Bismilahir Rahmanir Raheem.. Awal tahun 2008, jika anda memang pengikut setia blog biskut ini, saya ada memuatkan dialog (atau lebih tepat lagi debat) antara saya dengan dua individu di youtube.
Di dalam dialog yang panjang itu, salah seorang dari mereka yang menggunakan nama Guchibear cuba membuat satu perbandingan apabila saya menyatakan adalah tidak masuk akal untuk Tuhan tidak mengetahui hala tuju perkmbangan makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Dia menggunakan misteri persoalan telur dan ayam, yang mana satu wujud dahulu sebelum yang satu lagi untuk mempertahankan hujah flaneldez yang menyatakan Bible itu dikirm kepada manusia yang rendah pemikiran, jadi semua contoh untuk manusia yang masih rendah capaian pemikiran, tidak boleh dibuat di dalam bentuk perbandingan dan contoh yang terlalu teknikal. Tetapi saya berhujah, jika begitu caranya, ia masih tidak mengabsahkan tindakan Tuhan untuk meletakkan sebarang bentuk kekeliruan dan kesilapan dalam ayat-ayat yang diwahyukannya. Jadi persoalan ayam dan telur yang mana dahulu di kemukakan guchibear untuk membantu hujah flaneldez. (untuk memahami apa yang saya perkatakan ini, dijemput para sahabat melawat bahagian 2 link dialog tersebut di sini. Klik ). Persoalan ini seolah-oleh termasuk ke dalam bentuk circular reference di dalam sains di mana untuk mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut, persoalan tersebut sendiri harus dikaji. Contoh dalam sains apabila satu parameter digunakan untuk mengira parameter itu sendiri. Ia dalam satu pusingan yang tak habis-habis.
Guchibear pada ketika itu cuba menggunakan persoalan ayam dan telur tersebut untuk dijadikan contoh kekeliruan di dalam Bible. Tetapi, dalam waktu yang sama, saya memberitahukan kepadanya, bahawa muslim tidak mengalami masalah untuk menyelesaikan masalah telur dan ayam tersebut. Yang keliru dan tidak faham ialah orang-orang seperti mereka. Berikut saya bahawakan sedikit petikan dialog tersebut :
guchibear : sudah tentu allah tau apa yg diciptakannya..kekeliruan saudara sama sprti "mana yg lebih dahulu telur atau itik??".
so adakah mereka memahami ciptaan allah itu?? klu iya nampaknya mereka sama tahap pemikiran dgn allah.."maha" allah itu xda gunanya lagi kerana manusia mampu menjangkau fikiran allah..nampaknya semua kajian saintis itu ttg penciptaan adalah fakta seratus peratus..
NizamPablo : Dlm Islam tiada kekliruan mengenai 'mana yg lebih dahulu telur atau itik?'. Islam mnyatakn bahawa setiap makhluk yg dijadikn Allah brpasangan. Utk telur itu wujud, maka ia memerlukan campuran dua air benih dari jantan dan betina. maka yg wujud dahulu ialah Itik jantan & Betina. Itulah masalah kamu org2 Kristian. Kami tiada masalah kekeliruan spt kamu. Tiada gunanya beretorik utk mempertahankan perkara yg silap dlm Bible. Yg salah tetap salah. Allah Maha Mengetahui, ttp Bible kamu menghinakanNya.
Oh.. dunia. Kenapa engkau ketinggalan 1400 tahun dari pengetahuan Islam? Oh umat Islam.. kenapa engkau pula yang ditinggalkan 1400 tahun oleh dunia?
© 2007 - 2010 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda. Post settings Labels al Qur'an, Ayam, Debat, Telur Published on 8/18/10, 5:09 PM Malaysia Time Permalink Location Options