran Islam dan berkeras menolaknya sahaja boleh dilabelkan sebagai kafir 2. Tolong jelaskan kepada umum, apakah sembelihan mereka ini halal di makan?

Jadi, mereka yang berkeras mahu menyatakan Isa .a.s. sebagai anak Allah setelah berkali-kali disampaikan kebenaran Islam kepada mereka, maka golongan inilah yang termasuk ke dalam golongan yang dinyatakan di dalam ayat-ayat di bawah:

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Al Maidah ayat 17.

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim". Al Maidah ayat 72.

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Al Maidah ayat 73.

5.       Bible Terjemahan Melayu Hanya Merujuk Tuhan Sebagai Allah.

Benarkah begitu? Tahukah mereka berhala lembu di Jeroboam dan Dan turut dinamakan sebagai Allah di dalam Bible terjemahan Melayu?






Tahukah mereka bahawa lain-lain berhala dan Tuhan-Tuhan palsu Mesir juga dinamakan dengan nama Allah di dalam Bible?




6.       Membenarkan nama Allah digunakan Kristian akan mempermudahkan kerja dakwah

Saya belum pernah terjumpa daie-daie yang pemalas. Majoriti dari pendakwah yang saya jumpa bekerja keras untuk menyampaikan dakwah. Luka dan calar balar perjuangan itu suatu yang lumrah bagi mereka. kenyataan dengan hujah di atas benar-benar memalukan. Apakah segalanya mahu disuapkan sampai ke rongga tekak baru mahu berdakwah? Patutlah Islam lambat berkembang di Malaysia.  

Saya sangat-sangat berharap, golongan ulama’ yang masih berbaki di kedua-dua belah pihak bersuara dengan segera.

Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar". Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu". (Al A’raf 70-71) 

Wallahua’lam.

Rujukan :
1)       Saifur Rahman al Mubarakpuri, Ar Raheeq al Makhtum, (2002), Darussalam, hlmn. 45 hingga 50.
2)      Haji Said Haji Ibrahim, Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, (1996), Darul Ma’rifah, Kuala Lumpur, hlmn. 143



© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

23 comments:

rizal hass said...

Assalamualaikum
terima kasih kerana menulis tentang perkara maha penting untuk difahami setiap muslim.
Untuk bukan muslim malaysia tidak kira borneo ataupun semenanjung perlulah menggunakan Tuhan sebagai ganti nama Allah.
Bukan lidah mereka menyebut Allah.
Allah yang mereka sebut2 memang jauh berbeza dengan sifat sebenar Allah Yang Maha Esa.
Haron Din sudah keluarkan kenyataannya tentang perkara ini di youtube yang jelas lebih masuk akal daripada sesetengah alim ulamak.
harap2 beliau tidak kena penyakit riak yang membuatkan sesetengah alim ulamak jadi nyanyuk dan pelupa.

Anonymous said...

apakah penulis tahu bahawa keseluruhan alam ini termasuk isinya adalah ciptaan dan milik ALLAH belaka. dimana letaknya titik hanya islam milik ALLAH sedangkan bukan islam pun tidak milikNya. dimana kedudukan penulis dalam hal ini. kalau begini keputusannya, apakah ianya tidak termasuk dalam golongan syirik. penulis seolah sudah menduakan tuhan. penulis telah menggambarkan bahawa bukan islam ada tuhan mereka sendiri bukannya ALLAH.

shamsadis said...

agama kau agama kau...agama ku agama ku...

so kalo agama kau nak copet sebahagian dari agama ku mmg tak boleh la...

satuhala said...

Wa'alaikumsalam w.b.t. Tuan Rizal Hass,
Segala Puji Bagi Allah.
Jika mereka mahu menggunakan nama Allah di dalam Bible mereka, hendaklah mereka memastikan semua sifat-sifat Allah itu tidak bertentangan dengan sifat Allah, Tuhan yang sebenar. Kita bukan di dalam kedudukan tidak mempunyai authority di dalam membuat ketetapan ini. Situasi kita berbeza dengan zaman awal perjuangan Rasulullah s.a.w. untuk membersihkan segala bentuk syirik kepada Allah.

