Sunday, November 18, 2012

Muslim Di Malaysia Hanyalah Sekumpulan Anjing Kurap Yang Kelaparan...?

7

Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Ketika laungan boikot produk yang menyokong Israel kembali bergema setelah bertahun dilupakan, ada pihak yang mula tidak senang duduk dengan orang-orang Islam yang mula menunjuk perasaan. Muslim, jika saudara seagama mereka dilukai, mereka akan segera melakukan segala apa yang terdaya dicapai oleh mereka untuk membantu mengurangkan penderitaan serta menghentikan penindasan ke atas saudara seagama mereka di mana jua mereka berada.


Kerap kali laungan boikot dilakukan ke atas sesetengah produk yang kelihatan jelas dan tanpa sembunyi memberikan perlindungan serta huluran bantuan kepada negara haram lagi binatang Zionis akan disambut dengan tindakan sinis sesetengah pihak. Boikot yang bertahun-tahun dilakukan tidak menjadi kerana tidak ada kesatuan yang benar-benar tahu bagaimana cara terbaik untuk menjalankan tindakan boikot secara istiqamah. Kita tidak perlu memilih produk yang terlalu banyak untuk diboikot. Kita seharusnya memberikan tumpuan penuh kepada satu bentuk produk yang jelas tindakan mereka lebih menguntungkan zionis dari umat Islam itu sendiri. Tumbangkan mereka satu persatu pada satu-satu masa. Tindakan sebegini lebih mudah untuk dilakukan secara istiqamah dan mendapat sokongan jemaah umat Islam. Pilih satu produk dan kita bersama-sama kuburkannya dengan cara boikot yang istiqamah. Selepas mereka goyah atau jatuh, kita pilih produk yang kedua dan kemudian seterusnya.


Tetapi itu bukanlah intipati yang mahu disampaikan di dalam penulisan kali ini. Penulisan kali ini didorong atas rasa terhina dengan tindakan sebuah organisasi yang merasakan kumpulan mereka terancam dengan tindakan boikot yang cuba digerakkan oleh umat Islam di dalam negera.

Lalu dengan menggunakan strategi yang didasari asas pemikiran yang sentiasa menganggap umat Islam di Malaysia sebagai umat yang mudah lupa dan memaafkan. Dengan hanya menjalankan tindakan kosmetik yang diperhiaskan sebagai indah dan baik itu, maka mereka pun menjalankan pembetulan awal bagi memadamkan api marah tersebut dengan percubaan menghidangkan jamuan percuma untuk dinikmati oleh 'semua lapisan masyarakat'. Bukan kita tidak faham apa yang bermain dipemikiran mereka. Kita semua telah bertahun-tahun menyaksikan bagaimana strategi-strategi seumpama ini dijalankan ketika mana kedudukan mereka sedikit terancam dengan sentimen yang sedang dipanaskan dengan keadaan saudara segama kita di Palestin yang sedang diburu, bunuh dan ditindas secara kejamnya oleh negara haram lagi binatang Zionis yang mendapat huluran bantuan daripada mereka.

Tindakan 'belanja makan umat Islam' di Malaysia atas alasan menyambut hari-hari tertentu yang sebelum ini tidak pernah pun disambut mereka, seolah-olah memberikan gambaran tenatng apa yang bermain dipemikiran mereka tentang kualiti jatidiri Muslim dinegara ini. Dengan tindakan ini, seolah-olah kelihatan mereka ini menganggap orang-orang Islam di Malaysia tidak lebih dari sekumpulan anjing kurap yang membuat bising di kala kelaparan.

Sebagaimana biasa bagi anjing kurap yang menyalak-nyalak, mereka akan diam sebaik dilemparkan makanan kepada mereka. Begitulah juga apa yang bermain di dalam pemikiran eksekutif serta pembuat dasar syarikat tersebut ketika mereka menggunakan tawaran makanan percuma ketika umat Islam diseluruh negara sedang marah. Bagi mereka, umat Islam di Malaysia biasanya akan diam sebaik diberikan makan percuma, air percuma, masuk tandas percuma, tisu tandas percuma dan segala-galanya percuma. Mereka faham benar dengan kelemahan pemikiran umat Islam di negara ini secara majoritinya. Mereka tahu tentang apa itu yang menjadi kryptonite minda bagi umat Islam di negara ini.

Mereka telah berjaya selama ini, maka kini mereka melakukannya lagi. Sedang kita senyum dan ketawa menikmati hidangan percuma lalu kenyang dan boyot lantas terlupa kepada nasib bayi-bayi Palestin yang dibunuh dengan kejam, eksekutif di syarikat seumpama itu sedang gelak terbahak-bahak melihat gelagat dan kelaku umat Islam sambil bertepuk bahu sesama sendiri dan berkata,

Bukankah kami telah katakan kepada Board of Directors, Muslim di Malaysia, mereka ibarat anjing kurap yang menyalak akibat kelaparan. Berikan mereka makan percuma yang paling murah, pasti mereka akan berpusu-pusu meninggalkan posisi boikot yang dipegang dan kemudian diam akibat kekenyangan...”

Jika mereka berfikir bahawa tindakan seumpama memberi makan percuma akan mendiamkan keseluruhan usaha boikot seperti ini, mereka perlu ingat bahawa bukan semua Muslim boleh dianggap seperti anjing yang menyalak akibat kelaparan!

Bagi yang mahu mengiakan pendapat kumpulan ini, boleh sahaja menikmati burger daging mayat bayi saudara seagama kita di Palestin di dalam tempoh yang terdekat. Semoga nasib buruk yang menimpa saudara kita di luar sana tidak akan menimpa kita di sini kerana kita lalai dan leka.

Percayalah selepas ini, jika usaha mereka ini tidak berjaya, mereka akan mengarahkan pula sekumpulan ahli kitab yang mengakui diri mereka pewaris nabi, untuk mengeluarkan pendapat bahawa usaha boikot seperti ini tidak boleh diteruskan. Apalah guna proksi-proksi zionis memberikan biasiswa dan memberikan bantuan kewangan kepada golongan ahli kitab ini, jika mereka tidak boleh digunakan untuk memberikan keuntungan kembali kepada tangan yang menghulurkan. Malang sekali kita hidup di zaman di mana golongan sebegini semakin ramai memegang urusan agama kita. Hanya dengan kembali kepada al Qur'an dan  as Sunnah kita akan selamat. In Shaa Allah.

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda


Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

7 comments:

Anonymous said...

adusss terbiasa jugak mkn McDajjal tu.

Tp kali ni ambo boikot

Jommmmm boikot

satuhala said...

Anon,
Boikot memerlukan strategi dan dilakukan satu persatu mengikut keutamaan supaya boleh maintain istiqamah.. InsyaAllah.. kita boleh melakukannya dan ia akan mendatangkan hasil jika kita mengajak yg lain juga menyertainya..

hasanah said...

alhamdulillah..
nasib baik mmg x teringin nk mkn bende alah tu wpun dekat je ng rumah.. anyway burger ramlee lg sedap n murah..!! hehehe ;p

but 1 thing nk tny apa pandangan tuan jika ada pihak yang cuba untuk mendoakan keburukan sesama muslim n sesuka hati mengkafirkan muslim tersebut berbanding mendoakan kebaikan n hidayah muslim2 yang lain?? sy tgk byk media cetak skrg menceritakan perkara ini..!!!
bagi pandangan saya ini sangat tidak patut dibuat kerana nabi kita s.a.w tak pernah mendoakan keburukan orang lain hatta bukan islam sebaliknya mendoakan hidayah kepada mereka.. adakah betul pandangan saya ini??

Anonymous said...

Salam Tuan,

Terima kasih atas pencerahan, saya tertanya-tanya mengapa mereka memberi jamuan, tiada saya terfikir mengenai hal ini. Kalau benar ia adalah reaksi dari apa yang terjadi di Gaza, sungguh murah rupanya maruah kita dimata mereka. Bagaimana mereka telah dapat mentafsir segala tindak tanduk dan reaksi kita terhadap sesuatu isu sangat menakutkan. Dalam keadaan suasana politik yang sangat menyesakkan dada. Adakah orang diatas tu buta akan situasi di Gaza. Ya yang celik pun tak semestinya nampak bila nafsu dah mengelabui....
Adila_Alim

satuhala said...

Salam Hasanah,
Mcm kata salah seorang rakan facebook saya.. jika x boikot sbb Gaza pun, boikotlah sbb sayangkan kesihatan sendiri..

Bab doa keburukan sesama Islam memang xboleh kecuali di dalam situasi Mubahalah ketika terlibat di dalam sesuatu pertikaian yg tak menemui jalan penyelesaian.. Itupun ia sentiasa dilakukan dengan cara menyerahkan kepada Allah untuk membuat penilaian dan keputusan dan doa supaya laknat ditimpakan ke atas salah seorang dari kedua pihak yg bertikaian jika mereka merupakan pihak yg melampaui batas. Ia sebuah doa/sumpah yang mengingat keduanya dgn keputusan oleh Allah. Mana manusia mungkin tahu samada dia benar2 dizalimi ataupun tidak? Jika, tidak menyerahkan seluruh keputusan kepada Allah, ia bermakna kita sentiasa mendahului Allah dalam membuat keputusan dan seolah2 kita lebih mengetahui tentang sesuatu keadaan itu melebihi pengetahuan Allah.

Bab kes doa orang2 yg dizalimi, seharusnya diutamakan doa supaya yang menzalimi berubah dan mendapat hidayah dan petunjuk. Ini jalan orang-orang yang beriman. Ini kerana itu lebih menguntungkan di dunia dan akhirat. Perhatikan ayat 36 hingga 43 surah Asy Syu'ara spt berikut :

Surah Ash-Shura

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya; (36)

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya. (37)

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; (38)

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas). (39)

Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim. (40)

Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah dia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. (41)

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. (42)

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (43)

Hanya mereka yg benar2 yakin dan percaya dengan hari akhirat akan mengambil jalan yg lebih menguntungkan dgn memaafkan dan memohon doa kebaikan ke atas mereka . Pesan Imam As Syahid Hassan Al Banna:


“Jadilah kamu seperti sepohon pokok. Mereka melempari kamu dengan batu, kamu menggugurkan kepada mereka buah yang ranum.”

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Adila,
Kita kini merupakan umat yg sangat mudah diperkotak katikkan.. maruah kita menjadi permainan tanpa kita semua sedar..

Ramai juga yg cuba boikot, ttp apabila dpt tawaran percuma spt itu, mereka hentikan sementara boikot dengan kata-kata, "Waktu free kita makan, bila kena bayar baru boikot kembali.."

Org2 spt ini gagal memahami bahawa burger yang mereka sangkakan percuma itu, bukanlah percuma pada hakikat sebenarnya. Mata hati mereka dibutakan. Mereka tidak tahu bahawa burger yg paling murah yang dikatakan bakal diberikan secara percuma itu, sebenarnya dibayar oleh mereka dengan sesuatu yang paling mahal ada pada mereka iaitu maruah mereka sendiri.

Malang sekali ramai yg telah menjual maruah hanya kepada sekeping burger tersebut. Maka jadilah kita sepertimana yg selama ini mrk sering gambarkan diri kita di dalam pemikiran mereka.

Anonymous said...

Salam.

Saya tidak berniat menghurai panjang lebar.

Tetapi sy berminat utk komen berkenaan tulisan saudara ini.

Sekarang ni, ramai muslim sedar seketika dan tidur kembali, dalam apa isu sekalipun. Ia spt trend dan bermusim mengikut isu yg disensasikan. Jika dulu, isu disensasi melalui media konvensional, now, melalui media sosial..

apa yg sy cuba sampaikan ialah, kita tak dihalang melaksanakan boikot, tp kita kena faham sebenar2nya, mengapa, kenapa, siapa, apa dan bagaimana harus boikot. mungkin ada di antara kita syok sendiri, pabila kempen boikot ini spt mndpt perhatian, liputan dan sebagainya, terutamanya di Malaysia, tp kebanyakannya lebih bersifat ikutan. hang letak gambar bendera Gaza, aku letak juga. Hang sedih, aku sedih. isu pokoknya, kita benar2 memahamikah penderitaan sebenar rakyat Gaza. ya, ada yg kata, ini sumbangan kecil. sy menyokong ketulusan niat, tapi kajilah.. kajilah kesan boikot, bukan trhadap ekonomi, tp trhadap keseluruhan culture, sosio ekonomi, keagamaan dan sebagainya.

perkara kedua penting ialah, betulkah tindakan boikot ini dgn memboikot sekia2 produk? disahkan kah?

sy percaya 90% drp pihak2 pemboikot di negara ini, adalah hasil cambahan ikut ikutan, dengan kata lain, mereka tahu hujung, pangkal taktau. Budaya menyelidik tiada. budaya mengkaji, diserahkan bulat2 kepada ahli agama, yg mereka menyokong dan membenarkan dr konteks agama dan kewajipan islam utk memberi penentangan. Tetapi butiran cara dan tindakan boikot yg bagaimana tidak diberitahu dengan terperinci.

kemudian, adalah satu penyakit rakyat Malaysia, mengambil beberapa berita yg belum lg sahih.. untuk disebarkan. kemudian end up, tak benar. hanya menambah api kemarahan... kajilah, selidiklah dahulu. kemudian yg patut bertindak ialah kita. kita boleh beri tekanan kepada mana2 organisasi yg memberi sokongan scr jelas kpd Israel, tetapi, kita juga harus yg paling utama memberi kesedaran kpd rakyat/umat Islam tntg isu scr menyeluruh.

Fahami boikot, kenapa ada pihak di Barat yg juga menentang penindasan dan penyeksaan yg berlaku oleh Gaza itu membuat kempen lebih menyelurh.. Boycoot, Divestment and Sanction (BDS) berbanding memboikot ekonomi..

Cerahkan minda sebelum bertindak. Guru agama tak salah, pemimpin tak salah. Yg salah adalah diri kita, yg hanya suke mngikut membuta tuli, dan juga menghentam, memaki hamun sesuka hati..

Al-Quran adalah sumber rujukan, tetapi umat Islam selalu gunakan utk apa yg mereka rase benar pd pndgn mereka. bukan pandangan sebenar, maka jadilah salah menyalah, membuat pndgn sempit. tidak melihat isu dr konteks luas.

last but not least, Muslim mmg bersaudara, but jgn sempitkan pemikiran utk memperjuangkan penindasan muslim sahaja. Bukan tidak menyokong, tp tujukkanlah, bahawa Islam juga perikemanusiaan kpd org2 yg susah di negara bukan Islam. Jgn biarkan bintang terkenal dunia menunjukkan contoh yg baik di Afrika, seolah2, yg simpati hal melibatkan kesengsaraan d negara bukan Islam adalah mereka di Barat.

Inilah yg menjauhkan non Muslim dgn Islam. keadilan seolah2 terpilih.

Mohon maaf atas kekasaran dan sebagainya. Hanya sebuah pndgn yg jujur.