Thursday, September 9, 2010

Selamat Menyambut Aidilfitri

Assalamu'alaikum wrt,


Kepada semua pengunjung blog ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri. Semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan di tahun hadapan dengan azam untuk memperbaiki segala kelemahan tahun ini. InsyaAllah. Bagi yang pulang ke kampung halaman, semoga Allah memberi keselamatan di dalam perjalanan pergi dan pulang. Maaf zahir batin kepada semua.

Wednesday, August 25, 2010

Syahadah Gadis Ateis Cetakan Kedua..

oleh : M.I.A.


Bismillahir Rahmanir Raheem... Alhamdulillah, dari post yang dimuatkan di dalam blog Chairman PTS, cetakan kedua novel Syahadah Gadis Ateis bakal memasuki gudang PTS di dalam minggu ini. InsyaAllah tidak lama lagi ia akan kembali memasuki pasaran.. Terima kasih semua kerana menyokong dan memberikan maklumbalas bagi tujuan pembaikan selama ini.. Allah jua membalas segala kebaikan dengan rahmat dan kebahagiaan kepada tuan-tuan di dunia dan akhirat.. Amin..


Tuesday, August 24, 2010

Ini Palestin kita...

oleh : M.I.A.
Bismillahir Rahmanir Raheem.. Sebelum ini telah berkali-kali di dalam blog ini saya mengingatkan bahawa perpecahan antara kita disebabkan alasan dan kecenderungan politik yang dangkal dan melampau, amatlah mendukacitakan. Perpecahan ini tidak membawa sebarang kebaikan. Ianya sangat-sangat memudaratkan kepada kita semua. Jangan hanya kerana dua parti politik terbesar umat Islam di Malaysia berpatah arang, kita semua mahu turut berpecah. Kita harus mengambil peduli tentang perkara ini. Ini kerana di dalam sistem demokrasi (M.I.A.: Ini sistem kenegaraan yang lemah dan tidak kebal dari perbuatan manipulasi, ia pendapat peribadi saya), jumlah majoriti yang terbentuk membentuk asas kekuatan yang memerintah negara. Jika kita turut sama bermusuhan atas dasar sentimen taksub seperti mereka, kita lebih menjadikan keadaan bertambah parah. Kita harus bersatu untuk menunjukkan kepada kedua-dua parti tersebut apa yang kita mahu. 

Sunday, August 22, 2010

Bila tuhan pula mengenakan caj tambahan...

oleh : M.I.A.


Bismillahir Rahmanir Raheem.. cuba bayangkan situasi ini. Dengan pendapatan yang sekadar cukup makan untuk diri dan keluarga. Tidak mampu membuat simpanan kerana kos hidup semakin meningkat. Gaji yang diharapkan naik tahun ini naik bersama harga barang yang naik melebihi kenaikan gaji. Kepada siapa tempat kita mahu mengadu? Majikan? Parti Politik? Atau Tuhan?

Berikan mereka remedi untuk 2018..

oleh : M.I.A.
Bismillahir Rahmanir Raheem.. Muslim yang memahami putaran kejam ekonomi dunia yang berorientasikan kapitalisme, memahami bahawa mereka harus bersedia dengan segala macam kenaikan harga barang dari yang lojik sehingga ke peringkat yang tak masuk akal. Sistem ekonomi Islam dicadangkan tetapi pelaksanaannya tidak menyeluruh dan terhalang. Tinggallah Muslim harus berdepan cabaran demi cabaran demi survival kendiri.

Friday, August 20, 2010

Isu Nama Allah : Jesus Pernah Muncul di Kota Bahru, Kelantan? Kronologi 3.

oleh : M.I.A.
Artikel ini merupakan sambungan kepada artikel-artikel di bawah label Isu Nama Allah yang dimuatkan di dalam blog ini sebelum ini. Klik sini untuk ke artikel sebelum ini.