Kita di Malaysia telah lama berjaya memastikan Allah sentiasa merujuk kepada Tuhan dengan sifat-sifatNya yang sebenar. malang sekali ada pula figura2 yg cuba merosakkan perkara ini hanya kerana perbatuan politik. Kini seolah, ada percubaan seperti percubaan Amr bin Luhal satu ketika dulu untuk merosakkan iktikad tauhid yg telah sedia difahami jelas sebelum ini.

Kita semua berharap, akan tampilnya mereka2 yg berani untuk menentang perkara ini semata2 mengharapkan keredhaan Allah setiap masa dan bukannya kerusi di Parlimen.

Entah kenapa semakin ramai yang menjadi bisu. Mungkin takut tertelan ludah sendiri dan takut tercerai bini tanpa sengaja.

satuhala said...

Anonymous January 9, 2013 6:37 AM,

Saya sgt percaya, saudara tidak membaca sepenuhnya apa yang ditulis di atas. Sya sgt percaya, bahawa krn terlalu syg kpd parti politik menyebabkan saudara tidak membaca dengan rasional selepas perenggan kedua. Saya juga sangat percaya bahawa saudara dan talmud jingga berpisah tiada.

Boleh tolong jelaskan kepada saya, di mana dlm penulisan di atas dan segala penulisan saya di blog ini yg menunjukkan saya tidak faham bahawa seluruh alam ini termasuk manusia-manusia yang kafir kepada Allah bukan milik Allah? Tolong jelaskan..

Kedua tolong jelaskan di mana dalam penulisan di atas saya menyatakan bahawa ada Tuhan selain Allah dan Tuhan untuk org kafir adalah lain dan tuhan org Islam adalah lain. Tolong jelaskan...

Ketiga, kenapa amat mudah bagi golongan manusia seperti tuan Anon yang begitu pantas dan segera gemar meletakkan kedudukan mereka2 yg tidak sependapat dgn tuan dlm kategori syirik, menduakan Tuhan yg mencadangkan seolah2 sya telah kafir?

Ke empat, tolong baca sekali lagi apa yg telah saya jelaskan di atas. Kali ini, tolong tanggalkan kacamata hijau dan bebaskan diri dari sebarang sentimen ketaksuban politik utk fahami isu ini.

Ia satu isu mudah, yg amat mudah difahami oleh org2 biasa kecuali golongan yg taksub. Ok.. harap lain kali baca dan fahami dan tlg jgn buat kesimpulan bukan2 hanya selepas membaca perenggan pertama.



satuhala said...

Shamsadis,

Itu yg mrk x nampak.. dan mereka tidak mempunyai sebarang idea tentang apa yang bakal menyusul selepas isu kalimah Allah dimenangi kumpulan tersebut..

Anonymous said...

satu argument yg menarik dan bernas. Isu ini di perbesar-besarkan oleh pemimpin parti yg mengaku islam hanyalah untuk kepenting diri. aku harap mereka-mereka ini dilaknat oleh Allah.

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=65zyICBKBPI

satuhala said...

Anonymous January 9, 2013 3:20 PM,
kalau kita mendoakan laknat ke atas mereka.. tiada bezanya nanti kita dengan mereka.. kita serahkan urusan mereka kepada Allah dan mohon supaya Allah berikan yang terbaik kepada semua umat Islam di mana sahaja dan supaya Allah berikan kita kesabaran yang tinggi kerana tindak tanduk mereka yg sering melukakan..


an Nahl ayat 125 - 128
“serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik,dan bantahlah dengan cara yang baik.Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.”

“dan jika kamu memberi balasan,maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu.Akan tetapi,jika kamu bersabar,sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar.”

“bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu merasa sempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.”

“sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa dan orang yang berbuat kebaikan.”

satuhala said...

Pedang Haramain,
Jazakallahu Khairan Kathira..

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian....

satuhala said...

WokYoh Samad,
Segala Puji Bagi Allah..

Anonymous said...

aku terbaca point yg bagus kt

http://syburi-times.blogspot.com/2013/01/bahana-kalimah-allah-ulama-pun-boleh.html

dia kata, benda yg sama dgn benda yg bro kata.. aku quote kt sini,

5. Bagaimana seorang bekas mufti boleh terkeliru antara "Islam membenarkan nama Allah digunakan" dengan "Islam diturunkan untuk memperbetulkan perbuatan mensyrikkan nama Allah" adalah satu kejadian malang bagi umat Islam..

betoi2 memalukan Alma Mater Oxford..

satuhala said...

Anon January 9, 2013 6:55 PM,

itu yg sya cuba sampaikan.. mereka ini terkeliru antara "Islam membenarkan nama Allah digunakan" dengan "Islam diturunkan untuk memperbetulkan perbuatan mensyrikkan nama Allah"... tq..

x-umno said...

Alahai... dekat pilihanraya je sibuk timbul isu ini. Dah lebih 50 tahun orang Islam perintah Sabah Sarawak yang guna perkataan Allah dalam bible mereka. Kenapa tidak ambil tindakan? Kenapa pemerintah dan ulama' buat tak tahu sekian lama?

Yang penting, kita hendaklah menyambung tugas yang diwarisi sebagai umat Islam. Iaitu membawa umat manusia yang masih sesat, ke jalan Allah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Contohnya, dulu setiap kali kita masuk bilik hotel, pasti ada bible. Kini dah timbul kesedaran. Begitu juga arak. Dulu berleluasa di Malaysia ini. Sekarang orang Islam dah jarang dilihat minum arak di tempat awam. Iklan arak pun sudah tiada di media perdana.

Janganlah kita berbalah sesama kita. Sebaliknya marilah kita berdakwah demi menyelamatkan manusia yang telah sesat sebagai tanda bersyukur nikmat Allah yang menjadikan kita sebagai umat Islam.

Elakkan dari menggunakan bahasa yang boleh menyebabkan kaum yang sesat mentertawakan dakwah kita.

Wallahualam.

satuhala said...

x-UMNO,

x-umno kata:
Alahai... dekat pilihanraya je sibuk timbul isu ini. Dah lebih 50 tahun orang Islam perintah Sabah Sarawak yang guna perkataan Allah dalam bible mereka. Kenapa tidak ambil tindakan? Kenapa pemerintah dan ulama' buat tak tahu sekian lama?

Jawapan :
Isu ini timbul kerana kerajaan dah ambil tindakan sejak 30 tahun dulu. Kalau faham isu yg dibincangkan sebelum komen, mungkin soalan mcm ni x timbul. Saya dah tulis ttg ni 3 tahun lepas..

http://satuhala.blogspot.com/2010/01/isu-nama-allah-kronologi-1.html

Kerajaan melalui undang2 ISA mengaramkan penggunaan nama Allah, istilah2 Islam dan BIble BM pada 1981.

Malang sekali undang2 tu dah dimansuhkan. Entah siapalah berguling2 di atas jalan sibuk nak hapuskan undang2 tu tanpa dia sendiri faham apa undang2 tu dulu.

Jd. halangan utama kepada penyebaran ajaran kristian kepada umat Islam sudah dihapuskan.

kemudian pada 1990 kump. kristian mulakan projek DAWN. Tujuan utama, lumpuhkan PAS. 23 tahun lepas tu, cita2 mrk hampir berjaya 90%. Tak tahu pasal projek DAWN, saya byk menulis ttgnya sebelum ni.

