Wednesday, August 18, 2010

Perihal Ayam & Telur, yang mana wujud terlebih dahulu?

11
satuhala · Post Perihal Ayam & Telur, yang mana wujud terlebih dahulu? Posting as satuhala oleh : M.I.A.

Bismilahir Rahmanir Raheem.. Awal tahun 2008, jika anda memang pengikut setia blog biskut ini, saya ada memuatkan dialog (atau lebih tepat lagi debat) antara saya dengan dua individu di youtube.

Di dalam dialog yang panjang itu, salah seorang dari mereka yang menggunakan nama Guchibear cuba membuat satu perbandingan apabila saya menyatakan adalah tidak masuk akal untuk Tuhan tidak mengetahui hala tuju perkmbangan makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Dia menggunakan misteri persoalan telur dan ayam, yang mana satu wujud dahulu sebelum yang satu lagi untuk mempertahankan hujah flaneldez yang menyatakan Bible itu dikirm kepada manusia yang rendah pemikiran, jadi semua contoh untuk manusia yang masih rendah capaian pemikiran, tidak boleh dibuat di dalam bentuk perbandingan dan contoh yang terlalu teknikal. Tetapi saya berhujah, jika begitu caranya, ia masih tidak mengabsahkan tindakan Tuhan untuk meletakkan sebarang bentuk kekeliruan dan kesilapan dalam ayat-ayat yang diwahyukannya. Jadi persoalan ayam dan telur yang mana dahulu di kemukakan guchibear untuk membantu hujah flaneldez. (untuk memahami apa yang saya perkatakan ini, dijemput para sahabat melawat bahagian 2 link dialog tersebut di sini. Klik ). Persoalan ini seolah-oleh termasuk ke dalam bentuk circular reference di dalam sains di mana untuk mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut, persoalan tersebut sendiri harus dikaji. Contoh dalam sains apabila satu parameter digunakan untuk mengira parameter itu sendiri. Ia dalam satu pusingan yang tak habis-habis.

Guchibear pada ketika itu cuba menggunakan persoalan ayam dan telur tersebut untuk dijadikan contoh kekeliruan di dalam Bible. Tetapi, dalam waktu yang sama, saya memberitahukan kepadanya, bahawa muslim tidak mengalami masalah untuk menyelesaikan masalah telur dan ayam tersebut. Yang keliru dan tidak faham ialah orang-orang seperti mereka. Berikut saya bahawakan sedikit petikan dialog tersebut :

guchibear : sudah tentu allah tau apa yg diciptakannya..kekeliruan saudara sama sprti "mana yg lebih dahulu telur atau itik??".

so adakah mereka memahami ciptaan allah itu?? klu iya nampaknya mereka sama tahap pemikiran dgn allah.."maha" allah itu xda gunanya lagi kerana manusia mampu menjangkau fikiran allah..nampaknya semua kajian saintis itu ttg penciptaan adalah fakta seratus peratus..

NizamPablo : Dlm Islam tiada kekliruan mengenai 'mana yg lebih dahulu telur atau itik?'. Islam mnyatakn bahawa setiap makhluk yg dijadikn Allah brpasangan. Utk telur itu wujud, maka ia memerlukan campuran dua air benih dari jantan dan betina. maka yg wujud dahulu ialah Itik jantan & Betina. Itulah masalah kamu org2 Kristian. Kami tiada masalah kekeliruan spt kamu. Tiada gunanya beretorik utk mempertahankan perkara yg silap dlm Bible. Yg salah tetap salah. Allah Maha Mengetahui, ttp Bible kamu menghinakanNya.
 
Setelah dua tahun saya menyatakan dengan yakin bahawa Itik Jantan & Itik Betina (M.I.A. :Guchibear menggantikan ayam dengan itik semasa dialog yang membincangkan persoalan misteri tersebut) itu wujud terlebih dahulu dari telur mereka, tahun ini apa yang saya nyatakan kepada dua orang individu tersebut, dibuktikan Allah betul melalui pengumuman sekumpulan pakar sains di Britain yang mengkaji 'misteri' tersebut.
 
Dua tahun sebelum pakar-pakar sains tersebut mendapat 'sedikit kepastian' tentang perihal ini, saya sudah menyatakan dengan yakin bahawa yang wujud terlebih dahulu ialah pasangan ayam jantan dan betina (dalam dialog saya gunakan itik kerana guchibear menggunakan contoh itik. persoalannya sama sahaja.). Tetapi lebih hebat lagi kerana keyakinan saya itu adalah bersandarkan sebuah ayat dari Allah yang diwahyukan Allah kepada seorang rasul yang tidak pernah tahu menulis dan membaca 1400 tahun dahulu.
 
