oleh Muhammad Ibn 'Az
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah s.a.w., ahlul baitnya, para sahabat, tabi'in dan mukminat mukminat keseluruhannya. Masa yang dinantikan kini telah pun tiba, Jika anda biasa dengan blog ini, anda akan cepat mengenali siapa itu Geert Wilders, Sang Orang Belanda yang sudah seakan-akan menjadi maskot tetap blog satuhala ini. Sang Orang Belanda telah pun mendabik dada menerbitkan filem Fitna minggu lepas. Nasihat saya kepada semua sahabat di sini, kita jangan cepat melenting. Persetankan saja si bahlol yang tegar bebalnya ini.
Tindakannya itu merupakan satu sunnah tindak balas normal bagi mana-mana pihak yang sedang kecewa teruk dalam mengalami kekakalahan. Percayalah.. kita sedang memenangi perjuangan jihad ini. Belanda dengan 16.4 juta penduduk kini mempunyai hampir satu juta penduduk beragama Islam yang kebanyakannya berada pada kualiti mukmin.
Rancangan saya pada mulanya, ingin saya uploadkan artikel A’isyah saya malam ini (ed – InsyaAllah, saya uploadkan bahagian pertamanya pada hari Khamis), tetapi memandangkan sebentar tadi, saya menonton berita TV 3 yang menunjukkan Datuk Firdaus Ismail turun di atas jalan berdemonstrasi bersama sekumpulan Muslim membantah kerajaan Belanda yang seolah membisu mengenai si maskot bebal negaranya, maka sebagai Muslim, adalah tidak memenuhi fardu kifayah sekiranya saya hanya berdiam diri dan membiarkan emosi Muslim yang lain tercabar dengan lawak jenaka maskot bebal itu tadi.
Sebelum kita bertindak melulu, kita seharusnya fahami dulu apa situasi sebenar sehingga membuatkan Sang Orang Belanda yang tegar dengan bebalnya itu bertindak demikian. Saya memiliki sebuah buku yang ditujukan kepada missionary Evangelival yang memaparkan statistik negara-negara sasaran untuk di Kristiankan. Saya berjaya mendapatkan buku ini melalui pihak ketiga yang membantu saya mendapatkannya satu ketika dulu. Buku yang menyeru semua orang-orang Kristian ‘berdoa’ untuk setiap satu negara yang diharapkan suatu hari nanti akan dianuti oleh majoriti Kristian. ‘Berdoa’ di sini bukan hanya berdoa dalam erti kata literal, tetapi berdoa dalam kamus para evangelist, membawa maksud, hulurkanlah bantuan seberapa dapat dalam memastikan sasaran yang diletakkan dapat dicapai.
Malaysia
Lampiran-lampiran berikut saya masukkan sebagai mukaddimah terhadap misi golongan Evangelist di seluruh dunia termasuk dunia Nusantara kita.
Berikut sasaran mereka untuk Malaysia , Indonesia , Brunei dan Singapura menjelang tahun 2000 (M.I.A.-oleh kerana edisi buku tersebut ialah cetakan tahun 1993, maka sasaran yang mereka letakkan ialah tahun 2000. Cetakan terbaru buku ini dengan judul yang sama ‘Operation World’ telah terbit pada 2001. Saya masih gagal mendapatkannya.. InsyaAllah jika dipermudahkan Allah saya akan cuba menghubungi beberapa kenalan untuk membantu saya..’)
Pada 1992, DAWN (Discipling A Whole Nation) telah dilancarkan dengan oleh gabungan 14 denominasi Kristian di Malaysia dengan sasaran seperti berikut menjelang tahun 2000 :
1) Untuk membina 4000 buah gereja di Malaysia .
2) Untuk membolehkan sekurang-kurangnya 200 aktiviti keagamaan dilakukan dalam bahasa Melayu.
