Saturday, January 9, 2010

Isu Nama Allah : Gereja di bakar...

6
oleh : M.I.A.

Benarkah ia perbuatan muslim? Semua Muslim yang saya kenal tahu di mana letak sempadan perbuatan kerana mereka sentiasa berkira-kira bahawa setiap tindak tanduk mereka akan dibawa di hadapan Allah nanti untuk dipertanggungjawabkan. Pelik bukan.. setiap kali ada sahaja isu melibatkan Islam, pasti ada melibatkan molotov cocktail yang dilontar entah siapa. Siapa yang melakukan semua ini?
Di Iraq, puak sunnah difitnahkan dengan mengatakan tindakan mereka mengbom masjid Syia’ah mencetuskan kekacauan. Begitu juga sebaliknya. Nama seperti al Qaeda, Osama Laden, Taliban dan sebagainya menjadi zikir dan wirid harian, malah merupakan tempat arah jari dituding bila saja ada letupan dan perkara-perkara kejam di luar batasan akal kemanusiaan. Benarkah mereka yang melakukannya. Atau sebenarnya ia dilakukan pihak ketiga yang mendapat untung dan laba dari kekacauan yang berlaku ini. 

Saya sangat yakin bahawa muslim yang memperjuangkan Islam tidak akan melakukan semua ini. Saya sangat yakin bahawa muslim yang benar-benar beriman kepada Allah meyakini bahawa terdapat banyak cara lain boleh dibuat bagi menyelesaikan kemelut yang ditimbulkan oleh kumpulan yang tidak sensitif terhadap isu yang dekat dengan hati Muslim. Yang peliknya, semua ini berlaku di kala suara-suara penyatuan muslim mula berkompang.

 Yang peliknya lagi, modus operandinya sama sejak dulu lagi di dalam semua negara mempunyai penduduk Islam. Siapa sebenarnya yang melakukannya? Siapa yang menggunakan jangka lukis dan sesiku L di kala matahari terbit merangkakan pelan buruk dan tidak berhati perut semua ini? Kenapa dia melukisnya dengan melihat sebelah mata akan kesan yang akan timbul sekiranya semua perancangannya dilaksanakan? 

Tentu sahaja si perancang ini mempunyai keldai-keldai tunggangan di kalangan umat Islam untuk melaksanakan perancangan mereka bagi memberi gambaran buruk terhadap Islam. Kita mengutuk perbuatan yang dilarang Allah ini. Kita juga turut mengutuk tindakan tidak sensitif pihak Kristian yang cuba mengganggu gugat keamanan negara ini dengan tindakan saman mereka demi mengejar agenda yang mereka sendiri tahu. Tanpa tindakan mereka, alasan tidak wujud bagi memungkinkan sesiapa sahaja untuk bertindak diluarbatas hukum agama dan kemanusiaan.


Pada ketika Saidina Abu Bakar As Siddiq memerintahkan ekspedisi tentera yang akan berangkat ke Syam, beliau berpesan kepada Yazid bin Abu Suffyan, bahawa janganlah diganggu orang-orang yang beribadat di dalam biara-biara Kristian. Golongan yang tidak menentang ini dikategorikan sebagai mu'ahid 9golongan yang mengikat janji) dan Dzimmi (golongan yang dilindungi) semasa Umar al Khattab melengkapkan misi yang dimulakan Abu Bakar di Syam. Malah di dalam al Qur'an surah al Hajj ayat 40 juga dinyatakan Allah bahawa antara sikap mukmin ialah mereka menghalang tangan-tangan jahat manusia dari membinasakan tempat-tempat di mana nama Allah sering disebut dengan banyaknya. Konteks ayat ini hanya merujuk kepada rumah ibadat Yahudi, Nasrani dan Masjid-masjid yang menyembah Allah dalam bentuk ketauhidan yang sepatutnya.

Sangat pelik untuk mensabitkan perbuatan khianat yang berlaku semalam dengan kelakuan Muslim. ianya sangat-sangat pelik.. dalam kita menunjukkan solidariti persaudaraan dalam isu tauhid, ada pula pihak yang mengambil kesempatan untuk mengubah arah keseluruhan vector kepada isu yang biasa difitnahkan kepada Islam. Selepas ini, berita-berita antarabangsa yang dikuasai tangan-tangan tertentu akan mula memakai sarung tangan untuk memberi tekanan kepada kita di sini sebagai satu bentuk sokongan kepada gerakan yang ternampak lumpuh buat seketika pada masa ini. Mereka bijak.. mereka sangat bijak. Yang melindungi muslim dari perancangan mereka hanyalah perlindungan dari Allah. Semoga Allah melindungi kita semua dari segala bentuk fitnah, ancaman dan keadaan tidak aman pada setiap saat dan masa. Amin.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.



Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

6 comments:

Rozy said...

Assalamualaikum saudara Nizam...

Secara jujurnya, saya amat risau dengan keadaan yang sedang berlaku ini. Saya memang pasti ada pihak yang sedang mengambil kesempatan yang berlaku dalam kemelut sekarang. Saya bimbang, sekiranya insiden yang pernah berlaku di Indonesia suatu ketika dahulu akan terjadi di negara kita ini.

Andai kata huru hara berlaku di dalam negara yang tercinta ini, ke manakah diri ini harus pergi? Ibu ayah ku, adik beradik ku dan semua teman-teman. Moga-moga Allah melindungi kita. Amin.

Rozy, Shah Alam.

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Rozy,
Resah yang dirasakan saudari itu turut dirasai semua yang memahami bahawa satu-satunya perlindungan yang diberikan Allah sebagai imuniti kepada kita dari menjadi bangsa yang hancur dan mengalami kehancuran tidak kita punyai.

