Saturday, May 19, 2012

Gerakan Dajjal? Bah. 3 (Serangan Melalui Media)

5

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Sebelum ini telah saya nyatakan di dalam blog ini bahawa pada setiap saat dan masa, akan terdapat usaha terancang dari pihak-pihak yang dikawal oleh satu gerakan dari luar untuk menjalankan usaha bagi memburuk-burukkan Islam. Mereka melakukan melalui pelbagai gaya dan cara. Ini termasuklah dengan menggunakan media-media yang kini dikawal oleh tangan-tangan mereka.

Kumpulan ini mendapat dana dari sejumlah badan-badan yang ditubuhkan di luar negara. Ia bagi menjalankan usaha mendoktrinisasikan pemikiran muslim supaya mempunyai rasa tidak selesa kepada agama mereka. Dalam masa yang sama, gerakan ini akan sedaya upaya menggerakkan agenda mereka supaya orang-orang bukan Islam pula membenci setiap apa yang disabitkan dengan Islam dan seumpamanya. Pemberi dana merupakan beberapa gerakan antarabangsa yang mendapat suntikan modal dari sekumpulan manusia yang bercita-cita untuk menguasai dunia melalui penaklukan pemikiran, perang dan gerakan-gerakan parasit yang bakal melumpuh setiap kerajaan serta sistem penguasaan yang wujud di dalam dunia pada masa kini bagi memberi laluan kepada pelantikan kerajaan-kerajaan boneka yang cenderung kepada mereka.

Gerakan ini telah menebarkan pelbagai kumpulan dalam setiap negara yang menjadi sasaran mereka untuk bergerak di dalam pelbagai sayap yang telah ditugaskan untuk menunjukkan secara palsu yang mereka ini sedang memperjuangkan sesuatu hak, tetapi pada hakikatnya mereka sedang berusaha sedaya upaya untuk menarik sokongan dari khalayak. Kumpulan-kumpulan ini, walaupun dipecahkan kepada sayap-sayap perjuangan yang berbeza, mereka sebenarnya mempunyai motif utama yang sama iaitu mengumpulkan pengikut serta mendapatkan pengaruh supaya berat suara mereka akan segera diberi perhatian oleh golongan pemerintah. Mereka akan dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan berikut yang akan ditugaskan memperjuangkan perkara-perkara yang telah ditentukan ke atas mereka. Antaranya ialah sayap yang memperjuangkan hak asasi wanita, sayap yang memperjuangkan Hak Asasi Manusia, sayap yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara, sayap yang memperjuangkan hak-hak perundangan, sayap yang memperjuangkan kebebasan kewartawanan, sayap perjuangan yang kononnya memperjuangkan sistem politik yang lebih adil, sayap yang memperjuangkan kebebasan berkarya di dalam industri seni, sayap perjuangan yang sentiasa cuba disabitkan dengan perjuangan Islam (tetapi hakikatnya tidak)  dan pelbagai pecahan lagi.

Penulisan kali ini akan cuba menjelaskan apa yang biasa mereka lakukan di dalam penyuntikan doktrin-doktrin secara halus dan terkadangnya dengan perlakuan yang sangat jelas bagi tujuan menimbulkan kebencian kepada Islam dan kedudukan agama suci itu di dalam negara ini. Sejak 2007, saya telah beberapa kali membuat post di dalam blog ini bagi mengingatkan kepada para sahabat pengunjung tentang usaha-usaha halus agen-agen anti-Islam di dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris tempatan. Contoh penulisan boleh di baca di sini (http://satuhala.blogspot.com/2009/11/meatless-day-kenapa-mesti-menyambutnya.html), sini (http://satuhala.blogspot.com/2009/11/agen-anti-islam-di-dalam-akhbar.html), sini (http://satuhala.blogspot.com/2008/01/mereka-ingin-meminjam-allah.html), sini (http://satuhala.blogspot.com/2009/03/kenapa-sampai-perlu-meraba.html) dan sini (http://satuhala.blogspot.com/2010/01/gerhana-awal-2010.html).

Begitu juga dengan keratan-keratan akhbar berikut. Perhatikan keratan akhbar di bawah ini bagaimana sang penulis membuat satu insinuasi bahawa laungan azan itu adalah salah satu jenis bunyi bising yang telah dipakejkan dengan nama lain. Dia mencadangkan secara halus dengan menggunakan quote dari pementasan Shakespeare.



Begitu juga dengan keratan akhbar berikut yang menunjukkan bagaimana sayap-sayap yang dinyatakan di atas bergerak atas satu arahan supaya menghalang dengan sedaya upaya sebarang usaha atau tindakan bagi mana-mana mahkamah syariah di dalam Malaysia untuk mendekatkan sistem perundangan tersebut mengikut sistem undang-undang Islam sepertimana ia seharusnya dijalankan seperti yang ditunjukkan Allah dan RasulNya. Lihat sahaja bagaimana sayap-sayap yang saya maksudkan di atas, setelah diberikan dedak oleh penternak mereka, mereka bersatu menentang hukuman sebat yang dikenakan ke atas seorang wanita yang didapati bersalah meminum arak. Dengan modal hujah yang sama, mereka bergerak atas modus operandi yang sama di dalam media-media yang dekat dengan perjuangan mereka, untuk melancarkan satu serangan bersepadu ke atas sistem syariah serta agama Islam dengan tanpa selindung. Malaysia pada ketika itu dipimpin oleh seorang pemimpin yang amat lemah sehinggakan menyebabkan parasit-parasit gerakan dajjal ini berani menonjolkan wajah-wajah mereka masing-masing. Sehingga ke satu tahap apabila seorang penyunting bukan Islam dengan penuh berani dan biadab mengajak seluruh umat Islam dan bukan Islam menentang sistem perundangan agama dan orang-orang agama (baca Islam) yang dikatakan menindas.



Lihat bagaimana sayap-sayap kepada gerakan ini digerakkan dengan modal yang sama. Menggunakan hujah yang hukuman sebat (baca hukum syariah) itu tidak dapat menakutkan serta menghalang mana pihak unuk terus melakukan maksiat dan perbuatan buruk. Mereka berhujah dengan menyebut mereka memetik ‘kata pakar’ tetapi tidak sekelumit pun fakta dan statistik kadar jenayah dikeluarkan mereka untuk menyokong apa yang mereka sebutkan.





Sedangkan fakta-fakta dan statistik dari negara-negara yang menjalankan perundangan Islam secara penuh dan total menunjukkan masalah-masalah sosial dan perbuatan-perbuatan jenayah berada pada tahap yang sangat terkawal dan sangat minima jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Tidak cukup dengan itu, majalah Times sendiri di dalam keluaran 5 Mac 2007 sebelum, meludah ke muka agen-agen biadab ini kisah realiti yang sedang berlaku di Indonesia. Ia berkenaan keadaan di mana beberapa buah daerah di Indonesia telah dibenarkan menjalankan perundangan syariah mereka masing-masing. Salah satu contoh yang disebut di dalam mukasurat 17 dalam majalah berkenaan ialah kisah sebuah daerah yang dinamakan Padang di Bulukumba. Daerah ini telah menjalankan sebahagian dari bentuk perlaksaan hukuman syariah yang dibenarkan pemerintah iaitu menjalankan hukuman sebat ke atas kesalahan zina, mencuri, berjudi dan minum minuman memabukkan. Time memetik kenyataan ketua kampung tersebut yang menyatakan bahawa kampungnya, sebelum dari perlaksanaan undang-undang syariah, tidak pernah aman dari kes kecurian. Kes kecurian dikatakan berlaku hampir setiap hari. Walaubagaimanapun selepas perlaksanaan hukuman sebat mengikut sistem syariah, masalah pencuri dan kecurian seakan lenyap. Sehingga 2007 selepas dilaksanakan hukum syariah, hanya empat kes dicatatkan dihukum sebat atas kesalahan mencuri. Jadi, dari pakar mana agen-agen biadab di atas mengambil fakta untuk menegakkan benang mereka yang basah? Perhatikan petikan majalah Time berikut.



Begitu juga dengan dakwaan kumpulan splinter dalam Islam yang mengatakan hukuman sebat ke atas wanita merupakan sesuatu yang tidak patut dilaksanakan. Mereka berhujah bahawa, tidak patut wanita disebat atas kesalahan-kesalahan syariah disebabkan daya tahan mereka tidak sama dengan lelaki. Jika sebelum ini dalam perjuangan mereka, mereka mendakwa tiada perbezaan antara lelaki dan wanita dan wanita mempunyai hak yang sama sebagaimana lelaki diberikan hak, entah kenapa tiba-tiba, dalam kes perundangan syariah, mereka tidak lagi memperjuangkan hak persamaan gender. Jika anda mengikuti mereka sebagai kiblat, anda juga anda menjadi gila seperti mereka. Mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka mahu dan mereka sendiri tidak tahu yang mereka perjuangkan kecuali menurut perintah pihak-pihak yang menternak mereka bagi tujuan-tujuan tertentu. Sedangkan telah menjadi pengetahuan masyarakat umum dan komuniti saintifik yang menyatakan bahawa wanita itu lebih kuat untuk menahan kesakitan berbanding lelaki dalam bentuk-bentuk kesakitan yang tertentu. Malah majalah Readers Digest pada keluaran Julai 2009 membincangkan tentang ketidaksamaan gender dan hak-hak berlainan yang sepatutnya diberikan secara berasingan kepada lelaki dan wanita. Perhatikan petikan majalah tersebut seperti di bawah.



Entah kenapa, gerakan feminisme Malaysia hanya gemar menumpukan perjuangan mereka kepada hak-hak untuk menyundal, membiarkan wanita-wanita dieksploitasi, hak untuk meruntuhkan rumahtangga, hak untuk berjimak ala binatang tanpa had dan sempadan dan menghalang sebarang usaha mana-mana pihak untuk memanusiakan golongan wanita serta memberi secebis rasa hormat kemanusiaan kepada golongan wanita? Selekeh benar tahap perjuangan gerakan feminis aras kumbahan negara ini. Sedangkan terdapat pelbagai perkara lagi yang harus mereka perjuangkan untuk wanita. Kenapa tiada suara mereka di dalam perjuangan menuntut hak wanita untuk mendapat ubat-ubat yang hanya direkacipta untuk adaptasi tubuh wanita? Kenapa tidak perjuangkan hak wanita untuk mendapat khidmat imbasan kesihatan yang khas untuk wanita dan tidak menggunakan protokol biasa di hospital-hospital yang melayan lelaki dan perempuan dengan imbasan simptom-simptom masalah kesihatan yang sama? Kenapa tiada suara mereka dalam memperjuangkan hak untuk tidak dieksploitasi di dalam penjualan-penjualan produk yang tidak ada kena mengena dengan wanita? Kenapa tidak diperjuangkan hak bagi wanita untuk mendapatkan pendapatan dengan menjadi surirumah sepenuh masa? Kenapa mencampakkan diri serta perjuangan yang seharusnya mulia ke dalam satu putaran kebodohan yang tak terubat? Pelik benar dengan golongan ini.

Oleh kerana rimas dengan hujah-hujah tak masuk akal serta serangan demi serangan ke atas sistem syariah yang baru mahu bertunas dan berkembang sedikit demi sedikit dalam negara ini, saya menulis satu email dan mengirim sepucuk surat kepada penerbitan akhbar yang menjadi lubuk serangan tersebut. Mereka ini perlu didiamkan. Surat tersebut bagi menjawab sebuah artikel tulisan seorang wanita anak bekas seorang pemimpin yang saya hormati. Tulisannya memperlekehkan peranan yang cuba dimainkan oleh orang-orang Islam dalam memastikan setiap muslim perlu dijaga oleh satu set sistem undang-undang dan cara hidup yang telah ditetapkan Allah. Dia berkata, tidak perlu tindakan mengharamkan arak dan kemudian menyindir sampai bilakah umat Islam dapat berdikari sekiranya segalanya perlu dilakukan kerajaan dan set undang-undang untuk menjaga supaya muslim tidak terjebak dengan dosa. Arak baginya perlu dibenarkan dijual dengan bebas. Oleh kerana penulisannya seumpama seorang yang mabuk dengan todi liberalisme, saya mengingatkannya kedudukan arak dan dadah di dalam Islam adalah sama. Jika arak mahu diliberalisasikan penjualannya, kenapa tidak sahaja turut mencadangkan najis dadah turut boleh dijual secara terbuka? Kenapa tidak turut mencadangkan semua bentuk hukuman serta undang-undang yang mengahalang penjualan dadah dan arak dihapuskan?

