Tuesday, August 24, 2010

Ini Palestin kita...

4
oleh : M.I.A.
Bismillahir Rahmanir Raheem.. Sebelum ini telah berkali-kali di dalam blog ini saya mengingatkan bahawa perpecahan antara kita disebabkan alasan dan kecenderungan politik yang dangkal dan melampau, amatlah mendukacitakan. Perpecahan ini tidak membawa sebarang kebaikan. Ianya sangat-sangat memudaratkan kepada kita semua. Jangan hanya kerana dua parti politik terbesar umat Islam di Malaysia berpatah arang, kita semua mahu turut berpecah. Kita harus mengambil peduli tentang perkara ini. Ini kerana di dalam sistem demokrasi (M.I.A.: Ini sistem kenegaraan yang lemah dan tidak kebal dari perbuatan manipulasi, ia pendapat peribadi saya), jumlah majoriti yang terbentuk membentuk asas kekuatan yang memerintah negara. Jika kita turut sama bermusuhan atas dasar sentimen taksub seperti mereka, kita lebih menjadikan keadaan bertambah parah. Kita harus bersatu untuk menunjukkan kepada kedua-dua parti tersebut apa yang kita mahu. 

Kita mahukan kedua-dua mereka bersetuju atas satu modus vivendi yang meletakkan segala kepentingan Islam dan umat ini (majoritinya Melayu) di tempat yang diberikan keutamaan tanpa kita menindas hak yang sepatutnya diberi kepada pihak lain. Jika mereka tidak mahu bergabung, harus dipaksakan satu kesepakatan yang membentuk modus vivendi yang menjamin hak-hak berkenaan Islam dan umatnya terbela dan tidak digadaikan dan modus vivendi itu dihormati kedua-dua entiti ini. Kenapa perlu kepada modus vivendi sebegini? Semua ini berlaku kerana saya melihat terdapat kecenderungan pada kedua-dua pihak untuk menggadaikan segala apa yang ada pada umat yang membentuk peratusan muslim terbesar ini, demi hanya kerana mahu meraih sokongan golongan bukan Islam. Kenapa harus kita berada di dalam kedudukan yang terlalu lemah dan menjadi pak turut sebegini? Kenapa kedua-dua entiti ini berada di dalam kedudukan seperti peminta sedekah kepada pihak bukan Islam? Mereka lemah kerana mereka tiada kekuatan sokongan penuh. Mereka lemah kerana sokongan yang diperlukan mereka, pada sangkaan mereka hanya boleh diberikan oleh orang bukan Islam. Sedangkan umat Islam yang membentuk majoriti di negara mereka laga-lagakan demi untuk menarik sokongan membuta tuli kepada salah satu daripada kedua mereka. Blog-blog politik tidak membantu malah menjadikan kedudukan dan hubungan antara kedua-dua mereka bertambah parah. Fitnah menjadi makanan ruji di dalam arena politik. Dari politikus bergelar ustaz, lebai, YB, Dato', pak menteri, Tan Sri, guru dan bukan guru, mereka bertepuk sorak dengan keadaan ini. Seolah-olah ini satu pesta yang mengasyikkan. Apakah Allah telah menutup pintu hati hampir kesemua mereka kerana permusuhan dan rasa dendam yang bersangatan? Apakah Allah telah menutup pintu hati mereka kerana nawaitu perjuangan mereka sebenarnya bukan kerana Allah tetapi kedudukan dan pangkat? Keadaan ini sangat menyedihkan. 


Perbalahan mereka telah menjadikan kita minoriti di dalam tafsiran hukum demokrasi. Ya, kita telah menjadi minoriti hanya kerana perbalahan tanpa kesudahan oleh kedua-dua pihak ini. Realiti jumlah muslim di Malaysia ini adalah dalam lingkungan 60 hingga 70% sahaja. Pecahkan kepada dua, jadi kuasa suara kita hanya dinilaikan mengandungi 30 hingga 35% kekuatan. Pecahkan kepada tiga, kuasa suara kita hanya dinilaikan mengandungi 20 hingga 23% kekuatan.


Berbeza dengan baki 40% penduduk bukan muslim. Apa jua keturunan, agama dan kepercayaan mereka, mereka tetap berpegang kepada satu modus vivendi yang sama iaitu menentang syariah Islam yang mahu ditegakkan kembali dan menentang kedudukan keistimewaan orang-orang Melayu. Artikel 160 Tafsiran Perlembagaan Persekutuan menjelaskan semua Melayu itu ialah Muslim. Modus vivendi mereka diikat kukuh pada perkara ini biarpun mereka bertelagah di dalam pelbagai isu-isu yang lain.

Dengan 40% jumlah kekuatan, realitinya merekalah yang mempunyai suara majoriti di Malaysia jika dibandingkan dengan kekuatan muslim yang tidak bersatu pada jumlah kurang 25% kekuatan . Kerana itulah lolongan demi lolongan dan salakan demi salakan dengan pukulan-pukulan ‘genderang perang’ dihalakan tanpa selindung lagi ke atas kesucian agama Islam dan kedudukan Muslim di negara ini. Kedua-dua parti politik Muslim terbesar ini akan kekal di dalam kepompong umat-umat maksimum lemah jika mereka masih kekal mahu menonggeng menjual maruah dan kedudukan yang Allah s.w.t. berikan kepada mereka hanya kerana permusuhan antara keduanya yang sentiasa panas diapi-apikan oleh proksi Dajjal di Malaysia. Sahabat sekelian, ini wilayah Palestin kita, sekiranya kita kehilangannya tiada lagi tempat di dunia ini yang boleh kita namakannya sebagai tanahair. Kita sedang di dalam kedudukan menunggu hukum dan bala dari Allah selagi kita tidak memperbaiki hubungan sesama kita dan tidak bersatu di dalam agama Allah yang suci ini. Perpecahan dan perbalahan ini hanya menguntungkan proksi dajjal yang dilantik mereka untuk meneruskan niat lama mereka menguasai Nusantara ini secara penuh. Mereka telah mencuba sejak ratusan tahun lamanya tetapi gagal. 

Apa yang berlaku di sini kini merupakan satu pengulangan kepada apa yang berlaku di Syam sebelum Syam dipecahkan kepada dua oleh pengganas merangkap penjajah Peranchis satu ketika dulu. Apa yang berlaku di Syam saya ceritakan sedikit di sini. Di bawah penjajah dan pengganas Kristian Peranchis, pengganas ini menyedari bahawa terdapat satu kelompok masyarakat Kristian yang wujud sebagai minoriti di dalam Syam. Lalu bagi melengkapkan perang sabil mereka, kumpulan minoriti ini harus dibebaskan dari cengkaman kuasa umat Islam. Jadi sebagai pengganas yang menjajah kawasan Syam, mereka memecah Syam kepada dua buah negara. Yang pertama dengan umat Islam sebagai majoriti, negara itu dinamakan sebagai Syria. Dan negara kedua yang dipecahkan dari Syam dinamakan sebagai Lubnan dengan Kristian yang menjadi minoriti kecil di dalam Syam tadi, mula membentuk 40% dari jumlah penduduk Lubnan. 


Perhatikan bagaimana seterusnya modus operandi mereka ini dalam memastikan Lubnan dengan jumlah Kristian sebanyak 40% dari jumlah penduduknya, dapat memerintah Lubnan dan mengenepikan umat Islam dengan jumlah sebanyak 60% di sana. Pertama, mereka memulakan dengan propaganda bagi mengapi-apikan semangat berpuak kaum muslimin di Lubnan. Mereka memecahkan umat Islam Lubnan kepada 3 kumpulan besar. Umat Islam yang membentuk jumlah majoriti 60% di Lubnan, kemudiannya dipecahkan kepada 3 iaitu, kumpulan Sunni, Syiah dan kumpulan Druze. Mereka menyemai doktrin Assobiyyah di dalam ketiga-tiga kumpulan ini sehingga kumpulan Sunni meyakini bahawa mereka benar-benar bukan sebahagian dari saudara seIslam dengan puak Syiah. Puak Syiah juga diyakinkan agen-agen dajjal ini bahawa mereka bukanlah saudara Islam kepada puak Druze. Maka 60% jumlah penduduk Islam di Lubnan telah dengan jayanya dipecahkan kepada 3 puak. Maka jadilah setiap satu dari puak tersebut lebih kurang dalam bentuk pecahan berikut 30% sunni, 20% Syiah dan kurang 10% Druze. 


Orang-orang Kristian secara automatiknya menjadi majoriti dan kuasa pemerintahan diberikan mereka untuk mentadbir Lubnan secara sekular mengikut tradisi Kristian. Bukankah apa yang berlaku ini merupakan refleksi kepada apa yang sedang berlaku dinegara kita ini? Begitu juga dengan Timor Timur, perhatikan bagaimana kuasa dunia Kristian yang menguasai banyak pertubuhan-pertubuhan bersifat penyangak dunia bersatu untuk membebaskan daerah majoriti Kristian di dalam negara Indonesia, supaya dipisahkan menjadi sebuah negara bertunjangkan Kristian berdaulat dan memisahkannya secara terus dari negara majoriti Islam Indonesia. 


Kenapa perkara yang serupa tidak dapat dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan penyangak ini untuk membebaskan Daerah Pattani, Narrathiwat dan Yala selatan Thai dan Bangsa Moro dari negara Kristian Filipina, sedangkan mereka merupakan bangsa-bangsa yang tidak pernah dijajah? Kita sedang menuju kesudahan yang sama degan Syam kerana kita sedang berpecah dan mengikut telunjuk hawa nafsu kita dalam mengejar kepentingan dunia. Doakan agar kita bersatu kerana hijrah tidak mungkin berlaku jika Aus dan Khazraj tidak disatukan menjadi kumpulan Ansar. Negara kita ini masih lagi di dalam fasa awal Mekah di mana Islam itu belum dihayati sepenuhnya hatta oleh orang-orang Islam itu sendiri. Fasa Mekah Malaysia harus diperkukuhkan dahulu dan kemudian jika mahu Malaysia berhijrah dari fasa Mekah ke fasa Madinah, penyatuan inilah satu-satunya perkara yang harus diberikan perhatian. Selepas mencapai fasa Madinah barulah mampu kita membawa negara ini ke arah gagasan khilafah dengan bersatu dengan semua negara Islam yang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari ‘Amir bin Sa’ad seperti berikut :
Dari ‘Amir bin Sa’ad, dari bapanya r.a. katanya, “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang dari daerah perbukitan. Ketika beliau sampai di Masjid Bani Mu’awiyah beliau masuk ke masjid lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan beliau. Beliau mendoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa beliau berpaling kepada kami lalu bersabda, “Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhanku supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang, maka diperkenankan. Aku memohon supaya jangan dimusnahkan umatku dengan bencana tenggelam, permohonanku itu juga diperkenankanNya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.” (Hadis Riwayat Muslim)
 Begitu juga dengan hadis di bawah ini.
Dari Tsauban r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala memperlihatkan kepadaku bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai keseluruh tempat yang Allah Ta’ala tunjukkan kepadaku. Kepadaku diberikan dua macam perbendaharaan, yaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu umatku agar mereka tidak dibinasakan oleh kekuatan asing selain oleh diri mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancu luluh. Tuhanku berfirman, “Ya, Muhammad! Apabila aku sudah memutuskan suatu putusan, maka putusan-Ku tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doamu untuk umatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain selain diri mereka sendiri sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan sebahagian (yang lain) dan mereka saling tawan menawan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis di atas adalah berkaitan dengan ayat 65 surah al An'am yang mana sebab turunnya ayat tersebut dicatatkan melalui hadis berikut:
Ibnu Abu Hatim telah mengetengahkan melalui Zaid ibnu Aslam yang telah mengatakan, bahawa tatkala ayat ini turun, iaitu firman Allah : Katakanlah : Dialah yang berkuasa mengirimkan azab kepadamu dari atas kamu, atau di bawah kakimu atau Dia mencampurkan kamu menjadi golongan-golongan (yang berbeza keinginan) dan merasakan kepada sebahagian dari kamu keganasan sebahagian yang lain. Perhatikanlah, bagaimana Kami menjelaskan tentang ayat-ayat barangkali (yang menunjukkan kuasa Kami) barangkali sahaja mereka mahu memahaminya (kebatilan kelakuan mereka) (al An'am 65). Rasulullah s.a.w. bersabda : "Janganlah kamu menjadi kufur sesudahku, di mana sebahagian dari kamu memukul leher sebahagian yang lainnya dengan pedang," Kemudian para sahabat berkata: "Bukankah kami telah bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya engkau utusan-Nya?". Sedangkan sebahagian orang-orang menyatakan: "Tidak akan terjadi selamanya sebahagian di antara kami memukul sebahagian yang lainnya sedangkan kami sama-sama kaum muslimin. Kemudian turunlah ayat 67 surah al An'am  (M.I.A.: sila periksa tafsir masing2)
Perhatikan bagaimana dengan memahami kekuatan yang dijanjikan Allah ini kepada umat Islam jika kita bersatu bahawa tiada kuasa di dunia dapat menawan dan memperhambakan kita sekiranya kita berpegang teguh di dalam satu jemaah yang mentauhidkan Allah. Perhatikan juga bagaimana janji Allah ini tidak terpakai kepada tempat-tempat di mana umat-umat Islam yang tidak mahu bersatu dan bergaduh sesama sendiri.

Perhatikan bagaimana mujahiddin Afghanistan menghalau tentera-tentera Russia yang hebat kekuatan dunia mereka ketika mereka bersatu di bawah satu panji sebagai tentera-tentera Allah. Perhatikan pula bagaimana Afghanistan dijatuhkan dan dilemahkan sebelum Amerika menyerang mereka pada 2001. Modus operandi mereka menggunakan method yang sama di dalam setiap negara yang mahu dikuasai mereka. Dalam kes Afghanistan, pihak Amerika memahami asas dan apa sebenar kekuatan orang-orang Islam Afghanistan apabila mereka bersatu. Jadi untuk menyerang Afghanistan, mereka harus melemahkan asas kekuatan yang akan menjadi batu penghalang kepada kejayaan penaklukan yang mereka idamkan. Dua minggu sebelum mereka menghantar tentera mereka menyerang Afghanistan, sebuah misi untuk memecah belahkan dua puak yang mempunyai sentiment tidak berpuas hati antara satu sama lain iaitu Pakatan Utara yang diterajui Ahmad Shah Masood dan kumpulan Taliban yang diketuai oleh Usamah bin Laden. Permusuhan dua puak ini yang sudah sedikit reda dengan Pakatan Utara mengambil sikap berdiam diri, disemarakkan kembali api permusuhan mereka oleh pihak-pihak yang bersekongkol dengan gerakan Dajjal ini.

Dua minggu sebelum mereka menyerang Afghanistan, pihak yang berkepentingan ini menghantar beberapa orang lelaki yang telah dimanipulasikan dan menyuruh mereka menyamar sebagai wartawan National Geographic, untuk melaksanakan sebuah misi mengipaskan api fitnah bagi menyemarakkan kembali api permusuhan antara kedua puak Taliban dan Pakatan Utara ini. Lelaki-lelaki yang telah diperdayakan ini, tanpa pengetahuan mereka, telah dijadikan sebagai ‘keldai-keldai’ yang membawa bom untuk satu tujuan iaitu bagi membunuh Ahmad Shah Masood. Misi mereka berjaya, lalu difitnahkan kumpulan Taliban sebagai dalang yang mensasarkan Ahmad Shah Masood untuk dibunuh.

Pihak Taliban berkali-kali menafikan penglibatan mereka dalam operasi tersebut. Bagi yang memahami modus operandi gerakan dajjal, mereka tahu ini merupakan satu bentuk permainan dan strategi biasa untuk melemahkan kekuatan tunggal yang dijamin Allah untuk umat Islam sekiranya mereka bersatu. Lalu dua minggu sebelum kerajaan Amerika Syarikat menyerang Afghanistan, Pakatan Utara dan Taliban sudah mula mengangkat panji-panji perang dengan mensasarkan senjata yang dipikul mereka ke arah sesama mereka. Pada ketika perkara ini terjadi, apa yang tidak mereka sedari ialah, immuniti yang dikurniakan Allah kepada umat Islam jika mereka bersatu, ditarikbalik dengan permusuhan yang kembali berapi ini. Itulah yang musuh Islam mahukan! Immuniti kekebalan umat Islam ini mestilah dihapuskan terlebih dahulu dengan memecahbelahkan mereka! Hasilnya dengan menggunakan Pakatan Utara sebagai proksi untuk berperang untuk mereka di kawasan darat, Afghanistan dijajah oleh Amerika Syarikat. Bukankah di dalam hadis seperti yang dipetik di atas tadi, sudah dijelaskan bahawa kekuatan umat Islam hanya akan jatuh hanya kerana umat Islam bergaduh sesama sendiri?

Di mana sahaja modus operandinya sama. Gerakan nasionalisme yang menjatuhkan Turki Uthmaniyyah juga termasuk dalam kategori ini. Apa yang berlaku di Iraq dengan pengeboman saban hari oleh pihak-pihak yang dinamakan media barat sebagai ‘al Qaeda’ sebenarnya tidak lebih dari modus operandi yang biasa digunakan gerakan dajjal untuk mengekalkan relevansi mereka untuk terus wujud sebagai entiti bagi ‘menstabilkan keadaan’. Tetapi dalam masa yang sama disebalik semua opera yang dipaparkan di dalam media dengan pemberian kontrak-kontrak minyak kepada negara luar, minyak Iraq disedut secara haram dan senyap ke negara yang menjajah mereka. Jika tidak wujud keadaan tidak stabil di sana, pasti rakyat Iraq akan mempersoalkan kewajaran bagi kewujudan bala tentera Amerika di sana. Jadi keadaan tidak stabil perlu diwujudkan. Ia sama di mana-mana, di mana sahaja pengganas Amerika ini mahu memainkan peranan di situ diwujudkan keadaan tidak stabil. Manusia itu berubah, tetapi gaya pemikiran mereka tetap mengulangi gaya pemikiran manusia-manusia lampau yang melampau.