Untuk sasaran kedua tersebut, mereka akan cuba berusaha untuk membolehkan semua buku-buku Kristian dalam Bahasa Indonesia dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia dan mendesak kerajaan untuk menarik balik larangan ke atas penggunaan istilah-istilah tertentu yang dianggap sebagai nama-nama khas dalam Islam daripada digunakan oleh Kristian di Malaysia. Satu contoh terbaik, cubaan mereka untuk mendesak kerajaan membenarkan mereka menggunakan nama Allah bagi Tuhan yang dirujuk dalam agama Kristian. Saya pernah memberi ulasan mengenai perkara ini tidak lama dahulu. Selainnya, anda semua boleh baca dalam semua lampiran di bawah.
Apa kena mengena semua ini dengan Geert Wilders? Sebenarnya mereka ini mempunyai misi untuk menakluk dunia dengan agama mereka. Sasaran mereka yang paling utama ialah negara-negara
Peratusan penganut Kristian sedang jatuh merudum di Barat. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku dengan agama Islam di sana . Peratus orang Islam meningkat mendadak sehingga membimbangkan golongan Kristian di sana . Ini termasuklah Geert Wilders itu sendiri.
Menurut statistik yang diberikan dalam buku ‘Operation World’ itu tadi, Belanda mempunayi 2.7% penduduk Islam pada tahun 1993. Setelah saya membuat semakan sebentar tadi dengan laman web C.I.A., sangat mengejutkan apabila jumlah penduduk Islam di Belanda telah meningkat kepada 5.4% dari jumlah keseluruhan penduduknya.
Ini menunjukkan sepanjang 15 tahun yang lepas, iaitu dari tahun 1993 -2008, penduduk Islam telah meningkat jumlahnya pada kadar 100%. Jika ianya konsisten, maka 15 tahun lagi, kita akan dapat menyaksikan yang Belanda akan mempunyai lebih 10% jumlah penganut Islam di dalamnya. Ini kerana peratusan perkembangan golongan Kristian di sana berada di bawah penambahan sifar! Dan ianya berlaku semenjak tahun 1993 lagi! Perhatikan statistik di bawah ini:
Tahun 1993:
Roman Catholic 35.6%, Protestant 28.3%, Muslim 2.7 %, tiada agama 30.6 %
Sumber : ‘Operation World’, Patrick Johnstone, Zondervan Publishing House 1993.
Tahun 2002: Roman Catholic 31% , Dutch Reformed 13%, Calvinist 7%, Muslim 5.5%, other 2.5%, tiada agama 41% (2002)
Analisis terhadap statistik di atas, menunjukkan penganut Katolik mengalami penguncupan sebanyak – 4.6%, begitu juga dengan Protestant dengan penguncupan sebanyak -8.3%. Peningkatan golongan yang meninggalkan Kristian di Belanda juga semakin tinggi dengan peningkatan sebanyak 10.4%. Kenapa mereka meninggalkan Kristian secara beramai-ramai? Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan ‘orang’ yang ditinggalkan bukan?
Itulah fakta yang mengecutperutkan Sang Orang Belanda. Agama anutannya bakal menjadi minority tidak lama lagi. Jadi, tak perlulah kita terlalu bersedih dengan orang-orang yang kecewa. Muslim harus bertindak bijak dan menggunakan kuasa yang lebih besar dari bom nuklear yang ada dalam poket masing-masing. Teringat saya dengan kata-kata Muhammad Ahmedinejad, Presiden Iran . "Jika bom-bom nuklear itu boleh menyelamatkan mana-mana negara yang mempunyainya, kenapakah Kesatuan Soviet boleh jatuh dan mengalami kehancuran?".
Ekonomi merupakan faktor terpenting dan merupakan jantung kepada kekuatan sesebuah negara. Bila jantung sudah tidak bergerak. Maka keseluruhan tubuh akan mati biarpun si pemunya tubuh itu seorang yang sasa dan tegap tubuhnya. Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana telah meletakkan kekuatan ekonomi kepada umat Islam dengan anugerah bahan asli terutamanya minyak pada hampir setiap negara Islam. Yang tidak bijaknya ialah muslim yang tidak tahu atau tidak mahu menggunakannya sebagai satu mekanisma pendesak. Kita juga jangan cepat menyalahkan pak-pak Arab yang semakin mabuk dengan kekayaan dunia itu. Setiap seorang dari kita orang Islam yang membentuk 1.3 billion atau 1 dalam setiap 6 orang penduduk dunia juga harus bijak menggunakan kekuatan yang ada pada kita. Tak kira berapa pendapatan kita, setiap ringgit yang kita belanjakan mempunyai impak terhadap apa jua perkara yang ada disekeliling kita.