Di dalam email yang penuh kepada mereka, saya turut mencabar mereka supaya pergi ke Bukit Aman dan minta supaya jangan mengambil sebarang tindakan ke atas penagih, pembuat serta pengedar dadah. Arak dan dadah keduanya dalam kelas yang sama. Islam memandang keduanya sama. Keduanya menutup pemikiran dan merosakkan. Entah apa yang terjadi selepas itu penyiaran surat itu, tiada lagi banyak kedengaran serta terlihat tulisan-tulisan yang membuat desakan ke atas sistem syariah supaya ianya dihalang dari menjalankan haknya. Saya tidak pasti apa yang berlaku, tetapi mungkin kerana ada campur tangan pihak Istana bagi meredakan isu ini, ia diam sebentar. Tidak lama kemudian pemimpin Malaysia yang amat lemah itu ditukar. Syukur parti yang mendukungnya berani membuat perubahan. Itu bahayanya jika tersilap memilih pemimpin di negara majmuk seperti Malaysia. Malaysia bukan seperti Tunisia, Libya, Yaman, Mesir, Syria, Iraq dan Iran di mana satu kuasa Muslim jatuh, ia akan segera diganti oleh kerajaan yang diperintah oleh Muslim yang lain. Negara seperti Malaysia yang peratusan umat Islamnya tidak sampai 70%, kejatuhan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, belum tentu kan digantikan oleh kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam yang lain. Selepas tempoh mereka berbulan madu tamat dengan tamatnya perkhidmatan pemimpin tersebut, kini mereka ,menyelinap ke dalam gerakan-gerakan baru dengan modus-modus operandi baru tetapi masih menjalankan kegiatan yang sama untuk memastikan sistem perundangan Islam tidak tertegak di Malaysia. Mereka mengipaskan permusuhan antara dua parti politik Melayu yang terbesar supaya mereka akan sentiasa dapat menumpang semangkuk dan mendapat masa tambahan bagi menjalankan agenda besar mereka di masa hadapan nanti. Jangkitan wahan yang melekat sehingga ke tulang hitam politikus Melayu yang mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam dengan memisahkan diri dari jemaah yang satu menjadi baja yang menyuburkan gerakan mereka. Tanpa ramai yang sedar, sistem syariah sediada sedang cuba diserang mereka secara habis habisan. Bagi mereka, lebih baik segera mencantas tunas sebelum ia berubah menjadi batang pohon yang lebih sukar ditumbangkan nanti. Lihat sahaja petikan surat terbuka mereka di kes sebat seperti di atas. Mereka tanpa segan silu dan takut untuk menyatakan hasrat mereka bagi menghapuskan sistem syariah sediada di Malaysia ini sebagai matlamat jangka panjang mereka. Malang sekali ramai yang tidak sedar.


Setelah beberapa tahun bergelumang dan ‘berperang’ dengan agen-agen provokator gerakan dajjal, saya belajar sesuatu, jangan berfikir sebagaimana mereka mahu kita berfikir apabila berhadapan dengan pihak mereka. Dalam fikiran mereka, setiap perbuatan provokasi yang dilakukan mereka akan segera disambut dengan gaya tipikal orang-orang Islam bertindak. Jelas, mereka sebenarnya telah bersedia dengan jawapan balas dan bagaimana untuk mematahkan serangan balas umat Islam yang bertindak balas di dalam kerangka pemikiran yang mereka mahukan. Tetapi mereka akan menjadi kaget apabila sambutan reaksi kepada provokasi mereka dipakejkan kembali di dalam bentuk yang tidak pernah mereka sangka-sangka.