Isu ni bukan satu masalah utk ditangani oleh kerajaan sehinggalah muncul gol. muslim yg sanggup jual agama utk ke putrajaya. Apa lagi, mcm orang ngantuk disorong bantal la kump. kristian yg dah lama cuba utk batalkan tindakan import bible BM yg diarahkan Dr. M. Harap fahami isu sebelum komen.

Isu ditimbulkan dekat pilihanraya juga dimulakan oleh pejuang kristian dlm DAP. Itu fakta yg jelas.

Dakwah mmg kita semua sedang berdakwah, cuma lewat ini gerakan dakwah itu ditikam dari belakang oleh manusia2 yg jadi harapan medan hadapan gerakan dakwah.

Anonymous said...

Oh...Jadi kita perlukan ISA utk hlg org guna kalimah ALLAH? Wow..hebat sgguh org Islam skrg..bkn lwn pkai hujah,lwn pkai undang2..

satuhala said...

Anon January 12, 2013 10:52 AM,

Al Qur'an membahagikan manusia kepada 4 jenis golongan dan cara bagaimana untuk menangani mereka.

1) Golongan yang matang, boleh berfikir sendiri dan tidak perlukan hujah dan bantuan orang lain untuk dia menyedari tentang hakikat kebenaran dan menjalani kehidupan yang diredhai Allah.

2)Golongan yang perlukan hujah untuk menyakini dan mempercayai bahawa Islam itu benar dan jalan hidup Islam itulah yang terbaik untuk manusia. Baik buruk mengenai sesuatu perkara itu perlu dijelaskan kepadanya supaya dia faham mengenai pilihan yang ada.

3) Golongan yang perlukan rotan dan hukuman untuk menyedari bahawa setiap perlakuannya itu merosakkan. Mereka dalam golongan ini tidak boleh sedar dengan sendiri, tidak dapat disedarkan dengan hujah dan mungkin hanya akan sedar setelah dihukum dengan undang-undang.

4) Golongan yang bilamana dihukum sekalipun tetap tidak akan berubah dan berdegil dengan perbuatan yang salah.

Saya pernah berinteraksi dengan kesemua golongan di atas. Tetapi pada hari ini, saya mendapat satu pengalaman baru bahawa mungkin wujud jenis manusia dalam kategori kelima. Iaitu kategori manusia yang mengaku diri pejuang Islam, hidup untuk Islam, mati untuk Islam, dan hanyalah mereka sahaja yang Islam tetapi hakikat mudah mengenai pembahagian personaliti manusia di dalam Qur'an pun gagal difahami. Islam bukan hanya pada facade ketrampilan, tetapi Islam ialah ialah bagaimana pusat pemikiran membentuk ruh yang menguasai jasad untuk menyerah diri secara bulat-bulat kepada Allah.

Terima kasih atas pengalaman ini. mungkin saya boleh panggil tuan anon guru saya kerana memperkenalkan satu kategori manusia dengan secara praktikalnya di dalam golongan kelima.

Saya juga mengaku bahawa saya tidak pandai berhujah dengan golongan bukan Islam. Oleh kerana saudara mengatakan bahawa untuk melawan golongan bukan Islam perlu dilakukan dengan hujah kerana itulah jalan yang terbaik, maka dipersilakanlah tuan untuk berbuat demikian supaya tuan tidak termasuk di dalam golongan yang disebut di dalam al Baqarah ayat 44:

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal.

Setelah berhujah dengan golongan kristian dan bukan Islam, mohon saudara anon kongsikan pengalaman supaya kami semua yang kurang arif tentang Islam sebagaimana saudara dapat belajar dari pengalaman saudara. Terima kasih daun keladi..

rizal hass said...

Askm tuan empunya blog...sememangnya perjuangan tuan masih panjang.hendaknya tuan bersabar dgn komen2 picisan, yg lbh mementingkan bentuk daripada isi.
Sy sedih apabila melihat komen2 yg tidak mementingkan hujah dan ilmu yg tuan persembahkan tapi lebih kepada menfitnah tuan sebagai mouthpiece sesetengah golongan yg patut ditentang habis-habisan hanya kerana mereka benci dgn golongan tersebut.
Mungkin mereka rasa selepas junjungan besar Rasullulah sallahualaihiswassalam, kumpulan mereka maksom..pasti masuk syurga..lantas lenggok bahasa mereka sombong dan riak, tidak selembut lenggok bahasa tuan melayan mereka.
Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketajaman akal berterusan kepada tuan.
Amin ya rabbalamin.

satuhala said...

TQ Tuan Rizal Hass atas ingatan, peringatan dan doa.

Benar perjalanan kita masih panjang. Dan disepanjang jalan itu kita ketemui manusia yg pelbagai.

Tetapi lewat ini, semakin ramai yang penampilan zahir mrk tidak seiring dgn perwatakan sebenar mrk.

Kita harus bersabar kerana tiadalah kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah.

Anonymous said...

Salam Tn. ALHAMDULILLAH Segala Pujuan Bagi ALLAH telerai sudah kekusutan dlm fikiran selepas membaca atikel ini. Rasanya terjawab sudah segala persoalan yg timbul berkaitan isu "KALIMAH ALLAH" apatah lagi dengan maklum balas cerdik pandai dan agamawan yg bila dibaca menambahkan lagi kekusutan walaupun diberi nas-nas dan contoh rujukan ... Semoga Tuan Di RAHMATI ALLAH ...teruskan perjuangan ...249

satuhala said...

Wa'alaikumsalam w.b.t. Anonymous January 15, 2013 at 5:28 PM,

Segala Puji Bagi Allah. Ini merupakan isu yg mudah, tetapi telah diputarbelitkan sehingga semua pihak keliru demi kepentingan politik.

Malang sekali yg memutarbelitnya merupakan org2 yg kita harapkan jawapan yg tepat dan spot on diberikan oleh mereka. Maka tinggallah kita org2 biasa ini terpaksa memikul beban yg ditinggalkan oleh mrk2 yg seharusnya bertanggungjawab mengenai masalah spt ini.

Semoga kita semua mendapat rahmat dan perlindungan Allah pada setiap saat dan masa. Ameen.

Faridil Atras said...

Sebenarnya memang tepat sesungguhnya Allah murka dan tidak redha kepada mereka yang menyekutukan Allah tetapi dalam beberapa ayat yg diterjemahkan diatas menunjukan puak kristian & agama lain selain islam ini masih percaya akan Allah tetapi cara mereka beribadat sgt terpesong dari perintah Allah.
Ini yang menyebabkan Allah murka.
Mereka meletakkan lembu, berhala sebagai perantara utk menghubungkan mereka kepada Allah dan tidak mempercayai nabi yang diutuskan untuk menyampaikan utusan Allah.
Oleh kerana itu kalimah Allah ini sepatutnya tidak perlu dijadikan isu yang besar kerana setiap manusia di muka bumi ini dicipta oleh tuhan yang satu iaitu Allah. Tetapi cara untuk manusia berhubung kepada Allah itu yang tidak mengikut perintah Allah. Adakah kerana Allah murka dgn cara mereka beribadat sehingga Allah tidak mengaku bahawa Dia adalah tuhan yang satu kpd umat yg sesat ini? Semestinya tidak kerana Allah maha pengampun kpd umat yang bertaubat. Kita sebagai umat Islam percaya Nabi Muhammad pesuruh Allah dan ini mengikut syariat yang ditetapkan. Tetapi walaupun kita tahu Tuhan pada agama lain juga adalah Allah tetapi mereka tidak mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah adakah kita perlu mengikut mereka? Akhirnya berbalik kepada keimanan diri & betapa kuat kita percaya akan rukun Islam & rukun iman.