Saturday, January 9, 2010

Isu Nama Allah : Antara Takut Tuan dan Takut Tuhan..

0
oleh : M.I.A.

Ketika sebuah parti yang menamakan diri mereka parti Islam diberitakan mahu memberikan kenyataan dan menjelaskan pendirian dalam isu penggunaan nama Allah ini, perkara pertama yang terlintas difikiran ialah kelakuan bergolek atas jalan-jalan raya di sebuah negeri beraja dalam halusinasi jihad mencapai syurga dalam fantasi sebahagian daripada kumpulan kolum kelima di dalam mereka satu ketika dulu. Ketika itu sebuah kerajaan yang majoritinya dianggotai oleh exco-exco yang bersekutu dengan Parti Likud Israel, penyembelih orang-orang Islam Palestin,  di dalam sebuah pertubuhan antarabangsa itu diimani mereka sebagai sebuah negeri Islam yang harus dipertahankan bermati-matian. Berpanji sambil menjilat-jilat tar dalam fantasi jihad, masing-masing cuba menjadi adiwira dengan seluar dalam di dalam. Wah.. penuh semangat! Wow fantastic! Ketika itu mereka mempertahankan Tuan mereka. Dengan semangat yang berkobar-kobar, segala hukum dirempit sebagai lambang sugul kerana Tuan mereka sedang berduka.

Teringat pula dengan segala ketegasan parti tersebut dalam pelbagai isu yang melibatkan Islam sepanjang 5 dekad mereka berjuang. Hampir saja mahu saya menumpahkan taat setia berwala’ kepada mereka satu ketika jika tidak kerana perhatian demi pemerhatian yang dibuat, segala yang hijau hanya sekadar façade pelindung dan ajinomoto rencah penyedap relevansi kewujudan mereka.

Keluar sahaja kenyataan, mesej bertalu-talu menongkah gelombang memasuki handphone. Youtube dibuka untuk mencari statement original supaya apa yang diberitakan bukanlah satu lagi manipulasi untuk menjadikan mereka sebagai hampas kosong. Selesai meneliti kandungan kenyataan, tubuh secara automatik bingkas bangun menuju bilik air untuk berwuduk. Bukan kerna terkentut, tapi cuba memadamkan angin marah. Betulkah ini kenyataan dari mereka? Kenapa tidak Majlis Syura yang memberikan kenyataan? Kenapa semakin hari semakin tunduk kepada tekanan pihak yang satu lagi? Mahu cari redha Tuan atau Tuhan?!

Macam Gumby. Nampak hijau tapi lembik!” marah tadi diubat dengan ketawa bila saja terbaca mesej yang dihantar salah seorang sahabat blog. Ya.. benar katanya, macam Gumby. Kalau anda membesar dalam tahun-tahun 80-an dan 90-an, siapa itu Gumby tak jadi soal. Gumby merupakan satu makhluk fantasi yang gemar melompat dari satu buku ke satu buku mencari fantasi halatuju.

Saya sudah lebih dari setahun berkira-kira mahu menampalkan keratan akhbar ini yang tidak terdapat di kawasan majoriti Muslim di negara ini. Tetapi hari ini, kiraan saya kehabisan nombor. Maka tiada gunanya saya terus menyimpannya demi menjaga nama pihak yang sudah lagi tidak relevan bagi saya untuk memelihara cerita buruk mereka. Maaf.. saya sangat kecewa. Apa yang berlaku ini membenarkan apa yang diceritakan dalam terjemahan petikan akhbar berbahasa cina yang saya simpan lebih dari setahun dahulu.

Tetapi segalanya masih membuahkan harapan bila masih terdapat pihak-pihak seperti di dalam parti tersebut yang masih bertegas dengan isu ini, meletakkan segala kepentingan selain Allah di dalam tong sampah. Untuk itu, saya berasa sedikit lapang. Selain mereka.. maaf saya tak dapat teruskan..




Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: