Oleh : M.I.A./Imran Haaz
Ketika laungan boikot produk yang
menyokong Israel kembali bergema setelah bertahun dilupakan, ada
pihak yang mula tidak senang duduk dengan orang-orang Islam yang mula
menunjuk perasaan. Muslim, jika saudara seagama mereka dilukai, mereka akan segera
melakukan segala apa yang terdaya dicapai oleh mereka untuk membantu
mengurangkan penderitaan serta menghentikan penindasan ke atas
saudara seagama mereka di mana jua mereka berada.
Kerap kali laungan boikot dilakukan ke
atas sesetengah produk yang kelihatan jelas dan tanpa sembunyi
memberikan perlindungan serta huluran bantuan kepada negara haram
lagi binatang Zionis akan disambut dengan tindakan sinis sesetengah
pihak. Boikot yang bertahun-tahun dilakukan tidak menjadi kerana
tidak ada kesatuan yang benar-benar tahu bagaimana cara terbaik untuk
menjalankan tindakan boikot secara istiqamah. Kita tidak perlu
memilih produk yang terlalu banyak untuk diboikot. Kita seharusnya
memberikan tumpuan penuh kepada satu bentuk produk yang jelas
tindakan mereka lebih menguntungkan zionis dari umat Islam itu
sendiri. Tumbangkan mereka satu persatu pada satu-satu masa. Tindakan
sebegini lebih mudah untuk dilakukan secara istiqamah dan mendapat
sokongan jemaah umat Islam. Pilih satu produk dan kita bersama-sama
kuburkannya dengan cara boikot yang istiqamah. Selepas mereka goyah
atau jatuh, kita pilih produk yang kedua dan kemudian seterusnya.
Tetapi itu bukanlah intipati yang mahu
disampaikan di dalam penulisan kali ini. Penulisan kali ini didorong
atas rasa terhina dengan tindakan sebuah organisasi yang merasakan
kumpulan mereka terancam dengan tindakan boikot yang cuba digerakkan
oleh umat Islam di dalam negera.
Lalu dengan menggunakan strategi yang
didasari asas pemikiran yang sentiasa menganggap umat Islam di
Malaysia sebagai umat yang mudah lupa dan memaafkan. Dengan hanya menjalankan tindakan
kosmetik yang diperhiaskan sebagai indah dan baik itu, maka mereka
pun menjalankan pembetulan awal bagi memadamkan api marah tersebut
dengan percubaan menghidangkan jamuan percuma untuk dinikmati oleh
'semua lapisan masyarakat'. Bukan kita tidak faham apa yang bermain
dipemikiran mereka. Kita semua telah bertahun-tahun menyaksikan
bagaimana strategi-strategi seumpama ini dijalankan ketika mana
kedudukan mereka sedikit terancam dengan sentimen yang sedang
dipanaskan dengan keadaan saudara segama kita di Palestin yang sedang
diburu, bunuh dan ditindas secara kejamnya oleh negara haram lagi
binatang Zionis yang mendapat huluran bantuan daripada mereka.
Tindakan 'belanja makan umat Islam' di
Malaysia atas alasan menyambut hari-hari tertentu yang sebelum ini
tidak pernah pun disambut mereka, seolah-olah memberikan gambaran
tenatng apa yang bermain dipemikiran mereka tentang kualiti jatidiri
Muslim dinegara ini. Dengan tindakan ini, seolah-olah kelihatan
mereka ini menganggap orang-orang Islam di Malaysia tidak lebih dari
sekumpulan anjing kurap yang membuat bising di kala kelaparan.
Sebagaimana biasa bagi anjing kurap
yang menyalak-nyalak, mereka akan diam sebaik dilemparkan makanan
kepada mereka. Begitulah juga apa yang bermain di dalam pemikiran
eksekutif serta pembuat dasar syarikat tersebut ketika mereka
menggunakan tawaran makanan percuma ketika umat Islam diseluruh
negara sedang marah. Bagi mereka, umat Islam di Malaysia biasanya
akan diam sebaik diberikan makan percuma, air percuma, masuk tandas
percuma, tisu tandas percuma dan segala-galanya percuma. Mereka faham
benar dengan kelemahan pemikiran umat Islam di negara ini secara
majoritinya. Mereka tahu tentang apa itu yang menjadi kryptonite
minda bagi umat Islam di negara ini.
Mereka telah berjaya selama ini, maka
kini mereka melakukannya lagi. Sedang kita senyum dan ketawa
menikmati hidangan percuma lalu kenyang dan boyot lantas terlupa
kepada nasib bayi-bayi Palestin yang dibunuh dengan kejam, eksekutif
di syarikat seumpama itu sedang gelak terbahak-bahak melihat gelagat
dan kelaku umat Islam sambil bertepuk bahu sesama sendiri dan
berkata,
“Bukankah kami telah katakan kepada
Board of Directors, Muslim di Malaysia, mereka ibarat anjing kurap
yang menyalak akibat kelaparan. Berikan mereka makan percuma yang
paling murah, pasti mereka akan berpusu-pusu meninggalkan posisi
boikot yang dipegang dan kemudian diam akibat kekenyangan...”
Jika mereka berfikir bahawa tindakan
seumpama memberi makan percuma akan mendiamkan keseluruhan usaha
boikot seperti ini, mereka perlu ingat bahawa bukan semua Muslim
boleh dianggap seperti anjing yang menyalak akibat kelaparan!
Bagi yang mahu mengiakan pendapat
kumpulan ini, boleh sahaja menikmati burger daging mayat bayi saudara
seagama kita di Palestin di dalam tempoh yang terdekat. Semoga nasib
buruk yang menimpa saudara kita di luar sana tidak akan menimpa kita
di sini kerana kita lalai dan leka.
Percayalah selepas ini, jika usaha mereka ini tidak berjaya, mereka akan mengarahkan pula sekumpulan ahli kitab yang mengakui diri mereka pewaris nabi, untuk mengeluarkan pendapat bahawa usaha boikot seperti ini tidak boleh diteruskan. Apalah guna proksi-proksi zionis memberikan biasiswa dan memberikan bantuan kewangan kepada golongan ahli kitab ini, jika mereka tidak boleh digunakan untuk memberikan keuntungan kembali kepada tangan yang menghulurkan. Malang sekali kita hidup di zaman di mana golongan sebegini semakin ramai memegang urusan agama kita. Hanya dengan kembali kepada al Qur'an dan as Sunnah kita akan selamat. In Shaa Allah.
© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda