Wednesday, November 28, 2012

Bila Sepasang Pengganas Bercium

0
Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Mereka berdua telah dianugerahkan dengan hadiah Nobel Keamanan. Hadiah itu pula diberikan BUKAN kerana mereka telah berusaha memastikan keamanan itu wujud tetapi diberikan kerana mereka pernah berkata mereka mencintai keamanan. Mereka tidak pernah langsung berusaha untuk menentang kezaliman yang jelas dilakukan oleh pihak yang bersekutu dengan mereka.

Obama membiarkan Zionis sesuka hati membunuh anak-anak Palestin yang tidak berdosa. Obama, tangannya sendiri bersalut noda dan darah jutaan mangsa perang yang dibunuh Amerika bagi memastikan hegemoni penguasaan dunia mereka tidak dihalang.

Aung San Su Kyi juga tangannya bersalut noda dan dosa. Sebagai seorang yang berpengaruh di negaranya, dia mendiamkan diri bilamana sekutu-sekutu bangsanya membunuh umat Islam di Rakhine. Umat Islam etnik Rohinghya dibunuh dengan kejam dan Suu Kyi hanya berpeluk tubuh menyaksikannya tanpa berbuat apa-apa. Lebih teruk lagi dia membisu seribu bahasa dan tidak mahu memperkatakan atau bersimpati dengan nasib yang menimpa umat Islam di Myanmar.

Tetapi, oleh kerana Suu Kyi keras berusaha supaya pintu ekonomi Myanmar terbuka luas melalui perubahan halatuju politik negaranya, maka dia diberikan hadiah Nobel Keamanan hanya kerana dia menjadikan negaranya mesra Amerika dan Pakatan Zionis.

Begitu juga dengan Obama. Dia diberikan hadiah yang sama hanya kerana mereka mahukan dia menjamin keamanan negara haram lagi binatang Israel. Setiap kali dia memenangi pilihanraya Presiden Amerika, setiap kali itu ISrael menyambut kemenangannya dengan menyerang Palestin. Lihat sahaja konflik yang berlaku pada 2008 dan terbaru 2012. Kedua-duanya berlaku selepas kemenangan Obama sebagai Presiden. Israel hanya mahu menguji tentang apa bentuk tindakan yang akan diambil oleh White House di dalam menangani isu pencerobohan Israel ke atas Gaza. Mereka hanya mahu lihat samada Obama tetap bersama mereka ataupun sudahpun berubah hati. Tidak sia-sia rupanya hadiah Nobel Keamanan yang diberikan kepada mereka berdua.



Baru-baru ini, apabila kedua-dua orang pengganas ini bertemu, maka mereka tidak segan silu bercium dihadapan kamera. Hanya seorang pengganas sanggup mencium pengganas yang lain. Pelik benar apabila keduanya diberikan Nobel Keamanan sedangkan keduanya tidak melakukan apa-apa  untuk menjamin keamanan. Mungkin bagi mana-mana calon yang berminat untuk mendapatkan hadiah Nobel Keamanan, mereka perlu memastikan semua muslim di negara mereka dibunuh dan mereka tidak perlu berbuat apa-apa bagi menghalangnya daripada berlaku. Mungkin hanya itu sahaja syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan panelis yang membuat keputusan dapat memberikan hadiah Nobel Keamanan kepada yang berminat.

Jadi, bagaimana pula dengan kita semua dalam menghadapi realiti dunia yang tidak menyebelahi umat Islam pada masa ini. Masih istiqamah dengan boikot atau sudah kekenyangan memakan burger 'percuma' tempoh hari?

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: