oleh Muhammad Ibn 'Az
(jika anda belum membaca bahagian 1 posting ini, sila klik sini untuk membacanya terlebih dahulu)
Jelas dari hadis-hadis yang diriwayatkan, makhluk-makhluk halus yang banyak membuat gangguan ini terdiri dari kalangan bangsa-bangsa Jinn. Jinn terbahagi juga seperti manusia terbahagi kepada beberapa keturunan bangsa.
Kami (golongan Jinn) ada pula yang tidak demikian. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza. (Al Jinn ayat 11) .
Dan ingatlah ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang
mendengarkan al-Quran, maka tatkala mereka hadir, mereka berkata
diamlah kamu. Maka tatakala selesai, mereka pun kembali kepada kaum
mereka untuk memberi peringatan. (Al Ahqaf ayat 29)
Jin juga mempunyai binatang-binatang ternak yang dipelihara mereka. Binatang-binatang yang diternak Jin-jin ini juga merupakan dari kalangan makhluk halus yang tak dapat dilihat oleh manusia.
Ibn Taymeeyah dalam bukunya yang diterjemahkan oleh Abu Ameenah Bilal Phillips dalam kertas kerjanya yang bertajuk Essay On The Jin (Demon) terbitan A.S. Nordeen (www.asnislamicbooks.com) Cetakan Tahun 2003, memetik sebuah hadis dari Sahih Muslim yang diriwayatkan oleh Ibn Masoud yang menceritakan permintaan golongan Jin kepada Rasulullah s.a.w. supaya memutuskan apa bentuk makanan yang seharusnya mereka makan dan makanan bagi ternakan mereka (ternakan Jin), lalu Rasulullah s.a.w. menetapkan bagi golongan Jin setiap tulang yang padanya nama Allah disebut (disembelih) maka mereka akan mendapati daging yang lebih dari mencukupi bagi mereka dari tulang tersebut. Makanan bagi binatang ternak mereka (Jin) pula ialah buangan (najis) dari binatang-binatang. Rasulullah s.a.w. melarang umat Islam melalui hadis ini mensucikan diri dan beristinjak dengan tulang-tulang haiwan dan buangan binatang.
Bolehkah kita melihat Jin dan makhluk halus ini dalam bentuk asal?
Allah s.w.t. berfirman di dalam surah Al A’raf ayat 27:
Al A’raf 27
….Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dari tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
Golongan Jinn ini, sesungguhnya kita sebagai manusia tidak dapat melihat mereka dalam bentuk mereka yang asal. Ini disebut dalam surah al A’raaf seperti yang tersebut di atas. Abu Ameenah Bilal Phillips dalam bukunya seperti rujukan yang dinyatakan di atas telah menghuraikan asal usul nama Jinn ini diambil dari perkataan Janna dalam Bahasa Arab yang membawa maksud bersembunyi atau menyembunyikan. Sebagai contoh, beliau memberikan satu contoh di mana embryo bayi yang tersembunyi dalam rahim ibunya digelar sebagai Janeen (Janin) dan jantung yang tersembunyi dalam dada seseorang manusia di kenali sebagai Janaan dalam bahasa Arab.
Walaupun manusia tidak dapat melihat Jinn ini dalam bentuk asal, tetapi mereka dikurniakan Allah dengan kebolehan menjelmakan diri mereka dalam bentuk-bentuk yang dapat dilihat manusia seperti ular, kala jengking, anjing hitam dan sebagainya. Terdapat beberapa hadis sahih yang menceritakan mengenai peristiwa di mana para sahabat Rasulullah s.a.w. bertemu, bertembung dan berkonfrontasi dengan golongan Jinn yang sering membuat gangguan ini. Antara hadis-hadis tersebut sudah pun saya bentangkan dalam bahagian satu posting ini.
Hadis-hadis berikut pula menunjukkan peristiwa-peristiwa di mana para sahabat baginda s.a.w. bertemu, bertembung dan berkonfrontasi dengan Jinn di mana dalam riwayat-riwayat tersebut dinyatakan dalam bentuk apa Jinn-Jinn tersebut menjelmakan diri mereka.
Sebuah hadis lain yang diriwayatkan dari Ubai bin Kaab, menyatakan bahawasanya ia mempunyai satu bekas berisi tamar dipertaruhkan kepadanya. Tiba-tiba didapati isinya telah susut. Pada satu malam ia telah terjaga, tiba-tiba terlihat bayangan seorang budak. Lalu ia memberi salam kepada budak tadi dan dijawab salamnya. Apabila ditanya siapa dia yang sebenarnya, adakah jin atau manusia. Lembaga itu menjawab mengatakan bahawa ia adalah jin. Ubai bin Kaab meminta supaya lembaga itu menghulurkan tangannya. Apabila dihulurkan, didapati tangan itu seperti tangan anjing begitu juga rambutnya. Bila ditanya adakah jin dijadikan sedemikian rupa. Dijawab, bahawa bentuk jin adalah lebih dahsyat daripada dirinya.