Kita tak harus takut jika kita bersatu, tetapi malangnya itu bukanlah keadaan yang wujud dalam negara kita. Rasulullah s.a.w. pernah meminta kepada Allah keselamatan bagi umat baginda, Allah memakbulkan 2 permintaan manakala satu lagi permintaan ditolak Allah. Berikut hadisnya:

Dari ‘Amir bin Sa’ad, dari bapanya r.a. katanya, “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang dari daerah perbukitan. Ketika beliau sampai di Masjid Bani Mu’awiyah beliau masuk ke masjid lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan beliau. Beliau mendoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa beliau berpaling kepada kami lalu bersabda, “Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhanku supaya jangan membinasakan umatku dengan musim sudah yang panjang, maka diperkenankan. Aku memohon supaya jangan dimusnahkan umatku dengan bencana tenggelam, permohonanku itu juga diperkenankanNya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Satu-satunya jaminan selamat dari Allah yang menjauhkan kita dari bala kehancuran ialah dengan bersatu kerana Allah. Itulah yang sering saya bawakan dalam blog ini. Malang sekali apabila timbul isu yang membolehkan kita smeua bersatu kerana Allah semata-mata, ada dari kalangan kita menolak demi kepentingan politik sempit mereka. Golongan ini akan saya perangi bermati-matian sehingga mereka mahu bersama semua muslim bersatu atas jalan Allah. Hanya dengan bersatu kita selamat.

Sama-sama kita berusaha untuk menyatukan sesama muslim dan berdoa agar kita semua selamat dan mendapat perlindungan dari Allah sebagaimana yang dijanjikanNya. Semoga Allah memberi saudari, keluarga dan muslimat dan muslimat segala kebaikan dan jaminan keselamatan di dunia dan akhirat. Amin. TQ atas komen.

Kelembai Dukm said...

Assalamualaikum akhi...

saat ketika mendapat khabaran gereja yang 3 ini dibakar sudah cukop memanaskan hati... Adakah benar Muslim yang melakukannya?? atau.. Mungkin sekadar percaturan politik sempit yang mahukan populariti murahan?? atau.... ada tangan yang lebih ghaib cuba melaga-lagakan kita..

namun.. semua itu kiranya tidak penting.. keesokkan harinya.. reaksi kebanyakkan umat islam membuktikan ada juga salah kita dalam hal ini... sangat kurang yang marah, banyak pula yang lebih tertarik utk menambahkan lagi retak2 perpecahan dalam umat ini...

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Wanna,
Banyak kemungkinan boleh menjurus kepada perbuatan tersebut.Boleh jadi bermotif politik, boleh jadi terdapat muslim yang hilang kawalan akal dek kerana terlalu marah dengan sikap biadab pihak Kristian dan boleh jadi ia satu perbuatan sabotaj untuk menjauhkan muslim dari bersatu sekaligus mencurahkan air ke atas api semangat muslim yang sedang berkobar untuk bersatu semata2 kerana Allah.

Saya percaya, bahawa ini perbuatan sabotaj pihak ketiga yang mahu melaga-lagakan Muslim sesama muslim dan melaga-lagakan muslim dengan pihak lain. Malah saya tidak menolak ia dilakukan oleh mereka yang mengharapkan laba politik dari penentangan kaum kuffar yang bersatu menolak Islam tetapi mengkeldaikan pihak2 tertentu bagi mencapai agenda mereka. Mereka inilah yang menagguk di air keruh, ketika seluruh umat Islam mengutuk penggunaan nama Allah oleh bukan Islam mereka inilah yang bermati-matian mahu menunjukkan mereka lebih liberal dengan membenarkannya berlaku.
Puak inilah yang dipanggil Rasulullah sebagai puak yang bermuka dua dan menurut Rasulullah, merekalah manusia yang paling jahat.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tergolong dalam golongan manusia yang amat jahat, orang yang bermuka dua. Dia datanbg ke satu golongan dengan wajah tertentu dan datang ke golongan lain dengan wajah yang lain pula." (Hadis riwayat Muslim)

KIta doakan supaya Allah memberi keselamatan pada kita semua dan semoga saudara dan kita semua di bawah perlindungan Allah setiap saat dan masa. Amin . Untuk itu kita harus berusaha mendekatkan diri dan merapatkan kembali saf yang berpecah, kerana sejarah telah menunjukkan bahawa hadis dari baginda s.a.w. itu amat benar dan kehancuran sentiasa menanti bangsa-bangsa dan umat-umat yang berpecah. Mari kita semua berusaha ke arah itu. Semoga Allah menyatukan kita semua. Amin.

Rozy said...

Salam...

Boleh tengok kat: http://www.youtube.com/watch?v=3Bm3V_qHRj4 sakit ati membaca komentar xxar8 tu, tak tahu nak susun ayat nak jawab kata kata cercaan dia tu. Sesak nafas ni.

Anonymous said...

Saudara,

Dengan rendah diri saya ingin meminta maaf sekiranya apa yang saya taipkan di sini keterlaluan.

Maafakan saya, rasanya saudara secara terus menolak kemungkinan satu lagi mengenai isu gereja dibakar.

Saya setuju dengan apa yang saudara tuliskan,iaitu kemungkinan yang membaling bom buatan itu bukan seorang yang beragama Islam tetapi berbuat demikian untuk memburukan imej Islam.Namun saudara yang saya hormati, saya rasa kurang adil sekiranya saudara terus tidak menyatakan satu lagi kemungkinan iaitu, yang membaling bom buatan itu seorang yang beragama Islam (dan saya yakin dia ini tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar yang cintakan keamanan dan mengamalkan sikap bermusyawarah).Kerana kita tau du luar sana ramai yang bersikap fanatik.

Terima kasih.