Monday, November 5, 2007

Dialog Dengan Padawan Dari Perguruan Orang-Orang Alim Yang Kasyaf Lagi Mendapat Ilham Dari Allah

11
oleh Muhammad Ibn 'Az

(jika anda belum membaca posting berkenaan pembohongan rakaman audio suara azab kubur lagi, sila ke posting tersebut dulu sebelum membaca kandungan posting ini atau klik sini untuk membacanya
)..... padawan merupakan satu nama yang digunakan dalam filem starwars yang menggambarkan anak-anak murid atau apprentice bagi pahlawan Jedi yang setia kepada guru Jedi mereka dalam filem tersebut. Digunakan saya disini oleh kerana anak-anak murid 'orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah' merupakan golongan yang paling setia kepada guru-guru mereka...

Assalamualaikum warahmatullah kepada semua dan selamat sejahtera, segala puji bagi Allah Tuhan, Pencipta, Pemilik dan Pentadbir sekelian alam..

Baru-baru ini, selepas sahaja saya memuatkan posting pembohongan azab kubur, bertalu-talu email yang masuk ke kotak inbox akaun email saya. Alhamdulillah boleh dikatakan 95% atau kebanyakannya memberikan ucapan terima kasih dan menyatakan sokongan terhadap artikel tersebut. Alhamdulillah juga, dalam ramai yang menyokong ada juga segelintir yang marah-marah dengan saya. Saya dapat menerima semua kritikan ke arah pembangunan positif keupayaan ilmu dan cara kerja saya. Bagi saya kritikan yang kena pada tempatnya itu sangat perlu supaya ada check & balance dalam kita sama-sama berusaha saling ingat mengingati antara satu dengan yang lain. Terima kasih semua…

Cuma dalam segelintir pula yang mengkritik, terdapat segolongan manusia Islam yang membuatkan saya berasa hairan dengan cara dan pendekatan mereka yang sembrono. Mereka mendesak fahaman, komen dan pendapat mereka berdasarkan rasa hati tanpa berfikir terlebih dahulu akan kesan serta akibat dari apa yang dikatakan mereka itu. Seolah-olah tidak wujud hari pembalasan diakhirat nanti. Padahal mereka inilah yang sering terlibat dengan kerja-kerja dakwah, berpakaian Islam, bernama Islam dan terlibat dengan badan-badan Islam yang ada. Ianya sangat mendukacitakan tetapi kesan ini sedikit terubat apabila teringat kembali kata-kata guru yang mengajarkan saya Tafseer Al-Qur'an dulu. Mengambil jalan agama bererti menempuh sebuah jalan yang penuh onak dan duri. Duri itu menyakitkan, tetapi jalanan harus ditempuh dan duri-duri terbabit ditebas sedikit demi sedikit dan akhirnya satu jalanan lapang yang mendamaikan menanti di penghujung jalan. Guru tersebut juga menyatakan bahawa apabila sesuatu usaha itu diredhai Allah, maka jalanan yang ditempuh itu bukanlah satu jalanan yang mudah kerana ujian itu sebahagian dari keredhaanNya. Biar bermula dengan susah tapi berakhir dengan kesenangan kerana itulah lumrah dunia.

Tetapi yang paling menarik sekali ialah serangan yang dibuat ke atas sahabat saya yang saya tumpang akaun youtubenya disebabkan akaun saya mempunyai masalah untuk load video ke blog ini. Saya juga ingin berterima kasih kepadanya kerana dia bermati-matian mempertahankan artikel ini atas dasar percayanya dia kepada saya setelah dia sendiri melakukan penyelidikan berkenaan perkara tersebut. Dari semua komen yang dimuat masuk ke akaun youtubenya, barulah saya sedar, rupanya dalam ramai-ramai manusia yang wujud di dunia, masih banyak lagi berfikiran seperti golongan evangelist yang menggunakan method dakwah 'matlamat menghalalkan cara'. Sahabat saya menceritakan dan saya juga telah pun meneliti kandungan email dan komen tersebut. Dari segi cara komen tersebut dibuat jelaslah siapa dirinya dan motifnya dalam membuat komen dan cuba berdakwah. Ingatlah… matlamat tidak menghalalkan cara dalam dakwah Islam. Lalu saya mencadangkan kepada sahabat saya tersebut, supaya memuatkan video pembohongan audio azab kubur itu sebagai respons kepada satu video ceramah milik seorang ustaz atau penceramah yang dimasukkan ke youtube. Saya juga telah nyatakan kepada sahabat saya tadi, jika benar saudara X tadi mencari kebenaran, kandungan video dan artikel pembohongan audio azab kubur tersebut akan dihayati serta diteliti dan apa jua komen dan perkara yang dia rasakan tidak benar boleh dibawa dalam perbincangan supaya kebenaran sebenar mengenai perkara ini diperoleh sebagai manfaat kepada semua. Saya juga telah menyatakan kepada sahabat saya bahawa jika respons video tadi terus di delete dan komennya juga di delete dalam akaun youtube saudara X, maka jelas sekali saudara X itu takut akan kebenaran. Lalu setelah dimuatkan respons kepada video saudara X, maka sepertimana yang saya jangkakan, video tersebut dibuangnya dan dihantarnya satu komen ke akaun youtube sahabat saya. Agak melucukan apabila melihat attitude saudara X berkenaan perkara ini. Berikut komennya yang tidak langsung di edit.

Saudara X

kalaulah betul suara azab kubur tu bohong,biarkanlah...dok selidik2 watpa?bila org tau yg suara tuu bohong maka org tidak akan percaya lagi adanya azab kubur, jadi mereka tidak takut utk membuat kemungkaran,jgn kerana video diatas nie semua org akan hilang kepercayaan yg adanya azab di kubur...mungkin saudara yg uploadkan video nie masih tidak percaya azab2 yg akan diazab kepada org yg kufur pada Allah...

Apakah ini attitude seorang pendakwah?… cuba meyakinkan orang ramai dengan berita-berita palsu bagi membuatkan supaya mereka yakin dan beriman dengan perkara ghaib. Sampai begitu sekali korupkah iman seseorang itu sehinggakan dia memerlukan bukti palsu yang sengaja diada-adakan oleh golongan Yahudi dan Nasrani bagi membolehkan mereka beriman dengan azab kubur? Tambah memeningkan kepala apabila si penceramah dalam video yang dimuatkan saudara X menyatakan bukti bahawa rakaman suara azab kubur itu benar ialah kerana ia juga disiarkan oleh BBC (British Broadcasting Corporation). Jika ini method pendekatan yang diambil dengan mengatakan bahawa apa yang di bawa BBC itu benar belaka, maka bagaimanakah pula dengan laporan-laporan BBC yang mensabitkan Islam dengan keganasan dan menuduh Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam dengan mata pedang? Apakah perkara ini juga benar berdasarkan dalil apa saja yang di bawa oleh BBC itu mengandungi kebenaran belaka? Jika mengikut komen yang dimuatkan saudara X, maka ramai lagi muslim yang tak boleh meyakini iman mereka dengan Allah kerana mereka tak pernah melihatNya. Perlukah kita mengada-ngadakan bukti kewujudan palsu semata-mata untuk meyakinkan orang Islam dengan Allah? Ini merupakan satu pendekatan yang sangat salah… dalam berdakwah kita seharusnya memastikan apa saja yang dibawa dalam dakwah kita itu mengandungi kebenarannya, bukan hanya main hentam keromo saja. Asal nama hadis sahaja, dijaja merata-rata sedangkan banyak hadis yang sering dijaja oleh golongan-golongan ini merupakan hadis-hadis yang diragui malah dinafikan kesahihannya. Tambah parah lagi apabila saudara X sendiri mengatakan bahawa, jika dah tahu benda tu tipu, buat apa nak siasat lagi? Kelak nanti orang tak akan percaya lagi dengan azab kubur disebabkan oleh saya menafikan kandungan rakaman ceramah yang dibuat dan dimuatkannya itu. Berikut komennya:

Saudara X:

Terserahlah pd saudr,sy sbnrnya mls nk bertekak psl hal ni,tp sy pun pelik apa motif sdara sbnr menyelidik dn mengkaji suara tersebut mgkn sdara ingin mencari kebenaran,tp bukankah lbih elok sdr menyimpan tapisan audio yg telah sdr tapiskan tu tnpa menyebarkannya.. tujuan sbnr suara mgkin utk menakutkan manusia tntng azab kubur yg sedia menanti di alam barzakh,untuk meyakinkan lagi pada manusia tentang adanya azab kubur.walaupun ianya bohong,sama sprt video lakonan orang yg diazab di dlm kubur.

Sampai begitu sekalikah lemahnya iman muslim sehingga memerlukan bukti palsu untuk diyakinkan? Dia juga bertanyakan tentang apa motif sebenar saya mengkaji audio terbabit dan memarahi saya sejurus saya memuatkan audio yang saya tapis tersebut ke dalam blog ini. Nasihatnya kepada saya ialah supaya lebih baik disimpan saja audio 'azab kubur' yang saya tapis dan baiki, kerana jika orang lain mengetahuinya, tiada lagi umat Islam akan percaya kepada kebenaran azab kubur. Bukankah setiap berita yang disampaikan itu seharusnya kita selidiki kesahihannya dulu sebelum mempercayainya? Ini bukan kata-kata saya, tetapi nasihat dari Allah dan RasulNya.

Ini belum apa-apa lagi, saya simpan satu email penentangan yang paling hebat terhadap artikel saya untuk di komen di akhir nanti, bak kata orang putih 'save the best for last'. Saya yang menerimanya dari sahabat saya yang dihantarkan email tersebut kepadanya. Sangat mengejutkan! Hampir 'pengsan' saya membacanya. Dia menafikan artikel saya dengan dalilnya yang sangat mengejutkan saya! Saya pasti ramai diluar sana pun akan turut terkejut… termasuk mereka-mereka dari jabatan agama! Nanti saya muatkan di hujung penjelasan ini.

Kita sambung lagi dengan kisah saudara X ini. Dia tidak berkomunikasi secara langsung dengan saya, tetapi saya membaca komennya terhadap kerja saya dalam akaun youtubenya yang berdebat dengan sahabat saya. Akaun youtubenya ini entah kenapa ditutupnya sejak dua hari lalu. Berikut komennya yang sedikit pun tidak saya edit:

Saudara X

ayat al-quran yg saudara komenkan tuu mungkin akan memalukan saudara sendiri, kerana saudara telah salah menafsirkannya, sila tanya org yg alim akan tafsiran ayat tersebut,adakah berita palsu tuu bermaksud azab dari kubur??adakah azab dr kubur tuu adalah berita palsu??pikirkan sendiri, jgn berlagak pandai hanya kerana ilmu yg sikit didada...

NizamPablo

saya fahami apa maksud ayat tersebut bersama asbabun nuzulnya... ia juga merupakan amaran Allah kepada mereka yang suka menyebarkan berita tanpa mengetahui asal usul dan kebenarannya... bukankah video tersebut memfitnah Allah berkata dusta dengan manusia kini boleh mendengarnya, sedangkan sebelum ini hanya haiwan saja yang dikatakan boleh mendengar perkara tersebut?

NizamPablo

saudara berkata...

jgn berlagak pandai hanya kerana ilmu yg sikit didada...

saya tidak kisah.. kerana saya hanya berpesan dengan kebenaran supaya saya tidak kerugian...dengan ilmu yang sedikit ini saya menjalankan tanggungjawab saya...semoga Allah menambahkan ilmu saya supaya boleh setaraf dengan saudara satu hari nanti...

NizamPablo

saya harap saudara fahami dengan betul.. yang saya katakan palsu itu ialah rakaman yang dimuatkan disini.. azab kubur sesuatu yang wajib diimani.. menafikannya bermakna merosakkan akidah...menyuruh orang beriman dengannya dengan membawa bukti palsu ialah satu dosa yang termasuk dalam dosa penipuan..

Setakat yang saya tahu, belum pernah ada mana-mana para Rasul, Nabi, wali, ulama dan ustaz yang berani mendabik dada mengatakan merekalah yang mempunyai ilmu yang lebih hebat dari orang yang lain kecuali Nabi Musa a.s. Teringat saya kisah Nabi Musa a.s. ini, sebaik seorang kaumnya (dalam riwayat lain menyatakan bahawa baginda sendiri yang bertanya kepada kaumnya, dan baginda kemudiannya memberikan jawapan kepada soalan tersebut iaitu diri baginda sendiri) bertanya kepadanya siapakah paling 'alim dalam semua manusia yang ada di bumi ini. Maka baginda pun menjawab, 'Akulah yang paling 'alim'. Lantas Allah s.w.t. menegur perkataannya itu dan mengarahkan baginda mencari seorang hamba Allah yang bernama Khidir. Allah s.w.t. memberitahu baginda yang Khidir merupakan antara hamba-hamba Allah yang Allah pilih untuk dianugerahkan ilmu-ilmu hikmah yang tidak diberikan kepada orang lain. Kisah ini disebut dalam Al-Qur'an surah Al Kahfi ayat 60 hingga 82. (rujuklah… jangan terus percaya tanpa membuat rujukan kerana sesiapa saja boleh meletakkan nombor ayat dan mengatakan itu dan ini… saya tidak memasukkannya supaya tuan-tuan juga saya harap dapat berusaha mengesahkan sesuatu yang diterima tanpa perlu di spoonfeed pada setiap masa… anggaplah ini satu latihan..). Terpulanglah…… akhirnya dialog saya, sahabat saya dengan saudara X terhenti apabila dia membuang posting asalnya dan kemudiannya terus saja menutup akaun youtubenya. Entah apa perkara yang mendorong dia berbuat demikian tidak saya pasti.

Perkara ini tidak habis begitu saja. Kemudian masuk pula beberapa komen dan email sepertimana yang saya katakan awal tadi yang agak mengejutkan saya. Kali ini dari saudara Rockbebeh, dia pernah membeli eBook Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist saya yang dikatakannya digunakannya untuk berhujah dengan golongan yang cuba menyesatkan umat Islam dalam internet… Alhamdulillah… sejuk hati saya mendengarnya… tapi sejuk itu bertukar menjadi seram seruk bila terus pula membaca email yang dihantarnya…. Berikut kandungan komen dan email tersebut.. email tersebut saya suntingkan pada no telefon serta tempat-tempat yang disebut oleh saudara rockbebeh.

rockbebeh

saya cadangkan en nizam buat sembahyang istiharah minta petunjuk... kerana saya telah merujuk beberapa org alim yang mempunyai "kasyaf" mereka semua mengatakan benar... tetapi bila keyakinan sudah dicampur adukkan dengan teknologi maka ia akan menjadi bercelaru... bagaimana pun... arg alim itu berkata memang begitu lah suara manusia didalam alam itu menjerit meminta tolong...

farah6576

seorang ulama yang mempunyai ilham Allah mengesahan kejadian ini adalah benar. bagaimana pula kamu mendustakannya, jangan dipermainkan dengan peringatan Allah, sebenarnya tidak semua manusia sifatnya sama maka sebab itu peringatan itu penting. kalau salah mengapa h**** d** sendiri meyakini, semua org tahu bahawa h**** d** tidak mudah ditipu, mengapa tidak dirujuk ulama yang menpunyai ilham dari Allah dan mengapa hanya membuat kenyataan sendiri.

O.k. anda semua sudah pun membaca komen yang dibuat oleh rockbebeh dan Farah6576. Pada mulanya saya tidak mahu menggunakan nama samaran sebenar yang digunakan mereka untuk menghentam saya di youtube dan emailnya. Tetapi oleh kerana rockbebeh seakan-akan mengumpul pasukan untuk membuat serangan ini, maka terpaksa saya menggunakannya supaya memudahkan kita memahami jalan cerita ini. Rockbebeh menyatakan dalam komennya bahawa dia telah bertanyakan 'orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah' berkenaan perkara audio azab kubur yang saya sangkal di blog ini. Dan 'orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah' tersebut mengatakan yang rakaman audio tersebut adalah benar-benar rakaman dari suara manusia yang diseksa dalam kubur. Begitu juga Farah6576 yang seakan-akan bersuara dalam nada yang sama. Melihat komen yang dibuat oleh Farah6576, gerak hati saya mengatakan mereka ini mungkin anak-anak murid yang belajar dari 'perguruan' yang sama..(ed - macam cerita pendekar dengan 'kung fu' la pulak…).

Maka gerak hati 'pendekar' saya itu membuatkan saya mengatur langkah menyiasat akan perkara ini. Memang tak salah jangkaan saya, mereka memang dari 'perguruan' yang sama. Ini dibuktikan oleh akaun youtube mereka bersangkutan antara satu sama lain. Yang menjadi persoalan saya ialah, mereka ini belajar dari 'perguruan' mana? Sebelum saya membentangkan asal 'perguruan' mereka, kita kembali mengkaji cara mereka berfikir dan memberikan pendapat. Si Farah6576 memarahi saya dengan berkata, 'orang yang mendapat ilham dari Allah tersebut' atau dikenali juga sebagai 'orang-orang alim yang kasyaf' yang menjadi sumber rujukannya dan rockbebeh menyatakan saya berdusta kerana menyangkal kesahihan rakaman audio tersebut. Dia juga dengan senang hati menggunakan nama seorang ulama besar tanahair yang sangat saya hormati dengan berkata, ulama tersebut sendiri mengesahkan rakaman audio tersebut adalah benar… Bagi saya pula kalau setakat mengatakan ulama tersebut berkata tanpa membawa bukti yang dia mengatakan perkataan tersebut, tiada gunanya, kerana jika ulama tersebut tidak berkata demikian, maka kedua-dua anak murid dari perguruan 'orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah' telah mencampakkan diri mereka ke dalam dosa memfitnah ulama terbabit. Tiada mahkamah dalam dunia dapat memutuskan sesuatu hukum berdasarkan cakap-cakap kosong. Sekali pun nama Yusuf Al Qaradawy digunakan oleh anak-anak murid dari perguruan 'orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah' ini, saya tetap berpegang kepada apa yang Allah s.w.t. sebut dalam Al-Qur'an dan dari Rasulullah s.a.w. sendiri melalui hadis-hadisnya yang sahih. Manusia boleh melakukan kesilapan termasuk diri saya sendiri. Hanya Rasulullah s.a.w. dan para Rasul terpelihara dari melakukan dosa dan kesilapan. Berpegang kepada kenyataan cakap-cakap orang, bukanlah cara dalam membuat sesuatu penilaian dalam sesuatu isu.

Perlukah saya menjelaskannya sekali lagi sedangkan posting saya berkenaan dengan azab kubur tersebut telah menjelaskan isu tersebut satu persatu? Allah memberikan kita akal supaya berfikir dan bukan supaya kita boleh diperkudakan oleh golongan yang mencari keuntungan dengan jalan menipu orang ramai. Kebanyakan yang menghentam saya berkenaan posting ini ialah mereka yang terlibat dengan mengambil untung atas rakaman audio ini. Mereka menuduh saya berdusta, menipu, dibimbing syaitan dan sebagainya. Alhamdulillah, Allah memberi kekuatan kepada saya untuk berhadapan dengan semua mereka ini. Saya sangat yakin bahawa Allah akan menunjukkan kepada saya siapa dibelakang Padawan dari perguruan orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah ini semua.

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Al Israa’ ayat 36)

Sebelum kita ke klimaks cerita Dialog dengan Padawan dari perguruan orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah ini, saya rasa sangat perlu bagi saya untuk memasukkan beberapa lagi hadis dan ayat Al Qur'an sebagai rujukan untuk menilai ketulenan rakaman audio tersebut. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Rasulullah s.a.w. merupakan hamba Allah dan pesuruh Allah yang maksum yang dipelihara Allah dari sebarang dosa dan kesilapan. Maka perbuatan menipu dan bercakap bohong itu tidak termasuk dalam sifat atau perwatakan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhary…….

Dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila mayat seseorang telah diletakkan di dalam kuburannya dan kawan-kawannya telah pulang, kendatipun dia mendengar bunyi terompah mereka, dua orang malaikat datang kepadanya, lalu mendudukkannya dan menanyainya.
Tanya : “Bagaimana pendapat engkau tentang orang ini (iaitu Muhammad s.a.w.)?
Jawab : “Aku mengakui dia hamba Allah dan Rasul-Nya.”
Kata Malaikat: “Lihatlah tempat engkau di neraka, Allah menukarnya bagimu dengan tempat di syurga.”
Kata Nabi s.a.w. : “Dia melihat tempat itu kedua-duanya.”
Adapun orang kafir dan orang munafik berkata : “Aku tidak tahu. Aku hanya berkata apa yang dikatakan orang.”
Kata Malaikat : “Engkau tidak pernah mempelajari dan membaca?”
Lalu orang itu dipukulnya dengan pukulan besi di antara kedua telinganya, sehingga orang itu berteriak sekeras-kerasnya dan didengar oleh orang sekelilingnya kecuali manusia dan Jinn.”

(hadis riwayat Bukhary)

Saya ingin cadangkan kepada Padawan dari perguruan orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah ini supaya mencari cermin dalam rumah anda dan sila lihat dan perhatikan betul-betul rupa dan bentuk tubuh badan anda. Apakah ianya menyerupai seekor beruang panda atau mentibang atau tikus atau lipan atau burung gagak atau tupai padi atau platypus atau tapir atau zirafah atau kuda belang atau kambing pak mat atau ayam serama atau itik nila atau nyamuk tiruk atau belalang kunyit atau siamang atau badak berendam atau lipas atau rusa atau ulat gonggok atau anai-anai atau kuda padi atau gajah pygmy atau harimau kumbang atau dinosaur atau cicak atau biawak atau ikan lohan atau kucing siam atau arnab atau cicak kubing atau katak puru atau hama tilam atau yang sejenis dengannya? Jika tidak serupa, maka anda ialah manusia dan manusia pula tidak boleh mendengar suara azab kubur tak kira apa saja bentuk teknologi dan usaha yang digunakan kecuali binatang! Ini kata Rasulullah s.a.w.