Jika semua sahabat masih ingat, Ferdinand Marcos di penggal-penggal akhir pemerintahannya sebagai Presiden telah mewujudkan suasana tegang dengan melakukan pengeboman demi pengeboman di Filipina, seterusnya beliau mendakwa ianya dilakukan oleh pengganas. Dengan menghalakan tuduhan ke atas pengganas bagi onar yang dilakukannya sendiri, Filipina diletakkan di bawah kedudukan darurat dan undang-undang tentera dilaksanakan di mana semua aktiviti politik dihentikan sama sekali dan beliau kekal memegang tampuk pemerintahan. Tiada siapa yang hidup di zaman Ferdinand Marcoss dapat melupakan bagaimana dia mengaut harta kekayaan negara dan membelanjakannya seperti wang kocek sendiri. Tiada siapa pernah melupakan Imelda Marcoss dengan koleksi barangan mewah dan deretan kasut-kasut mahal miliknya. Mujur rakyat Filipina ketika itu akhirnya sedar dan memulakan sebuah revolusi bagi mengembalikan kuasa perintahan kepada rakyat. Jadi keganasan yang diwujudkan itu adalah bagi tujuan beliau menyambung mabuk candu kuasa yang pernah dipegangnya. Tetapi keganasan-keganasan baru melibatkan pembunuhan politik di Filipina baru-baru ini menunjukkan trend yang hampir sama pada objektifnya dengan apa yang berlaku di zaman Marcoss dulu.

Begitu juga dengan keldai lembam zionis George Bush, sewaktu hampir dengan pemilihan Presiden pada era di mana popularitinya jatuh merosot, dan magis pula diperlukan oleh penngganas keldai lembam zionis seekor ini untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat Amerika, dengan tidak semena-mena menara berkembar WTC di New York diruntuhkan oleh pengganas tajaan zionis bagi memberi laluan mudah kepada keldai kegemaran mereka menyambung tampuk pemerintahan. Dengan keldai lembam ini sebagai Presiden, lebih mudah bagi gerakan Illuminati menghulurkan wang sebagai pinjaman kepadanya untuk berperang dan mengekalkan Amerika di bawah ihsan si pemberi hutang yang tidak tertanggung lagi untuk mereka membayarnya. Amerika sampai bila-bila tidak akan mampu membayar hutang gerakan ini yang menguasai bank-bank dan institusi-institusi kewangan yang besar di dunia. Amerika menjadi keldai tunggangan zionis di atas ehsan hutang ini. Rakyat Amerika telah dijadikan keldai-keldai tunggangan tanpa rela mereka.

Jadi gerakan dajjal ini, akan menggunakan modus operandi yang hampir sama kepada semua tempat yang menjadi perhatian mereka. Tetapi bagi negara Islam, perkara pertama yang mereka akan lakukan ialah dengan memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan pelbagai isu dan perkara yang boleh disasarkan mereka. Ini jugalah yang masih menghalang gerakan tersebut dari menyerang Iran. Mereka tahu bahawa kekuatan persenjataan itu ialah elemen sekunder yang harus ditakuti. Kesatuan ummah ialah elemen primer yang harus diberi perhatian dan pertimbangan sebelum menyerang sesebuah negara. Jika dibanding persenjataan Iran dengan Amerika Syarikat, ianya umpama perbandingan di antara langit dan bumi, di antara seorang lelaki sasa dewasa dengan seorang kanak-kanak dan perbandingan yang gemar media mereka gambarkan iaitu di antara David (Daud) dan Golliath (Jalut). Apa yang menghalang Amerika Syarikat menyerang Iran secara sembrono sekarang? Tentu sahaja kesatuan umat Islam Iran yang masih belum diyakini mereka dapat dipecahkan. Itulah yang menjadi faktor primer kenapa Iran masih belum diserang sehingga sekarang. Majoriti rakyat Iran yang bersatu masih belum dapat mereka pecahkan sepenuhnya. Media-media mereka (barat) menggambarkan ketegangan politik yang ditokok tambah dengan imej-imej menunjukkan Iran sedang kronik berbalah dengan pembangkang menerima sokongan yang besar. Tetapi hakikatnya sebagaimana yang diakui oleh majalah Newsweek sendiri ialah penyokong kerajaan Revolusi Islam itu lebih ramai dan jitu dalam sokongan mereka terhadap Mahmood Ahmedinejad. Media Amerika dan barat diakui mereka memberikan gambaran yang salah kepada pembaca mereka di barat.  Justeru, tidak hairanlah kenapa negara bacul yang menjadi keldai tunggangan zionis ini tidak berani untuk mengerahkan pengganas-pengganas beruniform mereka menyerang Iran. Mereka mempunyai pengalaman perit di era awal revolusi Islam apabila kedutaan mereka di Iran dikepung dan warga mereka menjadi tebusan selama 444 hari. Operasi menyelamat oleh skuad elit Amerika gagal apabila pesawat yang membawa misi tersebut terhempas akibat faktor ‘‘‘‘‘‘‘teknikal’’’’’’’.

Memahami kegagalan operasi pertama terbabit, seorang lelaki yang dikatakan anggota 33˚ Freemason bernama Saddam Hussein, dikerah sebagai proksi atas kapasitinya sebagai umat Islam untuk menyerang negara Islam Iran. Perang Iran Iraq berlangsung selama satu dekad lebih. Masih ingat lagi dengan hadis yang saya petik tadi? Ya.. umat Islam hanya akan hancur sekiranya mereka berperang, bergaduh dan bertelagah sesama sendiri. Dalam perang Iran Iraq, yang ramai terbunuh ialah umat Islam antara kedua-dua negara tersebut. Amerika hanya memainkan peranan sebagai pembekal senjata, kewangan, nasihat dan strategi kepada kerajaan Iraq. Iran tidak dikalahkan, yang kalah hanya imej Islam di serata dunia. Api permusuhan antara kumpulan Sunnah dan Syiah kembali disemarakkan. Walaupun mereka tidak berjaya di dalam satu segi iaitu dalam rancangan mereka untuk menghancurkan Iran, tetapi mereka berjaya memulaukan meletakkan Iran sebagai negara yang harus dianggap sebagai ancaman kepada rejim-rejim penakut yang memerintah negara-negara Arab yang lain. Iran akan diserang Amerika atas lobi zionis dalam masa sedekad atau lebih dari sekarang. Sepertimana modus operandi Amerika Syarikat sebelum menyerang Iraq dengan menggunakan ‘Operasi & Strategi Dinah’ yang saya jelaskan di dalam sebuah posting berkenaan dengan Palestin sebelum ini, strategi yang sama bakal digunakan ke atas Iran. Embargo yang baru ini dikenakan ke atas semua syarikat minyak yang mahu beroperasi di Iran merupakan mukaddimah yang menunjukkan hasrat mereka untuk menyerang Iran dalam tempoh sedekad lagi. Mereka memahami bahawa dengan sekatan minyak, inflasi yang sedang membuak di Iran akan menjerumuskan rakyatnya ke dalam kancah kemiskinan dan membuatkan setiap urusan harian mereka menjadi susah dan mahal. Dari kesusahan yang dicipta dan ditaja oleh Amerika melalui embargo ini, mereka memahami bahawa sedikit demi sedikit rasa susah yang dialami oleh rakyat Iran ini bakal bertukar menjadi buah mulut dari individu ke individu, dan dari satu forum ke satu forum. Kemudahan internet yang ada kini merupakan sebuah tanah yang subur kepada fitnah yang mahu dibajakan. Lemparkan sahaja benih fitnah ke internet, ia merebak dan berkembang biak lebih mudah dan pantas dari berkembangnya lalang di tanah-tanah terbiar. Begitu juga dengan minda yang kosong kualiti analitik yang diberikan kuasa pada jari-jemari mereka untuk meluahkan rasa tidak puas hati hanya kerana cetusan sentimen di dalam api fitnah yang bergolak.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda (yang bermaksud): “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah””.Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R. Ibnu Majah)
Apabila sentimen ini membakar secara marak, maka apa yang dikatakan oleh penasihat perang Maharaja Wu (Dinasti Chou) apabila Maharaja tersebut meminta nasihat dari penasihat perangnya, Ta’i Kung,  bakal memberikan gambaran dan lampu hijau kepada pihak yang mahu menyerang dengan keyakinan bahawa mereka akan menang.

Di dalam Enam Ajaran Rahsia Ta’i Kung, yang merupakan sebahagian dari sebuah buku berjudul The Seven Military Classic’s of China, saya terjemahkan seperti berikut :