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yasin ayat36)
 
Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan, supaya kamu semuanya ingat. (Adz Dzariyat ayat 49)
 
Saya sedang menulis empat buah buku (bukan novel)yang saya harap dapat diterbitkan sebelum saya berumur 36 tahun. Dua yang terakhir dari empat tersebut bakal menyebabkan bumi Malaysia ini terkejut dan buku ke empat nanti, InsyaAllah, jika apa yang saya katakan di dalam buku itu betul, ianya akan menyebabkan jutaan buku di dalam dunia ini terpaksa dibakar.  Sebelum dari itu, dua buku awal hanyalah buku-buku biasa yang belum pernah ditulis oleh mana-mana manusia dimuka bumi ini. Sahabat sekelian, Doakan agar saya dapat menyiapkan kesemuanya sebelum tempoh yang saya tetapkan. Saya akan memberikannya kepada mana-mana penerbit yang berani menongkah arus dan tidak takut untuk bersama saya mempertahankan isikandungannya. Hanya setakat itu sahaja yang boleh saya ceritakan kepada sahabat sekelian. Ia bukan over confident tetapi keyakinan saya terhadap dua fakta yang dibentangkan salam al Qur'an yang tiada siapa mahu ambil peduli selama ini. Ke empat-empat buku itu ditulis dengan satu tujuan utama, iaitu sebagai ajakan kepada semua muslim untuk menjadi muslim yang mesra al Qur'an dan menjadikan al Qur'an sebagai rujukan utama, tidak kira di dalam apa juga bidang yang mahu diceburi. Percayalah, jika apa yang saya nyatakan secara santai pada 2008 itu kini dibuktikan betul setelah dua tahun, bagaimana pula dengan rahsia kandungan al Qur'an yang lebih besar dan bisa menggoncangkan dunia yang bakal saya muatkan dalam buku-buku yang saya rancangkan ini nanti? Yang saya tahu, saya tidak pernah takut untuk berbeza dengan orang lain kerana saya yakin dan percaya akan kebenaran al Qur'an itu sentiasa mendahului zaman. Hanya Allah sahaja menentukan kedudukan perancangan saya ini.
 
Oh.. dunia. Kenapa engkau ketinggalan 1400 tahun dari pengetahuan Islam? Oh umat Islam.. kenapa engkau pula yang ditinggalkan 1400 tahun oleh dunia?
 
© 2007 - 2010 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda. Post settings Labels al Qur'an, Ayam, Debat, Telur Published on 8/18/10, 5:09 PM Malaysia Time Permalink Location Options
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

11 comments:

shamsadis said...

Apakah buku tersebut? takder hinti ker saudaran?

satuhala said...

Shamsadis.. kalau ada hint saya nak bagi pun mungkin setakat informasi berikut.

Buku Pertama : berkenaan makhluk Allah yang pernah hidup di bumi.

Buku kedua : berkenaan makhluk Allah yang hidup tapi belum lagi datang ke bumi.

Buku ketiga : berkenaan makhluk Allah yang hidup dibumi dan dikutuk ilmuan agama tetapi hakikatnya sang pengutuk itu tidak tahu bahawa yang dikutuk itu menjalankan amanah Allah yang ditinggalkan kumpulan pengutuk.

buku ke empat : jika benar apa yang saya katakan di dalam buku ini nanti, beberapa hadiah Nobel akan perlu dikaji semula dan sekumpulan buku yang menceritakan perkara yang sama akan terpaksa dimusnahkan. Tetapi itu semua berlaku jika saya benar di dalam membicarakan topik tersebut mengikut kefahaman yang diberikan Allah berdasarkan ayat2 al Qur'an..

Tunggu nanti.. sebaik hampir ke tarikh penerbitan saya umumkan di dalam blog ini.

Neutronboy said...

Saudara boleh tak beritahu judeul buku yang telah diterbitkan itu?

Terima kasih

satuhala said...

Assalamu'alaikum Islamic Neutron, buku2 tu belum terbit lagi.. sedang ditulis dan akan terbit paling awal tahun hadapan dan yang ke empat mungkin dalam tahun 2012-2013 atau lebih awal.. InsyaAllah saya akan umumkannya di sini. TQ n selamat berpuasa..

Anonymous said...

Tahniah buat saudara......
saya doakan saudara berjaya dlm penulisan semua buku2 tersebut...
dan saya akan dapatkan buku2 tersebut siap dgn tantatangan saudara ....hiiiiii

chik249

epal hitam untuk blanka said...

bagai mana utk patik membeli buku2 tersebut dengan mudah?

Anonymous said...

Menurut kitab Injil, dalam muka surat Kejadian, dapat kita lihat bahawa adam hidup diperbuat daripada tanah dan nafas daripada Allah sendiri. Manakala, hawa hidup dengan Tuhan mengambil tulang rusuk daripada adam. So, maknanya adam dan hawa wujud di dunia ini berasal dari kekuasaan Tuhan dan bukan berasal daripada nenek moyang atau sesiapa...Mereka adalah manusia pertama diciptakan oleh Tuhan di dunia ini. Begitu juga dengan kes ayam dan telur, tidak ada yang wujud lebih terdahulu melainkan melalui kuasa ciptaan Tuhan Yang Maha Esa...Amen..

Anonymous said...

Alhamdulillah article ni membuatkan saya berfikir. Adakah buku-buku yg disebut di atas telah diterbitkn. boleh bg tajuk buku tu? di mana sy boleh dapatkn buku2 itu?

satuhala said...

Ms Red Eva..
Ia belum diterbitkan.. beberapa bab telah siap ditulis.. bila siap nanti, InsyaAllah saya maklumkan nanti.. TQVM..

Hamba Allah said...

Tahun 2017 ni baru saya trbaca artikel ni...dimn sy blh dptkn buku tu?

Unknown said...

Di tahun 2017 ni baru pla sy trbaca psl artikel ni...dmn sy blh dptkn buku ini?