Begitu juga dengan hadis ini berkenaan dengan suara mayat yang menjerit semasa dia sedang diusung untuk dibawakan ke dalam kubur:

Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda: “Setelah jenazah disiapkan dan dibawa bersama-sama, maka jika jenazah itu baik, ia berkata: “Bawalah saya dengan cepat!” Tetapi kalau ia tidak baik, ia mengatakan kepada keluarganya: “Wah, Celaka! Kemana saya dibawakannya?” suara itu terdengar oleh segala-galanya selain manusia. Kalau sekiranya manusia mendengarnya akan pengsanlah dia.”
(hadis riwayat Bukhary)

Saya ingin cadangkan sekali lagi kepada Padawan dari perguruan orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah ini supaya menggunakan cermin dalam rumah anda tadi dan sila lihat dan perhatikan betul-betul rupa dan bentuk tubuh badan anda. Apakah ianya menyerupai seekor beruang panda atau mentibang atau tikus atau lipan atau burung gagak atau tupai padi atau platypus atau tapir atau zirafah atau kuda belang atau kambing pak mat atau ayam serama atau itik nila atau nyamuk tiruk atau belalang kunyit atau siamang atau badak berendam atau lipas atau rusa atau ulat gonggok atau anai-anai atau kuda padi atau gajah pygmy atau harimau kumbang atau dinosaur atau cicak atau biawak atau ikan lohan atau kucing siam atau arnab atau cicak kubing atau katak puru atau hama tilam atau yang sejenis dengannya? Jika tidak serupa, maka anda ialah manusia dan manusia pula menurut Rasulullah s.a.w. akan pengsan jika mereka terdengar jeritan suara si mati tersebut. Persoalannya, apakah saudara, saya, ustaz terbabit, si penceramah, orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah tadi dan jutaan manusia lagi yang mendengar rakaman yang dikatakan suara azab kubur tadi itu pengsan setelah mendengarnya? Jika tidak pengsan, maka rakaman itu bukanlah suara si mati yang terseksa dan diseksa! Jadi itu dengan jelas menunjukkan rakaman audio tersebut satu pembohongan. Tiada apa yang tidak jelas dalam Islam. Semuanya telah Allah sediakan kepada semua muslim supaya tidak mudah ditipu dengan syarat mereka mahu menggunakan akal!

Sedari tadi saya menggunakan ayat ‘orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah’ sebagai rujukan kepada sumber penafian yang diceritakan oleh rockbebeh dan farah6576 terhadap usaha saya ini. Saya tidak mengenali siapa mereka ini yang menjadi rujukan kepada rockbebeh dan farah6576. Berpegang kepada keyakinan saya yang Allah akan membantu menunjukkan jalan dan keyakinan terhadap ayat Allah dalam surah Al An’aam ayat 67 yang menyatakan bahawa setiap berita itu akan diketahui kebenarannya….:

Al An’aam 67

Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya.

Maka saya mencari maklumat dan menunggu sekiranya saya dapat sedikit pengetahuan tentang orang-orang alim yang dimaksudkan ini. Akhirnya, saudara rockbebeh menghantar satu email ke akaun youtube sahabat saya. Email ini akhirnya membongkar siapa identiti orang alim yang kasyaf tersebut. Saya bersyukur kepada Allah di atas email yang saya kira membantu saya memahami kenapa usaha saya ini ditentang serta melegakan hati saya yang rendah iman ini kerana akhirnya saya tahu siapa orang yang dikatakan kasyaf ini dan alim ini. Sesungguhnya hati saya sentiasa meyakini bahawa memang terdapat hamba-hamba Allah yang diberikan kelebihan melebihi keupayaan biasa orang lain, tetapi orang alim yang kasyaf lagi alim yang dimaksudkan oleh rockbebeh dan farah 6576 ini bukanlah tergolong dalam kalangan mereka yang diberikan Allah keistimewaan tersebut. Email tersebut membongkar pembohongan yang dilakukan oleh ‘orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah’ tersebut. Berikut merupakan isikandungan email yang diterima sahabat saya dan saya. Saya cuma suntingkan pada bahagian nama negeri dan nombor telefonnya:

ingat tak saya ada beli pdf syahada tu.... sebenarnya saya beli tu pasal ingin jawapan lebih lengkap untuk dimasukkan ke http://www.indonesia.faithfreedom.org/forum/index.php <---- kerna web ni forum sesat dan banyak org islam murtad kerna web ni.... dan saya ada kenal seorang hamba Allah yang mempunyai ilham dari Allah... selalu nasihatkan saya pasal ni.. menyuruh saya berdakwah... dan banyak diceritakan kepada saya tentang rahmat Allah yang mendahului kemurkaannya secara lebih detail... dan kisah suara kubur itu adalah benar.... itu hanyalah sebagai peringatan kepada manusia... bukan tujuan Allah menakutkan manusia.... tetapi sebagi memberi peringatan kepada kaum yang lalai... jika dikatakan suara itu bohong... saya disuruh tanya kepada abg tentang lafaz Allah yang ada dilangit semasa kejadian itu... adakah ianya bohong....(ed-sila baca posting saya berkenaan pembohongan azab kubur ini dan sila teliti kandungan video saya tersebut untuk mengetahui jawapannya)…….dan dia pesan cara abg seperti mendustakan... adalah berdosa... tapi takpe jika abg tak tahu... kalau abg nak kenal org ni dengan lebih dekat dengan tujuan untuk mendalami agama.... abg boleh datang *****... kerna dia boleh berkomunikasi dengan malaikat.... asalnya ramai yang tidak percaya dengan dia... tapi sampai bulan puasa pun sama dia nasihatkan dan siap bagi malam lailatul qadar.... dan dia juga berpesan supaya jika ingin dekatkan diri kepada Allah jangan sampai ada syirik sedikit pun.... dan ilham atau segalanya Allah sendiri yang akan beri pada manusia yang dikehendakinya (maksudnya sesiapa yang yakin dengan sebenar benar yakin dengan kuasa Allah) apa pun jika abg sangsi abg boleh call saya... 01974*****

berikut email keduanya selepas saya memberikan penjelasan serta menasihatkannya supaya menjauhkan diri dari ‘orang alim’ tersebut. Saya menyatakan kepadanya bahawa tiada lagi wahyu dan komunikasi terus dari malaikat yang boleh berlaku sesudah Rasulullah s.a.w. wafat, hanya wahyu dalam bentuk ilham dan mimpi orang-orang soleh sahaja yang boleh wujud selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Itu pun bukanlah wahyu seperti wahyu kenabian tetapi lebih kepada petunjuk dalam memahami serta membimbing mereka serta menjawab persoalan yang merunsingkan mereka dalam kehidupan seharian mereka mengikut landasan Islam yang sudah sedia ada iaitu berpandukan Al Qur’an dan As sunnah. Berikut adalah email keduanya dan dalam email tersebut, orang alim tersebut menasihatinya pula dengan mengatakan saya dibimbing syaitan (J).. bacalah.. ia sangat menarik….:

assalamualaikum....
tapi kalau cik abg tak percaya... ayat abg ada menyatakan kecuali org2 soleh yang bermimpikan? kerna itu lah saya percaya.... kerana disini ada seorang hamba Allah yang mempunyai kelebihan sebegitu
tapi dia bukan bermimpi... dia memperolehi menerusi suara... jangan salah faham... asalnya kami semua tidak percaya tentang suara... maklumlah takut takur syaitan... tapi dibulan puasa pun sama menyuruh berdakwah dan sentiasa mengingatkan Allah itu tersangat kasih pada hambanya.... org itulah yang memberitahu bahawa suara itu memang benar dan saya sendiri telah memperlihatkan padanya... katanya itu adalah kehendak Allah.... supaya org islam semakin beriman dan org kafir mengetahui kebesaran Allah... walaupun saudara analisis sebagimana pun diingatkan... syaitan sentiasa cuba menyesatkan anak2 adam walau apa cara sekalipun.... kalau saudara tak percaya.... atau nak jumpa sendiri dengan org ini... nanti saudara reply... saya akan balas dengan izin dahulu... kerna sebelum saya reply ni pun saya bertanya sekali lagi untuk kesahihan bukti suara kubur itu... dan atas keizinannya barulah saya reply.... dan satu lagi tentang iman mahadi itu adalah tidak benar.... memang hanya nabi isa sahaja yang akan datang.... harap saudara reply dengan tiada syaitan disisi yer.... sekian assalammualaikum....

membacanya membuatkan isteri saya, saudara Zach, Nizam dan beberapa rakan saya yang rapat mentertawakan saya. Dan ia menjadi modal lawak bodoh mereka setiap kali berjumpa saya untuk ‘persidangan teh tarik meja bulat’ atau dalam bahasa pasarnya ‘melepak di warung mamak’. ‘Orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah’ itu menuduh saya bersekongkol dengan syaitan kerana saya menafikan serta menyelidik kandungan rakaman audio terbabit. Oleh kerana demikian, saya telah menghantar satu email kepadanya mengajaknya berdialog bagi menjelaskan tuduhannya terhadap saya. Saya menjemput rockbebeh, ‘orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah’ tersebut serta ‘malaikatnya’ untuk berdialog dengan saya dan ‘syaitan’ yang mendampingi saya menerusi email untuk mencari kebenaran tuduhannya terhadap saya. Sehingga semalam saya hanya menerima satu sahaja email dari rockbebeh tanpa disertai oleh ‘orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah’ dan ‘malaikatnya’. Dari email yang diterima jelaslah kepada saya bahawa rockbebeh meyakini kejadian dialog antara ‘orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah’ dengan suara yang dikatakan malaikat itu dipercayainya menerusi sebuah cerita yang ditulis dalam sebuah blog yang dinyatakannya melalui ruang komen akaun youtube NizamPablo. Saya telah menjelaskan kepadanya bahawa sesiapa saja boleh mendakwa mempunyai pengalaman demikian, ini termasuk golongan Kristian evangelist yang menggunakan method dan pendekatan sebegini bahawa mereka sentiasa didampingi Ruhul Khuddus (Holy Ghost) dalam berdakwah.

Saya juga telah menjelaskan bahawa kejadian tersebut tidak boleh berlaku dan mengatakan bahawa suara yang mendatangi ‘orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah’ itu ialah suara syaitan sepertimana yang dinyatakan Ibn Taymeeyah dalam tulisannya “eedah ad Dalaalah fi ‘umoom ar-risalah” jilid 19 dari Kitab Majmoo’ Al Fatwaa yang diterjemahkan oleh Abu Ameenah Bilal Phillips cetakan 2003 terbitan A.S. Noordeen (www.asnislamicbooks.com). Saya mengatakan demikian berdasarkan hujah yang dikemukan oleh rockbebeh yang menyatakan bahwa ‘orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah’ tersebut juga telah memberikan kenyataan yang jelas mengenai hari di mana malam Qadr’ (lailatul Qadar) bakal berlaku pada ramadhan yang baru lepas. Dia dengan yakin menyatakan bahawa malam Qadr tersebut bakal berlaku pada malam 25 ramadhan, sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri tidak pernah menyatakan hari berlakunya malam Qadr tersebut dengan jelas. Apakah ‘orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah’ lebih mulia dan tinggi kedudukannya dari Rasulullah s.a.w.? lalu saya mencadangkan kepada rockbebeh satu jalan untuk dia mengetahui samada ‘orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah’ itu berkata benar atau tidak. Saya mencadangkan kepadanya terdapat satu jalan paling mudah untuk mengetahui samada dia berkata benar atau tidak, saya menyarankan kepada rockbebeh untuk mengajak ‘orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah’ itu pergi ke jabatan agama terdekat dalam negeri ***** tersebut dan menceritakan kepada pegawai-pegawai agama dan ustaz-ustaz yang ada di sana mengenai pengalaman menariknya berkomunikasi dengan ‘malaikat’ tersebut kepada mereka di pejabat agama tersebut. Sekiranya dia menolak untuk ke sana dengan seribu alasan, maka sangat jelas bahawa dia sendiri mengetahui bahawa apa yang diceritakannya itu satu pembohongan. Sekiranya apa yang dialaminya dengan suara tersebut sesuatu yang betul, boleh saja dia menemui ustaz-ustaz di sana bagi mendapatkan penjelasan mengenai apa yang dialaminya. Pasti mereka akan dapat membantunya memahami apa yang sedang dialaminya supaya dia dapat dibantu. Oleh kerana rockbebeh masih belum lagi reply email saya dan berdasarkan komennya di akaun youtube NizamPablo yang mengatakan dia menunggu komen saya di satuhala.blogspot.com, maka saya pun terbitkan posting ini sebagai penjelasan. Jika dialog ini terlalu panjang dan memakan masa, mungkin juga saya boleh menerbitkan satu lagi eBook baru dengan tajuk Dialog Padawan dari perguruan orang-orang alim yang kasyaf lagi mendapat ilham dari Allah sama seperti eBook saya sebelum ini Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist… sekian cerita dialog ini setakat ini, Insya Allah jika ada perkembangan saya akan muatkannya disini.. saya sangat berharap agar isu ini dapat diselesaikan… wallahua’lam..

Jika anda ingin melihat sendiri komen-komen yang dibuat oleh rockbebeh dan rakan-rakan seperjuangannya, sila klik sini untuk ke akaun youtube saudara NizamPablo di mana serangan terbuka ini dibuat.....

© November 2007 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987.

eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...

Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)


Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

11 comments:

Anonymous said...

Inilah padahnya, semakin dikaji semakin buntu. Akal manusia tidak kemana. ALLAH adalah Tuhan, sedangkan kita semua hanyalah makhluk kejadianNYA. Selagi umat manusia beriman dan berpegang teguh kepada Al-Quran dan Al-Hadis juga As-Sunnah Rasulullah saw. selagi itulah umat manusia tidak akan sesat selamanya. InsyaALLAH akan diampuni segala dosa kecuali dosa syirik. Komen saya; Apa pun boleh saja meluahkan apa-apa saja kefahaman dan persoalan, tetapi bukan untuk dimestikan supaya dipercayai seperti membuat fatwa-fatwa baru kerana ini semua bukanlah kelayakan kita yang serba jahil ini. Ingat.

satuhala said...

Jika maklumat yang di'spoonfeed' pun sukar untuk membawa kefahaman kepada yang tegar dengan fahaman matlamat menghalalkan cara... apa lagi yang boleh diperkatakan...?
Cakap biarlah serupa bikin... bila berbalik kepada Al Qur'an dan sunnah, sangat jelas Audio tersebut satu pembohongan.. rajinlah bertanyakanguru-guru agama bertauliah.. Syirik juga diampunkan Allah dengan taubat yang bersyarat.. berbaliklah kepada Al Qur'an dan Sunnah, bukan hanya dengan kata-kata, tetapi praktikkannya... Mukmin itu tidak jahil, tetapi mereka merupakan golongan yang selamat dalam berserah diri kepada Allah... rajin-rajinlah merujuk kepada apa yang disuruh rujuk dalam komen saudara... wassalam....

along said...

jazakallahukhair.. sepatutnya ramai lagi org cam anta nih. baru senang nak smpaikan kebenaran kpd sahabat2 yg lain2 nieh. terima kaseh

Anonymous said...

selagi manusia berpegang kpd 2 perkara, iaitu al-Quran dan as-sunnah, selagi itulah mereka takkan sesat.. alhamdulillah, anda telah 100% berpandukan al-Quran dan as-sunnah.. manusia tidak boleh lari SEDIKIT PUN drp 2 perkara ini..

Anonymous said...

pada mulanya saya percaya sangat-sangat percaya tentang rakaran audio ini apabila mendengar daripada vcd ceramah seorang ustaz yang ternama tersebut. setelah saya mendengar rakaman tersebut, perasaan saya tidak tenteram namun apabila blog ini membongkarkan rahsia disebalik rakaman tersebut, hati sudah kembali tenang bukan kerana saya tidak percayakan azab kubur tetapi 1 daripada 1000000 pembohongan telah dirungkai dengan cukup sempurna. saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada satuhala...

Anonymous said...

saudara...
saya pada mulanya musykil juga mendengar suara2 pelik yg dikatakan suara ahli kubur....
dalam musykil tu hampir2 juga saya percaya....tapi secara kebetulan terjumpa dgn jawapan suara misteri itu,100% saya terus menolaknya...
saya yakin dan percaya dgn kajian saudara.....tiada siapa yg dapat mendengar suara ahli kubur melainkan binatang2 yg diberikan kelebihan oleh Allah seperti mana yg pernah di sabdahkan oleh rasulullah.....kalau nak kata itu suara2 alam ghaib(dialam kubur)rasulullah juga pernah memberitahu kita bahawa para jin (selain manusia)tidak dpt mendengarnya walaupun jin juga hidup dialam ghaib.Syabas saudara diatas kajian dan fakta2 yang amat meyakinkan...inilah yang dimahukan oleh Allah agar setiap berita yang sampai dari mana asal usul yang kita tidak tahu mestilah dikaji selidik terlebih dahulu.....sebab agama Allah ini adalah agama yang tegak diatas fakta dan hujah....bukan main2 dan tipu2.

Ya Allah selamatkan kami dari buta kebenaran...tapi celik pada kajahilan......

Jamil AsSabah...

satuhala said...

Wa'alaikumsalam, TQ reversebiased, along, cyclone crusher, anonymous. Sekurang-kurangnya usahayg sedikit itu memberi manfaat kepada sesiapa yg menghargainya.. terima kasih dan segala pujian itu hanya bagi Allah..

Royy said...

saya kagum dengan usaha dan keilmuan saudara.. saya agak saudara melangkah ketika usia masih muda untuk berjihad dijalan Allah.. sayangnya waktu muda saya tidak seperti saudara.. saya cemburu dengan saudara kerana waktu muda tidak diisi dengan ilmu dan keimanan yang teguh.. adakah ia takdir Allah ataupun kelemahan diri saya?.. jangan salah faham, saya faham saya tidak sepatutnya menyalahkan takdir kan? ikhlas saya katakan, usaha saudara bukanlah sia2.. semoga Allah merahmati saudara dan mati saudara adalah syahid.. amiin !!

Anonymous said...

maaf kan saya saudari@saudari yg empunya blog..saya bukan nak membelah di pahak mana2 pun..cuma terfikir dari dari otak yg dikatakan di cipta oleh yg maha esa untuk disuruh kita berfikir...kata2 saudari/ra.. kita salah jika kita mempercayai sesuatu tanpa ada kesahihan.. penah kah saudara/ri cuba untuk berfikir apakah yg tertulis di dalam alquran itu benar atau sahir sedang kan yg membuat alquran itu sendiri adalah maknusia yg MENDENGAR DARI FIRMAN2 ORANG YG TERDAHULU...yg kita sendiri tidak tahu bagaimanakah rupa n parasnya dan tidak juga boleh dibayang2kan..serta kita patut mempercayainya..terfikir tak akan saudara/ri(jika mengunakan akal yg saudari/ra tahu ia nya di cipta untuk disuruh berfikir)adakah ini satu pembohongan yg di buat umat maknusia (islam) demi menegak kan islam itu indah...sedang kan kita juga mempertikaikan bahawasahnya umat isalam itu penganas sedangkan dalam alquran sendiri menceritakan untuk memusnah kan bangsa mereka..hinga akhir zaman..
saya juga penah terbaca dalam tafsiran alquran mengatakan bahawa sahnya kaum yahudi tidak akan ade sedikit pun tanah untuk negara mereka...tapi skarang bukan sahaja tanah bahkan memiliki bendera..adakah alquran BERBOHONG!!..ATAU MAKNUSIA YG MENULIS ITU MENOKOH TAMBAH...


munkin kata1 saya ini saudara/ri boleh menyangkal dengan mengatakan bahaba kita patut berpegang teguh pada rukun iman dan islam..tanpa rukun jatuh atau goyah lah seseorang maknusia (islam ) itu...fikir2kan lah ayat saya yg terakhir itu jika itu kesimpulan yg saudara/ri gunakan...jika ada kesimpulan yg lain sila lah antar pada email saya kerna ingin saya mendalami nya...>>>ERRYRUFF85@yahoo.com.. amat dihargai..

pokku(putrajaya) said...

Salam Tuan,

mungkin ana dah terlewat berbanding dengan anta semua...tapi yang pasti Jazakallah HuKhairan ya syeikh kerana usaha anda...kejayaan dan kebenaran akan sentiasa bersama orang2 yang ikhlas...Apa yang dinyatakan didalam Alquran&Al sunnah sememangnya yang terbaik untuk kita ikuti...

Anonymous said...

Assalammualaikum.....mudah-mudahan rahmat Allah SWA kami semua (mereka yg beriman)....

Perkara2 yg ghaib hanya Allah SWA yg maha tahu (so rujukannya adalah Al-qurqn & Al-hadis soheh Rasulullah saw) dan manusia yg paling tahu tentang perkara2 yg ghaib (terbatas pada apa yg Allah sampaikan sahaja)adalah rasul2 Allah (so rujukan kita adalah Al-Quran & Al-Hadis soheh rasulullah saw) DUA sumber ini sahaja yg akan menjamin kepada petunjuk kebenaran & penghindar kesesatan.....
mereka para TARIKAT, TASAUF & aliran KESUFIAN (rujuk kpd yg sesat saja) sangat cenderung dengan benda2 yg pelik2 ajaran guru2 mereka,sangat taksub dan akan tuduh orang lain yg bukan aliran mereka telah tersesat & kawan syaitan.......JANGAN LEMAH DENGAN GOLONGAN INI

WASSALAM
ABU DANIAL