Maharaja Wu bertanyakan kepada Ta’i Kung :“Sebelum memasuki medan perang, beta mahu mengetahui terlebih dahulu tentang kekuatan dan kelemahan pihak musuh, ia bagi tujuan meramalkan samada kemenangan atau kekalahan akan berpihak kepada kita. Bagaimana mungkin kita dapat meramalkan kekuatan yang ada pada musuh kita?”
Ta’i kung menjawab: “Petunjuk atau petanda kemenangan atau kekalahan itu pertamanya terkandung di dalam semangat yang ditunjukkan mereka. Jeneral-jeneral perang yang bijak akan menyiasat mengenai perkara ini, kerana terdapat petanda yang jelas pada setiap anggota mereka (tentera musuh).”“Perhatikan dengan teliti bagaimana pergerakan tentera itu diatur tidak kira samada pada cara mereka mara atau berundur, cara mereka datang dan cara mereka pergi. Siasat tindak tanduk mereka dan perlakuan semasa mereka sedang beristirehat, samada mereka galak bercakap tentang sesuatu yang bakal berlaku dan apa yang dilaporkan oleh tentera-tentera dan pegawai-pegawai mereka. Jika tentera-tentera mereka kelihatan gembira dan penuh semangat, dan pegawai-pegawai dan tentera-tentera mereka merupakan orang-orang yang mematuhi undang-undang; menghormati arahan Jeneral; kelihatan riang dan ceria sesama mereka di dalam perjuangan menentang musuh, bermegah-megah di antara satu sama lain tentang keberanian dan kegarangan mereka; dan memuji sesama mereka tentang kehebatan dan kemahiran mereka berperang – ini adalah petanda bahawa ketumbukan tentera itu merupakan pasukan tentera yang kuat.”
 “Jika tentera musuh itu sudah dikejutkan beberapa kali, para pegawai dan tentera-tenteranya sudah tidak lagi berdisplin; mereka menakut-nakutkan sesama mereka  dengan cerita-cerita tentang kekuatan musuh; mereka bercakap dan mengkritik sesama sendiri tentang kelemahan yang ada pada mereka, mereka mencurigai antara satu sama lain dan jika diberi perhatian kepada apa yang cakapkan dan terdengar ada di antara mereka heboh menceritakan mengenai bala yang bakal menimpa dan banyak mulut pula membawa khabar-khabar berita yang mengelirukan sesama mereka; mereka tidak mematuhi peraturan dan undang-undang dan tidak mengambil endah akan kedudukan Jeneral mereka – Ini ialah petanda dan petunjuk jelas yang menunjukkan bahawa tentera tersebut merupakan sebuah pasukan tentera yang lemah.” 
“Jika tentera itu disusun dengan baik; (ditambah) strategi ketumbukan yang jitu – dengan parit pertahanan yang dalam disamping tembok pertahanan yang kukuh dan tinggi – dan mereka memandang kehadiran angin yang kuat dan hujan lebat sebagai satu kelebihan buat mereka dan mereka tidak bimbang kerananya (angin dan hujan tersebut). Panji-panji amaran dan petunjuk berkibar ke hadapan Bunyi paluan gong dan loceng mereka bergema tinggi dan jelas; dan bunyi gendang-gendang perang mereka tidak kira samada ia kecil atau besar jelas kedengaran – inilah petanda tentera mereka memperolehi semangat tinggi, bantuan kebijaksanaan dan menunjukkan bahawa kemenangan besar berpihak kepada mereka. “Jika susun atur mereka tidak jitu, panji petunjuk dan panji amaran mereka dalam kedudukan mengelirukan dan berbelit antara satu sama lain; mereka berada dalam kedudukan yang terbalik dari mendapat kelebihan dari tiupan angin dan hujan yang lebat; tentera-tentera mereka pula mula ketakutan akibat angin dan hujan yang tidak memberikan kelebihan kepada mereka; Ch’i (semangat atau moral) mereka hancur dan dalam masa yang sama mereka tidak bersatu; kuda-kuda perang mereka menjadi takut dan melarikan diri; kenderaan-kenderaan perang mereka (chariot) mengalami kerosakan; bunyi paluan gong dan loceng mereka tenggelam dan tidak jelas; bunyi paluan gendang mereka yang kedengaran basah dan lembap – inlah petunjuk bahawa kekalahan besar sedang menanti.” (MIA : di dalam peperangan mereka dahulu, bendera-bendera dikibarkan bagi menandakan gerakan-gerakan yang bakal diatur dan kedudukan mereka seharusnya berada di dalam arah yang selari dengan tiupan angin bagi memberi kelebihan kepada pasukan pemanah. Bendera petunjuk yang berkibar ke hadapan membawa maksud pasukan itu mempunyai perancangan dan mengambil kedudukan strategik kerana segala bentuk kelebihan bakal berpihak kepada mereka. Begitu jua dengan bunyi gendang perang yang jelas kedengaran menunjukkan kedudukan pasukan tentera tersebut berada di kedudukan strategik selari dengan arah tiupan angin dan semangat pemukulnya yang tinggi)
Mengenali dan memerhatikan keadaan sepertimana yang ditegaskan Ta’i Kung kepada maharajanya, nampak jelas bahawa Iran belum tentu dapat diperangi dengan mudah. Sebagaimana Ta’i Kung di dalam Enam Rahsia  Ajaran Ta’i Kung menjelaskan, semangat, kesatuan, displin dan kekuatan moral diletakkan sebagai indikasi pertama yang harus diberikan perhatian bagi mana-mana jeneral pasukan perang sebelum menyerang lawan mereka. Ini kerana dedikasi, semangat, displin, kesatuan dan moral itu bakal membuahkan barisan pertahanan dan barisan serangan yang kuat dan jitu. Dari semua persefahaman yang wujud inilah lahirnya taktik-taktik perang yang membawa kelebihan positif dan bijak. Kerana itulah, taktikal dalam peperangan diletakkan pada perkara sekunder yang harus ditakuti.

Begitu juga dengan Islam, di dalam fasa Mekah, Rasulullah s.a.w. diperintahkan Allah supaya bersabar dengan segala perlakuan biadab, kurang ajar, ganas dan tidak bertamadun kumpulan musyrikin Mekah yang menyeksa umat Islam dengan sewenang-wenangnya. Boikot, pemulauan dan keganasan ke atas umat Islam, diperintahkan Allah kepada semua umat Islam yang masih dalam peringkat tarbiah keimanan itu supaya menguatkan diri dengan kesabaran dan menunggu perintah Allah. Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui. Allah mencipta manusia, justeru itu Dia-lah yang lebih mengetahui segenap aspek kelebihan dan kelemahan manusia ciptaanNya yang telah ditetapkanNya bagi tujuan-tujuan tertentu yang dikehendaki-Nya. Jika sahabat semua mendengar, membaca dan menghayati dengan menggunakan akal sirah Rasulullah s.a.w. , para rasul dan anbia’ terdahulu, pasti sahabat semua akan menyedari kewujudan satu bentuk trend yang Allah s.w.t. tetapkan dan ujikan terhadap hamba-hamba-Nya. Trend ini akan saya sampaikan di dalam blog ini nanti.

Tetapi sebelum dari itu, saya akan menceritakan kepada sahabat bagaimana satu ketika dulu, bagaimana tentera melayu bersatu mengalahkan angkatan laut dan tentera Kublai Khan. Ketika hampir lebih seperdua dua dunia dijarah, satu persatu kerajaan Islam yang berpecah belah dihancurkan dan dilanggar ketumbukan tentera Mongol, di Nusantara ini, tentera kiriman Kublai Khan dikalahkan oleh tentera-tentera Melayu bersatu hasil satu gerakan bijak pemerintah kerajaan Singhasari (Singosari) dan kemudian sebuah artikel menceritakan bagaimana pada tahun 1509, tentera Portugis dikalahkah oleh pejuang-pejuang Melayu bersatu dengan menggunakan taktik yang hampir sama dan akan saya akhiri artikel tersebut dengan bahagian yang menceritakan mengenai percubaan untuk menubuhkan Nanyang Berdaulat. InsyaAllah, saya akan update tidak lama lagi..
Rujukan :










1.       The Seven Military Classics of Ancient China; Translation and commentary by Ralph D. Sawyer with Mei-Chün Sawyer; Westview Press; m/s 73 – 74.

© 2007 - 2010 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

4 comments:

shamsadis said...

rasanya dah ramai yang menulis berkenaan perpaduan antara orang Islam di Malaysia ni, tapi disebabkan parti kononnya bertunjangkan agama telah menyesatkan ramai umat Islam di Malaysia...

satuhala said...

Assalamu'alaikum Sham.. saya kenal ramai di dalam entiti tersebut yang rasional dan masih berpegang kepada perjuangan asal. Malang sekali selepas 1998, mereka ditembusi kolumn kelima yang cuba merosakkan perjuangan mereka dari dalam.. jumlah perosak ini semakin lama semakin ramai hinggakan mereka dpt mempengaruhi pembuat keputusan dan dasar2 dlm entiti terbabit.. jadi apa yang kita saksikan hari ini merupakan kerosakan yang terancang yang dilakukan pihak yg berkepentingan ke atas mereka.. jangan berputus asa.. kita doakan supaya Allah membuka hati kita semua supaya berlapang dada dan sedar akan situasi ini lantas berubah..

shamsadis said...

yaa...moga2 Allah swt membantu kita...

Anonymous said...

selalu dikatakan orang Pas taksub kepada pemimpin Pas...orang Umno tidak taksub kepada pemimpin Umno ke?
Orang MCA tidak taksub kepada pemimpin MCA? Orang MIC tidak taksub kepada pemimpin MIC?