Sesudah kemunculan Jesus di Jerusalem dan perjuangannya yang mendapat tentangan, di akhir tahun 33 Masihi, mengikut kepercayaan Kristian, Jesus telah ditangkap setelah dia dikhianati oleh salah seorang pengikutnya, Judas Iscariot. Upah 30 wang perak dibayar kepada Judas untuk menyerahkan Jesus kepada kumpulan pendita Yahudi bagi tujuan hukuman. Selepas disalib dan mati, dia muncul kembali kepada sekumpulan pengikutnya memberi amanat sebelum dia diberitakan diangkat ke langit. Gospel-gospel Synoptical berakhir dengan cerita itu. Surat-surat Paul yang merosakkan ajaran Kristian asal dimasukkan ke dalam New Testament sebagai sebahagian dari Injil mereka. Ia juga berakhir dengan menceritakan peristiwa sama dalam versinya yang tersendiri yang menyongsang dari apa yang biasa dikatakan Jesus di dalam Synoptical Gospel. Tetapi, Kitab Mormon ini mencatatkan peristiwa tambahan yang berlaku kepada Jesus setelah dia diangkat ke langit. Sebelum itu, harus saya jelaskan kepada sahabat semua, bahawa kumpulan Latter Day Saints yang beriman dengan Kitab Mormon ini, dianggap sebagai kumpulan yang sesat dikalangan mazhab Kristian yang besar dan kukuh dan dikatakan menyimpang jauh dari ajaran Kristian sebagaimana yang diimani oleh kumpulan Kristian seluruh dunia. Kitab mereka bukanlah kitab-kitab samawi yang asal. Ianya ditulis sekitar akhir kurun ke 18 oleh pengasas gereja Mormon bernama Joseph Smith. Smith mendakwa dia memperolehi lemping-lemping emas yang mencatatkan mengenai perihal suku Bani Israel yang telah keluar dari Jerusalem dan bermastautin di sebuah tanah yang dijanjikan Tuhan kepada mereka. Tanah itu dikatakan mereka akan diberikan Tuhan sekali lagi kepada mereka. Saya sudah menjelaskan perihal perkara ini di dalam bahagian artikel dengan tajuk yang sama sebelum ini. Terdapat dikalangan penulis blog tempatan, di dalam teruja mahu mencari asal usul mendakwa bahawa Kitab Mormon merupakan sebuah kitab Yahudi purba. Harus saya tegaskan di sini, kepurbaan sifat kitab itu hanyalah pada dakwaan Joseph Smith yang menyatakan lemping-lemping emas yang mengandungi catatan Kitab Mormon itu, merupakan catatan purba yang diberikannya oleh malaikat yang berjumpa dengannya. Hakikatnya, kitab pertama Mormon ditulis sekitar kurun ke 18.

Wednesday, August 18, 2010

Perihal Ayam & Telur, yang mana wujud terlebih dahulu?

oleh : M.I.A.

Bismilahir Rahmanir Raheem.. Awal tahun 2008, jika anda memang pengikut setia blog biskut ini, saya ada memuatkan dialog (atau lebih tepat lagi debat) antara saya dengan dua individu di youtube.

Di dalam dialog yang panjang itu, salah seorang dari mereka yang menggunakan nama Guchibear cuba membuat satu perbandingan apabila saya menyatakan adalah tidak masuk akal untuk Tuhan tidak mengetahui hala tuju perkmbangan makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Dia menggunakan misteri persoalan telur dan ayam, yang mana satu wujud dahulu sebelum yang satu lagi untuk mempertahankan hujah flaneldez yang menyatakan Bible itu dikirm kepada manusia yang rendah pemikiran, jadi semua contoh untuk manusia yang masih rendah capaian pemikiran, tidak boleh dibuat di dalam bentuk perbandingan dan contoh yang terlalu teknikal. Tetapi saya berhujah, jika begitu caranya, ia masih tidak mengabsahkan tindakan Tuhan untuk meletakkan sebarang bentuk kekeliruan dan kesilapan dalam ayat-ayat yang diwahyukannya. Jadi persoalan ayam dan telur yang mana dahulu di kemukakan guchibear untuk membantu hujah flaneldez. (untuk memahami apa yang saya perkatakan ini, dijemput para sahabat melawat bahagian 2 link dialog tersebut di sini. Klik ). Persoalan ini seolah-oleh termasuk ke dalam bentuk circular reference di dalam sains di mana untuk mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut, persoalan tersebut sendiri harus dikaji. Contoh dalam sains apabila satu parameter digunakan untuk mengira parameter itu sendiri. Ia dalam satu pusingan yang tak habis-habis.

Monday, August 16, 2010

Hari itu hari bodoh saya...

Oleh M.I.A.


Bismillahir Rahmanir Raheem.. Ramadhan datang lagi dengan mengimbau jutaan kenangan indah yang terkadangnya mengusik jiwa. Masuk sahaja bulan puasa, banyak kenangan yang menerjah akal fikiran. Ada yang lucu dan ada yang sangat menginsafkan. Sedikit cerita peribadi disulam ke dalam blog sebelum meneruskan kebiasaan dengan sambungan posting berat. Kita santai dahulu. Bagi saya saat berpuasa yang paling meninggalkan banyak kenangan ialah semasa menghuni asrama putera Sekolah Menengah Teknik Tunku Abd. Rahman Putra di Pulau Pinang sekitar tahun 1990 an dahulu.


Waktu itu, semua pelajar tidak dibenarkan membawa masuk segala bentuk alat hiburan. Discman, Walkman, Radio, Gitar dan apa sahaja perkara yang membawa konotasi hiburan adalah tidak dibenarkan. Bagi yang tidak biasa hidup bergelumang dengan muzik, arahan dan peraturab tersebut merupakan sesuatu yang tidak memberikan apa-apa impak kepada diri mereka. Tetapi bagi saya dan beberapa orang sahabat, peraturan ini sangat-sangat menjerut emosi.

Cuba bayangkan sekumpulan anak muda berumur 17 tahun dengan rembesan adrenalin tanpa henti dicabut dan diharamkan mereka dekat dengan perkara yang sangat mereka sukakan, apakah mereka akan terus diam? Oh tidak, perkara itu tidak berlaku.

Thursday, August 12, 2010

Terima kasih Allah atas nikmat Ramadhan ini..

Bismillahir Rahmanir Raheem... 
Lama berhibernasi seperti selalu, di atas kelapangan yang dianugerahkan Allah ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua sahabat setia pengunjung blog ini dan yang menyokong novel SGA. Terima kasih semua atas sokongan selama ini, semoga Ramadhan tahun ini akan membawa kita semua ke satu tingkat positif di dalam mencari jalan pulang menghadap Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah dengan anugerah Ramadhan yang tidak harus disia-siakan ini... Amin

Tuesday, March 16, 2010

Syahadah Gadis Ateis Sudah Terbit...

Bismilahir Rahmanir Raheem... Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w. Setelah diumumkan di dalam blog ini bahawa eBook Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Ateis bakal dijadikan sebuah novel, segala harapan itu direalisasikan baru-baru ini. Kulit muka depan yang dicadangkan sebelum ini telah pun ditukar kepada kulit yang dipaparkan dibawah. Pihak editorial yang mendapat maklumbalas dari rakan-rakan dan sahabat blog ini dan di kalangan pihak editorial sendiri. Keputusan telah diambil untuk  menghasilkan kulit muka seperti yang dipaparkan di bawah. (Untuk membaca blurb sila klik gambar di bawah).


Novel ini yang dahulunya dikenali dengan nama Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist, pada mulanya menggunakan kulit muka seperti di bawah.



 Stok cetakan pertama yang ada pada saya adalah terhad dan ia telah ditempah dan dibeli oleh beberapa sahabat blog ini sebelum buku itu terbit lagi. Oleh kerana jumlah novel tersebut di dalam simpanan saya yang terhad, maka 6 stok terakhir yang ada pada saya di dalam gambar ini juga sudah ditempah oleh saudara Ira Irwarddy.


Buat masa ini, satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan membeli menerusi Bookcafe.com. Tetapi, carian terakhir yang saya lakukan di sana menunjukkan stok Syahadah Gadis Ateis di sana sudah pun habis dibeli. Untuk memeriksa maklumat terbaru mengenai stok buku ini di Bookcafe.com, sila klik sini.


Beberapa sahabat (Zara, Ira, Zamri dan Haris) membelinya dalam jumlah yang banyak bagi tujuan hadiah kepada kenalan mereka dan ada juga yang membelinya untuk disimpan selama 30 tahun (M.I.A. : Saudara  Haris mendapat idea ini dari berita Komik Superman Cetakan Pertama dijual pada harga yang tinggi.. itu pun kalau panjang umur Haris..klik sini..)

Jadi, satu-satunya tempat terawal di mana CETAKAN PERTAMA novel Syahadah Gadis Ateis ini boleh dibeli ialah dengan mengunjungi booth PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan pada 19 hingga 28 Mac 2010. Kepada yang berminat untuk mendapatkannya, jangan berlengah lagi untuk ke booth PTS C11 - C12 Dewan Tun Razak (Seberang Sungai) di PWTC, Kuala Lumpur. Jangan lupa dapatkan diskaun 25% - 30% dari PTS melalui kupon yang disediakan pihak mereka. (Dapatkan kupon tersebut dengan klik sini).

Untuk Novel tersebut saya menggunakan nama pena IMRAN HAAZ untuk membezakan gaya penulisan di dalam novel itu dan apa yang saya biasa tulis sebagai M.I.A. di dalam blog ini. CETAKAN PERTAMA ADALAH TERHAD. Jadi kepada yang berminat, jangan terlepas peluang untuk memilikinya. Kepada semua yang membantu dan menyokong eBook dan blog ini tersebut dari dahulu hingga sekarang, saya ucapkan jutaan terima kasih. Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan dan rahmat di dunia dan akhirat. Amin..

Thursday, March 11, 2010

Sudah Terbit di dalam U.P.

Oleh : M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Pada 24 Disember 2009, saya bersama isteri dan anak keluar makan tengahari pada jam 5 petang. Satu kebiasaan bagi saya untuk makan sedikit lewat setiap kali cuti dan bila ada program luar yang telah saya rancangkan bersama keluarga. Setelah semua urusan berkenaan rumah disiapkan barulah saya tenang untuk menjamah makanan. Anak saya pula, sudah dipastikan dia makan ikut masa yang sesuai dengannya.

Petang 24 Disember 2009 itu, saya memilih Restoran Nasi Kandar Nasmir di Bandar Perda untuk menjamu selera. Sehabis menikmati nikmat rezeki pemberian Allah ini, saya terpandang kepada sticker yang dilekatkan ke dinding restoran. "Wi-fi Zone"..

Lalu saya meminjam telefon bimbit isteri saya untuk memeriksa email ke akaun saya. Telefon bimbit saya pada ketika itu sudah nyawa-nyawa ikan. Pekak, buta dan bisu terkena air laut sewaktu memancing dengan bapa saya. Ombak yang kuat membasah kuyupkan saya yang cuba menjadi hero dengan memancing dari atas batu jauh dari orang lain. Ingat mahu melayan blues di tengah malam, tapi habis basah dipukul ombak.

Satu persatu email yang diperiksa.. saya flagkan mana yang perlu dijawab segera dan mana yang memerlukan masa untuk dijawab. Biasa untuk email yang memerlukan masa untuk dijawab, saya akan jelaskan dahulu kepada pengirim yang saya memerlukan masa untuk menjawabnya. Terkadang sehingga dua tiga bulan tempoh masa yang saya ambil. Itu kelemahan saya dan saya akuinya. Dalam limpahan email di kotak masuk saya, saya terpandang sebuah nama yang agak saya kenal.
'Salam Perkenalan' tajuk email tersebut. Pengirimnya Azizi Abdullah. Kebetulan sebulan dua sebelum ini, saya baru sahaja habis membaca 'Jiwa Hamba' karya penulis besar dan tersohor Azizi Abdullah (M.I.A. - Sangeeta, Ayahanda, Daerah Beta dan terbaru Beruk antara hasil karya Ustaz Azizi Abdullah) . Nama dalam email tersebut seakan sama dengan nama penulis buku itu.

Sunday, March 7, 2010

Isu Nama Allah : Ada apa dengan Tanah Melayu? Kronologi 2.

Oleh : M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Artikel kali ini merupakan kesinambungan kepada artikel Palestin : Sebuah Post Mortem bahagian 3 (Klik Sini) dan artikel Isu Nama Allah : Kronologi 1 (Klik sini). Dalam kedua-dua buah artikel itu, saya sudah berjanji untuk menceritakan kepada semua sahabat pengunjung apa signifikannya Tanah Melayu dan Nusantara ini di dalam agenda perkembangan agama Kristian dan gerakan Zionis. Jika sebelum ini sudah saya jelaskan kronologi berkenaan perjuangan pihak Kristian di Malaysia untuk menggunakan nama Allah, artikel kali ini saya akan jelaskan bagaimana mereka sampai ke sini dan apa yang telah dilakukan gerakan missionary mereka sejak awal kedatangan mereka ke Tanah Melayu ini. Tetapi sebelum dari itu, biar saya jelaskan apa signifikan Tanah Melayu dan Nusantara ini kepada gerakan Kristian dan Zionis dalam cita-cita mereka. Artikel kali ini bercerita mengenai kepercayaan sesetangah pihak di dalam beberapa pecahan mazhab Kristian (tidak kira yang menjadi pihak majoriti atau pun minoriti atau pun yang difatwakan sesat oleh kumpulan majoriti Kristian) tentang apa signifikan Tanah Melayu dengan kepercayaan-kepercayaan tertentu oleh sesetengah pihak di dalam agama mereka. Saya memulakannya dengan cerita sebelum Kuil Haikal Solomon di bina. Berikut artikel yang sudah saya ringkaskan dari artikel asal yang saya tulis sebelum ini. Beberapa perkara yang pada asalnya mahu saya muatkan, saya simpan kembali untuk untuk disiarkan pada masa yang saya kira sesuai nanti. InsyaAllah.. buat masa ini, apa yang diringkaskan di bawah ini adalah memadai untuk memahami gerak kerja, niat dan apa kepentingan Nusantara ini dalam pemikiran sesetengah daripada mereka.

Sunday, February 14, 2010

Pulau Pinang Microcosm Realiti Masa Depan Yang Menyakitkan...

Oleh : M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. sebelum saya mulakan, saya ingin bentangkan fakta mengenai Pulau Pinang. Pulau Pinang merupakan sebuah negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu. Pada 1786, setelah menipu Sultan Kedah, penyangak Inggeris bernama Francis Light telah memulakan penempatan koloni Inggeris yang pertama di situ. Sebelum kedatangannya, pulau tersebut sudah pun lama dihuni oleh orang-orang Melayu Islam. Makam Dato’ Jannaton di belakang USM merupakan antara bukti awal yang menunjukkan bahawa orang-orang Melayu telah lama bertapak di Pulau Pinang. Dato’ Jannaton yang merupakan keturunan Raja Minangkabau dan mendapat persetujuan Sultan Kedah untuk bermastautin di Pulau Pinang. Keturunan Dato’ Jannaton ini mempunyai nama-nama yang terkenal sehingga peringkat antarabangsa. Antaranya Dato’ Razali Ismail, bekas Presiden PBB, Yusof Ishak bekas Presiden Republik Singapura, ;bekas Menteri Pertanian pertama, Aziz Ishak; Duta Singapura, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Hakim Persekutuan, Datuk Wira Wan Yahya Pawanteh., Bukti penempatan Melayu di Bukit Minden, Gelugor Pulau Pinang dikatakan sudah wujud sebelum 1740-an lagi. Malah Masjid Jamek Batu Uban dikatakan dibina pada 1734 oleh Hj. Mohammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Haji Mohammed Saleh, Nakhoda Intan Nam Tunku Patih Nan Sebatang, pemimpin Muslim dari Kampung Buadi di Paya Kumbu, Sumatra.

Friday, February 12, 2010

Kapal Terbang Tak Boleh Terbang, Kapal Selam Tak Boleh Selam...

Oleh M.I.A.

Sepertimana yang saya nukilkan sebelum ini. belum panas artikel tersebut diam di blog ini, Buletin Utama menyiarkan berita yang memanaskan hati sesiapa jua rakyat Malaysia. Jika pada tahun 1980-an 35 dari 88 buah pesawat Skyhawk yang dibeli kementerian terbabit tersadai kerana ‘masalah teknikal’ di gurun Arizona.

Tuesday, February 9, 2010

Perihal Manusia Suci & Tuhan Yang Maha Suci...

Oleh : M.I.A.

Pelik benar dunia di akhir zaman ini. Dari yang berkopiah hingga ke ahli politik, masing-masing merasakan diri mereka begitu suci dan tidak boleh disentuh dengan sabitan sifat dan perlakuan yang mengotorkan kesucian diri mereka. Segala sifat, kelakuan, perbuatan, tingkah laku, kelulusan pelajaran dan perancangan politik mereka yang dirasakan mereka begitu suci untuk dikritik dan dihinakan dengan sabitan yang tidak sepatutnya, dengan segera mereka melenting bagai naga yang disula objek tumpul dan keras semasa sedang nyenyak tidur.

Monday, February 8, 2010

Kepala Babi & Bakar Rumah Ibadat : Satu lagi Operation False Flag?

Oleh : M.I.A.

Blog ini memasuki fasa biskut seminggu dua ini disebabkan kesibukan saya yang tidak dapat dielakkan. Tetapi isu yang timbul seminggu dua ini menghambat perhatian segera yang harus diberikan sedikit perhatian. Betapa Allah mengurniakan kekuatan dalam bentuk kesabaran yang tinggi kepada umat Islam di Malaysia. Ia merupakan satu bentuk rahmat Allah kepada kita kerana tidak mudah bagi pihak-pihak tertentu yang mahukan kita bergaduh, melagakan batu dan besi untuk menghasilkan percikan api yang boleh meletupkan persekitaran kita yang sangat mudah terbakar ini.

Sunday, February 7, 2010

Arab atau Delusi akibat Bipolar Disorder?

Oleh : M.I.A.

Seorang pengamal politik ala Machiavelli telah mengeluarkan fatwa bahawa bangsa-bangsa Arab sudah lama menggunakan nama Allah sebagai merujuk kepada Tuhan mereka. Dia mengeluarkan fatwa demikian pada ketika pilihanraya Sarawak sudah pun dekat. Dia mengeluarkan fatwa demikian selepas berkira-kira untung dunia yang dijangka membawa laba kepada perjuangannya.

Tetapi yang paling memusykilkan mana-mana manusia dengan akal yang waras ialah persoalan berikut. Persoalan ini juga turut membingungkan mana-mana ahli antropologi dan penjejak sejarah kewujudan bangsa manusia. Bawakan kepada mana-mana antropologis di mana-mana universiti di dunia ini kecuali universiti Georgetown, tempat lahir George Washington dan beberapa figura yang ditakdirkan mereka bakal dijadikan pentadbir sesebuah negara. Bawakan persoalan ini untuk dikaji dan dijawab mereka. Apakah mereka-mereka di bawah ini merupakan orang-orang Arab?

Thursday, February 4, 2010

Harga Bukan Isunya.. Ia isu Pengkhianatan dan Keselamatan Rapuh!


oleh : M.I.A.
Melihat kepada kenyataan Menteri Pertahanan Malaysia, bahawa harga enjin jet bagi pesawat F 5E yang hilang sebelum ini hanyalah pada hitung kasar RM 300 ribu lebih. Jumlah yang digembar-gemburkan media itu tidak tepat. Lalu kenyataan ini diberikan sebagai langkah mitigasi isu supaya ia sedikit reda dengan kehilangan yang sikit.