Selepas ini, saya akan jelaskan lagi bagaimana hujah dengan menggunakan hujah selain fakta-fakta agama dan ayat-ayat al Qur'an dapat memerangkap mereka di dalam permainan serta jerat yang mereka pasang ini. Beberapa pengalaman lalu berhujah dengan pihak mereka di media milik mereka akan saya kongsikan untuk sama-sama kita belajar dan perbaiki teknik untuk berhadapan dengan golongan mereka. InsyaAllah, penulisan ini akan saya sambung pada hari Khamis, 24 Mei 2012 tepat jam 0630 pagi.


© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.


Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

5 comments:

rizal hass said...

assalamualaikum tuan,
islamic renaissance front (apakah islam yang membawa kecerahan kepada eropah dan seterusnya mencorak dunia moden perlu direnaissancekan?)
monash university lecturer kepala...mesti KAF, IKD n mesti imam mahdi aka asian renaissance man!
penulis liberalis mcm yang tuan kata tu bodoh tapi berselindung dengan bahasa penjajah kalau penulisan depa masuk psyche melayu dah lama dah depa ni kena bungkus mcm cysts-ters in islam, lani dah senyap sikit...lani giliran IRF plak nak sesatkan muslim atas nama moderat!
muslim itu sendiri moderat..asas islam itu sendiri sederhana buktinya..robert fisk kata semua muslim yg dia jumpa seharian selama 30 tahun di dunia islam ialah seorang moderat...kita yang tidak mengejek wanita-wanita umno semasa outnumbered di permatang pauh masa election 2008 ialah moderat, kita yang tidak pukul polis dan pemberita ialah moderat, kita yang tidak angkat senjata dan pedang bila orang hina agama kita, ialah moderat (?!), kita tidak perlu IRF ataupun mana-mana so called moderat muslim intelektual untuk bagi cop halal.
penting untuk kita sedar dan tahu getus hati kita yang kita moderat di mata Allah swt. InsyaAllah, amin.

shamsadis said...

betul, serang mereka dengan fakta mereka sendiri.

shamsadis said...

betul, serang mereka dengan fakta dari mereka sendiri. aku selalu guna masa berdebat dalam forum dengan golongan macam mereka nie.

satuhala said...

W'alaikumsalam Rizal Hass,
satu kebiasaan apabila tembelang mula pecah, mereka akan buat repackaging dlm bentuk2 gerakan baru tetapi tetap memperjuangkan perkara yg sama.

Islam itu sendiri jalan umat pertengahan. Mrk tidak pernah ekstrem. Cuma label2 dihalakan kepada mereka apabila sahaja mereka mahu memainkan peranan menyelamatkan dunia dari diperkudakan dajjal dan teroris Imperialisme barat.

Hairan benar melihat kelakuan sekumpulan muslimat bertudung labuh mencarut2 dan mencerca saudara segama mrk semasa di PRK Permatang Pauh 2008. Tuan dan aku di sana memerhati dengan diam, melihat manusia2 dirasuk puaka. Mereka mengangkat bendera kapal angkasa merah dgn serban masih di kepala dengan harapan boleh mendarat di bulan dengan angkasa lepas kendalian Joseph LGE, lelaki kristus persis sesumpah.

Entah kenapa mata mereka terkabur dgn semua ini. Walaupun setiap kali aku mengundi di Permatang Pauh calon-calon yg aku undi kalah, tapi tak pula aku pergi menjilat najis tinggalan Biga dan bergolek2 atas jalan mendakwa PRU itu penuh pembohongan. Tidak ada sehelai pun baju dan serban kuning dalam almari aku sebagai protes kerana calon2 yg aku undi tidak pernah menang. Jika benar begitu, sudah tentu P44 dimenangi dn cara yg salah.

Mmg pelik dgn perlakuan manusia2 dalam dunia ni.

satuhala said...

Shamsadis,
Itu cara yg terbaik supaya mrk tiada kesempatan untuk menyerang agama serta pegangan kita. Pre-emptive strike kata George W. Bush.