Dalam hadis di atas, Ubai Bin Ka’ab r.a. menyatakan bahawa dia menyentuh tangan Jinn tersebut dan mendapati bahawa tangan Jinn tersebut seakan-akan tangan (kaki) anjing yang lebat bulunya. Hadis di atas juga menunjukkan bahawa, rupa dan bentuk yang dijelmakan dihadapan Ubai bin Ka’ab itu bukan rupa bentuk Jinn yang asal, malahan mengikut apa yang dikatakan oleh Jinn tersebut, bentuk rupa asal Jinn adalah lebih teruk dan menakutkan dari rupa bentuk tersebut.
Abi Said al-Khudri yang telah menceritakan bahawa pada satu hari ia mempunyai seorang tamu. Tiba-tiba tamu itu melihat ular dan hendak membunuhnya. Abu Said telah melarangnya membunuh ular tadi dan menceritakan suatu cerita yang pernah berlaku di rumahnya. Di rumah itu ada seorang pemuda yang baru berkahwin. Kami, iaitu golongan daripada Sahabat telah keluar kerana menggali parit (khandak). Pemuda itu menyatakan keuzurannya kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta diri untuk pulang. Rasulullah s.a.w. telah membenarkannya untuk pergi selama sehari sahaja. Baginda menyuruhnya membawa senjata kerana takut kalau pemuda itu diganggu oleh Bani Quraizah. Pemuda itu pun mengambil senjatanya Ialu beredar pulang. Setibanya di rumah, tiba-tiba didapati isterinya sedang berdiri di antara pagar pintu rumahnya dengan pintu besar (dalam keadaan pakaiannya yang terdedah, sehingga menimbulkan syak kepada pemuda ini yang isterinya berlaku curang) . Pemuda itu merasa cemburu dan mengacukan lembing hendak menikam isterinya. Isterinya tampil ke pintu dan meminta suaminya bersabar dahulu dan menyuruhnya masuk ke rumah untuk melihat apakah yang sebenarnya terjadi yang menyebabkan dirinya keluar dari rumah dalam keadaan tersebut. Pemuda itu terus masuk ke dalam dan mendapati ada seekor ular besar berlegar di dalam hamparan, Ialu ular tersebut dibunuhnya dengan lembing tadi. Kemudian ia pun membawa ular itu keluar dan memacakkan ke tanah. Ketika nyawa ular itu hampir hilang, pokok dihadapan rumahnya bergerak bergoyang-goyang. Pemuda itu meninggal dunia tidak lama selepas ular itu mati. Kami telah menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan peristiwa yang berlaku. Kami meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar, Allah menghidupkan ular (jin) itu. Rasulullah. s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya di Madinah ini terdapat golongan jin yang telah Islam. Maka apabila kamu melihat sesuatu tanda pada mereka, maka berilah amaran tiga hari. Jika ternyata kepada kamu sesudah itu, maka bunuhlah ia kerana sesungguhnya dia itu syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis di atas dinyatakan bahawa Jinn yang berkonfrontasi dengan pemuda dari kalangan sahabat baginda menjelmakan diri dalam bentuk ular.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Siapa melihat aku dalam tidurnya, maka sesungguhnya dia benar-benar melihatku, kerana syaitan tidak sanggup (tidak mampu) mengubah bentuknya seperti bentukku.” (hadis riwayat Muslim)
Dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. dengan jelas telah menyatakan bahawa Syaitan boleh mengubah bentuknya kepada bentuk-bentuk yang dikehendakinya kecuali dalam bentuk tubuh dan rupa Rasulullah s.a.w. Ini juga membawa maksud bahawa Jinn atau Syaitan ini boleh menjelmakan diri mereka dalam bentuk manusia.
Apakah Jin boleh ditangkap dan dipenjarakan sepertimana gambar toyol, pontianak, langsuir tadi dikurung di dalam botol?
Sebagaimana yang telah dibentangkan dalam posting bahagian pertama sebelum ini, ada beberapa hadis yang saya catatkan dimana terdapat peristiwa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. telah cuba menangkap golongan Jinn yang membuat kacau, tetapi akibat tipu daya golongan ini, mereka dilepaskan.