Sebagai Muslim rakyat Malaysia, harga bukan isunya. Jika pencungkil gigi berharga lima puluh sen milik mana-mana juruterbang TUDM hilang di dalam pesawat sekalipun ia tetap isu besar. Isu ini merupakan isu pengkhianatan terhadap negara. Isu ini merupakan isu betapa lemahnya sistem keselamatan dan kawalan melibatkan aset paling penting negara. Ia merupakan isu betapa harapan rakyat kepada pemerintah yang diharapkan menyediakan system pertahanan yang boleh melindungi mereka, diperkosa harapan itu oleh pemegang-pemegang amanah yang tidak cekap, cemerkap dan bermentaliti mee segera. Segalanya segera. Segalanya dilihat pada kadar penilaian kesan akibat sekadar dua minit ke depan.

Googlekan sahaja melalui Google Earth mana-mana pengkalan tentera di Malaysia. Susun atur pesawat, hangar, bangunan pentadbiran, lokasi-lokasi aset-aset strategik, transformer pembekal kuasa elektrik, tangki air, berek dan segalanya jelas terpampang dalam skrin computer mana-mana pihak yang berminat dengan apa jua niat untuk mengetahui apa yang Malaysia ada sebagai aset pertahanan. Biarpun rata-rata imej Google Earth itu berusia dua tahun ke belakang, asset-aset bangunan biasanya tidak berubah kedudukan dan kemajuan pengkalan dulu dan kini dapat dinilaikan oleh pihak-pihak yang mahu mengambil tahu. Jika niat yang mahu mengambil tahu itu baik, tidaklah menjadi masalah. Tetapi bagaimana jika yang mahu mengambil tahu itu sedang merangka suatu kemudaratan yang datang bersama angin pagi yang betiup sesudah subuh pada suatu hari dihapadan nanti? Generasi kita mungkin sudah lupa dengan cakap besar sebuah republik yang menyatakan bahawa Malaysia ini dapat di tawan hanya dengan dua serangan udara. Operasi DAWN BLITZ yang digembar-gemburkan satu ketika dulu.

Perhimpunan Aman 'SEDAQ' : Ayuh rapatkan saf esok.

Assalamu'alaikum warahmatullah. sedikit pengumunan untuk semua muslim di Pulau Pinang (negeri berdekatan boleh juga terlibat sama). Satu perhimpunan untuk menyatakan bantahan terhadap penindasan terhadap orang Melayu Pulau Pinang akan diadakan di Masjid Simpang Enam (berhadapan KOMTAR) pada tengahari esok. Aturcara seperti berikut:

 Masa/Tarikh                    :
12 Tengahari. 5 Februari 2010

Tempat                            :
Masjid Simpang Enam dan tempat letak kereta berhadapan  KOMTAR.

Aturcara                           :

12 tengahari   -  Pidato oleh pemimpin SEDAQ (Gabungan 30 NGO Muslim Pulau Pinang)
1 tengahari     -  Khutbah Jumaat oleh Cikgu Azmi Abdul Hamid.                                            
1:45 petang    -  Solat, Doa & Berarak SECARA AMAN ke KOMTAR untuk menghantar
                             mesej bantahan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan bersurai.

                  
Selagi Muslim tidak berada di dalam satu saf yang sama dan rapat susunannya, selagi itulah mereka akan dilembukan oleh mana-mana pemerintah yang berfikir di dalam 'tembolok' masing-masing. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai majoriti Muslim tetapi diperintah oleh bukan Islam, maka semua yang bertauhidkan Allah seharusnya bermuhasabah kembali, kenapa kita semua dilemparkan ke dalam lembah penghinaan seperti ini. Perhimpunan ini bukan atas tujuan politik, bukan pengalihan isu 'Mokhtar : All Access' dan bukan perhimpunan syok sendiri. Mereka yang risaukan masa depan anak cucu mereka dalam beragama dan bernegara, kirikan segala kepentingan sendiri pada 5 Februari dan kinikan tanggungjawab kepada program penyatuan saf pada hari esok. Jika masih memandang usaha menentang penggunaan nama Allah sebelum ini dan program bantahan sebegini dari kaca mata politik sempit, maka jangan bersungut bila kubur dikencing cucu sendiri dan Lord Prayers menggantikan Fatihah suatu hari nanti. Ayuh bergerak.

Surat Ibrahim Ali kepada Pope. Satu Imbasan Kenangan bagi harapan yang bakal diperlekehkan?


Oleh : M.I.A.

