oleh : M.I.A.
Benarkah ia perbuatan muslim? Semua Muslim yang saya kenal tahu di mana letak sempadan perbuatan kerana mereka sentiasa berkira-kira bahawa setiap tindak tanduk mereka akan dibawa di hadapan Allah nanti untuk dipertanggungjawabkan. Pelik bukan.. setiap kali ada sahaja isu melibatkan Islam, pasti ada melibatkan molotov cocktail yang dilontar entah siapa. Siapa yang melakukan semua ini?
Di Iraq, puak sunnah difitnahkan dengan mengatakan tindakan mereka mengbom masjid Syia’ah mencetuskan kekacauan. Begitu juga sebaliknya. Nama seperti al Qaeda, Osama Laden, Taliban dan sebagainya menjadi zikir dan wirid harian, malah merupakan tempat arah jari dituding bila saja ada letupan dan perkara-perkara kejam di luar batasan akal kemanusiaan. Benarkah mereka yang melakukannya. Atau sebenarnya ia dilakukan pihak ketiga yang mendapat untung dan laba dari kekacauan yang berlaku ini.
Saya sangat yakin bahawa muslim yang memperjuangkan Islam tidak akan melakukan semua ini. Saya sangat yakin bahawa muslim yang benar-benar beriman kepada Allah meyakini bahawa terdapat banyak cara lain boleh dibuat bagi menyelesaikan kemelut yang ditimbulkan oleh kumpulan yang tidak sensitif terhadap isu yang dekat dengan hati Muslim. Yang peliknya, semua ini berlaku di kala suara-suara penyatuan muslim mula berkompang.
Yang peliknya lagi, modus operandinya sama sejak dulu lagi di dalam semua negara mempunyai penduduk Islam. Siapa sebenarnya yang melakukannya? Siapa yang menggunakan jangka lukis dan sesiku L di kala matahari terbit merangkakan pelan buruk dan tidak berhati perut semua ini? Kenapa dia melukisnya dengan melihat sebelah mata akan kesan yang akan timbul sekiranya semua perancangannya dilaksanakan?
Tentu sahaja si perancang ini mempunyai keldai-keldai tunggangan di kalangan umat Islam untuk melaksanakan perancangan mereka bagi memberi gambaran buruk terhadap Islam. Kita mengutuk perbuatan yang dilarang Allah ini. Kita juga turut mengutuk tindakan tidak sensitif pihak Kristian yang cuba mengganggu gugat keamanan negara ini dengan tindakan saman mereka demi mengejar agenda yang mereka sendiri tahu. Tanpa tindakan mereka, alasan tidak wujud bagi memungkinkan sesiapa sahaja untuk bertindak diluarbatas hukum agama dan kemanusiaan.
Pada ketika Saidina Abu Bakar As Siddiq memerintahkan ekspedisi tentera yang akan berangkat ke Syam, beliau berpesan kepada Yazid bin Abu Suffyan, bahawa janganlah diganggu orang-orang yang beribadat di dalam biara-biara Kristian. Golongan yang tidak menentang ini dikategorikan sebagai mu'ahid 9golongan yang mengikat janji) dan Dzimmi (golongan yang dilindungi) semasa Umar al Khattab melengkapkan misi yang dimulakan Abu Bakar di Syam. Malah di dalam al Qur'an surah al Hajj ayat 40 juga dinyatakan Allah bahawa antara sikap mukmin ialah mereka menghalang tangan-tangan jahat manusia dari membinasakan tempat-tempat di mana nama Allah sering disebut dengan banyaknya. Konteks ayat ini hanya merujuk kepada rumah ibadat Yahudi, Nasrani dan Masjid-masjid yang menyembah Allah dalam bentuk ketauhidan yang sepatutnya.
Sangat pelik untuk mensabitkan perbuatan khianat yang berlaku semalam dengan kelakuan Muslim. ianya sangat-sangat pelik.. dalam kita menunjukkan solidariti persaudaraan dalam isu tauhid, ada pula pihak yang mengambil kesempatan untuk mengubah arah keseluruhan vector kepada isu yang biasa difitnahkan kepada Islam. Selepas ini, berita-berita antarabangsa yang dikuasai tangan-tangan tertentu akan mula memakai sarung tangan untuk memberi tekanan kepada kita di sini sebagai satu bentuk sokongan kepada gerakan yang ternampak lumpuh buat seketika pada masa ini. Mereka bijak.. mereka sangat bijak. Yang melindungi muslim dari perancangan mereka hanyalah perlindungan dari Allah. Semoga Allah melindungi kita semua dari segala bentuk fitnah, ancaman dan keadaan tidak aman pada setiap saat dan masa. Amin.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.