Begitu juga dengan peristiwa dimana Rasulullah s.a.w. sendiri berhadapan dengan gangguan dan konfrontasi Syaitan dan Ifrit dari kalangan Jinn ini yang mengganggu baginda bersolat. Tetapi disebabkan oleh baginda teringat dengan doa yang pernah didoakan oleh Nabi Sulaiman a.s. yang memohon kepada Allah supaya tidak diberikan kuasa dan kerajaan yang setanding dengan kerajaan yang dimilikinya selepas daripadanya. Maka Ifrit dan syaitan tersebut dihalau oleh Rasulullah s.a.w.
Sekiranya Rasulullah s.a.w. kekasih Allah yang mulia sendiri tidak boleh menangkap Jinn atas dasar doa yang telah Allah makbulkan bagi Nabi Sulaiman a.s., maka siapakah kita manusia biasa yang sering berdosa mempunyai keupayaan menangkap Jinn-jinn atau makhluk-makhluk halus ini. Walaupun terjadi peristiwa di mana seorang sahabat yang berkonfrontasi dengan Jinn yang menjelmakan diri dalam bentuk ular, akhirnya sahabat tersebut pula yang menjadi korban setelah beliau membunuh ular tersebut.
Akal yang Allah s.w.t. anugerahkan kepada kita seharusnya digunakan untuk membuat penilaian menggunakan ilmu serta lojik berdasarkan panduan kepada Al-Qur’an dan As Sunnah supaya tidak terus menerus ditipu oleh golongan yang sering mengambil kesempatan di atas kelemahan dan permasalahan manusia lainnya. Telah banyak saya dengar dan melihat melalui gambar-gambar yang dikirimkan mengenai perihal makhluk-makhluk halus yang dikatakan ditangkap tak kiralah samada makhluk itu dinamakan sebagai
Allah s.w.t. berfirman dalam surah
Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.
Saad 37
Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).
Dalam ayat-ayat di atas jelas sekali Allah menceritakan kepada kita bahawa golongan Jinn ini mempunyai keupayaan bertukang dan membina sesuatu pada skala yang sukar dilakukan oleh manusia biasa kecuali manusia-manusia yang terpilih yang dianugerahkan Allah ilmu-ilmu yang menjadi keperluan bagi mereka. Maka, apakah botol Nescafe itu satu penghalang yang hebat bagi Jinn tersebut sehinggakan mereka tidak dapat melepaskan diri apabila ‘dikurung’ didalamnya oleh manusia?
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?" Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".
Ifrit yang dinyatakan dalam ayat tersebut mempunyai kekuatan untuk mengalihkan singgahsana Puteri Balqis dari negeri
Prof. Dato’ Dr. Haron Din dalam sebuah eBook bertajuk Makhluk Halus Menurut Al-Qur’an Dan Sunnah terbitan Darussyifa’ (eBook ini boleh diperolehi secara percuma di sini. Klik) menjelaskan bahawa makhluk-makhluk ini terbentuk daripada zat halus (athir) yang tidak ada halangan bagi zat itu untuk menyerupai sesuatu yang dikehendaki. la juga boleh menembusi sesuatu, yang tidak disekat atau dihalangi oleh bahan-bahan udara, air dan sebagainya. Makhluk-makhluk halus boleh berupa kepada bentuk yang mereka ingini dengan izin Allah jua, dan boleh masuk atau keluar dari mana-mana bahagian tanpa sekatan.
Maka jika Rasulullah s.a.w. kekasih Allah yang mulia sendiri tidak boleh menangkap Jinn atas dasar doa yang telah Allah makbulkan bagi Nabi Sulaiman a.s., maka siapakah kita manusia biasa yang sering berdosa mempunyai keupayaan menangkap Jinn-jinn atau makhluk-makhluk halus ini dan mengurung mereka di dalam botol pula? Renungkanlah….. InsyaAllah saya akan menghuraikan perihal siapa itu syaitan pula dalam posting yang akan dimuatkan dalam tempoh terdekat disamping cuba memberikan penjelasan kepada Ana dan Kniels yang bertanya mengenai perihal Syaitan di bulan puasa tempoh hari… sekiranya anda mempunyai persoalan berkenaan perubatan bagi mengatasi gangguan makhluk halus dan sebagainya, saya ingin mencadangkan anda lawati laman web Darussyifa’ ini (klik) kerana mereka antara hamba-hamba Allah yang diberikan kelebihan dan ilmu-ilmu yang InsyaAllah boleh membantu anda menangani masalah tersebut… …. wallahua’lam…
© Oktober 2007 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987.
eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...
Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)