Hampir dua minggu saya tidak pulang ke rumah keluarga mertua. Pagi Ahad, setelah ruang masa sedikit mengizinkan, saya membawa anak dan isteri untuk menjenguk keluarga yang dirindui. Saya cuba memastikan sekurang-kurangnya dua kali sebulan saya akan tidur di sana supaya rindu isteri saya kepada keluarganya terubat dan saya pula boleh pergi memancing dengan bapa mertua. Membasuh kereta di Caltex Seberang Jaya dan terus ke Kulim. Sebelum itu, singgah sebentar di depan gerai buah di depan sebuah kedai Char Koay Teow di Seberang Jaya untuk membeli surat khabar dan buah. Oleh kerana ini satu-satunya gerai buah yang dekat dengan capaian saya yang diuruskan orang Islam yang masih belum dirobohkan khalifah Lim, maka saya ke situ setelah gerai yang biasa saya kunjungi di Permatang Pauh dirobohkan. Mungkin gerai ini juga sedang menunggu masa untuk dirobohkan sebagaimana kedai Char Koay Teow dibelakangnya yang sudah dikecilkan kawasannya. Mungkin juga selepas ini saya harus membiasakan diri untuk memanjangkan kaki ke gerai-gerai buah tepi jalan di kawasan Raja Uda, Weld Quay dan Air Itam. Sekurang-kurang kawasan itu kalis roboh kerana khalifah Lim mengamalkan C.A.T. (C**a Aku Tolong). Banyak perkara 'menarik' berlaku di Pulau Pinang sepanjang dua tahun kebelakangan ini. Negeri ini merupakan microcosm masa depan Malaysia sepertimana yang sering saya sebutkan. Fenomena seperti ini semakin menjadi-jadi di Pulau Pinang. Hakikatnya, setiap manusia adalah racist, tetapi bagi manusia yang rasional dan berpegang teguh kepada Islam, maka sifat racist dalam diri setiap manusia muslim ini dijadikan dormant sehingga melumpuh. Tetapi ia mudah untuk dibangkitkan sekiranya perkara-perkara tertentu dilakukan oleh pihak yang berlawanan. Perkara seperti ini, membuatkan sifat alter yang tersimpan dan dikunci kemas di dalam minda dan hati, membuatkan saya menulis perkara seperti ini. Tetapi itu bukan tujuan utama artikel ini. Saya hanya mahu komen tentang surat Ibrahim Ali kepada Pope.    

Friday, January 15, 2010

Isu nama Allah : Kronologi 1.

Oleh : M.I.A.

Bismillahir rahmanir Raheem.. Isu nama Allah ini bukan bermula hari ni, tapi sudah lama. Ramai ulama’ yang memberikan komen dan pandangan gagal memahami isu ini dari objektif gerakan Kristian di Malaysia. Saya tak punya banyak masa.. saya muatkan kronologi ringkas dan secara mudahnya begini, saya ambil rujukan dari buku History of Catholic Faith in Malaysia dan beberapa sumber penerbitan Kristian yang ada dalam simpanan saya. Ia perlu kerana terdapat spin doctors di luar sana yang cuba menangguk di air keruh. Isu ini sebenarnya bermula dari tahun 1981 dan di kala itu, oleh kerana tiada pihak yang memandang isu ini dari kacamata keuntungan politik, ianya tidak di bawa ke mahkamah untuk dipanaskan. Pelik apabila setelah hampir 30 tahun, isu ini timbul atas tujuan tertentu. Berikut kronologi ringkas untuk sahabat semua nilaikan. Selama hampir 30 tahun isu ini dikawal dan dijaga oleh pihak kerajaan supaya ianya tidak menjadi api yang membakar semangat persaudaraan, tiba-tiba sahaja sejak dua tahun kebelakangan ini ianya ditimbulkan pada skala besar-besaran.Saya tidak menyokong mana-mana parti politik, tetapi saya hanya mahu jelaskan apa yang benar dan perkara yang berada dalam pengetahuan saya. Nilaikan kronologi berikut:

Tuesday, January 12, 2010

Masalah Blogger dan Firefox..

Assalamu'alaikum  wrt semua. Saya menghadapi sedikit masalah untuk melakukan update posting. Kebiasaan bagi saya untuk menaip artikel baru di dalam file-file tertentu sebelum saya copy dan paste-kan ke dalam blog ini. Tetapi program editor terbaru Blogger membuatkan segala format yang ditetapkan dalam artikel yang sudah sedia ditulis, menjadi berkecamuk dan huru hara.

Melalui pemerhatian dan maklumbalas, beberapa blogger yang menggunakan Firefox sebagai web browser menghadapi masalah yang sama. Saya tidak pasti samada ia berpunca dari Firefox yang sudah diupdate atau pun ianya berpunca dari Editor Blogger yang baru.