Dua tahun lepas kita telah berjaya membuatkan sebuah syarikat pengeluar ubat gigi menjadi bagai cacing kepanasan di atas sokongan dan bantuan kewangan yang diberikan syarikat pusatnya kepada perjuangan Israel . Jika anda seorang pemerhati media, anda akan sedar bahawa ketika boikot produk tersebut sedang berlangsung secara tidak rasmi, pihak syarikat tersebut mula memasang strategi untuk menambat kembali hati orang-orang Islam dengan menerbitkan risalah-risalah iklan satu muka surat penuh dalam akhbar-akhbar berbahasa Melayu dengan menyatakan bahawa ubat gigi mereka merupakan produk halal yang diperakui sebuah jabatan agama Islam.
Tempiasnya turut terasa bila, iklan produk mereka di kaca t.v. mula menunjukkan model-model yang bertudung dan mula memperkenalkan sebuah produk yang sangat berkaitan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Jangan kita terpedaya dengan perubahan kosmetik mereka ini dan jangan kita lupa akan perbuatan mereka selama ini. Allah s.w.t. telah memberikan amaran kepada kita bahawa, mereka-mereka dari golongan ini akan menunjukkan belang mereka membenci orang-orang Islam pada ketika mereka telah berkuasa di atas muslim. Pada ketika mereka memerlukan kita, berbagai bunga akan cuba ditaburkan. Jangan kita dikelabukan oleh perbuatan tidak ikhlas yang hanya pada lapisan kosmetik ini.
Ingat… jangan risaukan tuduhan-tuduhan Sang Orang Belanda, Geert Wilders itu. Sepertimana yang saya telah jelaskan dalam beberapa entry dalam blog kendalian saya sebelum ini, setiap apa yang dituduhnya ke atas Islam itu, kitab di tangannya menceritakan perkara yang berpuluh kali ganda lebih teruk lagi.
Maka saya ingin menyeru semua umat Islam supaya mula berkira-kira di mana kita akan hulurkan setiap ringgit di tangan kita mulai pada hari ini. Sudah semestinya, sang Orang Belanda ini harus di ajar. Ajar dia dengan menyentap jantung negaranya. Fitrah manusia yang diserang sakit jantung ialah dia akan cuba menggapai apa saja yang boleh disekelilingnya. Bila Belanda mula mendapat serangan jantung, Geert Wilders ini akan menjadi sasaran komuniti bisnes mereka. Komuniti bisnes mereka juga kini sedang berkira-kira untuk menyaman Sang Orang Belanda tadi sekiranya terdapat boikot dari negara Islam.
Jangan kita bertindak melampau dalam melakukan demonstrasi. Bertindak secara senyap itu lebih meninggalkan kesan yang sangat mendalam ibarat kanser yang memakan tuan punya tubuh dari dalam. Kesannya sangat perit, dan untuk mengubatinya juga membawa kesan yang amat perit. Jangan termakan provokasi si bebal tersebut. Apa yang harus kita lakukan ialah bertindak! Cari maklumat mengenai semua produk Belanda dan ringgit kita pastikan tidak mengalir ke sana . Yang penting seluruh dunia Islam harus bersatu. Ini bukanlah masanya untuk berbicara mengenai songkok dan kopiah. Pencak harus dimula walaupun sumbang langkah awalnya. Ayuh bertindak secara bijak dan berkesan! Sebelum menamatkan posting ini, saya ingin mengajak anda menonton video dari youtube di bawah. Video ini merupakan bahagian pertama dari 6 bahagian yang dimuatkan. Sesudah habis menonton bahagian pertama, harap dapat anda semua teruskan menonton sehingga bahagian akhir di youtube. Wallahua'lam...
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...
Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)
eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...
Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)