Sebagai langkah pembaikan sementara, Google Chrome & IE boleh sedikit sebanyak mengatasi masalah tersebut (M.I.A. - Minda suspicious saya mula berputar dengan persoalan samada wujud konspirasi untuk memaksa semua blogger pengguna blogspot bertukar browser? hah.. mungkin satu lagi wild guessing bisikan syaitan.. pedulikan) . Tetapi langkah ini juga menimbulkan satu masalah lain di mana formatting file terpaksa dilakukan semula. Dengan sambungan internet yang kerap terganggu seminggu dua ini, ditambah dengan masalah editing text antara Blogger dan Firefox, tahap sabar saya sudah menghampiri kemuncak untuk bermutasi menjadi Incredible Hulk. Saya cuba membuat update posting, tetapi terpaksa membuat formatting semula dari awal beberapa kali. Ini sedikit sebanyak mengganggu kelancaran penulisan. Untuk menulis secara terus ke dalam Editor blogger, ia merupakan satu gangguan kepada kelancaran idea. Saya biasa menulis di dalam tempat lain sebelum di copy dan paste masuk ke sini. Posting ini saya taip secara terus ke dalam Editor dan tiada masalah. Sehingga saya dapat mengatasi masalah ini, saya akan update dengan posting baru nanti. InsyaAllah mungkin dalam minggu ini. 

Petisyen Bantahan Penggunaan Nama Allah..

Assalamu'alaikum sahabat semua.. PPIM mengadakan petisyen online bagi menyatakan bantahan terhadap penggunaan kalimah oleh oleh pihak yang tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri. Link seperti di bawah ini. Antara berpeluk tubuh dan aktif membantah dengan tegas secara rasional dan aman, di mana kedudukan anda? Jika anda mahu membantah boleh klik imej di bawah ini untuk ke laman tersebut. Semuanya terpulang kepada anda. Saya akan menyambung posting seperti biasa dalam minggu ini.. InsyaAllah.


Saturday, January 9, 2010

Isu Nama Allah : Gereja di bakar...

oleh : M.I.A.

Benarkah ia perbuatan muslim? Semua Muslim yang saya kenal tahu di mana letak sempadan perbuatan kerana mereka sentiasa berkira-kira bahawa setiap tindak tanduk mereka akan dibawa di hadapan Allah nanti untuk dipertanggungjawabkan. Pelik bukan.. setiap kali ada sahaja isu melibatkan Islam, pasti ada melibatkan molotov cocktail yang dilontar entah siapa. Siapa yang melakukan semua ini?

Isu Nama Allah : Antara Takut Tuan dan Takut Tuhan..

oleh : M.I.A.

Ketika sebuah parti yang menamakan diri mereka parti Islam diberitakan mahu memberikan kenyataan dan menjelaskan pendirian dalam isu penggunaan nama Allah ini, perkara pertama yang terlintas difikiran ialah kelakuan bergolek atas jalan-jalan raya di sebuah negeri beraja dalam halusinasi jihad mencapai syurga dalam fantasi sebahagian daripada kumpulan kolum kelima di dalam mereka satu ketika dulu. Ketika itu sebuah kerajaan yang majoritinya dianggotai oleh exco-exco yang bersekutu dengan Parti Likud Israel, penyembelih orang-orang Islam Palestin,  di dalam sebuah pertubuhan antarabangsa itu diimani mereka sebagai sebuah negeri Islam yang harus dipertahankan bermati-matian. Berpanji sambil menjilat-jilat tar dalam fantasi jihad, masing-masing cuba menjadi adiwira dengan seluar dalam di dalam. Wah.. penuh semangat! Wow fantastic! Ketika itu mereka mempertahankan Tuan mereka. Dengan semangat yang berkobar-kobar, segala hukum dirempit sebagai lambang sugul kerana Tuan mereka sedang berduka.

Friday, January 1, 2010

Isu Nama Allah : Gerhana awal 2010...

-->
Bismillahir Rahmaanir Raheem… Sebelum 31 Disember 2009, terdapat 3 buah tempat di dalam dunia diberikan keistimewaan oleh Allah s.w.t. untuk mengagungkan namaNya yang Maha Suci tanpa dibenarkan sebarang bentuk pencemaran ke atas nama tersebut dengan apa jua sabitan bersifat makhluk dan penghinaan.

Sebelum 31 Disember 2009, 2 buah kota dan sebuah negara diberikan Allah satu kelebihan melebihi semua tanah-tanah yang dipijak manusia dengan satu bentuk nikmat. Ianya tidak diberikanNya kepada mana-mana tempat kecuali kepada dua buah kota dan sebuah negara di atas muka bumi ini. Makkah dan Madinah menjadi dua buah kota di mana nama Allah tidak disabitkan dengan segala bentuk penghinaan dan sabitan-sabitan bersifat makhluk yang lemah. Satu-satunya negara yang dimaksudkan ialah Malaysia. Di Malaysia sebelum 31 Disember 2009, Allah merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, Tidak beranak dan diperanakkan, Tidak bergantung kepada segala suatu dantiada yang setara dengan-Nya.

Terima kasih kepada pelacur-pelacur politik muslim yang dijangkiti kurap wahan dan blogger-blogger sondol yang terus mengotorkan jongor dengan menyondol tanpa usul periksa. Malang benar, belum disogok dengan perempuan dan harta, sudah terkangkang terlondeh iman mereka disapa lembut seorang dua raheeb bermuka dua.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email